Saturday, June 30, 2012

Hari Sukan Umar

Anak aku bukan ahli sukan rupanya. Hahaha. But we had lots of fun!













Friday, June 29, 2012

Family Saya Dan Lemang

Dah nak dekat bulan puasa ni aku terbayang mak bapak aku.

Semasa bakar lemang tahun lepas.

"Dah! Tahun ni last buat lemang, aku tak lalu dah, penat aku" - Bapak

Tengahari last day puasa tahun ni.

"Eh mak, cakap taknak buat lemang?" - Aku
"Takpe kamu ada boleh tolong" - Mak

Semasa bakar lemang

"Dah! Tahun ni last buat lemang, aku tak lalu dah, penat aku" - Bapak aku yang masih in charge masak lemang walaupun aku ada. Hahaha. 


Dan benda ni dah jadi dalam 8 tahun dah, berulang-ulang macam ni. Cakap taknak buat tapi akhirnya mesti buat.

Ignorant Husband

Aku rasa dah tahun 2012 ni sebagai manusia modern at least husband patutlah ambik tau pasal hal perempuan jugak kut.

Pantang betul kalau aku tengok husband menggelupur tanya dekat forum wife dia mengandung ke tidak berdasarkan tanda-tanda yang wife dia cakap padahal kalau dia pergi 7-11 beli pregnancy test dalam 3 minit pun dah tau resultnya.

Dan aku rasa pada zaman sekarang husband and wife patut lebih open dalam segala hal. Takde reserve² dah.

Kinder Bueno


Kinder Bueno adalah coklat yang paling mahal untuk sesiapa punya standard pun aku rasa. Tapi rasa sedapnya sampai boleh bergaduh dengan anak-anak berebut nak makan. 

Thursday, June 28, 2012

Kalau Tetamu Datang Rumah


Isteri saya cakap kalau tetamu datang rumah bagus kalau ada bau something yang tengah dibakar. Tengah baking cake ke cookies ke. Bau manis-manis tu kadang-kadang buat orang suka. Macam kalau kita lalu sebelah Famous Amous.

By the way berdasarkan website measurement secara tepat yang aku post pagi tadi Alhamdulillah jadi biskut cip coklat ni. Mungkin lepas ni isteri saya boleh letak kacang ke apa ke dalamnya.

Measurement & Conversion Bahan-bahan Untuk Membuat Kek.

Aku tau ramai jugak orang perempuan yang datang blog ini. So hari ini saya ingin bertanya, biasakah anda membuat kek atau cookies mengikut recipe yang disediakan tapi bila dah siap hasilnya tidak sama seperti recipe yang anda ikut?

Jawapan ada di sini (habislah aku kalau korang semua sebenarnya dah tau, ayat macam pandai je).

Sebenarnya setiap bahan yang digunakan sukatan gramnya tidak semestinya sama walaupun perkataannya satu cawan. Senang cerita 1 cup butter tidak sama berat dengan 1 cup sugar. Walaupun ayatnya satu cup.

Jangan risau kawan-kawan sekalian, di sini saya ingin memberi satu link untuk anda menyukat dan menconvert segala benda ukuran daripada 1 cup kepada gram, atau kepada liter atau kepada sudu.

Pergilah ke sini: http://www.convert-me.com/en/convert/cooking

Mula-mula pilih bahan apa yang nak disukat. Katakan brown sugar.

Selepas itu pergi ke Metric Kitchen Unit sebab orang Malaysia biasa guna ini kan?

Selepas itu letaklah katakan, 1 cup brown sugar = 204 gram. Atau apa-apa sukatan jelah yang anda semua mahu. Tea spoon ke liter ke.

Meh aku nak tunjukkan memang tak sama. Aku tukar jadi butter.

Tengok, 1 Cup butter = 232.8 gram. Korang boleh letak je unit yang korang ada dan jumlahnya akan berubah, tak semestinya letak cup sahaja. Tukar dekat mana-mana unit.

Semoga anda semua berjaya membuat kek dan cookies yang sedap memandangkan sudah dapat sukatan yang betul selepas ini. Kalau cookies bolehla post pada aku. Hahaha. Selamat Mencuba ye!

Wednesday, June 27, 2012

Anak Yatim Meminta Sedekah


Aku nak tau dekat mana kita boleh report bila nampak anak-anak yatim yang mintak sedekah ni. Satu perkataan sahaja aku boleh cakap. KASIHAN! Diaorang ni budak-budak sangat lepas tu duduklah depan bank ke, dekat stesen minyak dari pagi sampai malam.

Sebagai manusia normal memang kita nak tolong. Kalau tak beli barang yang dijual at least kita bagi seringgit. Tapi kalau dekat kedai makan aku bagi seringgit dengan ikhlas dekat stesen minyak aku dah bagi tak ikhlas dan lepas tu dekat depan bank ada lagi aku dah terus jadi marah dan budak yang tak bersalah mesti rasa down dengan hidup dia bila tengok aku buat muka sombong. Dan mestilah aku kena sumpah dengan budak tu sampai machine debit card rosak balasan marah anak yatim mintak derma.

Memang seringgit tu orang nampak sikit tapi cukup nak beli susu Nawal sekotak. Kalau dua ringgit lepas dua kotak susu, bekal sehari dia kat nursery sebab tak minum susu formula.

Hari tu dekat Bangi budak ni kena ceramah agama pulak dari seorang brader ni. Siap test² tanya soalan. Dekat 10 minit jugak kut baru dia hulur duit. Girlfriend dia pakai seluar low cut sampai nampak bontot tu takde pulak dia nak bagi ceramah. Dan lepas tu kena ceramah pulak dengan seorang lagi brader ni. Serious kesian aku tengok budak tu. Dahlah waktu malam. Nak cari duit dengan cara susah, kena ceramah pulak tu. Aku tak taulah apa perasaan dia.

So macamana kita nak menyelesaikan masalah ini? Macamana rumah-rumah anak yatim ni nak cari fund? Siapa pihak yang bertanggungjawab? Takkan takde siapa nak ambik tau pasal benda ni? Takkan nak biarkan budak yang dah tak bernasib baik ditimpa malang lagi?

Debit Card Rage

Aku rasa dalam Malaysia ni akulah manusia yang paling menghargai debit card. Debit card memudahkan dan yang penting debit card bukan hutang macam credit card. Dua sebab utama aku suka ialah, satu; aku tak payah bawak cash dan dua; aku hanya akan bayar cukup-cukup harga yang aku beli. Maksudnya takdelah kena keluar duit lebih.

Tapi aku sangat bengang bila debit card aku tak boleh guna. Semalam dekat petrol pump Petronas. Aku tukar 2 pam dan dua-dua tak boleh, terpaksalah masuk dalam keluar duit baru boleh isi minyak. Malam tadi pulak dekat Giant pun tak boleh guna, nasib baik dah malam and takde customer sangat so aku bolehla berlari pergi atm.

Sebelum tu aku beli susu Umar dekat kaunter susu boleh je guna.

Maknanya bukan salah card aku! Salah machine-machine yang tak boleh read atau salah line ke apa ke. Benganglah aku sebab benda ini sepatutnya memudahkan tapi service tak bagus jadi menyusahkan. Dahla semalam kena keluar duit dari ATM RHB maksudnya aku kena charge extra RM1, kan aku dah rugi banyak. Belum lagi aku nak kena berlari cari ATM.

Tuesday, June 26, 2012

Dakwah Moden


Aku suka orang gunakan teknologi dengan betul untuk berdakwah. Modern, video cun gila. Bagus. Aku suka sebab kau tak perlulah nak berjubah, berketayap sebab nak cakap pasal agama. Salah satu contoh Imam Muda yang pakai suit, smart pada tahap paling tertinggi.

Berita Baik Untuk Pemalas Macam Saya (Online Shopping)

Aku have to admit yang aku memang pemalas nak jalan-jalan ke tempat yang ramai orang. Kalau aku nak shopping aku akan ambik cuti. Aku pernah cerita aku datang Sogo pagi² masa diaorang baru bukak kedai, siap ada lagu dan semua staff greet aku dengan Liza sampai rasa segan. Aku juga suka semua benda dilakukan dengan pantas, aku tak suka buang masa nak beratur, nak menunggu. Rambut aku sekarang panjang atas satu sebab sahaja, iaitu everytime aku datang kedai gunting rambut tukang gunting tu ada customer. Aku hanya akan singgah time takde customer or bila aku nampak tinggal seorang je customer dia dan itu pun kalau dah nak habis potong.

Di zaman internet ini orang ramai nak berniaga online tapi aku yakin disebabkan modal yang sedikit barang-barang yang nak dijual limited dan harga pun takdelah murah sangat. Tapi kini tidak lagi. Sekarang at least ada 3 website yang menjual barang-barang secara besar-besaran. Online, harga murah sedikit dari pasaran dan juga cara bayaran yang mudah. Siap boleh cash on delivery (untuk orang-orang yang tak yakin) dan siap boleh pulangkan dalam masa 14 hari andaikata tak puas hati.

Website²nya ialah:


Name Website: HOME24
Business: Perabot. Percaya tak perabot pun sekarang boleh beli online. Haha.



Nama Website: LAZADA
Business: Menjual gadget. Dan memang harganya lagi murah dari kedai biasa. Post phone aku hari tu semua harga aku ambik dari website ni. 



Nama Website: ZALORA
Business: Menjual segala jenis pakaian. Macam-macam jenama ada.

Aku tau ada jenis orang yang takut beli online, kalau macam baju takut size tak kena or perlu nak pegang baju yang nak dibeli. Orang macam aku jenis percaya apa yang ditulis dan aku tau size baju aku L. So takdelah masalah sangat. Lagipun kalau shopping online ni jimat masa, jimat duit minyak, tol dan parking. Dan yang penting, aku tak payah menunggu!

Monday, June 25, 2012

Kalau Dah Niat Mesti Buat

Mak aku pernah cakap kalau kita dah niat nak bagi orang or bagi binatang tapi lepas tu kita batalkan niat kita mesti benda yang kita nak bagi tu akan hilang jugak.

Contoh mak aku niat nak bagi jiran sebelah bubur kacang tapi lepas tu tak jadi dan bila mak aku nak makan bubur kacang tu basi.

Atau nak bagi kucing makan.

Tak tau la betul ke tidak apa mak aku cakap ni haha. (takde benda nak update sebenarnya)

Proton Exora Prime

Bila aku cakap dekat orang yang aku mungkin akan ganti wira aku dengan Avanza mesti orang akan cakap.. "Kenapa kau taknak ambik Exora Bold?" Sebenarnya aku dah give up dengan Proton tapi maybe bukan salah Proton sangat Wira aku ni, maybe salah jalan yang aku lalui, so aku pun bukaklah website Proton Edar untuk cari info dan ambik gambar² bawah ni (Link) Dan apa yang buat aku impressed bukan Bold tapi Prime.

Sekarang mari aku tunjuk safety features dia, which is very important untuk aku sekarang ni. 

Dual SRS airbags protect the driver and front passenger.ABS with EBD balances braking actions to help stabilise the car even on slippery roads.
Pre-tensioner seatbelts help slow upper body movement to prevent serious injury.PROTON's Ride Handling gives you better control whatever the road condition.


Not bad kan? Liza tak suka Exora sebab besar sangat, point dia tu valid, tapi kalau aku kerja sini kereta ini tak jadi masalah untuk aku guna. Lagipun aku yang nak drive. Jap lagi aku cerita kereta apa aku nak guna kalau aku dapat kerja di bandar. Sekarang tengok gambar-gambar bawah ini.

EXPRESSIVE STYLING
The eloquent expressive styling of the Exora Prime will attract stares of admiration, everywhere you go.
TRENDY REAR BUMPER & SKIRTING
The Exora Prime's rear bumper and skirting is styled to perfection.



ELECTRIC FOLDABLE WING MIRRORS
Electric foldable wing mirrors make parking in tight spots easier.

STRIKING RIMS

Sporty 16" alloy rims adds flare to your ride.

DASHING INTERIOR
Plush leather seats to the premium quality faux wood trims deliver a realm of luxury.


TOUCH-SCREEN CENTRE CONSOLE
Hi-res DVD player, navigator and reverse camera integrated into the touch-screen centre fascia for quicker access.
CAPTAIN'S SEATING
The 2nd row captain's seat is both luxurious and ergonomic in plush leather upholstery.

HEADREST LCD MONITOR
Touch-screen LCD monitors placed to the eyeline for the best visual experience and entertainment.
Harga: RM 89,012.00 - 1.6-litre Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) 4-cylinder.

Kalau aku kerja di bandar aku nak pakai CR-Z auto 2-seater. Anak bini aku naiklah Kelisa Liza tu, apa nak jadi, jadilah. Aku tak peduli. 

Ok joke aside, since kitaorang anak dua, tak payah pakai MPV pun takpe. Aku beli kereta idaman aku dan Liza beli kereta idaman dia pun boleh. Kereta kitaorang habis bayar serentak next year. Kalau tak ganti kereta dan simpan duit lebih tu selama setahun dua pun best jugak sebenarnya.

Sunday, June 24, 2012

Phone


Sambungan cerita phone semalam di sini aku nak list down phone-phone idaman aku. Lebih kepada aku tengah bosanlah sebenarnya ni. Sebelum itu aku nak bagitau dalam banyak-banyak apps yang orang guna antara apps yang aku tertarik ada dua, iaitu;


ComicBook! Transfer gambar korang jadi  macam comic siap boleh tulis. Refer gambar atas.
Nike+ Running yang boleh track jarak korang berlari tanpa sensor tanpa apa-apa. Boleh trackla kalori yang dibakar semua. 


Ok kembali kepada Phone. (tiru style Voldermort pasal kereta)


Samsung Galaxy S3
Harga: RM2199.
Pros: Phone Android terhebat pada masa ini. Girls will throw themselves freely to me kalau nampak aku pakai phone ini.
Cons: Harga.


Iphone 4S 16GB
Harga: RM2199
Pros: Banyak apps dan dalam kelas tersendiri. Developers ramai bangunkan apps untuk Apple, game Upin Ipin dan Boboiboy pun dioarang tumpukan pada Apple IOS sebelum Android. Sesuai jugak dengan kerja aku yang nak test benda-benda. Oh dan ComicBook! apps tu ada jual untuk Iphone.
Cons: Again, harga.


Nokia Pureview 808
Harga: RM1899
Pros: Sesuai dengan aku yang suka video dan photo. Memang akan buat aku gembiralah kalau untuk ambik full hd video semata-mata.
Cons: Dia guna OS Symbian, tak banyak apps dan Symbian macam dah nak mati sebab Nokia nak tumpu pada Windows Phone. As for Windows Phone yang ada sekarang aku taknak consider sebab tak boleh upgrade ke OS latest diaorang nanti Windows Mobile 8.


HTC One X
Harga: RM1789
Pros: Bagus jugak. Dia ni competitor S3. Dan harga pun dah turun mendadak. Kira top phone jugak.
Cons: Dia ada masalah Death Grip yang mana signal wifi kau akan loss atau menurun. Dan kalau aku nak ada smartphone aku akan gunakan wifi dengan menggila. So tak dapatla unless diaorang boleh solve problem tu dulu.


Samsung Galaxy Note
Harga: RM1779
Pros: Dia macam tablet, multitasking, baguslah untuk anak-anak aku nak main game ke apa ke. Dan untuk android phone, dia sahaja yang boleh guna ComicBook! apps tu tadi.
Cons: Besar, kawan-kawan aku ramai tak suka. Aku pun sebab gemuk dan seluar sendat tak sesuai kut nak guna phone besar masuk dalam poket.


Samsung Galaxy S2
Harga: RM1299
Pros: Masih phone yang bagus. Tahun lepas phone ini adalah yang paling top. Dan harga pun dah kurang. Boleh juga diupdate ke ICS.
Cons: Takde kut.

Aku tak minat Blackberry, tak taulah kenapa. Tengoklah kalau ada rezeki aku naklah beli salah satu yang aku cakap ni. Tapi rasanya aku akan end up dengan S2 je kut sebab dia yang paling murah. Mana tau bulan depan dia turun harga lagi.

Saturday, June 23, 2012

5 JKL



Phone aku rosak sikit, button 5 (JKL) rosak. Button backspace rosak dan button lock pun rosak jugak. Tapi kalau nak call elok je lagi phone ni so aku takdelah tertekan sangat nak ganti baru.

Aku bukan jenis yang suka call orang dan aku prefer sms dan semua kawan-kawan aku pun jenis macam tu. Sebab bila bercakap rasa awkward kut. Kalau aku masuk dating website dan ada awek mintak no phone memang aku ignore jelah sebab aku prefer orang mintak YM, Skype or Gtalk aku. Hehe. (tak, aku belum masuk dating website lagi sebab aku dah kahwin, tadi tu metafora je). Dan aku ada kawan baik yang aku hanya berhubung melalui Skype dan SMS je. Untuk tahun 2012 itu tak pelik.

So sepanjang benda ni jadi agak stress jugak sebenarnya masa nak reply sms sebab aku takut benda yang aku nak cakap tak sampai. Kelakar pun ada sebenarnya Kalau L aku boleh ganti dengan 1. Tapi kalau K dengan J takde replacement. Kecualilah aku nak tulis TAK, aku boleh ganti dengan X contoh "X boleh".

Kadang-kadang aku tulis je dan harap kawan² aku boleh faham. Contoh "Na maan apa?" (nak makan apa?), Kalau L contoh "Se1a1u", "1ama", "sabar1ah". Kalau J aku terus tak tulis sebab memang takkan sampai apa yang aku nak cakap. Lagi haru kalau nama kawan aku ada huruf K. Biasa aku akan sebut nama kawan nak bagi sedap sikit sms tu. Lagi satu kalau aku tersilap tulis aku tak boleh delete so aku biar je. Contoh. 4Gorengla Nasi4.

Nanti kalau ada phone baru, yang aku pun tak tau bila, aku akan sms semua kawan-kawan aku macam ni: JKL, JJJJ KKKK LLLLL, JJJ KKKK LLLL sebab nak balas dendam berbulan tak boleh tulis JKL. Hehe.

Alang² cakap pasal rosak nanti aku nak tulis pasal phone idamanlah.

Wordless Saturday


Boleh ke Wordless Saturday? Hehe. Aku tengah menjaga anak sebab Liza kerja. Thanks to Youtube mudah sikit nak entertaint anak-anak aku. (Ok dah lari konsep "wordless")

Friday, June 22, 2012

Hooray


Ada jugak kad hari bapa untuk aku. Ye aku happy sebab dia cubalah jugak menulis walaupun ayat² dia aku tak boleh tahan. Hahahaha..