Perkembangan Si Nawal


Dulu Nawal duduk nursery yang banyak masalah. Datang situ pun untuk dijaga je. Berapa kali tukar pengasuh nursery tu. Bila nursery tu tutup kitaorang terpaksalah masukkan ke nursery lain. Nursery lain ni proper sikitlah. Ada system semua. Hantar ambik kena sign, ada record activity, makan apa semua.

Mindset aku masih fikir nursery dia macam dulu lagi. Tapi hari tu dia cakap dia main badminton. Aku macam, biar betul takkan budak 2-3 tahun main badminton? Sekali tengok dekat buku memang dia main. Dan dia jugak ada buku untuk colouring, matchkan benda², nyanyi² dan ada belajarlah sikit-sikit.


Aku happylah tengok. Dia kaler pun dah pandai jugak. Tau kena kaler dalam garisan. Dan dalam tak sedar baby aku ni dah besar rupanya.


Dan dah pandai tengok video cara makeup muka jadi macam Barbie Doll dekat Youtube. Hmmmm..

6 comments:

ecah said...

ya la..dah besar kan..anak aku pon kaki make up orang..ayah dia la yang selalu jadi bahan eksperimen..

kucingorengemok said...

haha comel lah mekapkan 'pizli mat ken' tu...

Pizli Mat Wazip said...

ecah - so nak menambah ke? hehe..

k.o.g - Hahaha.

Kesuma Angsana said...

tang die make up mmg cute sgt

Che Ta said...

alolo baguih la mcm tu..budak2 ni mmg kena byk 'main' especially main mekap2 hahah esok lusa dia pandai set rambut lak so sedia2 lah ye..
nak bagi adik pun dah buleh dah ni..hahhaha

Pizli Mat Wazip said...

K.A - Hahaha merepek je.

Che Ta - Ha dia memang sangat girlie tapi tak suka pakai dress.