Cekodok - Best In The World


Aku pernah cerita yang mak aku, mak mentua aku dan isteri aku ada memasak sesetengah makanan-makanan yang best in the world. Dan mereka masing-masing mempunya speciality. Dan aku takkan mintak wife aku masak atau mintak recipe yang mak atau mak mentua aku masak sebab aku nak biarlah aku makan makanan best in the world diaorang itu di rumah diaorang.

Macam aku cakap tadi wife aku pun ada speciality sendiri. Dan cekodok ni salah satulah. Aku tak pernah jumpa cekodok yang perfect macam ini di tempat lain.

Bantuan 1 Malaysia Yang Saya Perlukan

Cakap pasal bantuan semalam buat aku teringat bantuan yang aku agak perlukan.

Bantuan Lesen B Full 1 Malaysia (BLBF1M)

Aku banyak apply kerja area PJ. Kalau dapat, aku kena naik motor dan sebab distance dan safety aku perlukan motor besar. Nak motor besar ni kena ada lesen B Full.

Bantuan Menang Contest 1 Malaysia (BMC1M)

Aku dah banyak masuk contest dan tak menang. Aku rasa semua contest itu tipu dan hadiah dapat pada orang dalam. So aku nak satu contest yang bantu aku menang.

Bantuan Lasik 1 Malaysia (BL1M)

Aku benci pakai spec. Dan satu-satu caranya ialah lasik surgery. Lasik ni mahal, so aku perlukan bantuan ini.

Bantuan Ubat Kurus 1 Malaysia (BUK1M)

Musim hujan susah nak bersenam and diet is not really my thing sebab kalau lapar aku cranky. So aku perlukan bantuan ubat kurus.

Bantuan Tengok Manchester United 1 Malaysia (BTMU1M)

Aku tak pernah keluar negara dan sejujur-jujurnya aku tak teringin pun. Aku hanya teringin nak pergi tengok Man Utd main dekat Old Trafford dan shopping sikit dekat London, itu je yang aku teringin. So tolonglah saya wahai kerajaan. Saya janji pergi Umrah & Haji saya kumpul duit sendiri taknak bantuan.

Bantuan Mandulkan Kucing 1 Malaysia (BMK1M)

Untuk menjaga keamanan sejagat sama ada kena bunuh semua kucing atau neuter diaorang. Neuter ni cost. So bantuan please.

Bantuan Ambik Masters 1 Malaysia (BAM1M)

Seriously kalau ada budget dah lama aku ada PHD. Aku takde luxury untuk belajar tinggi dan bekeluarga pada satu masa. Sponsor please.

So far itu sahaja. Korang?

Masuk Kandang Mengembek (Komunikasi)

Sebagai manusia kita akan berjumpa dan bergaul dengan macam-macam golongan manusia yang lain dalam hidup kita. Golongan lain mungkin berbeza daripada kita dari segi umur, latar belakang, taraf hidup, status perkahwinan, pendidikan dan macam-macam lagilah.

So bila kita kadang-kadang terpaksa berjumpa dengan orang yang lain cara kehidupan dia dari kita, kita mestilah cuba untuk berkomunikasi dalam sesuatu benda yang kau dan dia tahu, faham dan boleh berbincang untuk menjadikan komunikasi itu lebih menarik.

Katakan kalau aku balik kampung dan jumpa kawan, mungkin topik yang menarik untuk dibincangkan ialah pasal memancing ikan, membela lembu dan cendawan busut. Dan aku tak perlulah cerita pasal kelajuan internet dari UNIFI dan Maxis sebab Streamyx pun takde kat sana. Barulah ngam.

Aku sebenarnya tadi nak mengutuk orang, tapi aku end post ini di sini sebab aku tiba-tiba mendapat hidayah. Sekian terima kasih. Tapi macam tu lah lebih kurang, kalau kau cerita benda yang orang tak boleh relate nanti orang tak suka.

Kelayakan Sederhana

Aku perasan ramai jugak yang dapat bantuan pelbagai benda dari kerajaan. Aku setakat tengok je sebab aku tak layak. Tak layak bukan sebab aku senang, tapi tak layak sebab aku hanya berada di atas sedikit sahaja dari orang yang layak.

So jadilah aku ini golongan pertengahan (atas sikit) yang tak merasa apa benda. Dan bertambah panaslah hati aku aku bila orang yang dapat bantuan tu pergi bersuka ria dekat Genting dengan duit bantuan yang diberi.

Dan tahukah anda golongan pertengahan sederhana ini yang akan suffer the most? Aku bukan dengki dengan orang yang dapat bantuan, aku cuma marah bila orang yang dapat bantuan tu tak guna dengan betul. Kalau dia masuk tabung untuk buat downpayment rumah aku happylah tengok tapi kalau pergi bercuti??

Ye lah aku jealous, aku jealous!! Kalau dapat agaknya aku guna untuk shopping jugak kut.

Missed Ke Kena Tipu?

Pagi tadi aku ada dapat email dari Lazada yang pukul 3 dia akan bagi voucher code dekat satu link, paling banyak RM400. Biasanya benda-benda ni siapa yang first check out lah yang akan dapat beli barang dengan voucher tu. Selalunya once seorang dah check out voucher terus invalid. So bila aku dah checkout dan dia accept voucher tu aku excitedlah sebab PS3 tu harga dia RM499 je. Masalahnya bila aku dah letak no credit card dan click place order dia cakap invalid voucher.

Aku bengang. Sebab dia memang dah deduct 400 dan aku dah check out. Aku dah print screen dan forward dekat diaorang. Kalau aku tak dapat memang taulah nasib diaorang. Samalah nasib dengan Kipas Udang. Memang sampai mati aku akan bagitau semua orang jangan beli dekat Lazada. Aku bagi masa 3 hari.

Aku tunggu dari pagi. 20 minit sebelum pukul 3 aku refresh banyak kali sebab taknak bagi system tu logged out akaun aku dan aku nak jadi the first onelah. Bukti ada di bawah. 


Jangan cari pasal. Word of mouth is the best form of advertising. Nak dapat bad reputation trylah tipu aku. In the meantime please doa diaorang acknowledge silap dan bagi aku voucher RM400 ni. Kalau diaorang bagi memang aku puji dan promote sampai bila-bila.

Soalan

Adalah normal untuk orang mencantikkan kereta. Especially orang-orang lelaki dan muda. Ganti sport rimlah, pasang bodykitlah, apa lah. Aku tengok dalam forum macam-macam benda diaorang buat. Lepas tu ada orang tanya.

"Korang modify kereta ni kan banyak guna duit. Kalau dah banyak sangat duit kenapa tak beli kereta yang cukup power terus? Instead of beli kereta lower end lepas tu keluar duit tambah itu ini."

Betul jugak cakap mamat tu dan mulai hari tu aku pun dah tak bukak forum.

Sedozen

'Umar nak adik lelaki ke perempuan."

"Umar nak boy, lepas tu girl, boy, girl, boy, girl, boy, girl, boy, girl, boy, girl, boy, girl, boy, girl"

AES

Aku sangat badly affected dengan AES. Yang aku tau aku dah ada 3 saman dan yang hampehnya dekat area yang aku tak tau pun ada camera. Kalau macam dekat Behrang dan Kajang tu aku aware. Ini yang aku tau, yang aku tak tau aku tak pastilah. Dah lah kelajuan yang aku langgar sepatutnya 90km/j. Jadah apa highway bawak 90km/j padahala kalau bawak 120km/j pun selamat lagi.

By the way aku takde bawak sampai yang 120km/j pun yang kena saman tu. Arghhh tertekan aku. Bila nak dapat beli PS3 kalau macam ni???

Genap Sebulan (30 Hari)

Gambar-gambar bawah ni untuk adik beradik aku tengok. Kubur Arwah Bapak dah siap. Wak penjaga kubur tu pasang 16hb hari tu.




Al Fatihah.

Courtesy And Politeness

Aku bekerja sebagai IT Support Officer di sebuah university. IT Support yang mana kerja aku support academic staff. Academic staff terdiri daripada Doctors or Professors. Sebagai manusia, kita sepatutnya melayan semua orang sama rata. Tak kiralah orang tu taraf hidup dia lagi bawah dari kita. Atau dalam kes aku pangkat dan darjat.

Ok masalah aku dan maybe orang yang bekerja dalam bidang aku di university ialah terpaksa melayan orang-orang yang hidung tinggi. Sombong. Walaupun kadang-kadang dia yang salah. Dan bayangkan ada IT Support Staff kena marah terus depan student-student diaorang dalam kelas bila equipment problem.

Satu masalah lagi ialah bila diaorang dah dapat kebenaran untuk dapatkan "pertolongan" kitaorang memang diaorang akan treat kitaorang ni macam staff diaorang terus dan automatically diaorang yang jadi boss. Dan bukan macam mintak tolong lagi.

Last sekali biasa bila ada event atau apa benda kitaorang lah orang yang first sekali dipanggil untuk join event tu sebab nak mintak tolong kerja technical. Tapi bila bab makan, bab bersuka ria memang orang paling last atau macam kes aku Sabtu lepas tak ingat langsung. Lepas nak start event tengahari baru tanya aku dah makan ke belum dan cakap. "Sorry lupa nak ajak kau join sekali"



Pesanan aku, tak kira tinggi mana korang, sentiasalah bertimbangrasa. Dan seriously, tak payahlah korang hormat sangat foreigner² datang negara kita ni.

Sebab-sebab Saya Akan Remove Anda Dari Facebook

Dulu aku excited betul masa start guna facebook. Nak add sebanyak mungkin kawan dan lagi excited bila orang request nak jadi kawan. Lepas tu aku jadi bosan. Macam Instagram lah dulu best kawan-kawan rapat dan family tapi sekarang dah link dengan Facebook semua orang add aku dan aku akan rasa rude kalau tak accept. Except for kawan-kawan yang rapatlah dan baik di blog ke contohnya.

Anyway, di Facebook aku akan remove orang dari friendlist kalau:

Post Pasal Politik All The Time.
Post gambar, artikel sampai takde benda lain. Memang itu tujuan facebook dia.

Mengutuk Orang Tak Alim. 
Aku suka orang share pasal hadis ke, nasihat ke, doa ke. Itu di alu²kan. Aku hanya tak boleh bila orang yang post ni kutuk orang lain secara terbuka macam diaorang dah tahap wali. Dah jadi sekali, aku memang kesian dekat orang yang dikutuk tu. Macam dah jadi riak.

Nama Yang Fancy
Kalau nama kau Teratai Merah ke Black Swan ke Jebat Hebat ke memang tak lama lah. Lepas tu letak gambar Angsa. Memang selamat tinggal terus sebab aku tak tau kau ni sebenarnya siapa.

Oklah, nanti kalau teringat aku add lagi.

Dua Soalan Yang Aku Terima Setiap Hari

Aku menerima dua soalan ini setiap hari, kadang-kadang lebih dari sekali sehari.

1) So mak awak tinggal seorang lah sekarang ni?

Jawapannya ya, mak aku taknak tinggal dengan aku dan to be honest aku pun tak ready kut nak ada orang lain dalam rumah pada masa sekarang. Nanti mak aku akan rasa dia jadi maid je sebab kitaorang takde kat rumah, dia bosan, dia kemas rumah dan masak, balik dari kerja aku lepak kat atas main game gitar sampai Maghrib (angan² tak habis).

Bila tiba masanya nanti aku sendiri akan paksa dia duduk rumah kitaorang dan jaga dia sampai akhir hayat dia. Provided that aku tak pergi dulu lah. Lagi satu rumah aku besar manalah sangat nak compare dengan rumah dia. Sayanglah nak biar rumah sana tinggal macam tu je.

Plannya sekarang, maybe dalam dua bulan sekali aku ambik dia dari kampung dan duduklah rumah aku dua-tiga minggu. Bilik study aku dalam perancangan nak convert jadi bilik tetamu. Bolehlah mak aku guna sewenang-wenangnya. Kalau dia nak teman, Nawal tak payah pergi nursery selang sehari, Umar tengahari aku ambik dia dari tadika dan hantar rumah. Mak aku tak sunyi. Tengoklah cerita senetron dia banyak mana pun. Hujung minggu pergi Tesco hahaha. Ada rezeki lebih sikit pergi jalan jauh sikit. Memang mak aku derserve dia punya rehat sebab dah berapa puluh tahun kerja ladang dan jaga arwah bapak aku.

Dan aku akan ambik kesempatan macam, mintak mak aku masak lauk kegemaran dan jaga anak-anak supaya aku dan Liza boleh keluar berdua, at least sekali dalam tempoh dia stay tu. Hehe.

2) Berapa harga kereta kau Pizli? Berapa bulan-bulan kau bayar?

Aku tak sangka aku beli kereta baru ni jadi big deal sangat pada orang company ni. Orang dari department lain pun tanya². Bukannya aku beli BMW ataupun Honda. Aku beli Forte je. Less than 100K punya kereta. Nampak sangat muka aku ni muka orang miskin sampai semua orang tak percaya aku mampu tukar kereta agaknya. Agaknya kalau cita- cita aku nak beli rumah kat Putra Heights sebijik jadi kenyataan mesti diaorang tanya aku menang loteri ke apa?

Takpelah, aku pun tengah semangat cari kerja lain ni. Biarlah diaorang.

Ikhlas

Aku ada lah beberapa orang kawan kalau pergi berjalan ke luar negara ke mana ke mesti ada ole-ole untuk aku. Masa Liza bersalin dulu pun ada yang bagi bantal untuk Nawal lah, bajulah. Duit raya untuk anak-anak. Masa birthday aku bagi buku lah. Adik aku bagi coklatlah, fridge magnetlah.

Tapi aku tak pernah balas balik sebab aku mana ada pergi jalan-jalan dan beberapa sebab yang lainlah. budget cukup² je

Tapi inilah maksudnya keikhlasan. Diaorang buat baik banyak kali, walaupun takde balasan. Dan alangkah bagusnya kalau aku boleh jadi macam diaorang.

Sikap Paling Teruk

Antara sikap yang paling teruk pernah aku dengar ialah bila orang ambik kesempatan pada orang yang desperate lepas tu gunakan nama Allah.

Contoh, orang desperate sakit batu karang nak cepat sembuh tapi takde insurance nak pergi hospital jumpa orang jual ubat traditional. Penjual ubat traditional charge harga RM1500 konon-kononnya lagi kurang dari kos perubatan di hospital walaupun modal ubat RM20. Lepas tu cakap pasal Islam, Allah semua konon-kononnya dia paling mulia dalam dunia ni.

Aku yakin di "sana" nanti ada special place for them.

Ayat Power

Menyesal

Sekarang ni lepas aku asyik tengok video Mat Luthfi aku rasa menyesal sangat sangat masa SPM dulu tak buat betul-betul.

Ni aku baru bangun tidur. Aku mimpi aku dekat sekolah asrama, baru start tahun baru. Aku form 5 lah kut sebab ada sessi perkenalan dengan budak form 1. Ada aktiviti apa ntah. Habis aktiviti tu warden suruh belajar dan aku jerit.

"TARGET SPM 10A"

Dan lepas tu aku terjaga. I wish I can turn back time. :-(

Option Untuk Saya Dan Mungkin Juga Anda



Impian aku memang nak ada PS3. Dah 5 tahun cakap dah, PS4 pun dah nak keluar. Kalau nak ada PS3 kena ada TV lagi satu sebab kalau guna TV sebijik tu boleh bergaduhlah kut. Hehe. Dan kalau nak lagi seronok ada home theater. Angan-angan kalah mat jenin.


Setelah aku buat kajian sebenarnya aku tak perlukan TV, cukup sekadar Monitor yang ada HDMI dan built in speakers. Dan selepas membuat kajian dan melihat kepada harga aku jumpa monitor Viewsonic VX2453MH LED 23.6”, 1920x1080 (Full HD). Dia ada dua HDMI input, perfect untuk PS3 dan HyppTV (Unifi) dan dia ada audio output yang mana kalau aku ada budget aku boleh beli 5.1 desktop speakers dan connectkan kepada monitor itu tadi.

Speaker ni memang optional habislah, takde pun takpe. Kalau ada memang meriah.

Sounds like a plan kan?

Harapnya impian aku menjadi kenyataan, atau kalau ada diantara anda adalah anak raja dan ingin merealisasikan impian saya bolehlah bagi saya hadiah masa birthday saya next month. Ok tak kelakar, anak raja tak baca blog, diaorang manage football club.

Sebab apa aku masih tidak melupakan nak game console ni ialah sebab dulu aku janji dengan Umar nak bagi dia PSP kalau pandai guna toilet dan sampai sekarang aku tak bagi-bagi lagi.


Dan salah satu lagi impian aku ialah aku nak belajar main gitar. Nak pergi kelas malu dah tua dan takde masa. So dengan PS3 ni ada satu game yang boleh belajar main gitar betul-betul dan aku tak perlu keluar rumah dan anak isteri nampak aku depan mata.


Sementara itu aku berharap game Toy Story yang Umar nak sangat tu masih ada di pasaran hahahaha.


Dan aku boleh beli game² bersenam ni untuk ambik hati Liza. Hahahaha.

Adjusting

Kalau ikutkan hati aku memang nak ada anak sedozen. Tapi aku rasa nanti aku akan end up dalam rancangan Bersamamu. Memang orang cakap anak tu rezeki tapi mana boleh nak cope serta merta dengan kehidupan yang sangat zalim zaman sekarang. Senang cakap, nursery RM300 sebulan. Itu nursery sahaja belum campur makan, susu dan lampin pakai buang. Dan kadar kenaikan gaji yang setakat RM100++ setahun macamanalah nak menambah anak secara sesuka hati. RM300 tu pun sebenarnya sikit, bukannya mahal. Itu normal dan aku akui. Dan kenaikan gaji tahunan biasanya lebih kepada "membantu" kita dengan kenaikan harga barang.

Cara senang cari kerja lain yang boleh bagi gaji naik dalam seribu dua lepas tu tambahlah anak. Macam boleh je naik seribu gaji kalau tukar kerja lain.

Nak menambah anak ni kena tepat pada masa. Contoh, tambah anak bila anak yang besar dah masuk sekolah rendah yang mana yuran bulanan percuma atau anak paling kecik dah tak memerlukan lampin pakai buang supaya perbelanjaan itu tadi di pindahkan kepada baby yang baru lahir.

Ataupun sebagai ibubapa kena adjust kehidupan. Kalau sebelum ni makan roti Gardenia sekarang kena makan roti Mighty White, kalau sebelum ni beli beras wangi sekarang kena beli beras biasa dan kalau sebelum ni beli kicap cap kipas udang sekarang kita beli kicap manis Life. Hidup kicap manis Life!!! Selamat tinggal kicap Kipas Udang!!!

Anyway, kalau aku nak tambah anak, baby akan lahir pada bulan April tahun depan sama dengan anak-anak yang sedia ada ni. Tengoklah ada ke tidak nanti.

Bilik Nawal, Perihal Pergi Toilet Dan Avengers


Hari tu kitaorang kemas bilik satu ni dan semua orang accept yang bilik tu automatically jadi bilik Nawal.

Aku: Malam ni Nawal tidur bilik Nawal ye, tak payah tidur bilik Mama.
Nawal: Malam ni Nawal tidur bilik Nawal.. Dengan Mama sekali, dengan Ayah sekali.
Aku: Macam tu baik tak payah tidur bilik Nawal.



Dan sekarang bolehlah cakap Nawal dan pandai pergi toilet, aku happy sebab anak-anak aku dalam 2 minggu je dah boleh (mungkin bab nak dengar cakap susah, bab ni senang).

Masalahnya satu je, every time pergi toilet mesti dia akan cakap:

"Yeay, Nawal pandaikan?"

Kalau first week dulu aku takdehal sangatlah. Ini dah sebulan, takkan nak cakap macam tu lagi? Every time! Sampai umur berapa tahun nak puji diri sendiri ni?


Nawal: Mama nak tu.
Liza: Rocky?
Nawal: Ha, macam Avengers je.
Liza: Apa dia?
Nawal: Loki, macam Avengers je.
Liza: Rockyla, bukan Loki.

Pelatkan perkataan suka-suka dia je.


Kawan Liza cakap anak-anak aku photostat muka Liza, ye la kut bila compare dengan muka Liza masa kecik.

RM30 Jadi RM60

Sebelum pergi Giant

"Ok kita beli pasir kucing, solivite untuk budak-budak, ikan kecik² untuk lauk, dalam RM30 cukuplah tu"

Tapi bila dah sampai mesti akan ada barang-barang tambahan yang aku mesti akan beli dan end up bayar lebih daripada yang aku jangkakan. Adakah anda juga macam itu?

Aku pernah dengar ada orang bawak duit RM10 je pergi pasar malam sebab takut terbeli benda yang tak berkenaan. Maybe aku pun patut buat macam tu. Hehe.

Masa Sebak


Aku akan sebak bila tengok orang kahwin, dan tengok orang grad. Bila masa konvo aku kena kerja memang sebaklah menengok budak-budak tu ambik scroll haha.

Aku tak layan sangat video Mat Luthfi ni tapi basically aku fahamlah video dia pasal apa. Aku agak dia buat video sebab nak lepas stress dia belajarlah kut. Tapi video dia yang satu ni aku tengok betul-betul dan macam bestlah jugak pada aku.

Korang Kena Tengok Ni - Akibat Pencemaran


This video is about an island in the ocean at 2000 km from any other coast line. Nobody lives, only birds and yet. You will not believe your eyes! This film should be seen by the entire world, please don't throw anything into the sea. Unbelievable, just look at the consequences!

Video ni dari Facebook, kalau office korang block facebook maybe tak boleh tengok. Dekat phone pun tak boleh kut. Pasal pencemaran. Burung-burung yang termakan or sengaja makan sampah sarap sebab anggap sampah tu makanan, mati. Memang kesian. Tunjuklah sekali pada anak-anak supaya faham pasal tak elok mencemar alam. Anak-anak aku terus faham tak elok buang sampah merata lepas tengok video ni.

Patutlah Orang Suka Korean

Ini memang comel dan harapnya bukan lepas plastic surgery hahaha.

Insurance Kenderaan Naik

Aku faham kenapa orang berdemo tapi takdelah sampai aku nak join. Matlamat diaorang terlalu besar, nak jatuhkan kerajaan. Tapi kalau benda-benda macam barang naik aku rasa aku anytime je nak join. Katakan harga tol naik. Mesti aku akan join. Sekarang ni harga insurance kenderaan naik dan aku takde rasa ada yang nak berdemo. Pada aku protes macam ni matlamatnya lebih focus. Petrol naik kita protes. Tol naik kita protes! Cewah.

Awang Adek: Insurance premium payments for vehicles to increase in stages until 2015

KUALA LUMPUR: Motor vehicle premium payments, currently the lowest in the region, will see changes by 2015 to reflect actual risks factors said Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin.

"The situation had reached a critical stage for insurers here who had to payout RM3 for death and injury claims to every RM1 paid as insurance premium last year," he said when replying to a question raised by Hamim Samuri (BN-Ledang) in Dewan Rakyat Thursday.

To address this, Awang Adek said that a new motor insurance framework was agreed upon by the Government and the insurance industry last year to streamline and balance premium payments to reflect the current risk factors.

Under the framework, insurance premium payments would be increase at a nominal rate in stages until 2015.

"Those who have a lower risk profile will then pay lower insurance premiums," he said, adding that this included the age of the vehicle

"Motor insurance in Malaysia is one of the lowest in the region compared to neighboring Singapore, Thailand and Indonesia.

"This is because insurance premium here based on motor tariffs has not been reviewed since 1978 to reflect the changing surrounding such as risk profile of drivers and vehicles," he said.

Awang Adek added based on a study conducted by Ministry of International Trade and Industries, motorists paid an average of RM3,062 annually as insurance premium for their cars compared to RM7,960 in Singapore, RM6,736 in Thailand and RM4,593 in Indonesia.

Compare-compare dengan negara luar yang aku marah sangat ni. One of the lowest, one of the lowest kepala hotak mak kau lah! Insurance ni setahun sekali so tak terasa sangatlah kut. Kalau ada yang kena benda harian jom kita demo.

P/S - Orang kaya yang rasa benda ni kecik please shut the fuck up.

Pada Tahun 2013 Gula-gula 20 Sen Dapat 3 Bijik


Aku tak pasti korang aware atau tidak tapi kedai dah jual gula-gula 20 sen 3 bijik! Last aku ingat 20 sen 5 bijik. Sebelum-sebelum tu mungkin 10 sen 2 atau 3 bijik.

Aku kesian kan generasi akan datang. Harga naik bukan-bukan, taraf gaji naik sikit-sikit je. Aku takut nanti jurang jadi besar, yang kaya memang kaya nak mampos, yang miskin terus merempat tak cukup makan.

Ok terbanyak cakap pulak, aku nak cerita pasal gula-gula je tadi.

Warga Asing Dan Kerja Kasar

Baru-baru ni aku ada tengok video pasal orang Bangladesh, Nepal dan sebagainya penuhkan KL masa Chinese New Year.

Dan mulalah masuk bab-bab politik dan sebagainya.

Aku bukan nak defend orang-orang ni atau kerajaan, (unless diaorang dapat kerakyatan untuk mengundilah), tapi aku rasa kewujudan diaorang dekat negara ni sebab diaorang je yang sanggup ambik kerja-kerja kasar dan akan buat kerja itu dengan seikhlas hati. Dan mungkin juga gajinya murah sampai orang Malaysia sendiri taknak kerja tu dan diaorang je yang sanggup ambik. Kalau korang tengok cleaner office aku korang mesti rasa nak lempang sebab rajin sangat. Nak buang air pun tak selesa sebab tak habis² nak mencuci. Orang Malaysia aku rasa susah yang nak cari macam tu. Memang kerja dia siang ikan pun buat muka bengang dengan aku bila aku mintak dia siangkan ikan.

So bila dah kerja penat-penat aku rasa tak salahlah diaorang nak jalan-jalan time cuti besar untuk berehat dan kebetulan masa itu semua orang Malaysia keluar KL balik ke kampung dan sebagainya. Masa hari tu je Bangla boleh tutup car wash. Asalkan diaorang buat kerja halal dan tak kacau orang aku tak kisah sangat.

Selamat Menyambut Hari Pizli

Since menyambut Hari Valentine itu haram bagi umat Islam aku mengistiharkan 14 Februari adalah Hari Pizli. Hari Pizli ialah hari untuk korang berkasih sayang dengan effort yang lebih sedikit. Takde apa-apa kejadian menyebabkan Hari Pizli dicipta cuma aku saja nak cipta. Selamat Menyambut Hari Pizli.

Dah, pergi beli bunga dan coklat bagi boyfriend or husband sebab di Hari Pizli, perempuan yang kena belanja lelaki. Kalau takde boyfriend or husband, korang boleh belanja aku terus, Pizli. Bagi aku PS3 satu cukuplah. Sebarkan pasal Hari Pizli ini diblog, facebook dan twitter anda. Mari kita sama-sama meraikannya.

Aktiviti Cuti 4 Hari

Cuti 4 hari dimulakan dengan aku pergi kenduri hari Sabtu di USJ dan kemudian mengemas bilik study secara extreme pada hari Ahad. Tujuan aku nak convert bilik study tu jadi proper bilik tetamu. Kalau adik, mak aku  atau family Liza nak datang boleh terus duduk bilik tu. Sebab bilik no 2 dan 3 nak jadikan bilik anak-anak. Kemas dulu, barang-barangnya ntah bilalah nak isi.

Petang Ahad, setelah sekian lama tak masak aku cuba recipe roasted chicken yang baru dan Liza buat Nasi Mandi dengan rempah yang dibeli dekat kedai yang jual barang arab. Sedap jugak.

Bahan ayam. Bekas kecik belah kiri tu rempah nasi mandi. Aku nak beli saffron untuk colouring tapi macam mahal sangatlah.

Kalau marinate 12 jam mesti lagi best.

Bila dah siap, macam biasa buat coeslow je lah. Aku ada recipe acar arab. Tapi lupa pulak nak buat.

Isnin pulak pergi Rawang, adik ipar aku baru beli rumah dekat Country Homes buat makan-makan. Berkenan betul aku rumah dia style townhouse tu. Tapi part seronoknya tengok cukuplah sepupu-sepupu ni 6 orang. Dan tak nampak macam nak bertambah dalam masa terdekat.

First time hantar car wash, sebelum ni basuh sendiri je. 

Cukup 6 orang. Dua lelaki empat perempuan.

Malamnya pulak. Hehehe, pergi tapau Nasi Kandar Yaseen dekat Jalan TAR. Kedai ni bukak 24 hours tapi area dia dodgy sikitlah.

Gambar nasinya takde sebab aku dah lapar sangat. Kali ni aku ambik nasi kandar lauk sotong. Memang terasa uric acid menjalar ke buah pinggang.

So apa aktiviti korang? Duduk dalam traffic jam 5-6 jam ke? Hahaha.

Karma At Work

Liza cakap cermin kereta aku pecah sebab malam sebelum tu aku marah anak. Aku marah diaorang main kejar-kejar belon dekat tangga sebab takut jatuh atau terhantuk ke mana-mana.

Aku pun perasan jugak bila aku ada marah anak-anak aku, mesti akan ada benda buruk akan jadi pada aku. Soalan di sini, habis tu anak aku bolehlah jadi nakal sesuka hati?? Tak adillah.

Ke anak-anak aku ni dilindungi Allah dan besar nanti akan jadi Wali? Haha.

Mungkin jugak nasib aku bukan malang. Mungkin jugak Allah sedang mengajar aku untuk bersabar. Aku cadang nak tambah anak tahun depan, tapi bila dapat anak-anak yang "berdaulat" ni aku dah fikir dua tiga kali. Mana tau memang diaorang ni memang special. Hahahahaha.

#selainbelajarbersabarakujugapatutstopberimaginasi

Cuti Panjang

Aku rasa dalam 4,5 tahun kebelakangan ini bila ada cuti panjang, tak kira apa perayaan sekalipun traffic jam dari KL keluar ke Utara, Selatan, Timur adalah sangat sesak pada tahap paling tinggi.

So bila berbincang dengan adik dan mak aku yang aku tak perlu balik kampung weekend ni aku rasa macam best jugak sebenarnya (haha) sebab aku boleh escape semua tu. Apa-apa pun aku bersyukurlah jugak, jarak Tol Jalan Duta ke Tol Slim River tu hanyalah 99KM je. Kalau 399KM memang aku mengamuk everytime balik kampung.

Dan aku lebih suka bercuti, atau berjalan bila orang lain bekerja. Ye termasuk shopping. Aku dan Liza akan ambik cuti untuk shopping instead of pergi on weekends. Hari tu Liza ada beli dekat Groupons pakej pergi Cameron. Itupun aku cadang pergi weekdays. Hehehe.

Selamat Tinggal Kicap Cap Kipas Udang Selamat Datang Kicap Manis Life

Aku tak pernah rasa ditindas dalam hidup aku yang amat teruk. Korang berbalah lah pasal politik macamana sekalipun aku rasa hidup aku ok. BN pegang Selangor aku macam ni, PR pegang Selangor aku pun macam ini jugak. Tapi bila Kicap Cap Kipas Udang naikkan harga yang melampau aku rasa hidup aku ditindas secara terus pada tahap paling tinggi. Aku takde pilihan sebab Kicap Cap Kipas Udang adalah sangat sedap dan takde satu brand pun yang dapat tandingi dia.

Bermacam brand kawan-kawan aku suggest tapi aku masih kekal dengan Kicap Cap Kipas Udang. Kicap manis to be exact. Bayar jugak harga yang naik melampau secara tiba-tiba walaupun terpaksa. Mentang-mentanglah diaorang bagus, diaorang sedap.


Tapi kini tidak lagi. Life telah mengeluarkan kicap manis (dan juga masin). Rasanya memang boleh menandingi kicap manis Kipas Udang. Sedap! Walaupun bukannya murah sangat tapi at least murah lagi dari Kipas Udang dan aku memang akan beli Life from now on out of revenge kerana menindas aku hari itu. Aku akan beli kicap manis Life dan suggest kepada kawan-kawan, family dan seluruh negara.

Aku akan beli kicap manis jenama Life ini walaupun ianya dibuat oleh seorang Yahudi. Aku akan beli kicap manis jenama Life ini walaupun ianya di buat di Israel!! Selamat Tinggal Kipas Udang! Selamat Tinggal!!

“Greed is a fat demon with a small mouth and whatever you feed it is never enough." - Janwillem Van de Wetering

Wanita-wanita Yang Kuat

Mak aku dan mak mentua aku adalah dua orang wanita yang paling kuat. Diaorang berdua ada cerita sendiri yang kalau aku nak tulis memang panjang lebar. Supaya orang tak tertanya-tanya aku ringkaskanlah.

Mak aku support bapak aku dalam segala hal dalam menempuhi ranjau hidup sebagai peneroka untuk jadi senang, dalam satu tempoh masa yang lama.

Mak mentua aku pulak terpaksa membesarkan 8 orang anak seorang diri akibat kematian suami dan semua anak dia "menjadi" aku tengok.

As much as aku nak wife aku kuat macam diaorang harapnya tak perlulah dia menempuhi hidup macam dua orang wanita terkuat tu tadi. Sekian terima kasih.

Quote Yang Menarik


Buat apa nak bercinta dengan orang miskin kalau boleh bercinta dengan orang kaya?

Doa Ibu Bapa

Hari tu kira banyak spend masa dengan family so macam-macam ceritalah, antaranya abang aku ada cerita pasal doa ibu bapa.

Kita anggaplah nama orang ni Karim. Semua benda yang Karim buat mesti dia akan berjaya, ada luck. Tapi bila ibu bapa dah meninggal semua benda tak menjadi. Good luck macam dah habis.

Rupa-rupanya selama ni dia selalu bernasib baik disebabkan doa ibu bapa dia.


Macam aku lah bapak dah takde, hilang doa dari seorang, pagi semalam nasib malang cermin kereta kena batu, habis kena ganti cermin kereta. Haishhh.


Malamnya pulak, biasanya orang lelaki yang pakai spek akan letak spek dekat depan diaorang masa solat. Tetiba malam tadi ada budak kecik pulak jalan-jalan masa orang tengah solat, dia pijak spek aku dan tersepak ke depan orang lain. Bukan seringgit dua kalau nak repair, dan takkanlah aku nak mintak ganti dengan bapak budak tu kan?

Sampai bila pun tak dapat PS3 and kitchen cabinet kalau macam ni. Kena mintak mak doa lebih sikit lepas ni kut hahahahaha. Dan doa dari isteri, adik beradik, sedara mara dan kawan-kawan. Haha.

Benda Yang Saya "Tak Gemar" Masa Menguruskan Jenazah

1) Tuan Rumah Kena Bagi Duit Pada Yang Solat Jenazah

Aku tau ada sesetengah tempat yang memang tak buat, tapi banyak jugak yang buat. Ini mungkin sebagai sumbangan ikhlas tuan rumah tapi tak taulah kenapa aku macam tak setuju betul. Sebab nampak macam kena bagi. Ini fardu kifayah, yang dituntut. Datang jelah solat jenazah kut especially jiran-jiran dan sedara mara.

Tapi aku tau orang yang tak setuju macam aku akan derma balik duit tu pada tuan rumah.

2) Waris-waris terdekat kena fikir pasal benda lain

Ok kadang-kadang ada benda yang tuan rumah kena fikirkan macam nak sediakan saguhati untuk pemandi jenazah dan macam-macam lagi benda lah. Atau nak bagitau kain ni nak buat apa balutan tu nak buat apa. Pada aku ini saat² akhir waris dan arwah. Nak tengok, nak mandikan dan macam-macam lagi. Pada aku bolehlah pass tugas-tugas tu pada jiran sendiri atau sedara yang ada, not necessarily waris terdekat. Kenalah faham, lepas ni dah tak jumpa lagi dah.

Mungkin apa yang aku cakap ni boleh diubah nanti, takpelah ini kes-kes terpencil sebab benda utama memang tip top. InsyaAllah.

Nasib Malang

Nasib malang ialah bila kau masih dalam tempoh bersedih lepas tu cermin depan kereta kau kena batu sampai crack. Punyalah sedih sampai tak tau nak fikir apa.

Bertahun aku ambik insurance cermin takde pulak pecah. Ini time aku tak ambik kena pulak. Harap series of unfortunate events aku stop kat sini je, jangan lepas ni ada benda lain pulak.

Dasar

Masa kat kampung hari tu aku ada laminate and phostostat documents dekat satu kedai ni. Masa tu owner kedai tu yang layan aku. Masa kat kubur pun dia ada tolong-tolong. Baik je lah orangnya.

Bila esoknya aku pergi lagi dan boss dia takde, selamba je pekerja dia cakap.. "Oh sini takde laminate" dan nak photostat cakap "Mesin rosak".

Hahahahahahahahaah. Dasar pemalas. Dia nak buat kerja jual top up je lah tu, sebab kerja senang.

Aku kesiankan boss dia.

Kisah Pengkebumian

Aku rasa aku ada hutang cerita pasal pengkebumian arwah bapak aku hari tu. Sorrylah kalau korang rasa perkataan bapak tu kasar tapi memang kami panggil ayah kami - Bapak, Apak.

Sebaik arwah bapak aku meninggal aku pergi masjid inform orang masjid. Masa tu lepas Maghrib memang pakcik-pakcik dan ajk masjid tengah duduk sembang². Aku cakap dengan sorang pakcik yang kebetulan memang AJK Khairat Kematian, (dia ada datang masa arwah bapak aku tengah nazak). Settle.

Lepas tu kena pergi beli envelope dan tukar duit untuk sedekah orang sembahyang jenazah esoknya. (to be honest aku tak setuju bab bagi duit ni, tapi itu cerita lain nanti). Aku pergi dengan Ina dan aku expect aku akan pergi banyak kedai untuk tukar duit. Sekali masa Ina tanya orang kedai tu, orang kedai tu yang offer tukar duit 5 ringgit sebanyak RM300. Terus settle problem.

Ada abang sorang ni pulak mintak ic arwah bapak aku nak report kematian. Settle jugak.

Masa mandi dan solat jenazah tu memang semuanya smoothlah. Cuaca pun ok. Buat kitaorang rasa tenanglah sebab semuanya smooth. Anak-anak semua dapat mandikan arwah bapak aku, yang perempuan just siram je lah. Macam aku ada gosok-gosok. Lepas tu arwah bapak pun dikebumikan. Itulah cerita lebih kurang. Segala hajat dia yang aku tau Alhamdulillah tercapai sebelum dia meninggal. Kecuali dia pernah cakap kalau dia meninggal waktu Zohor, waktu Asar terus kebumi, tapi since dia meninggal waktu Maghrib tak bolehlah kut sebab malam dan macam menyusahkan orang lain. Takpelah.

Lepas tu kitaorang pergi pejabat FELDA masa hari kedua, ketiga. Pengurus tu suruh buat cepat-cepat penukaran nama tanah kepada mak aku. Adalah sebabnya kut dan fikir pasal aku cuti, aku terus pergi ke pejabat harta pusaka ambik borang semua. Ini pun smooth sebab takde orang masa tu. Settle.

Selain duit khairat kematian dari FELDA, arwah bapak aku ada ambik jugak dari masjid punya. Aku dah isi form, tapi tak sempat jumpa pakcik yang in charge tu. Biasanya duit tu ambik masa lah nak bagi. Tapi yang bestnya, pakcik tu yang suruh datang rumah dia dan terus bagi duit sebab kebetulan dia baru lepas mesyuarat. Settle lagi.

So bolehlah dicakapkan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Masa nak kebumi arwah bapak aku tu van jenazah ada bunyi-bunyi sikit so guna van jenazah masjid lain sebab orang in charge ni takut ada masalah. Yang van masjid kitaorang ni  ada orang letak depan rumah mekanik. Bila mekanik ni balik dari kebun sawit dia terkejutlah kenapa ada van jenazah depan rumah dia. Lepas tu dia try start dan van tu hidup. Hahahaha. Inilah cerita kelakar tu. Maybe aku dah banyak kali cerita kat orang dah tak jadi kelakar. Dia tukar belting van tu jugak endupnya.

Kisah misteri, arwah bapak aku teringin nak jumpa adik ipar dia sebelum dia meninggal. Masa arwah bapak aku meninggal memang mata dia tak boleh tutup. Lepas adik ipar dia datang baru mata dia boleh tutup. Jangan percaya sangatlah benda ni kut. Maybe kebetulan.

Permulaan Dan Pengakhiran Manusia

Aku dah dua kali nampak saat manusia dilahirkan. Pertama kali secara ceaseran dan kali kedua secara normal.

Dan aku dah menyaksikan depan mata saat orang nak meninggal dunia.

Benda-benda ni memang bawak keinsafan. Cuma masalahnya insaf tu tahan berapa lama? 2 minggu? 2 bulan? Harapnya forever.

Masalahnya samalah macam sakit batu karang. Sebulan dua lepas operation jaga makan. Lepas tu makan balik benda-benda yang boleh bagi risiko. Manusia aku ni bila nak berubah kepada arah kebaikan mesti susah.

Jujur

Abang aku cakap hari tu dia takut tengok sorang kawan dia orang berniaga ni. "Dia punya belit, risau tengoknya.."

Hahaha. Aku faham sangat. Banyak sangat aku nampak. Kadang-kadang orang nak untung diaorang menipu dan kalau tak menipu pun diaorang pandai pusing-pusing cakap. So aku taknak berniaga sebab takut nak untung punya pasal aku pun membelit. Hehe.

Macam semalam ada orang nak jual insurance sebab aku guna credit card dari bank dia. Cakap yang manis-manis je, berapa boleh dapat balik, cakap benda-benda yang free dan bila aku tanya baru dia cakap bulan-bulan kena bayar RM129. Dia takde bagitau pun, just tanya setuju atau tidak je. Bila aku tanya baru bagitau. Padahal benda RM129 itu yang patut dia highlightkan dulu. Nasib baik aku takde mood nak jadi ustaz semalam.

Contribution Dari Office


Masa ayah aku meninggal hari tu office aku ada buat collection duit dari staff dan rupa-rupanya memang ada fund dari department ni. Terima kasih pada semua yang menyumbang tu.

Aku cadang nak derma pembinaan masjid area rumah aku ni sikit atas nama bapak aku. Panjang sikit pahalanya. Mak aku cakap separuh daripada tu boleh lah sedekahkan orang Surah Yassin atau kain pelikat masa kenduri tahlil yang akan datang. Semoga semuanya dipermudahkan dan roh bapak aku tenang di sana. Amin.

Perihal Nak Datang Rumah Orang

Aku selalu bagitau orang kalau nak datang rumah aku please inform at least three days in advanced. To be honest rumah aku bersepah. Aku tak taulah apa masalah anak-anak aku ni suka main susun barang tak tentu hala. Selain daripada itu senang aku nak jamu orang. Boleh sebenarnya korang nak datang bebila tapi jangan terkejut kalau rumah aku bersepah dan makan biskut kering. Aku prefer orang makan berat sikit.

Ok abaikan.

Dan andaikata aku nak pergi rumah orang rumah mak aku pun aku akan bagitau awal supaya orang mak aku  boleh sediakan makanan yang cukup dan sedap untuk kitaorang. Unless korang datang nak melawat sahaja atau datang bawak makanan sendiri korang bolehlah datang rumah orang rumah mak aku sesuka hati, bebila masa.

So andaikata korang datang dan cakap "Wah sedapnya sambal belacan, sedapnya ikan tembakang goreng" takkanlah orang mak aku nak biarkan je kan? Mestilah orang tu mak aku akan jemput makan kan? Dan mestilah sebab korang dah habiskan makanan, anak orang aku tu bersedih bila sampai lewat tengok makanan kegemaran dia semua dah habiskan??

Common sense people. Inform in advance supaya orang boleh prepare. Kalau tak bagitau awal janganlah tegur makanan orang aku sampai buat orang mak aku rasa bersalah tak jemput makan.

Yo yo yo

Salam.

I'm back. Apa khabar semua? Hidup mesti diteruskan.

Semalam aku ada nampak dua orang Chinese di dua buah jalan yang berbeza. Sorang duduk di tepi highway termenung panjang.

Malamnya pulak aku nampak ada seorang ni jalan terhuyung hayang tengah jalan. Ramai orang nak terlanggar dan aku tak terkejut kalau ada latest news pasal orang mati kena langgar di Nilai. Come to think about it maybe aku patut call polis terus masa ternampak tu. Takpelah, aku pun tengah banyak hal.

Apa yang aku dan Liza fikirkan maybe diaorang ni tertekan nak menyambut Chinese New Year.

Living cost makin meningkat woi!

Sedih Tapi Masih Berselera

Mak aku memang tak lalu makan sekarang ni, unlike aku. Sedih pun selera masih ada.

Makcik katering punya ikan keli sambal memang the best in the world.
Rendang ayam kampung mak aku pun the best in the world.
Gulai tempoyak ikan tenggiri mentua aku pun the best in the world.
Nasi lemak paru kakak aku pun best in the world.

Naik 2kg cuti seminggu lebih ni. Dah "bertenang" sikit ni bolehlah kut aku bersenam balik.

Eh tapi dah seminggu lebih jugak tak makan makanan the best in the world yang wife aku masak. Minggu depan je lah kut berjogging.