Masalah Saya Dengan Jiran


Aku ada masalah dengan orang duduk rumah yang maximum kereta boleh masuk 2 bijik tapi dekat rumah ada 7, 8 bijik kereta. Lepas tu parking luar rumah dan menyusahkan orang lain. Aku sangatlah tak comfortable dengan benda-benda ni.

Contohlah, kereta hijau tu kereta jiran yang park kat luar. Lepas tu bila aku nak bukak or tutup gate aku kenalah stop depan rumah aku kan? (Kereta biru). Masalahnya bila ada kereta lain (kereta merah) nak lalu aku nak kena cepat tutup gate sebab dia macam terhalang. Aku sangat tak suka bila sekarang ni aku pulak yang macam bersalah pada orang kereta merah tu padahal kereta hijau tu yang block. Orang lain senang-senang aku yang kena kelam kabut, kena stare dengan orang.

Kalau yang dekat jalan besar lagilah, silap-silap boleh accident kalau orang tak bawak elok-elok. Aku tak taulah, kalau mampu pakai 8 kereta takkan tak boleh beli rumah lot kut?

8 comments:

Che Ta said...

hah sama! dah la tak auto-gate kan..nyampah sgt.

tiga minit said...

berat masalah ni...alhamdulilah takda masalah lg dgn jiran..dia bising je ni makan dia!

Voldemort said...

Aku rasa rumah sewa kot tu? Anyway, ko buat dek dengan orang yg terhalang tu. Ini kawasan rumah kau. Kalau dia tak suka, pegi lalu jalan rumah orang lain :D

shazrina said...

tak paham aku, kalo dah pentingkan diri sendiri tu ..ko yang baik sangat ni ..

Pizli Mat Wazip said...

Che Ta - Ha itula, kita perlukan auto gate!

tiga minit - Ha kitaorang diamkan je.

Voldermort - Rumah family. Orang kaya. :D

shazrina - Maybe aku patut park kereta kitaorang kat luar just to make a point.

zamdee said...

hidup berjiran, begitulah.. semoga diberi kesabaran dan mendapat ganjaran dari Pencipta :-)

nur marina said...

pizli..masalah ni rasanye dah jadi norm kat mana2 taman perumahan sekarang sbb jalan depan umah tak lebar mana, tapi ramai yg ada lebih dari 3 kereta kat umah...dalam hal ni, saya bernasib baik sikit sebab kat depan umah adalah padang/dewan...so takde kereta park depan umah..cuma time2 kenduri ajelah penuh depan umah tapi tak kisah sangat, sebab bukan selalu...dlm kes awak ni, penat jugak kalau tiap2 hari cam tu kan...:(

Kesuma Angsana said...

hehe susahnyer kalau dapt jiran yg mcm ni ye