Sedih Tapi Masih Berselera

Mak aku memang tak lalu makan sekarang ni, unlike aku. Sedih pun selera masih ada.

Makcik katering punya ikan keli sambal memang the best in the world.
Rendang ayam kampung mak aku pun the best in the world.
Gulai tempoyak ikan tenggiri mentua aku pun the best in the world.
Nasi lemak paru kakak aku pun best in the world.

Naik 2kg cuti seminggu lebih ni. Dah "bertenang" sikit ni bolehlah kut aku bersenam balik.

Eh tapi dah seminggu lebih jugak tak makan makanan the best in the world yang wife aku masak. Minggu depan je lah kut berjogging.

No comments: