Umar Yang Salah Konsep


Selama ni aku ingatkan Umar faham konsep Opah tu adalah mak ayah dia. Rupanya tidak. Hari tu masa kat kampung aku cakaplah.

"Opah tu mama ayahlah"
"Atuk?"
"Atuk tu ayah ayahlah, Mak Dilla tu adik ayah"
"Ha mak Dilla adik ayah?"
"Yelah, macam Nawal dengan Umar lah"

Lepas tu dia berlari pergi kat Liza sambil cakap dengan excited.

"Mama, mama nak tau tak? Mak Dilla tu adik ayah!"

Aku kat dapur ketawa sorang-sorang. Lepas tu Liza explainlah dia yang kat rumah nenek tu adik-adik dia, yang budak kecik yang main dengan dia kat rumah nenek tu bukan kawan, tapi sepupu.

Salah konsep pada tahap paling tinggi!