Di Cameron Highlands

Alhamdulillah cuaca ok.

Hentikan PERHAMBAAN Pelajar Tahfiz


Berikut 3 langkah mudah,  LEBIH berkesan untuk dilaksanakan oleh orang ramai jika terserempak remaja di bawah umur, diperhambakan oleh Pusat Tahfiz Amal dan sebagainya.

1. Dapatkan alamat TEPAT lokasi kejadian.
2. Segera hubungi Talian Nur 15999, beroperasi 24 jam sehari. Nyatakan alamat serta keadaan remaja terbabit kepada petugas menjawab panggilan. Pegawai Pelindung terdekat akan dihubungi petugas terbabit.
3. Jika mempunyai masa, sila tunggu ketibaan Pegawai Pelindung bertugas 24 jam di lokasi. Remaja terbabit akan diselamatkan.

Maklumat lanjut dari sini: http://www.mazidulakmal.com/2013/03/talian-keramat-digeruni-oleh-pusat.html

'HENTIKAN PERHAMBAAN' 

Pendaftaran Pelajar Tahun Satu Selangor


Ok, tahun depan 2014 anak aku Umar akan masuk darjah satu. Cara nak masuk darjah satu sekarang kalau di Selangor kena daftar online dulu. Ada tempoh tertentu untuk pendaftaran online ini. Tahun 2013 ni boleh daftar online dari 1hb March - 30 April. Laman webnya ialah: http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Ada cara-cara nak isi form. So kita isi dan print, dan mesti pergi ke sekolah dalam masa 14 hari. Salinan documents, asli dan salinan photostat perlu dibawa. Antara dokumennya ialah:


1) Salinan borang pendaftaran online itu tadi.
2) Bil daripada alamat yang digunakan (bil air, api)
3) Sijil kelahiran anak (nanti dia akan cop dekat belakang surat beranak ni tadi.
4) Kad pengenalan ibu bapa
5) Sijil perkahwinan

Dan yang paling penting dan aku tak buat sebab aku tak tau ialah:

Sampul surat dengan alamat sendiri dan tampal setem 60 sen.

Aku perlu pergi sekali lagi sekolah dalam bulan Ogos nanti untuk semakan, confirmation kut. According to orang tu tadi, aku boleh bawak sampul surat tu masa bulan Ogos tu nanti. Sekian terima kasih.

Good Friday

To be honest aku tak tau pun Good Friday ni apa benda. Satu yang aku tau ialah setiap kali Good Friday company aku cuti. He he he.

Nasihat Penjagaan Toilet Awam di Tahun 2013??

Aku jarang tengok TV, sekali bila aku tengok TV malam tadi ada iklan budak kecik keluar toilet terlupa nak flush dan pakcik sebelah dia pun terlupa jugak. Ini tahun 2013 dan aku rasa sangat kelakar bila benda-benda macam ini nak diiklankan. Benda ni common sense. Kalau orang tak flush bukan dia terlupa. Dia bodoh ataupun sengaja nak prank orang.

Lepas tu aku terperasan ada iklan dalam radio pasal benda ini jugak so aku rasa benda flush toilet ni macam kempen satu Malaysia kut. Macam satu masalah besar. Aku baru sedar rosak betul orang Malaysia ni rupa-rupanya. Guna toilet pun nak kena ajar.

Tapi fikir-fikir balik aku yang kerja di international univerisity yang konon-kononnya tempat orang pandai-pandai ni pun berhadapan masalah macam ni kadang-kadang. Tak flush, kencing bersepah atas seat toilet. Atiitude problemlah sebenarnya.

Ubat Menjadi Dara Kembali


Di sini aku menyimpulkan bahawa:

1) Suami perempuan ini handsome pada tahap paling tinggi.
2) Suami perempuan ni kaya gila.
3) Perempuan ini tak bekerja dan bergantung seratus peratus pada suami dia.
4) Perempuan ini tak independent langsung.
5) Kalau suami dia tinggalkan dia, dia boleh mati.

So dia gunalah scrub dan pil herba untuk jadi macam anak dara semula untuk menjaga suami dia dari lari mencari virgin yang lain. Aku rasalah.

Nak Dapat Barang Murah Kena Rajin

Kalau korang nak mencari barang murah, korang kena rajin cari dekat INTERNET. Sekian terima kasih. Dan korang akan save at least 20% - 30%. Biasakan beli di forum, sebab di situ akan nampak feedback dari pembeli. Hari tu aku ada kutuk Lazada kan? Sebenarnya diaorang bagus je, barang pun murah sikit. Cuma part warranty aku tak pasti. Dan sebelum beli bertanya.

Ayam Penyet


Makan nasi ayam penyet di Wong Solo adalah salah satu makanan yang aku suka. Tak selalu pergi sebab jauh dari rumah. Tapi kalau pergi memang tak sempat nak ambik gambar tunjuk makanan yang aku suka. Bila dah licin baru teringat.

Rindu

Arwah bapak aku dah almost dua bulan meninggal. Sebelum ni aku relax je. Tapi tak taulah kenapa lately ni aku betul-betul rindu dekat dia. Terbayang je hari last dia.

Bila aku tengok pokok cili aku, aku rasa macam nak mengadu dekat dia pasal masalah pokok cili aku tu. Selalunya pokok memang subject yang sesuai untuk aku bersembang dengan dia.

Tapi dia dah takde.

Terfikir Cerita Lama

Dulu masa aku form 1 aku duduk asrama dekat KL. Almost hujung bulan aku pergi rumah kakak aku dekat Subang. Masa tu aku tak fikir apa, aku fikir nak escape dari asrama tu je.

Tapi sekarang aku terfikir. Aku selamba pergi rumah kakak aku tu, dia ok ke? Dia terima ke aku yang menyibuk datang? Cukup ke duit dia terpaksa bagi aku makan pulak, kut hujung bulan aku datang bajet dia dah lari.

Aku teringat ni sebab aku terfikir anak aku tak tau dia buat salah hari tu lah. Honestly, masa zaman tu aku memang tak terfikir semua ni. Umur pun baru 13 tahun kan? Apa-apa pun, "Li mintak maaflah"

Ada Seorang

Minggu lepas aku ada tulis pasal takde cikgu yang aku nak berterima kasih masa aku form 4 dan form 5. Sorry aku lupa. Ada seorang, cikgu English masa aku form 4, lupa betul nama dia, Eva kut. Tak kisahlah tapi yang aku ingat sebab dia aku dapat top dalam kelas dan sebab dia aku dapat hadiah Alien Workshop punya barang-barang setiap semester.

Masalahnya satu. Masa form 5 sekolah ni bahagikan kelas ikut pencapaian murid. Yang bagus kelas 1 dan so on. Masalahnya kelas 1 bukan Miss Eva yang ajar!! Aku frust betul masa tu.

I Am Now A Professional Drifter And A Professional Golfer... On My PS3.


Aku rasa siapa yang baca blog aku since 4 tahun lepas tahu yang aku teringin nak ada PS3 dari 4 tahun lepas jugak. Ke 5 tahun? Kadang-kadang kita nak something dan walaupun kita nak sangat tapi kita tahu ianya bukan satu keperluan, so kita tak beli. So bila tahun ni income tax refund macam ada lah sikit aku anggap je lah aku save duit sepanjang tahun dengan berhati-hati untuk beli.

Aku tau kalau mak aku datang nanti akan bising cakap apa lah dah tua nak main game. Sebenarnya dah tua ni lah kita boleh main game sebab masa muda dulu kena concentrate belajarlah apalah. Bila dah settle down, segala kewajipan dan tanggungjawab dah settle dan ada masa free boleh main untuk release stress kalau ada atau pun sekadar untuk berhibur.


Sebab apa untuk anak-anak pulak bagus main video games ni. Hmmm anak-anak abang aku dapat UPSR 4A 1B dan seorang PMR 7A 1B and diaorang adalah gamer. So takde bukti game merosakkan kehidupan walaupun aku tau time nak exam diaorang tak boleh main haha. Strategic game ni membuatkan anak-anak kita berfikir, secara kreatif, cuba main Little Big Planet dan Toy Story 3 korang akan fahamlah. Keduanya tindakan refleks, hands eye coordination. Lagi satu video games ni buat kita berusaha bersungguh-sungguh. Kalau fail kita akan buat sampai berjaya. (harapnya di praktikkan dalam kehidupan sebenar) Dan antara benda paling penting ialah semua games ni in English! Arahan in English samaada pertuturan atau tulisan. So kalau nak menang, nak taknak anak aku kena pandai baca, dengar dan fahamkan.

"Please take a picture of Stinky Pete The Prospector." - Antara contohnyalah.


Masalah besar aku dalam main game ialah aku cepat nervous. Aku adalah seorang yang sangat competitive so aku sentiasa nak menang. Padahal kalau aku kalah takde siapa tau pun sebab aku main sorang-sorang je. Main drift boleh dapat no.1 tapi sebab nervous terus terlanggar dinding semua. Harap nervous ni boleh bakar kalori. Nanti aku buat review pasal games pulak ye. Anyway aku adalah jugak dapat no.1 main drift tu.


Oh, macamana penerimaan isteri aku dalam semua ini? Aku tak pasti. Tapi bila dia bagitau aku. "Nitrous guna masa jalan luruslah kut", aku rasa dia supportivelah tu. He he he.

Perasaan Becampur Baur - Kisah Adik Dapat Straight A's

Siapa yang baca blog aku ni taulah aku abang yang sangat bangga dengan adik bongsu aku.


Semalam aku bawak dia dan mak aku pergi ambik SPM result dekat sekolah dia. Sebelum tu aku rasa aku relax je sebab dia dah belajar dah pun. Kitaorang fikir drop dia dekat sekolah dan aku dan mak aku pergi Tapah settlekan beberapa urusan. Habis urusan ambik dia, balik rumah, makan dan lepas tu balik KL balik.


Tapi adik aku ada cakap, at least tengoklah result tu dulu sama-sama, lepas tu takpelah tinggalkan dia. Masa ni aku dah rasa kalau adik aku dapat tak bagus malu lah, macam tak justify dia terpilih American Degree Programme tu. So tetiba aku jadi nervous. Bila pergi kaunter tu orang tu cakap. "Tahniah! Awak dapat straight A's, so tak boleh ambik slip lagi, nanti pengetua bagi atas pentas." Kitaorang happy dan aku rasa macam rugilah nak tinggalkan dia, seronoklah jugak nak tengok dia naik pentaskan? Masa ni mak aku memang dah nangis terkenangkan arwah bapak aku yang tak sempat tengok. Dan masa naik pentas ni memang parents disuruh naik sekali.


Ada 23 orang yang dapat straight ni, nama adik aku naik lambat, rupa-rupanya orang yang naik lambat ni dia umumkan berapa A. Adik aku dapat 6A+ dan 3A. Yang paling power 8A+ dan 1A. Memang seronok aku tengok dan aku rasa berbaloilah tunggu, siap ada makan kek semua.

Masa duduk-duduk dengar taklimat dari MARA kawan adik aku ni datang dan adik aku tanya dapat berapa? Dan dia jawab "Nanti pengetua bagi" Hahaha, sama-sama dapat straight A's  Dan diaorang happylah berdua. Seronoklah aku tengok.

Ok, on a serius note. Masa tau arwah bapak aku kena cancer kitaorang terpaksa rahsiakan daripada adik aku sebab dia nak ambik SPM. Ada sekali aku berdolak dalih masa aku hantar dia balik asrama. Dan arwah bapak aku memang "kejam". Dia nak adik aku dapat 9A. Yang pada aku merepek betullah, orang dapat 5A pun dah boleh masuk U. So itulah mak aku terbuku hati sangat tu, sedih sebab adik aku betul dapat 9A dan arwah bapak aku tak dapat tengok. Terkilan sangat. Tapi yang positifnya at least bapak aku taulah yang seminggu sebelum dia meninggal tu adik aku dah masuk U dah. Mak aku nangis² meluahkan perasaan pada abang aku dekat telefon haha.


Mak aku cakap pada kitaorang bertiga (anak dia betul, abang kakak aku tu mak lain, sekadar makluman supaya korang tak confuse). "Mak dah susah, mak taknak anak-anak mak susah. Mak tak pandai, mak taknak anak-anak mak tak pandai". Hehehe. Aku rasa mak aku pandai je kut cuma dia tak sekolah, itu je masalahnya, kalau sekolah agaknya dah dapat Datuk ke apa. Adik aku Ina tu pun bagus jugak dapat Degree UKM. Aku sorang je black sheep in the family, arrrghhh itu semua salah cikgu dan warden! Bukan salah aku!!

Bila habis semua tu aku bawak mak aku pergi Tapah selesaikan dalam 3 urusan. Dan aku rasa memang aku lakukan benda yang berbaloi lah semalam walaupun hari aku starts at 5.30 pagi dan habis pukul 12 malam.


Apa hadiah aku nak bagi adik aku? To be honest, takde apa. Aku hanya ada tenaga dan kereta. Kalau mak aku dan adik aku nak aku tolong apa-apa InsyaAllah aku tolong dan itu jelah "hadiah" yang aku boleh bagi pada diaorang.

Budak-budak Tak Tahu Benda Salah

Kadang-kadang sebagai bapa aku selalu marah anak-anak aku tanpa berfikir yang dia sebenarnya tak tau pun benda tu salah. Contoh satu malam hari tu Liza masak red velvet. Umar ni suka lah kan, kek siap ada cheese semua. Sekali tengok dia makan gelojoh pelahap sampai comot, tak guna pun sudu, makan guna tangan. Memang marah betul aku tengok.

Tapi bila fikir-fikir balik sebenarnya dia enjoying kek tu. Panas-panas fresh. Dia tak tau pun makan macam tu salah. Bila aku dah cool down aku cakaplah baik-baik tak elok makan macam tu. Makan slowlylah. Harap dia fahamlah.

Perihal Sekolah Menengah - Luahan Perasaan

Duluuuuuuuu, aku ada cerita pasal aku kena buang asrama masa form five sebab belasah pencuri. Aku belasah pencuri tu pulak sebab aku baru lepas kena rotan sebab tak sembahyang subuh berjemaah. Public canning, aku sembahyang dalam bilik, bukan tak sembahyang. Hati aku panas masa tu.

Masa form 4 result aku bagus jugak dan aku terpilih jadi pengawas. Malam tu lepas roll call warden panggillah nama kitaorang yang layak ni. Dia tanya ada pernah terbau rokok tak dalam asrama? Aku jawab takde, dia cakap aku tipu dan cakap aku tak layak.

Apa kejadahnya kau cikgu??? Dan dia tak bagi aku nak defend myself langsung. Kalau aku jumpa memang aku sepak muka warden tu. Apa dia nak prove kan? Dia ada kuasa dan boleh aniaya aku sesuka hati?

Aku tak berterima kasih langsung pada seorang cikgu yang ajar aku masa form 4 dan form 5. Masa form 4 cikgu bagi soalan bocor masa exam. Cikgu bukak porn dalam kelas komputer. Cikgu sejarah taknak mengajar sebab spek pecah, sebab orang mesin rumput dekat luar dan macam-macam lagi alasan. Cikgu kutuk orang kampung aku. Cikgu kounselling lagi bangang, malas aku nak cerita. Sampai ke tua ni pun arwah bapak aku bangkitkan cerita dengan cikgu kaunselling ni.

Pada aku cikgu-cikgu aku tu memang silap. Dan aku yang betul. Walaupun aku mengaku aku salah jadi rebellious, tapi memang aku yakin aku betul. Takpelah, Alhamdulillah sekarang aku ok. Tak hebat macam korang semua, tapi aku ok. Dan maybe better than cikgu² yang aku cakap tadi. Mungkin itu sebenarnya yang diaorang nak, buat aku cari kejayaan secara susah. By the way aku score Math SPM sebab aku study seminggu sebelum SPM dekat rumah sewa aku. Apa yang cikgu ajar untuk exam semester semua aku dapat 8. Ye aku yakin aku betul, dan diaorang silap.

Harapnya takde lagi cikgu² macam itu. Cikgu yang best semuanya masa sekolah rendah. Yang betul-betul mengajar dan bukan cari salah budak untuk menghukum. Kalau yang jenis cari salah budak ni lah yang buat benda jadi kucar kacir padahal salah bebudak takdelah sebesar mana. Aku sembahyang dalam bilik lah cikgu!! Bukan tak sembahyang langsung!! Waktu solat yang lain aku sembahyang kat suraulah!

Rambut Gugur Dan Kaya

Hari tu aku pergi botakkan kepala sebab dekat tengah kepala aku rambut dah gugur, macam pelik kalau rambut panjang. Imagine macam rambut Zinedine Zidane botak tengah tu.


Masa orang tu nak start mesin rambut aku dia cakap.. "Jadi macam ni sebab selalu fikir nak kaya ni bang"

Aku ketawa besar. Sebab apa yang dia cakap tu memang betul. Dengan kerja kat sini dan takut nak ambik risiko dan tak ambik rasuah aku memang kena fikir lebih sikit macamana nak jadi kaya.

Training Jawab Telefon


Semalam aku ada training menjawab telefon. Dan semalam adalah moment yang paling aku nervous dalam tahun ni. To be honest aku lah manusia yang paling malas nak menjawab telefon di dalam dunia. Aku prefer email conversation untuk bekerja. Kalau personal, aku call mak aku je. Adik beradik, sms. Liza call sekali sekala, tak sampai seminit pun, kalau ada cerita GTalk. Kawan-kawan lain pun semua chat. Walaupun aku orang yang paling diplomatic in the world tapi aku memang malas betul nak menjawab telefon. Mungkin sebab 80% of phone calls yang aku dapat adalah from difficult customers. Customer as in staff or students. Lagi satu aku lagi pandai menulis dari bercakap.

Banyak jugak points yang dia ajar dan buat aku adalah yakin sedikit untuk menjawab telefon. Dan point dia yang paling best aku rasa ialah kita anggap phone calls ni sebagai salah satu moment yang mana kita boleh bersosial, berehat sebentar dari benda yang kita buat. Bukan satu gangguan.

Aku cubalah nanti, InsyaAllah.

OPTION BERNIAGA PUSAT TAHFIZ

Aku rasa tak adillah aku marah orang yang suruh budak budak berniaga cari duit untuk sekolah tahfiz dari petang sampai malam berdiri mintak belas ikhsan orang tanpa bagi cadangan.

1) Kalau rasa tak boleh buat, JANGAN BUAT AT ALL! Bukan suruh budak berdiri jual barang tapi macam mintak sedekah dekat stesen minyak dari petang sampai malam. 
2) Jual barang yang boleh jual, bukan jual ubat Tonite Herba gambar pasangan berpeluk tersengih, takde akal ke apa??
3) Tengok barang yang boleh jual, dan jual secara online. Dan bagi option untuk orang menderma sambil membeli. Kat Malaysia ni ramai je orang baik, aku rasa ada developer yang sanggup tolong.
Tak kisah student nak uruskan sehari beberapa jam dekat sekolah sebab diaorang tak kena berdiri jual barang tapi macam mintak sedekah dekat stesen minyak dari petang sampai malam. 
4) Mungkin boleh jual barang-barang di pasar malam, pasar pagi yang jenis sekali seminggu, jenis 5 jam maximum dibuat secara fun bukan suruh budak berdiri jual barang tapi macam mintak sedekah dekat stesen minyak dari petang sampai malam. 

Apa-apa pun kerajaan dan siapa-siapa bertanggungjawab kenalah bagi fund, ambik berat. Kang takde Hafiz dan Hafizah sebab takde orang ambik berat nak mengajar. Bila bukak Pusat Tahfiz, tak cukup fund, orang kutuk kat blog suruh tutup. Sorry aku sensitif tengok budak-budak kena kerja macam tu dan pulangannya tak seberapa. Kalau betul nak berniaga, berniaga properly.

Dan kepada orang-orang yang ambik rasuah berjuta-juta. Kau nak duit banyak-banyak tu nak buat apa? Senang hidup kau makan duit rasuah?? (Sorry tukar tajuk)

Budak Kutip Derma

Ahad malam hari tu aku isi minyak kereta. Dan macam selalu di Nilai mesti ada budak sekolah tahfiz kutip derma. Kalau aku nak membebel kang panjang so aku harap di akhirat nanti orang yang suruh budak tu berniaga diberi balasan yang setimpallah hendaknya.

Kau tak mampu janganlah bukak pusat tahfiz tu bangang! Niat tak menghalalkan cara. Budak macam tu kena duduk dalam rumah bukan kena berniaga.

Kedai Kecil

Semalam aku nampak kedai dekat area rumah aku macam jual baju-baju sekolah dan benda-benda berkaitan macam itulah. Unless dia ada bisnes jual dadah in the background aku rasa bisnes macam tu susah nak buat dia senang sebabnya orang ada option untuk membeli barang² macam itu di pasaraya besar yang jaraknya tak jauh sangat dari rumah dengan harga yang lebih murah.

Kalau dia bukak kedai macam itu dekat Sungkai InsyaAllah ada bisnes lagi, tapi dekat kampung aku tu pun dah start bukak pasaraya besar.

Area rumah aku ada banyak kedai runcit yang pada aku bagus lah jugak kalau nak beli barang-barang sedikit dan cepat tapi sekarang Speedmart 99 dah bukak dengan harga lebih murah. Aku tak pastilah peniaga kedai runcit lain ni boleh dapat untung kalau jual murah. Kalau maintain harga sekarang mesti semua pergi Speedmart tu.

Saya Dan Permainan Video


Aku rasa aku antara orang yang main video games untuk setakat release stress sahaja dan game yang aku akan main cumalah one off game dan bukan game yang perlukan strategy. Game bola, tennis, racing, golf.

Aku tau ramai orang yang sampai ambik cuti untuk habiskan sesuatu strategic game. Ikut oranglah. Strategic game ni kena berfikir dan boleh penat aku rasa, one off game ni nak bagi seronok je kut.

Aku Benci Freeloader


One of the reason I quit smoking is because of this one freeloader, at the moment I might quit a few other things.

Hidup Akan Jadi Lebih Indah Bila

Aku rasa hidup kita ni akan jadi lagi best bila balik kerja je kita terus makan malam. Dan bila masuk waktu Isyak terus solat.

So kena carilah kedai jual lauk pauk petang-petang, dan sembahyang Isyak dekat surau.

Tak Jadi Nak Promote

Kalau korang ingat dua bulan lepas aku ada puji masakan makcik katering dekat kampung aku. Kitaorang guna service dia dua kali. Masakan sedap, lauk pauk yang dibagi cukup.

Last week ada kenduri tahlil dan kitaorang ambik service dia lagi. Aku siap cakap betapa sedapnya ikan keli sambal dia pada Liza, dan adik beradik aku. Sampai abang aku makan nasi lewat petang pun aku cakap rugi sebab malam nanti ada keli sambal.

Dan aku so looking forward nak promote service dia dalam blog ni, macam yang biasa aku buat bila ada service yang bagus. Masa petang tu kitaorang pergi ambik lauk pauk aku siap mintak business card dia, nak dapat full details. Kitaorang tempah untuk 70 orang makan.

Bila kenduri starts, tak ramai yang datang sebab ada lagi satu kenduri malam tu. Dan orang ramai pergi situ. So sikitlah orang yang datang. Dan walaupun sikit orang, makanan malam tu cukup-cukup sahaja yang bermaksud makanan yang dibagi pada kitaorang kurang, even less dari yang kitaorang order untuk kenduri sebelum ni. Blessing in disguise jugaklah sebab kalau betul 70 orang datang memang tak cukup lauk.

Dan yang paling aku kecewa ialah, semua lauk dia masin dan of course keli sambal yang aku sibuk promote pada semua ahli family tu tadi tak sedap macam sebelum ni. Aku sedih sebab itu kali ketiga kitaorang order dari dia, dan kalau dia maintain kualiti dan in this case kuantiti, InsyaAllah kenduri yang berikutnya kitaorang akan order dari dia dan sudah pastilah aku akan promote dalam blog ni dan mungkin macam dua service yang aku promote sebelum ni orang akan tengok berpuluh-puluh kali dalam sehari dan dia akan dapat lagi banyak customer. (refer popular post aku dekat kanan bawah)

Dah jadi macam ni malaslah aku nak promote. Masa aku hantar balik barang-barang dia hari tu pun aku tak boleh nak senyum ke apa sebab kecewa sangat.

14.3.1939

Hari ni birthday arwah bapak aku. Aku je satu-satunya anak dia yang lahir sama bulan dengan dia.

Benda Yang Tak Perlu DiEnglishkan

Walaupun English itu penting aku tak rasa semua benda perlu di Englishkan. Sebab ada sesetengah benda sebenarnya elok je kalau nama Melayu. Ini tidak, bukak company terus fikir nama English. Buat band nama English.

Sebagai orang Perak aku macam hangin jugak orang buat group dengan nama Silvermania. Padahal kalau PerakMania ok je. Kalau sayang sangat negeri kau tu apahal nak Englishkan? Malu ke nama Melayu? Nama negeri sendiri.

Kalau nama je orang putih tapi sembang cakap Melayu tak guna jugak.

Presentation


Semalam aku ada training pasal cara membuat presentation dengan betul. Training in house je lah. Ada banyak tips yang dia bagi yang aku rasa boleh membantu. Macam kalau kita nak pergi ke next slide kita tukar lah ayat-ayat macam now, "lets move on to", "now lets have a look at" etc instead of cakap "next", "next".

Dan macam-macam lagilah. Posture badan. Buat eye contact.

Apa-apa pun aku rasa presentation aku sendiri akan lebih baik kalau English aku power. Aku rasa itu je masalah besarnya. Dengan English semua boleh jadi hebat.

Heaven


Aku suka pedas. Tapi since aku tau benda pedas banyak uric acid aku cuba kurangkan. Pedas ni bermaksud ada sesetengah lauk tu lagi sedap kalau dimakan berulamkan cabai burung. Aku suka sekarang ni bila aku nak ulam, aku bukak pintu, petik dekat pokok dalam 3 bijik. Heaven wa cakap lu. Kalau ada tanaman herba macam daun thyme ke oregano ke mesti lagi seronok. Maybe aku patut start tanam benda lain. Tunggu musim hujanlah, kalau musim panas nak hidup pun payah kut pokok-pokok ni. Eh thyme dengan oregano tu ada biji benih ke by the way?

Kahwin Baru

Dekat kampung aku ramai jugak balu sebab semua dah tua kan? Dan hari tu aku baru sedar ada yang balu-balu ni kahwin baru. Dan daripada yang aku nampak anak-anak diaorang takde masalah dengan benda ni.

Aku tak taulah kenapa tapi aku against benda ni especially kalau balu dah 50an. Kalau muda lagi aku rasa aku boleh terima. Kalau mak aku, aku rasa aku tak sanggup kut hahaha. Tak balik kampung aku nanti.

Tapi kalau duda, (lelaki) aku rasa macam ok walaumacamana umurnya pun. Maybe sebab lumrah lelaki boleh kahwin lebih. Ceh, kalau aku tulis panjang-panjang nanti mesti korang cakap aku bias ni. Haha.

The Manhattan FISH MARKET Giant Fried Platter Set Meal with Drinks for 2 People for RM49 (RM65.30 savings). Valid at 21 Outlets Nationwide


Last week aku ternampak satu deal dekat Groupons yang menarik. Dapat diskaun more than 50% dan takde banyak cerita. Beli deal, print voucher dan terus pergi. Tak payah nak book ke apa ke. Memandangkan last week birthday aku so aku pun beli je lah bawak anak-anak makan. Dan pada aku berbaloi.

By sekarang dah 16000 orang dah beli. Korang ada dalam 12 jam lagi sebelum deal ni habis. Nak beli cepat. Click link ni: CLICK SINI

2 Gummy Bear drinks
Garlic herb mussels
Garden Salad
Giant Fried Platter

Budak yang lapar sebab main course nya sampai lambat sebab diaorang salah buat order aku. Orang datang lambat pulak dapat dulu. Nasib bila aku complain diaorang terus buat.

Pada aku deal ni berbaloilah. Bolehlah cuba.

Buatan Orang

Kakak aku cerita ada seorang peniaga yang pesan kuih daripada dia (secara banyak) kena buatan orang (5 orang bomoh), sakit teruk sampai tak boleh meniaga. Dan memang orang yang berniaga di area yang sama dengan dia buat. Siap bagi amaran semua suruh dia stop berniaga.

Seriously, aku faham semua orang nak berniaga tapi macamana orang sanggup aniaya orang lain sampai macam itu semata-mata untuk jadi kaya. Dan yang paling penting macamana orang ni menjalankan hidup dia sehari-hari?

Oh ada lagi satu soalan penting. Orang ni tak takut mati ke?

Perasan tak masalah kita ni banyak berkaitan dengan manusia?

Ada manusia yang tak menyabar potong que.
Ada manusia suka mengumpat.
Ada manusia suka kutuk manusia lain dekat blog macam aku.
Ada manusia bermuka-muka main politik dalam office.
Ada manusia suka cari pasal.

Dan kadang-kadang manusia-manusia ni boleh buat kita naik darah. Sampai tak boleh tidur pun ada. Tapi itulah, kalau tak berkawan dengan manusia nanti orang cakap kita sombong padahal sebenarnya kita taknak ada masalah. Aku ni pun mungkin ada bawak masalah pada orang lain jugak.

Tekanan

Semalam doktor cakap biar stress tempat kerja jangan stress rumah tangga. Aku setuju.

Berhati-Hati. Bahaya, bahaya.

Aku tak tau orang sedar atau tidak, eh mestilah tak sedar yang kadang-kadang dekat Facebook ni apa sahaja aktiviti yang kita buat orang boleh nampak. Aku pun bukanlah baik sangat tapi aku lebih kepada berhati². Jadi bila kau dah kahwin beranak empat dan aku nampak kau like gambar macam bawah ni, mesti lah aku akan cakap. What the hell??


Gila bahaya woi, malu. Bayangkan nama aku Pizli likes a photo, gambar macam tu, lepas tu gambar profile aku pakai kopiah. Perghhh. Dan kepada lelaki-lelaki semua, aku nasihatkan fikirlah panjang-panjang sebelum korang like page yang Facebook iklankan ni. Malu 7 keturunan woi.

Saya Dan Bekal

Macam aku cakap hari tu sekarang ni aku bawak bekal pergi office sebab kantin office tak banyak choice. Dulu aku singgah kedai untuk breakfast tapi sekarang aku makan biskut je. Duit memang tak keluar langsunglah, tapi aku kena beli lauk pauk lebih sikit dan mungkin beras pun cepat habislah kut.

Minggu ni aku stock makanan, biskut, cereal, apples, susu untuk breakfast dan lunch di office. Dari segi berjimat takdelah sangat sebab dah keluar belanja in advanced.

Tapi macam seronok kut sebab takde berpanas, nak jalan, nak drive pergi makan. Kalau kantin sini tak improve dari segi pilihan makanan dan harga, aku rasa sampai bila-bila aku bawak bekal kut.

Tiga Dua

32.
Tiga Puluh Dua.

Saya sudah tua. Ha ha ha.

Anda Tak Tahu Anda Sayangkan Negara & Sesama Warganegara Hinggalah


Sampailah bila anda baca news macam ini:

LAHAD DATU; Security forces have launched an attack on the intruders in Kampung Tanduo, Felda Sahabat here this morning.

9.15am:  Three fighter jets bombed Kampung Tanduo before troops went in
8.58am: The Lahad Datu district hospital has also been put on alert.
Police personnel have cordoned off the emergency area in the hospital in preperation for casualties.
8.49am: In Kampung E, located closest to Kampung Tanduo where the armed intruders are hiding said they were jolted by loud sound of explosiions that caused thin windows to shatter.
Glass doors at the media centre here, some 5km away shook several times from 7am.
8.25am: Villagers fled from the area as several exploisions were heard.
Fighter jets and helicopters are also seen.
7.30am: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak issued a statement announcing the attack on intruders.


Dan dalam hati kita rasa semacam. Doakan semuanya berjalan lancar. Dan aku rasa pada masa inilah kita harus bersatu, bukan berbalah.

TV On Demand Cara Anak² Pizli

Dulu aku pernah tulis pasal http://www.tonton.com.my. Dan aku tau ada kawan-kawan aku yang betul-betul menggunakan service Tonton ini untuk menonton rancangan kegemaran mereka di komputer. Dan seperti biasa screen komputer agak kecik, kan? So di sini aku ingin menunjukkan cara macamana anak-anak aku menonton dari website Tonton ke TV. Anda perlukan Laptop dengan HDMI output, dan TV dengan HDMI input. Kelebihan HDMI ialah dia akan keluarkan audio sekali. Abaikan rumah bersepah.

So macamanilah lebih kurang, kita boleh control di komputer dan projectkan ke TV. Aku dapat laptop ni masa belajar part time hari tu, kolej aku bagi. Tak pasti harga dia
Komputer, dari tonton.com.my di full screenkan.
HDMI Cable output.
HDMI Cable Input.
Dan tengoklah sepuas hati anda di kaca tv. Full screen, on demand, sukahati kita nak forward, backward dan control macam-macam lagi video tu.
Dan tontonlah sambil makan apple dan ternganga mulut teruja.
Semoga post ini dapat memberi idea kepada anda. Dan aku pun tak pasti aku perlukan Astro lagi atau tidak.

Target


Dulu berat aku 86kg, lepas tu aku dapat turunkan jadi 81kg. Lepas tu aku stop sebab macam-macam perkara terjadi (alasan). Dan nasib baiklah naik 1kg je aku timbang tadi jadi 82kg.

March ni aku nak start balik. Dalam 3 bulan ni aku nak diet dan bersenam secara extreme. At least weekdaysla. Weekend makan jugak kut, dah lah Sabtu ni kenduri, ada ikan keli sambal yang makcik katering anak cun tu masak. Target dalam bulan June nanti aku dah jadi 75kg. Lepas tu bulan puasa kan?

Harapnya raya 2013 ni hari raya yang aku paling handsome dalam sejarah alam dewasa. Sorry aku takde idea nak tulis apa dan menghabiskan masa korang baca benda ni. Hehe. Kalau dah tulis malulah kalau aku tak buat. Untuk perut yang asyik buncit walaupun berat in Kg dah turun, aku nak guna Fellina inch loss kut.

Jenama Pasaraya Untuk Berjimat



Dulu aku pernah cerita pasal jenama pasaraya. Ni nak tambah sikit-sikit. Ini berbalik pada nak berjimatlah. Sesetengah benda kita masih ada jenama yang kita lebih prefer macam kicap, sos, beras, susu dan macam-macam lagilah.

Tapi ada juga beberapa benda yang kita boleh abaikan jenamanya dan guna seperti biasa tanpa membawa sebarang masalah.

Antara contoh barang berjenama pasaraya yang boleh dibeli dan dapatlah kita berjimat sikit ialah:

1) Tisu.
2) Sabun mandi.
3) Pengelap pinggan.
4) Plastik sampah.

Dan macam-macam lagilah. Dan mana tau sebenarnya barang yang kita prefer rasanya mungkin lebih sedap kalau kita hanya beli jenama pasaraya. Tapi aku tak pernah try lagilah. Tapi manalah tau kan?

Tolong.

Rock Oo Rimba Bara Kembali (Review Pendek Dari Aku)

"Macam kapal selamlah Mi, kalau dah tak boleh selam naik ke darat, buat reban."


Semalam aku tengok filem Rock Oo. Malas cerita pasal pelakon sebab semuanya pelakon yang hebat. Khir Rahman, Pekin, Que Haidar, Soffi Jikan. Pekin tak banyak cakap filem ni tapi aku berani cakapla dia akan menang FFM tahun ni sebab jadi si anak jahanam bernama Bakar dalam Bunohan. Dalam filem ni yang paling banyak cakap ialah Khir Rahman. Semua berlakon ok. Apa orang putih cakap? Chemistry. Ada chemisty semuanya.

Ok, kalau atas dasar lawak sahaja korang dah mesti kena tengok. Lawak jenis korang nak tidur teringat pun boleh ketawa berdekah² lagi. Hint: Zul Kapan lapar. Tapi sebenarnya ada banyak nilai lain yang membuatkan korang bertambah-tambah lagi kena pergi tengok. Oh lagi satu, kalau korang lahir tahun 70an - 80an dan korang dengar lagu-lagu rock sampai zaman ke 90an pun kena tengok jugak.

Aku malas nak cerita banyak sebab nanti macam spoil la pulak kut korang nak pergi tengok. Tapi satu je lah, aku pun baru macam tersedar memang zaman 90 an tu rock terus mati atas sebab yang korang kena tengok nanti. Aku rasa macam Mamat Khalid pernah kecewa rock jatuh dan berdendam dengan orang², anasir dan benda-benda yang menjatuhkan rock pada masa itu. Ingat tak lepas rock jatuh kumpulan slow rock macam Slam, Spring, Spin, Spoon tu naik? Ha aku rasa itu pasal rockers sejati marah sangat tu.

Korang pergi je lah tengok. Aku sampai ambik cuti semata-mata Rock Oo, first day keluar wayang pergi tengok, tak pernah dibuat. Kalau korang tak boleh relate dengan cerita tu pun takpe, lawak dia pun dah cukup. Dua jam setengah rasa macam sekejap je. Dan ending dia mungkin korang tak expect jugak kut.


Aku jarang pergi cinema, tapi sekali aku pergi aku akan pergi tengok filem yang bagus sahaja. Anyway, message cerita ni boleh buat korang menangis. Cerita Mamat Khalid kan banyak benda diselitkan yang buat kita kena berfikir. Dan Abang Mamat, betul, kalau filem orang putih mencarut boleh lepas TV dan cinema tapi di mutekan, filem Melayu pun boleh carut jugak hahahahahahaha.

Cepatlah DVD keluar boleh ulang tengok. Ending cerita ni memang kena tepat pada batang hidung aku, tapi tunggulah dah habis tayang nanti aku tulis.