2013 - Expectation

Dari segi kekeluargaan untuk kami empat beranak rasanya macam itu sahajalah. Takde nak tambah anak tahun ni rasanya. Maybe akan bercutilah ke beberapa tempat dalam negeri sebab sebelum ni aku tak bawak anak-anak jalan sebab kereta dah uzur. Maybe nak pergi Penang makan nasi kandar, pergi Johor ke Melaka ke. Aku rasa tahun ni tak payahlah birthday cake untuk anak-anak. Kalau nak sambut pun dengan family je lah simple-simple.

Dari segi family besar, since adik bongsu aku akan duduk Taylors 2.5 tahun sebelum pergi US tu aku rasa kitaorang abang kakak ni kenalah macam ambik tau pasal dia sebab dia kat KL. Maybelah dua bulan sekali kena ambik dia bawak rumah aku lepak-lepak.

Dari segi family mentua, aku akan dapat biraslah sorang lagi sebab adik ipar aku nak kahwin tahun ni. Cadangnya masa kenduri dia nanti bolehlah kitaorang settlekan hal akikah anak-anak. Umar ada seekor lagi dan Nawal pun belum buat lagi.

Financially aku tak nampaklah akan bertambah banyak pun sebab naik gaji berapa percent je dan aku rasa aku nak stop kerja weekend tu. Tapi kalau boleh nak lah menyimpan.

Dari segi rumah, nak pasang lantai, nak beli sofa dan nak ganti pintu². Kitchen cabinet entah tahun bila lah haha.

Dari segi aktiviti, aku nak masukkan Umar kelas taekwando, dan kalau dia ambik orang dewasa aku pun nak masuk sekalilah kut. Setiap Sabtu. Yang running events aku rasa aku tak boleh masuk setiap bulan sebab nanti macam sesak sangat masanya. Balik kampung sebulan sekali sekarang so nanti takde banyak masa nak berehat. Maybe 2 bulan atau 3 bulan sekali masuk.

Dari segi diri sendiri aku rasa for now aku kerja sini je lah kut. Kalau aku nak kerja lain gaji yang dioffer mesti beza sangat banyak sebab aku nak kena beli superbike, aku betul-betul taknak lanyak kereta sekarang. Aku juga rasa aku nak jumpa kawan-kawan jugak minum-minum at least sebulan sekali. Sebab sekarang kalau aku cakap kat Umar "Ayah nak keluar minum² jap" dia jawab "Ayah minum je lah kat dapur". Aku boleh dapat ramai kawan kalau masuk kelab kereta tapi aku rasa nanti macam akan belanja banyak duit je so better aku keluar dengan kawan-kawan sedia ada je lah. Aku rasa Liza pun kenalah jugak ada outing dengan kawan-kawan sekolah dia ke apa ke tapi asalkan jangan ajak aku sekali join sudah. Hahahaaha. Tapi kami ada jugak set of friends yang sama dari tempat kerja sebelum ni, so kalau kes macam tu anak-anak tinggal Keramat atau ajak kawan-kawan ni datang rumah.

Tahun ni pilihanrayalahkan? Haha. Aku suka sebab aku dah penat tengok orang gaduh-gaduh. Kalau PR kalah aku rasa diaorang pun dah penat nak berjuang kut lepas ni. Kalau BN kalah kita akan dapatlah kerajaan baru. Apa apa pun harapnya lepas ni kita sebagai rakyatlah untung. Aku paling tak boleh dengar orang ambik rasuah. Kadang-kadang sampai berjuta. Ok baik aku stop, dah lari tajuk dah ni.

Apa lagi? Apa lagi? Hmm cukuplah dulu, kalau ada aku tambah. Aku harap kitaorang sentiasa bernasib baik dalam hidup ini mulai tahun ini sampai ke akhir hayat. Amin.

2 comments:

una said...

RASUAH???? tak kira kerajaan sekarang atau pun PR tetap akan ada rasuah. sama je. lagi besar projek lagi besar le rasuahnye. dia ikut % projek kan. bukan amik komisyen tetap =)

Kesuma Angsana said...

happy new year ye