Abang Yang Bangga Dan Berharap

Grand betul.

Bangga betul aku tengok.

Aku rasa daripada blog post dan status update aku rasa semua orang tahu aku sangat bangga adik aku dapat American Degree Program ni. Memang start dia dapat masuk MRSM aku dah berdoa biarlah dia dapat scholarship. Aku nak tengok ada adik beradik aku dapat dan since dia je yang tinggal masih sekolah, tinggal dia je lah harapan. Dan aku nak anak-anak aku ada nampak contoh, adik Liza ada sorang JPA pergi US dan ini adik aku, so adalah orang² yang anak-anak boleh jadikan contoh.

Scholar. Ceh.

Salah satu reason lain ialah kitaorang orang kampung. Hidup dikelilingi kebun kelapa sawit. Kalau guna duit sendiri memang tak dapatlah nak buat program ni. Dengan ada orang pandang rendah lagi pada adik aku. Masa register hari Sabtu hari tu nampaklah ada orang-orang senang especially yang dapat scholar Sime Darby, mostly dari SBP. Tapi aku harap sekampung-kampung kitaorang biarlah adik aku berjaya. Dapat pergi US. Biar mak aku bangga. Biar aku lagi bangga. Berkorbanlah 4-5 tahun ni.

Nasib baik takde kena brainwash. Or maybe masa brainwash aku duduk luar. Takde kut.

Aku tau Taylors memang boleh bantu adik aku. Tengok dari mata kasar pun tau dia tempat yang bagus. Dan dengan bantuan MARA tinggal nak atau taknak je lah berusaha nak berjaya. Aku punya suka Taylors ni sampai aku rasa nak apply kerja situ.

Cantik kawasan dia.  Panas masa ni.

Adik aku dapat hostel, apartmentlah, 7 orang satu apartment. Pagi-pagi kena naik bas pergi kelas. Itu jelah part aku tak berkenan sangat. Kalau ada kereta sendiri lagi senanglah kut. Dia bertuah jugak kut sebab dia dapat bilik single, tak payah share dengan orang lain. Cuma share toilet je lah. Takpelah kut, dah 5 tahun duduk asrama. Sebelah apartment dia Mydin Subang dengan Giant. So aku tak rasalah dia ada masalah nak survive. Dalam Taylors tu sendiri ada macam-macam kedai bank semua. Kira tak perlulah nak bergantung sangat dengan kitaorang. Tapi kalau ada apa-apa benda penting aku dalam 40km je lah daripada dia.

Mak aku tanya Tokong apa tu besar sangat tu? Hahahaha.

Oklah, doakan adik aku berjaya dan tak ikut mamat african lari.

8 comments:

shazrina said...

tahniah laaa untuk adik kau ..aku ni bangge btol kalau dengar orang melayu berjaye ..dulu sepupu aku n adik ipar aku dapat scholarship, aku yang kembang hidung tumpang bangge ..sekarang ni aku nak tumpang kembang hidung untuk adik kau lak :D ..

Nor Azlina Yusof said...

Tahniah. Aku tumpang bangga weh..adik aku tggl sorang lg yg bongsu. Darjah 6 thn ni..so far results ok..no satu duk kelas pertama..doa aku biar dia masuk mrsm..pastu smbg blaja kt luar negara...nk gak la dlm family yg belajar luar negara...

Aziela said...

Tahniah. Kejayaan adik, is kejayaan family juga. Biasanya, kalau kita rasa bangga itu adalah kerana kita nampak hasil usaha kita. So, tahniah kepada anda juga.

Oh, salam perkenalan. Datang dari blog Rempit Kehidupan.

nadia said...

tahniahhhhhhhh! bertuah dia. :)

tiga minit said...

tahniah..saya tumpang gumbira..diharap anak2 bro satu hari nnati ikut jejak mak su diorg...insyallah.

Pizli Mat Wazip said...

shazrina - Hahah jaga-jaga hidung tu..

Azlina - Semoga adik kau dapat jugak..

Aziela - Salam perkenalanm terima kasih datang..

nadia - terima kasih bagi pihak dia..

tiga minit - Amin..

Kesuma Angsana said...

tahniah utk adik awak ye. pasti membanggakan keluarga ye

Pizli Mat Wazip said...

KA - Bangga tapi harap dia berjayalah.