Tuesday, February 12, 2013

Cuti Panjang

Aku rasa dalam 4,5 tahun kebelakangan ini bila ada cuti panjang, tak kira apa perayaan sekalipun traffic jam dari KL keluar ke Utara, Selatan, Timur adalah sangat sesak pada tahap paling tinggi.

So bila berbincang dengan adik dan mak aku yang aku tak perlu balik kampung weekend ni aku rasa macam best jugak sebenarnya (haha) sebab aku boleh escape semua tu. Apa-apa pun aku bersyukurlah jugak, jarak Tol Jalan Duta ke Tol Slim River tu hanyalah 99KM je. Kalau 399KM memang aku mengamuk everytime balik kampung.

Dan aku lebih suka bercuti, atau berjalan bila orang lain bekerja. Ye termasuk shopping. Aku dan Liza akan ambik cuti untuk shopping instead of pergi on weekends. Hari tu Liza ada beli dekat Groupons pakej pergi Cameron. Itupun aku cadang pergi weekdays. Hehehe.

2 comments:

Cik Kamoo said...

untunglah....ini balik a.star dr putrajaya 460km....fuhhhhhhh

Pizli Mat Wazip said...

Jauh nya. Haha.