Saat Terindah Anak Kecil


Dalam membesarkan anak-anak ni ada beberapa phase. Dan fasa yang paling aku suka pasal budak kecik ialah bila dia dah tak perlu pakai diapers. Nursery Nawal dan start train dia pergi toilet dan Alhamdulillah so far 80% successlah. Dekat rumah pun dah tak pakai.

Aku ingat lagi dulu aku cakap kat Umar aku akan belikan PSP kalau berjaya tapi sampai sekarang tak beli pun hahaha. Takpelah, bagi makan semua tu kira bayar hutanglah.


Benda ni jadi best sebab boleh save sikit. Dan kalau nak menambah anak pun time macam ini lah sesuai. Sebab instead of menambah belanja, kira macam transfer je. Harap sebulan dua ni success rate dia 100% lah hendaknya.

#sorry gambar takde kaitan, aku just nak upload gambar superhero cacat Umar tu dekat blog.

2 comments:

Che Ta said...

tang mana cacatnye tuh?
umar dah pandai mengeja eh?

Pizli Mat Wazip said...

Hahaha, superhero gemuklah, tangan panjanglah.

Dia nak masuk 6 tahun, tahun ni so bolehlah mengeja sesikit. Dia selalu nak search video dekat Youtube so kenalah pandai mengeja hehehe.