Aku Nak Menghembuskan Nafas Terakhir Exactly Macam Bapak Aku Menghembuskan Nafas Terakhir Dia

Macam aku cerita hari tu bapak aku sakit teruk sikit selepas raya puasa. Dan bila di bawa ke hospital 5 bulan yang lalu dia disahkan ada penyakit kanser paru-paru stage 4. Dan doktor cakap ada 6 bulan lagi masa untuk hidup.

Abaikan. Aku nak cerita masa akhir-akhir arwah.

Aku balik bulan lepas dan masa itu bapak aku masih boleh berjalan dan bersembang macam biasa dan aku siap tulis kat blog cakap bapak aku macam sihat dan harap doktor salah diagnose so aku tak sangka bila aku balik pada 18 January hari tu dia dah tak boleh bangun sangat dan aku balik lagi dengan family pada Sabtu 26hb January, petang, selepas pergi wedding di Sungai Buloh makan kambing bakar dan niat di hati nak balik kampung lagi sorang-sorang this coming Saturday. Itu pasal aku beli kereta baru sebab sekarang ni aku nak selalu balik kampung.

Masa aku balik tu takde adik beradik lain sebab diaorang dah balik masa Maulidul Rasul, dan diaorang tau aku nak balik so kira bapak aku ada temanlah. Diaorang lagi kerap balik, berbanding aku.

Sampai-sampai je aku sembang dengan dia. Tanya dia ada ke nak makan apa-apa? Dia cakap Abang Ohm aku dah belikan hari tu. Lepas tu aku bukak Instagram adik aku Dilla dan tunjuk student card dia dan gambar masa kami kat Taylors register hari tu. Dia tengoklah semua. So far itu je yang aku ingat apa aku buat siang tu.

So malam tu aku jagalah bapak aku, tidur sebelah katil dia. Dia masih boleh bercakap dan masih ada tenaga untuk berpaut pada kepala katil besi untuk adjust badan. Dia ada rasa nak berak so kitaorang angkat bawak dia pergi toilet tapi tak boleh. Dia taknak pakai lampin pakai buang sebab macam tak boleh nak berak kencing dia cakap. Kencing pun dalam tin susu. Masa malam tu dia adalah terbangun-bangun cakap badan panas semua. Aku ada bagi air jugak. Tambah air dekat nebulizer machine dia dua kali. Berbalik pada aku nampak dia ada tenaga tu aku fikir, Ahad malam tu aku nak balik sini sebab adik aku Ina dan Dilla akan ada pada petang Ahad tu. Sebab dah lama tak balik Keramat dan aku memang cakap pada bapak aku yang aku nak balik Sabtu ni.

Masa hari Ahad keadaan dia masih sama, cuma dia ada nak berak lagi. Mak aku cakap berak je lah kat tepi katil tu dan mak aku akan basuh. Aku dan mak angkat dia dan dia pun beraklah. Taik dia memang dah hitam dan busuk. Mak aku cuci bapak aku. Aku ingat dia ada nak minum dan kencing sekali dalam tin. Masa lepas Zohor aku tidur dan dia macam mengerang cakap panas. Suruh aku kuatkan kipas dan bawak dia masuk dalam bilik air. Aku cakap "Tak bolehlah Pak, panas kat dalam pergi mana pun panas." Tapi aku rendam jugaklah towel dalam kolah dan lepas perah aku letak atas badan dia. Aku cakap sekali lagi, masa ini aku tak rasa pun dia akan meninggal hari tu.

Menjelang petang ramai sedara datang dan dalam pukul 5 tak semena-mena dia macam gelisah sangat². Pakcik aku ada masa tu baca something dekat air dan bagi dia minum dan from then on dia terus baringlah sambil pakcik aku baca Yassin. Masa tu aku baru tau bapak aku dah nazak dan pakcik aku adalah kut baca ayat Al-Quran apa untuk menenangkan bapak aku. Dia ada experience. Mak aku call abang aku dan jiran.

Ada seorang pakcik alim ni datang dan cakap pada bapak aku. "Pak Haji ingat Allah je ye? Kalau ada terbayang apa-apa semua itu syaitan, ingat Allah saja". Dan sejak itu aku duduk dekat telinga bapak aku dan sebut Lailahaillah dan Mengucap jugaklah, selang-selang. Bapak aku sebut jugak. Ada satu part aku tanya dia, "Bapak nak Li baca Yassin ke? Dulukan Apak ajar kami semua mengaji marilah Li baca" dan aku pun baca sampai habis, dan lepas tu aku ajar mengucap lagi. Bapak aku ada sebut Lailahaillah masa aku cakap tu dan aku cakap "Ha macam tu Pak" Banyak kali jugak sebab aku nak buat apa lagi. Aku memang cool dan tak nangis apa pun masa ni.

Masa pukul 7 takde adik beradik sampai lagi. Adik aku Ina dan Dilla pun tak sampai sebab husband Ina kerja. Aku lebih kepada nak semua jumpa. Lepas tu kakak aku Kak Da sampai, lepas tu Ina and Dilla pun sampai, masa ni aku menangis gila-gila sebab aku bersyukur diaorang ni sempat jumpa, especially Dilla lah, anak kesayangan. Dan lepas tu Yong, kakak sulung aku sampai. Masa ni aku dah pergi ambik air sembahyang nak solat maghrib  dan sebab ada adik beradik lain layan, aku pun rasa ok sebab aku dari start dia nazak aku dah ada sebelah dia.

Lepas aku habis ambik air sembahyang bapak aku dah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang sekali according to semua orang yang tengok, Yong, Kak Da, Ina dan Mak aku. Memang taulah nyawa dia dicabut dari ubun-ubun kepala, the best way. Dan dia nazak pun tak lamalah, lebih kurang dua jam setengah je. Doa aku (dan korang) semoga semuanya dipermudahkan tu Alhamdulillah dimakbulkan dan pada masa itu aku lah the coolest man on earth sebab semuanya smooth. Lebih pada lega. Oh masa tu Abang Ohm, Abang Min dan Nyah Nab tak sampai lagi. Tapi diaorang dah balik hari Khamis tu tadi so aku takdelah rasa ralat.

Isnin kebumi. Itu takpelah, ada masa aku cerita, hari ni aku balik hantar Liza dan anak-anak sebab esok Liza dah kena kerja, tapi aku akan balik kampung semula sampai Ahad. Cerita kebumi semua ni siap ada cerita kelakar pun ada. Ok nanti cerita.

Bapak aku sepanjang hidup dia, dia tak suka susahkan orang, so hari dia meninggal pun cantik sangat sebab esoknya cuti ganti yang mana orang semua boleh datang. Dia dah sediakan semua duit untuk uruskan jenazah dia, dia tunjuk kat abang aku dekat mana dia simpan, tapi on the day tu FELDA ada bagi duit so kitaorang tak usik duit dia simpan kat rumah tu. Dan siapa sangka dia letak 9K bawah tilam untuk kitaorang uruskan dia. Itulah bapak kitaorang punya preparation.

Aku tau nyawa dia dicabut dengan cara yang paling lembut sekali atas amalan dia, walaupun kadang-kadang orang nampak dia sombong. Tapi sebenarnya deep down dia memang baik dan orang yang patut dicontohi. Dan aku memang harap saat nyawa aku dicabut biarlah exactly macam dia.


Dilla cakap pada aku dia balik Ahad tu sebab nak tunjuk student card dia tapi hampalah tak sempat tunjuk. Tapi takpelah aku dah tunjuk dekat Instagram tu dan bapak aku memang tengok betul-betul.

Al-fatihah.

6 comments:

dilla said...

It should be isnin ke bumi lah..bukan ahad..

kucingorengemok said...

siapa yang akhir kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut kalimah Lailahailallah nescaya Allah akan memberi syurga 10 kali ganda besar dunia - lebih kurang macam itulah yang saya ingat... semoga rohnya bersama orang beriman, & semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik juga

nur marina said...

sedih baca entry kali ni...tapi bersyukur sebab urusan pemergian arwah ayah awak di permudahkan..ustaz selalu ingatkan, yang penting adalah bagaimana pengakhirkan kita...syukur, pengakhiran ayah awak baik...semoga rohnya aman di sana...Al-Fatihah...

pB said...

syukur kerna Allah permudahkan segala galanya


semoga semua kita mati dalam keadaan beriman kepada Allah .

Amin

ecah said...

arwah bapak aku pon kena canser paru2 jugak...gambar tangan,daun rokok tu semua mengigatkan aku pada bapak aku jugak..sedih la tak dapat cium tangan kasar mereka lagi....kan..??

Cik Kamoo said...

Takziah dan Al Fatihah ... sy baru tahu. Semoga tabah dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yang beriman dan beramal soleh.