Aku Bukan Nak Kahwin 4

Tapi korang perasan tak kalau orang alim kahwin 4 semua orang cool, takde masalah nak kahwin lebih. Tapi kalau orang biasa nak kahwin dua je dah habis kecoh satu dunia, macam salah sangat atas dasar tak alim, atas dasar nafsu. Korang pasti ke yang orang alim kahwin 4 tu bukan sebab nafsu?

Double standard.

Samalah macam kawan perempuan aku semalam cakap, kalau yang betudung labuh bagai jadi isteri kedua, takpe, cool. Tapi bila perempuan biasa, free hair ke contohnya terus cakap nak harta semua.

Double standard kuasa dua.

Pada aku nak kahwin berapa tak kisahlah orang biasa atau orang surau. Yang paling penting sebenarnya ialah kemampuan. Macam wife aku cakap, kalau ada dua buah rumah banglo sebelah menyebelah takpelah.

8 comments:

kucingorengemok said...

orang alim berbekal ilmu agama... orang biasa kalau isteri no2 artis seksi, boleh jamin ke niat nak 'membimbing wanita'?

Pizli Mat Wazip said...

Oh maksud saya orang biasa bukan bermaksud takde ilmu agama. Masih boleh membimbing. Persoalannya betul ke orang alim ni nak membimbing semata²? Dan orang biasa ni nafsu semata² yang macam orang selalu judge. Hehehe.

Nor Azlina Yusof said...

n org mcm aku kalu blh elakkan la..hehegehe

marie said...

saya pernah tengok orang kahwin 3, semua isteri dapat banglo sebuah sorang, banglo memang dok sebelah menyebelah....dalam satu compound...:)

pB said...

kalau mampu , tak ada salahnya

Voldemort said...

Tahnya. Apa orang alim takde nafsu ke? Mana tau orang tu berlagak alim just nak kawen lebih?

Eh on a non-related topic, mana tempat nak cari jubah, serban dan celak?

mizrae said...

nak kahwin 2, 3, atau 4 boleh asalkan tak menyusahkan orang lain, anak2, etc. duit is not the only requirement. akal lebih penting.

Anonymous said...

eh..yg kawen kali pertama pun mesti sbb nafsu kan? kalo tak mesti takde org bg jawapan nak elak maksiat sbb tu kawen muda. sanggup buat loan nak kawen nak halalkan hubungan. Nampak tak di situ........kawen no berapa pun mesti sbb nafsu. kalo tak kesian kat bini.

tengok nasib la. ada org bini 1 pun hidup tonggang langgang. ada org bini byk pun aman bahagia. nak bahagia bkn harap org. sendiri yg melihat erti hidup tu camne. tapi plg penting tolong la cermin ekonomi diri camne. kesian kot anak bini semua benda kena catu kalo kewangan tak kukuh.