Good Luck Mak Kucing


Mak kucing ni bawak anak dia yang warna hitam tu keluar. Aku punyalah bagi makan sedap-sedap tapi dia nak juga cuba hidup di dunia luar. Maybelah aku bela tak sempurna sebab kena letak dalam bilik air sementara waktu, time aku pergi kerja tapi better than hidup di jalanan aku rasa.

Dengan ini aku ingin mengucapkan Good Luck kepada mak kucing tu dan aku takkan bertanggungjawab kalau anak dia mati. Tapi somehow aku harap anak dia mati sebab anak dia yang tu betina. Kalau hidup, mission aku nak stopkan population kucing jalanan dekat jalan rumah aku ni macam akan gagal. Yang coklat tu ada lagi aku bela ni dan dah pandai makan. Dua bulan lagi confirm gemuk. Come on Gopal.

Aku dah cuba nak tolong tapi dia yang taknak ditolong dan sombong, tak bersyukur so lantak dialah. Kalau datang mintak makan dengan aku lepas ni aku tangkap, masuk dalam plastik dan aku campak dalam sungai.

4 comments:

Arin said...

Alahai. Sweetnya posing dengan kucing. Yes Gopal, you can do it!

Campak dalam sungai? ya allah. brutalnya.

Pizli Mat Wazip said...

Mak dia tak datang pun dah. Gopal ni pun dia takde nak bagi susu. Jahanam punya kucing.

Che Ta said...

kucing takpe lagi.. kat rumah saya makin byk anjing liar..sekali dtg satu geng beramai2 lak tu, pastu cari gaduh dgn anjing2 belaan, pakat la dok lawan menyalak depan pagar. nk balik batu pun takleh sebab karang kena saman mencerderakan binatangg tidak berdosa..

Pizli Mat Wazip said...

Nasib baik area rumah kitaorang takde anjing sangat.