Anak Saya Dan Basikal

Sejarah kehidupan orang Malaysia ni aku tengok adalah sangat penting untuk anak-anak belajar basikal. Mungkin untuk keperluan, mungkin untuk suka-suka atau mungkin mengikut apa yang orang lain buat. Dulu aku belajar bawak basikal untuk kemudahan aku bergerak, pergi sekolah, pergi kedai dan jalan-jalan. Aku tak pernah ingat aku penat bawak basikal masa dulu. sekali pun tak pernah penat rasanya.

Aku nampak basikal sejak aku lahir kut. Basikal abang dan kakak aku kat kampung. Kakak aku pernah nak kena parang dengan bapak aku sebab basikal hilang. Punyalah berharganya basikal pada masa itu.

Berbalik pada zaman sekarang, zaman aku dah ada anak, aku tak rasa basikal itu penting untuk anak-anak aku tau bawak. Kalau nak tau bawak pun mungkin atas dasar nak bagi diaorang merasa naik basikal. Tak lebih dari itu. Bukan untuk pergi sekolah, bukan untuk pergi kedai dan of course bukan untuk exercise. Sebabnya aku tengok naik basikal untuk budak keciklah, adalah sangat bahaya dekat area bandar ni. Dahlah anak ada dua orang je. Pergi sekolah pun aku rasa memang takkan lah kut. InsyaAllah kalau aku kerja sini aku hantar ambik.

Kalau nak main basikal pun aku kena bawak diaorang pergi padanglah kut. Tapi itu dah jadi satu hal pulak. Untuk masa sekarang aku jauhkan jelah diaorang dari basikal dan bila dah besar nanti dari motorsikal. Dah besar nanti kalau nak exercise bawak basikal bolehlah belajar sendiri kut aku rasa.

4 comments:

Che Ta said...

saya takde duit nk beli kuda, beli basikal je lah..hehe

Kesuma Angsana said...

berbasikal tu pun satu exercise juga kan

mizrae said...

Pizli, i sampai sekarang x tau naik basikal sbb takde org ajar masa kecik. sian anak2 u sbb i know how it feels...kena ketawa adelaa

Pizli Mat Wazip said...

Che Ta - Saya nak beli basikal pun tak dapat sebenarnya hahahaha..

KA - Haha.

mizrae - Hahaha zaman sekarang takde kut kena kata hehe.