Bela - Vaksin - Mandul - Sunat - Kembiri Kucing (Saya Perlukan Sponsor)

4 ekor.

Semua orang tau aku, wife dan anak-anak suka kucing. Dan selama ni kitaorang bagi makan macam itu sahaja. Jiran sebelah rumah aku yang dulu bela kucing dah taknak bela sebab kucing tu berak dekat sliding door dia. Sekarang dekat pagar dekat gate siap letak jaring tak bagi kucing masuk. Dia tau kitaorang bagi makan so aku assume diaorang handover pada aku la kut. Takpe, kitaorang dah sayang dah dengan kucing tu.

Mr Alex, asalnya kucing jiran.

Baru keluar, dah over populate dah kucing-kucing ni tapi takde siapa nak jaga. Dua² mata biru. Yang coklat tu nama dia Gopal. Yang hitam ni nama dia Yaya. Ok sebenarnya aku tak tau lagi nak bagi nama apa. Ada suggestion?

Ada seekor kucing hitam ni yang duduk area rumah kitaorang baru beranak. Aku tak pastilah asalnya berapa ekor tapi sekarang tinggal dua ekor. Hari tu masa jiran lagi satu balik kampung kucing ni bawak anak-anak dia tinggal dekat rak kasut jiran aku ni. Wife dia tak suka kucing dan diaorang tak biasa dengan kucing. Pandai-pandai je mak kucing ni pergi letak rumah orang.

Sangkar kena ada at least macam ni.

So since kitaorang suka kucing, aku decide aku ambik semua kucing-kucing ni dan bela properly. Walaupun sedikit stress sebab nak kena keluar belanja tapi aku rasa takpelah kut buat kerja kebajikan. Tapi aku letak syarat pada diri sendiri, kucing-kucing ni kena duduk dalam rumah sebab taknak kacau rumah orang lain. Dan semua kucing ni perlu dimandulkan untuk stopkan population di jalan rumah aku ni at least dan aku bela sampai diaorang matilah kut. Sekarang aku letak diaorang dalam bilik air sebelum aku dapat sangkar besar sebab ada 4 ekor semuanya. Sangkar ni untuk waktu malam dan masa kitaorang pergi kerjalah kut. Dalam bilik air ni adalah bekas pasir, makanan dan tempat tidur yang aku buat guna baju-baju lama. Tapi nanti aku nak kena beli SmartSift Cat Litter. Litter box yang hebat dan moden. Aku taknaklah rumah aku berbau. Kalau dapat ni dan sangkar InsyaAllah kucing-kucing ni boleh terjaga dengan baik.


Sangkar, Smarfsift, vaksin dan pemandulan. Kalau anda ingin menderma atau anda adalah owner klinik haiwan atau kedai haiwan yang nak sponsor sila email saya (pizlimw @ gmail.com). Atau kalau nak derma senyap² ni nombor Maybank aku 114329200330  semua derma adalah untuk kucing, kalau ada lebih aku bagi masjid. Hahahahahaha. Eh, tak boleh ketawa, aku serious sebab banyak belanja nak start ni.

Sangkar - RM300
Smartshift - RM180
Vaccin - RM40/cat
Neuter - RM80/male cat RM100/female cat

Apa-apa pun anak-anak aku suka kucing. So kira takpelah ada pet.

Oh, kalau korang dulu pernah bela kucing dan ada perkakas second hand nak bagi pun boleh jugak. Aku tak boleh bagi orang lain adopt sebab anak-anak aku dah start sayang diaorang.

7 comments:

Kesuma Angsana said...

KA takut sikit kat kucing2 ni hehehe

Arin said...

Kau ni ada sikit2 mcm adik aku. Dia pun suka kucing. Dulu kucing dia yg patah kaki tu kena sampai lima ratus hantar kat doktor haiwan, in the end hilang pulak. Recently dia jumpa 2 ekor kucing kat tepi jalan, terus bawak balik bela.

Aku rasa Mr Alex tu nampak macho and sexy lah Pizli.

Gopal dah ok tu. Aku suka. Tak payah la tukar nama hehe :)

Arin said...

OK. Dua tiga kali aku tenung Mr Alex tu macam transformer la muka dia :i

Pizli Mat Wazip said...

Aku ada mission nak stopkan population kucing dekat area rumah aku ni Arin. Itu je sebenarnya hehe.

Iela Lullaby said...

Sama la sy..cbe nk mgurangkn populasi kucig di kawasan rumah tuh tp dpt jiran lpas tgan,bela kucig tp tk bg mkn..sy plak jnis tk smpai atie..so tiap2 arila bg dorg mkn..kucig sy sndri je dh 10 ekor..8 ekor mmg dduk dlm rumah..yg 2 ekor tu ..kira outdoor..tp sbelah mlm hangkut bwk msuk ruma sbb risau tdo bwh krete =)

http://ielahinagiku.blogspot.com/

Pizli Mat Wazip said...

Hehe lebih kuranglah kita.

iqbal 'ace' harith said...

En pizli tn tanah. Laki i da bli da smartshift tu. Tepaksa katanya. Xtahan bau ashemmmm hari2 hehe npak gaya kalau u pakai smartsgift tu xde le lagi nk msuk sangkar kut.xmuat. Hew hewww.. Ktorg letak dlm toilet juga yg jd bilik khas dia ni hah.taim klua rumah mmg nasib ko le go go. Duk diam2 dlm tuh..
Semoga si penyayang kucing ini dimudahkan urusan di sini juga di sana. Aminnn