Kenangan Tak Ternilai

Tadi saja tengok barang arwah dan terjumpa buku catatan dia. Tapi tahun 1981 je dia tulis. Tahun lain dia simpan je diari tu, takde tulis sangat. Every year memang FELDA ada bagi diari.

Dan aku terjumpa dia tulis ni. :'(


"Hidup Dan Matiku Di FELDA"

Arwah bapak aku cakap masa baru-baru masuk FELDA dia duduk rumah panjang dan dia ada tulis dekat dinding rumah tu - "HIDUP DAN MATIKU DI FELDA"

Selesai Tahlil Hari Ketiga

Alhamdulillah selesai majlis tahlil. Nanti mak nak buat masa hari ke 40. Esok tinggal aku dengan mak aku kat rumah sebab Yong dengan Abang nak balik dah. Liza dan anak-anak ada kat KL. Rindu jugak tapi takpelah, ini phase jaga mak aku kejap. Sebenarnya Keramat pun dah lama tak pergi, next week aku nak pergilah kut.

Aku cuti straight sampai Ahad, nanti aku cerita pasal apa.

By the way, anak makcik katering cun wa cakap lu!!

Aku Nak Menghembuskan Nafas Terakhir Exactly Macam Bapak Aku Menghembuskan Nafas Terakhir Dia

Macam aku cerita hari tu bapak aku sakit teruk sikit selepas raya puasa. Dan bila di bawa ke hospital 5 bulan yang lalu dia disahkan ada penyakit kanser paru-paru stage 4. Dan doktor cakap ada 6 bulan lagi masa untuk hidup.

Abaikan. Aku nak cerita masa akhir-akhir arwah.

Aku balik bulan lepas dan masa itu bapak aku masih boleh berjalan dan bersembang macam biasa dan aku siap tulis kat blog cakap bapak aku macam sihat dan harap doktor salah diagnose so aku tak sangka bila aku balik pada 18 January hari tu dia dah tak boleh bangun sangat dan aku balik lagi dengan family pada Sabtu 26hb January, petang, selepas pergi wedding di Sungai Buloh makan kambing bakar dan niat di hati nak balik kampung lagi sorang-sorang this coming Saturday. Itu pasal aku beli kereta baru sebab sekarang ni aku nak selalu balik kampung.

Masa aku balik tu takde adik beradik lain sebab diaorang dah balik masa Maulidul Rasul, dan diaorang tau aku nak balik so kira bapak aku ada temanlah. Diaorang lagi kerap balik, berbanding aku.

Sampai-sampai je aku sembang dengan dia. Tanya dia ada ke nak makan apa-apa? Dia cakap Abang Ohm aku dah belikan hari tu. Lepas tu aku bukak Instagram adik aku Dilla dan tunjuk student card dia dan gambar masa kami kat Taylors register hari tu. Dia tengoklah semua. So far itu je yang aku ingat apa aku buat siang tu.

So malam tu aku jagalah bapak aku, tidur sebelah katil dia. Dia masih boleh bercakap dan masih ada tenaga untuk berpaut pada kepala katil besi untuk adjust badan. Dia ada rasa nak berak so kitaorang angkat bawak dia pergi toilet tapi tak boleh. Dia taknak pakai lampin pakai buang sebab macam tak boleh nak berak kencing dia cakap. Kencing pun dalam tin susu. Masa malam tu dia adalah terbangun-bangun cakap badan panas semua. Aku ada bagi air jugak. Tambah air dekat nebulizer machine dia dua kali. Berbalik pada aku nampak dia ada tenaga tu aku fikir, Ahad malam tu aku nak balik sini sebab adik aku Ina dan Dilla akan ada pada petang Ahad tu. Sebab dah lama tak balik Keramat dan aku memang cakap pada bapak aku yang aku nak balik Sabtu ni.

Masa hari Ahad keadaan dia masih sama, cuma dia ada nak berak lagi. Mak aku cakap berak je lah kat tepi katil tu dan mak aku akan basuh. Aku dan mak angkat dia dan dia pun beraklah. Taik dia memang dah hitam dan busuk. Mak aku cuci bapak aku. Aku ingat dia ada nak minum dan kencing sekali dalam tin. Masa lepas Zohor aku tidur dan dia macam mengerang cakap panas. Suruh aku kuatkan kipas dan bawak dia masuk dalam bilik air. Aku cakap "Tak bolehlah Pak, panas kat dalam pergi mana pun panas." Tapi aku rendam jugaklah towel dalam kolah dan lepas perah aku letak atas badan dia. Aku cakap sekali lagi, masa ini aku tak rasa pun dia akan meninggal hari tu.

Menjelang petang ramai sedara datang dan dalam pukul 5 tak semena-mena dia macam gelisah sangat². Pakcik aku ada masa tu baca something dekat air dan bagi dia minum dan from then on dia terus baringlah sambil pakcik aku baca Yassin. Masa tu aku baru tau bapak aku dah nazak dan pakcik aku adalah kut baca ayat Al-Quran apa untuk menenangkan bapak aku. Dia ada experience. Mak aku call abang aku dan jiran.

Ada seorang pakcik alim ni datang dan cakap pada bapak aku. "Pak Haji ingat Allah je ye? Kalau ada terbayang apa-apa semua itu syaitan, ingat Allah saja". Dan sejak itu aku duduk dekat telinga bapak aku dan sebut Lailahaillah dan Mengucap jugaklah, selang-selang. Bapak aku sebut jugak. Ada satu part aku tanya dia, "Bapak nak Li baca Yassin ke? Dulukan Apak ajar kami semua mengaji marilah Li baca" dan aku pun baca sampai habis, dan lepas tu aku ajar mengucap lagi. Bapak aku ada sebut Lailahaillah masa aku cakap tu dan aku cakap "Ha macam tu Pak" Banyak kali jugak sebab aku nak buat apa lagi. Aku memang cool dan tak nangis apa pun masa ni.

Masa pukul 7 takde adik beradik sampai lagi. Adik aku Ina dan Dilla pun tak sampai sebab husband Ina kerja. Aku lebih kepada nak semua jumpa. Lepas tu kakak aku Kak Da sampai, lepas tu Ina and Dilla pun sampai, masa ni aku menangis gila-gila sebab aku bersyukur diaorang ni sempat jumpa, especially Dilla lah, anak kesayangan. Dan lepas tu Yong, kakak sulung aku sampai. Masa ni aku dah pergi ambik air sembahyang nak solat maghrib  dan sebab ada adik beradik lain layan, aku pun rasa ok sebab aku dari start dia nazak aku dah ada sebelah dia.

Lepas aku habis ambik air sembahyang bapak aku dah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang sekali according to semua orang yang tengok, Yong, Kak Da, Ina dan Mak aku. Memang taulah nyawa dia dicabut dari ubun-ubun kepala, the best way. Dan dia nazak pun tak lamalah, lebih kurang dua jam setengah je. Doa aku (dan korang) semoga semuanya dipermudahkan tu Alhamdulillah dimakbulkan dan pada masa itu aku lah the coolest man on earth sebab semuanya smooth. Lebih pada lega. Oh masa tu Abang Ohm, Abang Min dan Nyah Nab tak sampai lagi. Tapi diaorang dah balik hari Khamis tu tadi so aku takdelah rasa ralat.

Isnin kebumi. Itu takpelah, ada masa aku cerita, hari ni aku balik hantar Liza dan anak-anak sebab esok Liza dah kena kerja, tapi aku akan balik kampung semula sampai Ahad. Cerita kebumi semua ni siap ada cerita kelakar pun ada. Ok nanti cerita.

Bapak aku sepanjang hidup dia, dia tak suka susahkan orang, so hari dia meninggal pun cantik sangat sebab esoknya cuti ganti yang mana orang semua boleh datang. Dia dah sediakan semua duit untuk uruskan jenazah dia, dia tunjuk kat abang aku dekat mana dia simpan, tapi on the day tu FELDA ada bagi duit so kitaorang tak usik duit dia simpan kat rumah tu. Dan siapa sangka dia letak 9K bawah tilam untuk kitaorang uruskan dia. Itulah bapak kitaorang punya preparation.

Aku tau nyawa dia dicabut dengan cara yang paling lembut sekali atas amalan dia, walaupun kadang-kadang orang nampak dia sombong. Tapi sebenarnya deep down dia memang baik dan orang yang patut dicontohi. Dan aku memang harap saat nyawa aku dicabut biarlah exactly macam dia.


Dilla cakap pada aku dia balik Ahad tu sebab nak tunjuk student card dia tapi hampalah tak sempat tunjuk. Tapi takpelah aku dah tunjuk dekat Instagram tu dan bapak aku memang tengok betul-betul.

Al-fatihah.

Please Sedekahkan Al Fatihah Untuk Ayah Aku

Allahyarham ayah saya, Mat Wazip Bin Shaari telah meninggal dunia pada pukul 7.30 petang tadi. Please sedekahkan Al Fatihah untuk dia ye. Dan doakan dia ditempatkan di antara golongan beriman InsyaAllah.

Terima kasih.

Tangan Yang Mencari Rezeki

Inilah tangan yang cari rezeki dengan buat kerja sawit, tangkap ikan, jual ayam dan lain-lain masa nak membesarkan aku dulu.

Di Kampung

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. Doakan semuanya dipermudahkan untuk bapak aku.

Saat Terindah Anak Kecil


Dalam membesarkan anak-anak ni ada beberapa phase. Dan fasa yang paling aku suka pasal budak kecik ialah bila dia dah tak perlu pakai diapers. Nursery Nawal dan start train dia pergi toilet dan Alhamdulillah so far 80% successlah. Dekat rumah pun dah tak pakai.

Aku ingat lagi dulu aku cakap kat Umar aku akan belikan PSP kalau berjaya tapi sampai sekarang tak beli pun hahaha. Takpelah, bagi makan semua tu kira bayar hutanglah.


Benda ni jadi best sebab boleh save sikit. Dan kalau nak menambah anak pun time macam ini lah sesuai. Sebab instead of menambah belanja, kira macam transfer je. Harap sebulan dua ni success rate dia 100% lah hendaknya.

#sorry gambar takde kaitan, aku just nak upload gambar superhero cacat Umar tu dekat blog.

Teringin Nak Panjat Kinabalu


InsyaAllah dalam bulan lima ni aku dan beberapa orang rakan nak pergi Sabah, Kota Kinabalu untuk makan-makan. Jangan expect aku nak beli souvenier pun. Ye, kitaorang nak pergi sana untuk makan, makan, makan dan lepas tu balik. Aku personally nak makan fresh seafood dan nak bawak balik yang basah. Extreme betul. Ok itu nanti cerita. Anyway, itulah the beauty of anak-anak dah besar ni hehe. Aku nak tinggalkan diaorang dengan Liza pun takde rasa bersalah sangat.

Tapi sekarang ni aku teringin pulak rasanya nak panjat Gunung Kinabalu. Tetiba rasa nak sangat. Maybe sebab aku baru lepas baca seorang model perempuan ni baru lepas panjat kut. Macam dengan poyo nya aku cakap dalam hati kalau dia boleh buat takkan aku tak boleh buat.

Rate dia kalau 3 hari 2 malam dalam 1500 lah maximum. Pergi 2 orang pun dia accept. Maksudnya aku kena cari geng lah kalau nak pergi. Lari ramai lagi murah. Ada yang package 2 hari 1 malam, less than RM1000.

Tak surelah bila nak perginya, tapi nak jugaklah merasa sekali kut. Jom kita?

Of Monsters And Men - Love Love Love


Well, maybe I'm a crook for stealing your heart away
Yeah, maybe I'm a crook for not caring for it
Yeah, maybe I'm a bad, bad, bad... bad person
Well, baby I know.

And these fingertips
Will never run through your skin
And Those bright blue eyes
Can only meet mine across the room
Filled with people that are less important than you

'Cause you love, love, love
When you know I can't love
You love, love, love
When you know I can't love
You love, love, love
When you know I can't love you

So I think it's best
We both forget
Before we dwell on it

The way you held me so tight
All through the night
'til it was near morning

'Cause you love, love, love
When you know I can't love
You love, love, love
When you know I can't love
You love, love, love
When you know I can't love you

All 'cause you love, love, love
When you know I can't love
You love, love, love
When you know I can't love
You love, love, love
When you know I can't love you

Timing Tak Kena

Pernah tak bila kita tengah sesak tapi masa itulah jugak macam-macam benda jadi? Macam aku bulan ni lah ada masalah sikit sebab apa ntah hari tu. Oh pasal pasang lantai tu lah jadi pokai sikit sebab salah kiraan. Hahahaha.

Sekali masa ini lah nak kena pergi seminar kat luar, anak nak tampal gigi, tayar kereta pancit. Macam-macam lagilah. Hehe.

Busuk Hati

Percaya tak kalau korang tengah berusaha mendapatkan sesuatu dan kalau ada orang² bertanya "macamana progress?" tak semestinya orang tu nak tau sejauh mana kau berjaya?

Ye maybe half, daripada orang yang bertanya tu sebenarnya nak tengok korang gagal. Dan berharap kau menjawab secara negatif. So, bila anda dapat kesan orang perangai macam tu, jawablah dengan penuh senyuman dan cakap "Oh tak lama lagi berjayalah aku"

Ramai orang dalam dunia ni yang negatif, busuk hati dan dengki, dan dah lama aku jauhkan dari hidup aku. Itu pasal aku tak ramai kawan. Hehehe. Positifkan lah diri anda.

Budak Yang Takde Masalah Nak Pergi Dentist


Awal pagi semalam aku ambik time off bawak Umar pergi dentist sebab gigi dia berlubang. Aku rasa dialah budak yang takde masalah langsung nak jumpa doktor gigi. Sakit gigi sikit dah sibuk ajak. Aku dapat bayangkanlah doktor ni yang akan merawat gigi dia sampai dia dah dewasa nanti. Nampak macam kamceng je aku tengok semalam.

Atau mungkin sebab doctor ni akan bagi sticker boboiboy buat dia look forward sangat dan nak berbaik-baik dengan doktor.

Pergi Product Launch

Hari ni aku pergi software launch dekat One World Hotel, Bandar Utama. Aku akan bertolak lepas Subuh dan aku tak pastilah boleh sampai dalam pukul 8.30am untuk registrationnya.

Doakan aku tak stress jalan jam.

Update: Suprisingly aku sampai awal. Sekarang aku kena menunggu dalam sejam sebelum event starts. Maknanya logik jugaklah aku nak kerja area PJ ni cuma kena bangun awal dan bertolak lepas Subuhla. Oh dan kena bayar tol hehe.

Doa Makan


Simillah pulak. Bismillah lah cik. :D

Saya Dan Kejujuran

Sebelum ni ada kawan aku cakap aku ni honest dalam menulis blog. Dia siap rekemen kat kawan dia sebab kejujuran. Cewah.

"It shows from your blog. Honesty. Not everyone has it nowadays" - Ayat kawan aku.

Tapi aku macam relax je lah kut. Apa yang big deal sangat kalau aku jujur? Ke orang lain tak jujur sebenarnya dekat dunia ni? Hehehe.

Tapi bila ada seorang blogger buat entry pasal blog aku, aku rasa sangat terharu dan hampir menitik air mata. Aku tak sangka orang appreciate honesty dalam penulisan.

Ini entry dia: http://www.rempitkehidupan.my/2013/01/blog-dia-simple-tapi-jujur-giler-siapa.html
Dan ini blog dia: http://www.rempitkehidupan.my/
Aku suka belog milik blogger lelaki nie, sebab kejujuran entry dia. Dia menaip, meluahkan idea ... menzahirkan perasaan dia berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling dengan jujur sekali. Ringkas, padat dan mudah faham. Bagi akulah! Bagi korang aku tak pasti. Aku berani cakap macam nie sebab dah hampir 2 tahun aku adalah pembaca belog milik lelaki ini dengan tegar sekali. Setiap kali dia up entry, pasti aku terjah. Walaupun kadang-kadang aku tak komen pun. Silent reader.
Terharu aku baca hahaha.

Aku memang baca every posts dia, dan macam blog-blog orang lain aku tak komen sangat. As for blog aku, jangan baca apa yang aku tulis dalam 2 tahun awal aku start blog sebab penuh dengan kemarahan.

Aku Tak Suka Orang Eja Tak Betul Dengan Sengaja

Ingat cute ke?? Ha?? Ha?? Cikgu zaman sekarang dah tak mengajar mengeja dengan betul ke? Ye, aku orang tua yang tak cool.

Bila Orang Nak Start Berniaga

Aku selalu nampak orang nak start berniaga tapi kawan-kawan bukan nak membantu membeli tapi lebih kepada meminta. Sorrylah, aku kesian sebab baru nak berniaga orang mintak diskaunlah, suruh derma kat surau dan mintak bagi free pun ada aku pernah nampak.

Come onlah, orang baru nak mula, supportlah elok-elok. Belilah barang dia, kalau taknak beli janganlah suggest yang bukan-bukan. Modal pun belum dapat lagi dah nak kena bagi diskaun, derma. Bila nak kaya?

Abang Yang Bangga Dan Berharap

Grand betul.

Bangga betul aku tengok.

Aku rasa daripada blog post dan status update aku rasa semua orang tahu aku sangat bangga adik aku dapat American Degree Program ni. Memang start dia dapat masuk MRSM aku dah berdoa biarlah dia dapat scholarship. Aku nak tengok ada adik beradik aku dapat dan since dia je yang tinggal masih sekolah, tinggal dia je lah harapan. Dan aku nak anak-anak aku ada nampak contoh, adik Liza ada sorang JPA pergi US dan ini adik aku, so adalah orang² yang anak-anak boleh jadikan contoh.

Scholar. Ceh.

Salah satu reason lain ialah kitaorang orang kampung. Hidup dikelilingi kebun kelapa sawit. Kalau guna duit sendiri memang tak dapatlah nak buat program ni. Dengan ada orang pandang rendah lagi pada adik aku. Masa register hari Sabtu hari tu nampaklah ada orang-orang senang especially yang dapat scholar Sime Darby, mostly dari SBP. Tapi aku harap sekampung-kampung kitaorang biarlah adik aku berjaya. Dapat pergi US. Biar mak aku bangga. Biar aku lagi bangga. Berkorbanlah 4-5 tahun ni.

Nasib baik takde kena brainwash. Or maybe masa brainwash aku duduk luar. Takde kut.

Aku tau Taylors memang boleh bantu adik aku. Tengok dari mata kasar pun tau dia tempat yang bagus. Dan dengan bantuan MARA tinggal nak atau taknak je lah berusaha nak berjaya. Aku punya suka Taylors ni sampai aku rasa nak apply kerja situ.

Cantik kawasan dia.  Panas masa ni.

Adik aku dapat hostel, apartmentlah, 7 orang satu apartment. Pagi-pagi kena naik bas pergi kelas. Itu jelah part aku tak berkenan sangat. Kalau ada kereta sendiri lagi senanglah kut. Dia bertuah jugak kut sebab dia dapat bilik single, tak payah share dengan orang lain. Cuma share toilet je lah. Takpelah kut, dah 5 tahun duduk asrama. Sebelah apartment dia Mydin Subang dengan Giant. So aku tak rasalah dia ada masalah nak survive. Dalam Taylors tu sendiri ada macam-macam kedai bank semua. Kira tak perlulah nak bergantung sangat dengan kitaorang. Tapi kalau ada apa-apa benda penting aku dalam 40km je lah daripada dia.

Mak aku tanya Tokong apa tu besar sangat tu? Hahahaha.

Oklah, doakan adik aku berjaya dan tak ikut mamat african lari.

Settle


Selesailah hal register adik aku ni. Kenalah berdikari, sekarang asrama bukan 21km away jalan straight dari rumah mak. Semuanya berbeza. Kena ada urgency sikit, nanti ketinggalan. Dan semoga berjaya.

Busy Weekend

Pagi tadi, dalam pukul 6 lebih aku pergi ambik mak dan adik aku, dalam pukul 10 pergi beli setem hasil dan matikan setem dekat pejabat daerah Slim River dan bertolak ke sini. Lepas solat Jumaat, pergi Pesuruhjaya Sumpah sign borang penjamin MARA adik aku tu.


Mak aku ni boleh anggap ni rest day dialah sebab penat jugak kut dia jaga bapak aku sakit selama 5 bulan ni. Anyway bapak aku dah teruk sangat dah, badan bengkak² dan depend on neubelizer. Kami dah redha je lah sebenarnya. Sementara kitaorang uruskan adik bongsu aku nak masuk university ni kakak and abang aku jaga bapak aku kat kampung. Macam aku cakap hari tu at least bapak aku nampaklah anak kesayangan dia dapat masuk university.

Uniform Sekolah

Aku baru tersedar salah satu sebab aku macam "kering" sangat bulan ini ialah sebab bayaran sekolah anak-anak dan buat aku terfikir tahun depan Umar darjah satu nak kena beli uniform. Bila dingat-ingat uniform sekolah aku dulu ada 2 pasang je. Bukan dibasuh pun hari-hari, tapi recycle pakai dua hari. Dan aku takde masalah pun walaupun fikir-fikir balik punyalah berpeluh bagai baju² aku tu.

Dan aku yakin 90% orang Malaysia ni pun mesti macam aku jugak. (confident je aku 90%)

Tapi aku tak tau kenapa dah jadi ayah ni aku rasa macam takkan nak beli 2 pasang je kut? Mesti kotor semua nanti. Tapi sambil tu aku ingat balik dulu aku ada 2 pasang dan takde masalah apa pun.

Anak korang semua berapa pasang? Dua? Tiga? Lima?

Masalah Saya Dengan Jiran


Aku ada masalah dengan orang duduk rumah yang maximum kereta boleh masuk 2 bijik tapi dekat rumah ada 7, 8 bijik kereta. Lepas tu parking luar rumah dan menyusahkan orang lain. Aku sangatlah tak comfortable dengan benda-benda ni.

Contohlah, kereta hijau tu kereta jiran yang park kat luar. Lepas tu bila aku nak bukak or tutup gate aku kenalah stop depan rumah aku kan? (Kereta biru). Masalahnya bila ada kereta lain (kereta merah) nak lalu aku nak kena cepat tutup gate sebab dia macam terhalang. Aku sangat tak suka bila sekarang ni aku pulak yang macam bersalah pada orang kereta merah tu padahal kereta hijau tu yang block. Orang lain senang-senang aku yang kena kelam kabut, kena stare dengan orang.

Kalau yang dekat jalan besar lagilah, silap-silap boleh accident kalau orang tak bawak elok-elok. Aku tak taulah, kalau mampu pakai 8 kereta takkan tak boleh beli rumah lot kut?

Breakfast Sebelum Kerja

Paling sedap di daerah Hulu Langat

Bila aku bawak bekal untuk lunch maksudnya aku kena breakfast yang berat sikit. Biasanya bekal adalah lebihan makanan malam tadi dan amountnya sedikit, ataupun bukan makanan berat macam hari ni aku bawak bekal bihun goreng dengan telur mata.

Straight from kuali.

Dulu aku selalu beli nasi lemak, dan bila Haji Tapah bukak kat Semenyih ni aku makan roti canai je lah dekat situ. Tapi dalam minggu lepas aku baru perasan selain roti canai dia ada jual roti bakar dan jugak puree.

Sedap.

Maksudnya jugak aku ada banyak pilihan di sebuah restoran. Restoran ni sangat practical sebab on the way aku nak pergi kerja. Tak payah nak pusing mana-mana.

Restoran Sri Tanjung Sungai Jelok


Aku takde banyak pilihan di office. Food court office bukan semua peniaganya Melayu, dan ada satu Melayu yang meniaga lauk Melayu pun aku rasa tak sedap sebab dia macam dah westernisekan lauk tu untuk cater student dan staff yang bermacam-macam nationality. Dan juga makanan di sini agak mahal. Tapi mahal tu sedap tau?? Makanan Arab lebih sedap dari restaurant famous kat luar tu. Cuma tak laratlah nak belanja besar hari²

So biasanya aku akan bawak bekal dan kadang² makan makanan arab. Nak keluar pulak ke pekan takut bila balik takde parking. Tapi tadi aku buat gila ajak kawan-kawan pergi Sungai Jelok terus. Bila makan kat sini kena makan tanpa menahan selera. Makan je apa yang patut dan lupakan pasal diet ke nak kurus badan ke.

Sebab di Restoran Sri Tanjung ini terdapat masakan lauk Melayu yang sangat sedap dan banyak pilihan. Banyak pilihan bermaksud kalau try lauk lain-lain setiap hari mungkin sebulan pun tak cukup.

Cakap banyak tak guna so tengok je lah gambar. 





Burppp. Alhamdulillah.

Jemputan Kenduri

Kadang-kadang kita tak dijemput untuk ke kenduri atau open house. Mungkin tuan rumah terlupa kita. Mungkin tuan rumah tak cukup budget. Mungkin tuan rumah memang taknak jemput kita.

Boleh kalau kita nak terasa sikit tapi kita kena faham yang bukan kita seorang kawan tuan rumah. Benda jadi lebih buruk kalau orang yang dijemput tanya pada yang tak dijemput. Mesti orang yang tak dijemput terasa. Tapi maafkan je lah atas kemungkinan yang aku cakap tadi.

Janganlah pulak post kat facebook orang tu cakap. "Sampai hati kau tak ajak aku. Mentang-mentanglah aku ni support staff je bukan boss". Mesti orang tu tak tau nak jawab apa.

Perkembangan Si Nawal


Dulu Nawal duduk nursery yang banyak masalah. Datang situ pun untuk dijaga je. Berapa kali tukar pengasuh nursery tu. Bila nursery tu tutup kitaorang terpaksalah masukkan ke nursery lain. Nursery lain ni proper sikitlah. Ada system semua. Hantar ambik kena sign, ada record activity, makan apa semua.

Mindset aku masih fikir nursery dia macam dulu lagi. Tapi hari tu dia cakap dia main badminton. Aku macam, biar betul takkan budak 2-3 tahun main badminton? Sekali tengok dekat buku memang dia main. Dan dia jugak ada buku untuk colouring, matchkan benda², nyanyi² dan ada belajarlah sikit-sikit.


Aku happylah tengok. Dia kaler pun dah pandai jugak. Tau kena kaler dalam garisan. Dan dalam tak sedar baby aku ni dah besar rupanya.


Dan dah pandai tengok video cara makeup muka jadi macam Barbie Doll dekat Youtube. Hmmmm..

Let's Travel

Korang suka melancong? Dan inginkan deal yang hebat? Di sini kawan saya Ina nak share something yang akan buat anda semua teruja dan gembira. Please check it out.


Let me introduce you to a new way of Traveling~ Travel made easy~ you don't have to wait for Matta Fair/ Travel Fair  for cheap travel packages~ it's all at the tips of your fingers! 4-5 star travel at 2-3 star prices.

What is it about?

Travel the World at Huge Discounts and Stay in Luxury Hotels at Cheap Prices.

This is NOT a Timeshare,

There are NO EXPENSIVE Fees,

There is NO Front-Loading inventory.

There is NO CONTRACT, its just travel.

 If you are a traveler and enjoy packages like

1) 4D3N to Bali at USD49 per pax
2) 5D4N to Zante Greece at USD74 per pax
3) 3D2N to South Africa at USD99 per pax

Or check this out...

Pricing is PER CONDO for Up to FOUR People

All this on YOUR OWN TRAVEL PORTAL!!!

For the Independent Business Representative;

 1) Create PASSIVE income from your travel portal
2) Build an aggressive team
3) Earn Travel Dollars to travel for free
4) Get trained by the best in the industry.
5) Enjoy the same travel discounts

All this on YOUR OWN TRAVEL PORTAL!!!

In short: BE YOUR OWN TRAVEL AGENT, it is as simple as that.

Get access to Cheap travel discounts at the most aggressive pricing that rivals Agoda/Travelocity/bpooking-hotels.


Please Click

You dont have to be a Rockstar to travel like a Rockstar!

Lagu Dan Imaginasi Saya

♫ I know we’ll make it anywhere away from here ♫

Everytime aku suka sesuatu lagu aku akan letakkan diri aku dalam cerita lagu tu. Dan aku akan berimaginasi tahap paling tinggi macam betul-betullah cerita dalam lagu tu jadi pada aku. 

Adakah anda juga macam itu atau aku je yang tak betul?

Duit Dalam Akaun Tinggal RM3.44 Tapi Somehow Aku Happy

Sebelum.

Ini adalah impian aku sejak belum ada rumah lagipun. Tapi hari tu tengok Floor Depot ada promotion kitaorang booklah dan aku berazam guna duit bonus untuk settlekan bayaran. Masalahnya aku salah kira. Katakan bonus aku sepatutnya RM1000 tapi sekali PCB potong melampau so bonus aku jadi RM500 je, so terpaksa ambik sikit duit gaji dan aku tetiba stress tak cukup duit. Hahahaha. Aku tak taulah macamana company aku kira bab PCB masa bonus ni. Takpelah abaikan.

Sabtu hari tu diaorang datang pasang.

Depan tangga, dua orang je yang buat kerja, tapi cekap.

Ruang makan, datang dalam pukul 12, habis dalam pukul 6.

Umar pun ada tolong diaorang buat kerja. Suka sangat dia tengok. Aku dah mengantuk² dah.

Diaorang ni dari Floor Depot Seremban 2. Baguslah semuanya kecuali hari tu push-push aku  suruh buat cepat.

Dua tiga hari aku stress pasal perangai orang sampai tak lena tidur tapi benda ni buat aku gembiralah at least.

Ruang tamu, gambar tak elok guna camera phone.

Sanggup tak tidur nak tengok orang pasang.

Aku pasang dalam 90% bahagian bawah, dari ruang tamu sampai ke ruang makan. Siapa pernah datang boleh imaginelah. Maybe kena extra care kalau guna lantai macam ni, tapi tak taulah kenapa aku lebih suka lantai ni dari tiles. Maybe sebab tiles rumah aku putih dan takde corak kut.

Dan yang bestnya Jumaat ni mak aku nak datang rumah sebab Sabtu nak hantar adik masuk Taylors. Hik hik hik.

Pengajaran Hidup

Pada masa dahulu di sebuah asrama ada seorang pelajar membawa sekaton rokok lalu memberikan rokok tersebut kepada kawan-kawannya seorang sekotak. Mulai hari tersebut dia sudah tidak membeli rokok lagi selama tempoh pengajian. Bila dia nak merokok dia mintak dari kawan-kawannya. Bila kawan-kawannya marah sebab asyik mintak dia akan jawab. "Dulu aku bagi kau sekotak". Itu je lah yang diungkit beribu kali.

Pengajarannya di sini, tak semua orang buat baik tu ikhlas. Kecuali aku!

Kucing Yang Confuse


Since 2 ekor kucing kat rumah ni dah pandai guna toilet, malam-malam aku dah tak kurung dalam toilet. Aku biarkan je diaorang lepas. Yang Mr. Gopal kecik lagi dia just duduk diam je, tapi Mr. Alex dah besar dia bolehlah merayap sampai naik atas.

Aku rasa Mr. Alex dah confuse. Aku rasa dia ingat diri dia tu manusia. Haha. Masa Liza suap anak-anak makan dia siap duduk sekali dengan budak-budak tu nak makan sama. Masa kitaorang tidur dia naik atas katil tidur sekali. Pukul 6 macam tu dia start kejut orang suruh sembahyang Subuh. sebenarnya nak makan sedap

Apa-apa pun aku rasa kucing ni macam part of the family lah sebenarnya. Sebab layan diaorang macam baby.

Kawan Baik Umar Nama Azim

Kawan baik Umar di tadika bernama Azim.

Semalam bibir dia luka sebab kena tolak dengan budak baru masa main slide.

"Tadi Hazim tolak kita. H.A.Z.I.M, Hazim bukan Azim." "Nama dia H.A.Z.I.M, HAZIM lepas tu teacher suruh masuk dalam."

Lepas tu pergi dekat mama dia.

"Mama tadi ada orang tolak kita H.A.Z.I.M, Hazim tolak kita"

Nampak tak dia sedaya upaya nak protect kawan baik dia nama AZIM tu. Dekat sepuluh kali mengeja HAZIM. Risau sangat kitaorang marah AZIM.

Masuk Islam Banyak Kali??

Ok aku rasa ramai orang dah gila atas desakan hidup. Peragut dah memang jadi jenayah common dekat negara kita ni. Sekarang ada kes satu family ni masuk Islam banyak kali. Surau area rumah aku pun dah kena.


Masalahnya sekarang kita dah tak tau siapa yang baik, siapa yang jahat. Siapa yang betul, siapa yang salah. Aku rasa kes masuk Islam nak duit ni bukan benda baru. Aku perasan jugak ada orang masuk Islam, tunjuk kad, mintak derma sebab abang sakit matalah apalah. Kalau tak bagi rasa kesian, kalau bagi kutlah dia menipu.

Kalau ada orang tahan tepi jalan motor rosak pun aku dah rasa suspicious sekarang ni.

Kalau Ikut Hati

Kalau ikutkan hati nak je aku bawak lari wife aku naik cruise. Or pergi PD dekat bilik yang ada private pool. Dan hantar anak balik Keramat.

Sanggup tak sanggup nak bagi mak mentua jaga anak-anak je sekarang ni masalahnya.

I need to keep the love going hahahahahaha.

Aku Bukan Nak Kahwin 4

Tapi korang perasan tak kalau orang alim kahwin 4 semua orang cool, takde masalah nak kahwin lebih. Tapi kalau orang biasa nak kahwin dua je dah habis kecoh satu dunia, macam salah sangat atas dasar tak alim, atas dasar nafsu. Korang pasti ke yang orang alim kahwin 4 tu bukan sebab nafsu?

Double standard.

Samalah macam kawan perempuan aku semalam cakap, kalau yang betudung labuh bagai jadi isteri kedua, takpe, cool. Tapi bila perempuan biasa, free hair ke contohnya terus cakap nak harta semua.

Double standard kuasa dua.

Pada aku nak kahwin berapa tak kisahlah orang biasa atau orang surau. Yang paling penting sebenarnya ialah kemampuan. Macam wife aku cakap, kalau ada dua buah rumah banglo sebelah menyebelah takpelah.

Nasi Lemak Dah Harga Baru Woi

Nasi lemak ayam yang aku biasa beli tahun lepas harganya RM3. Tahun baru ni RM3.50. 50 sen tu. Banyak!

Gaji aku yang naik tiap-tiap tahun bukannya nak bagi aku ada duit lebih tapi untuk aku cope dengan kenaikan harga barang. Nasiblah company aku ada bagi increment. Kalau takde macamana? Nak makan best sikit pun tak boleh.

Balasan Menolong Orang

Kebiasannya bila kita tolong orang dan orang tu nak balas budi biasanya dengan belanja makan ke, beli hadiah ke. Atau kita taknak balasan apa² dan cakap "Takpelah, tak payah, aku ikhlas ni".

Aku rasa lepas ni aku kalau orang nak balas aku nak cakap macam ni. "Doakan aku sekeluarga sihat cukuplah"

Atau "Kalau beria betul nak balas bagilah aku 10 ribu, boleh aku buat kitchen cabinet."

Menunjukkan Rasa Simpati

Bila ada kawan atau orang ditimpa nasib kurang baik aku tak pandai nak tunjukkan rasa simpati. Dalam hati memang aku rasa kesian dan simpati tapi tak terluah. Samalah jugak kalau baca blog orang atau status FB and Twit orang lain. Aku boleh baca tapi nak bagi feedback tu macam susah. Tapi bukan bermakna aku tak peduli.

Bila bab berita gembira aku senang sikitlah nak bagi feedback. So kepada kawan-kawan yang ada masalah; aku tau masalah korang, deep down aku simpati tapi aku prefer berdiam diri dan doa semoga semuanya menjadi lebih baik.

Anak Saya Dan Basikal

Sejarah kehidupan orang Malaysia ni aku tengok adalah sangat penting untuk anak-anak belajar basikal. Mungkin untuk keperluan, mungkin untuk suka-suka atau mungkin mengikut apa yang orang lain buat. Dulu aku belajar bawak basikal untuk kemudahan aku bergerak, pergi sekolah, pergi kedai dan jalan-jalan. Aku tak pernah ingat aku penat bawak basikal masa dulu. sekali pun tak pernah penat rasanya.

Aku nampak basikal sejak aku lahir kut. Basikal abang dan kakak aku kat kampung. Kakak aku pernah nak kena parang dengan bapak aku sebab basikal hilang. Punyalah berharganya basikal pada masa itu.

Berbalik pada zaman sekarang, zaman aku dah ada anak, aku tak rasa basikal itu penting untuk anak-anak aku tau bawak. Kalau nak tau bawak pun mungkin atas dasar nak bagi diaorang merasa naik basikal. Tak lebih dari itu. Bukan untuk pergi sekolah, bukan untuk pergi kedai dan of course bukan untuk exercise. Sebabnya aku tengok naik basikal untuk budak keciklah, adalah sangat bahaya dekat area bandar ni. Dahlah anak ada dua orang je. Pergi sekolah pun aku rasa memang takkan lah kut. InsyaAllah kalau aku kerja sini aku hantar ambik.

Kalau nak main basikal pun aku kena bawak diaorang pergi padanglah kut. Tapi itu dah jadi satu hal pulak. Untuk masa sekarang aku jauhkan jelah diaorang dari basikal dan bila dah besar nanti dari motorsikal. Dah besar nanti kalau nak exercise bawak basikal bolehlah belajar sendiri kut aku rasa.

Kelab Kereta


Since ada kereta baru ni aku ada joinla kelab dia, tapi online je lah setakat ni sebab diaorang jumpa ntah kat mana-mana. Tapi andaikata aku tak join pun aku banyak belajarlah sebenarnya. Biasa orang share problem dan orang bagi solution atau bagitau prevention. Dan bila kau takde problem tu kat kereta kau, kau akan rasa bertuahlah.

Sekarang aku tau apa jenis rim yang bagus, tayar yang bagus. Aku jugak dah tau Ultra Racings Struts Bar tu, Anti Roll Bar tu apa bendanya. Jenis-jenis barang untuk jaga kecantikan kereta. Dan macam-macam lagilah. Safety punya benda ke.

Benda yang tak bagusnya ialah bila tengok orang modified kereta dan korang pun rasa teringin. Dan bila teringin maksudnya kena keluar duit. Damn! Oh dan ada jugak diaorang buat group buy, so harga boleh jadi murah sikit. Tapi stillah aku perlukan dalam 10K untuk mantapkan kereta dan buat awek Kazakhstan tahan kereta aku ajak pergi Port Dickson.

Saya Dan Filem Mamat Khalid


Kat Malaysia ni banyak pengarah filem tapi tak semestinya semua orang suka. Aku suka betul filem-filem Mamat Khalid. (kecuali Estet). Maybe sebab script dia. Aku yakin kalau ada orang yang tak suka sebab orang tu tak boleh relate dengan script dia dan anggap dialog dia ntah apa-apa. Tapi yang boleh relate memang akan suka.

Or maybe sebab aku orang Perak. Entahlah, tapi aku dah ready nak ambik cuti untuk tengok cerita Rock Oo ni. Kalau Liza taknak ikut pun aku tak kisah. Aku pergi sorang pun takpe.

"Macam kapal selam lah Mi, kalau tak boleh selam naik ke darat. Buat reban"

Sorrylah kalau korang tak faham apa yang aku suka sangat dengan cerita Rock Oo ni.

Update, aku dah tengok filem Rock Oo. Ini review dia:

http://besout.blogspot.com/2013/03/rock-oo-rimba-bara-kembali-review.html

Mana Nak Makan Seafood Yang Fresh Dan Sedap?

Salam, tak tau kenapa sejak aku makan udang fresh yang abang aku beli hari tu buat aku sekarang ni nak sangat cari fresh seafood. Tapi di mana? Fresh dan sedap dan dekat dengan hotel ke, chalet ke, homestay ke?

Boleh rekemen?

Menyesal Tak Sudah

Hari ni sebenarnya aku ada Run kat Padang Merbok. Plan asalnya duduk Keramat dan aku naik tren tapi somehow macam malas nak balik Keramat dan kebetulan KL takde air terus aku plan pergi dari rumah je. Plan asalnya bangun pukul 5, bertolak, singgah Petronas Sg Besi sembahyang, lepas tu pergi sana dan mungkin akan sampai on time sebab eventnya start pukul 7.

Sekali aku terbangun pukul 6. Dah lewat satu jam. Fikir-fikir dah lambat malas lah aku nak pergi takut nanti ntah pukul berapa sampai.

Tapi bila aku tengok gambar orang seronok-seronok lari, pegang medal aku rasa sedih gila dan menyesal pulak. Arghhhhh. Lepas ni kalau event kat KL mesti kena duduk Keramat. Kenapalah area rumah aku ni takde larian-larian. Semuanya nak buat kat sana je.

Good Luck Mak Kucing


Mak kucing ni bawak anak dia yang warna hitam tu keluar. Aku punyalah bagi makan sedap-sedap tapi dia nak juga cuba hidup di dunia luar. Maybelah aku bela tak sempurna sebab kena letak dalam bilik air sementara waktu, time aku pergi kerja tapi better than hidup di jalanan aku rasa.

Dengan ini aku ingin mengucapkan Good Luck kepada mak kucing tu dan aku takkan bertanggungjawab kalau anak dia mati. Tapi somehow aku harap anak dia mati sebab anak dia yang tu betina. Kalau hidup, mission aku nak stopkan population kucing jalanan dekat jalan rumah aku ni macam akan gagal. Yang coklat tu ada lagi aku bela ni dan dah pandai makan. Dua bulan lagi confirm gemuk. Come on Gopal.

Aku dah cuba nak tolong tapi dia yang taknak ditolong dan sombong, tak bersyukur so lantak dialah. Kalau datang mintak makan dengan aku lepas ni aku tangkap, masuk dalam plastik dan aku campak dalam sungai.