Susah Nak Bangun Pagi

Lately ni aku susah nak bangun pagi. Mungkin sebenarnya aku malas nak bangun kut. Mungkin aku lebih prefer tidur dari bersiap-siap pergi kerja.

#hardtime

B.O.S.A.N

Semalam aku bagitau pada kawan-kawan aku yang aku kerja ni takde kepuasan pun.Aku kerja hanya untuk survive. Tak boleh nak adventurous. Aku yakin wife aku pun sama. Monotonous. Tapi aku harap aku dapat sediakan ruang untuk anak-anak aku buat apa yang diaorang nak buat. Tak payah ikut rules sangat. Nak jadi guitarist ke, pelukis ke, ustaz ke jadi lah. Tak perlu nak kejar kerja yang common ni.

Untuk menambah excitement aku rasa bolehla kut nak sambung belajar lagi untuk buat rasa ada perbezaan dan maybe keseronokan sikit dalam hidup kitaorang. Buat Masters pulak lepas ni. Adalah benda lain kan? Nak pergi kelas, nak buat assigment, nak rasa tertekan lain daripada kerja.

Sambil-sambil itu lepas tengok video Petronas pasal orang kerja dekat Uzbekistan aku terfikir jugak, berani tak aku nak migrate kalau diberi peluang. Kerja kat luar. Bawak anak bini. Pergi Oman ke? Mana-manalah.

Sebab aku dah hilang excitement nak buat benda². Arghhhhhhhhh.

Nasihat Dari Maher Zain

It's better for you to spend your time working to get yourself into Paradise than to spend your time trying to prove to others that they're going to hell.

Boys Day Out

Muka excited nak pergi.
Semalam aku bawaklah Umar pergi tengok Iron Man 3 dekat GSC Alamanda. Pada mulanya aku macam malas sebab Ironman 2 tu hari tu macam agak mengecewakan, sekali bila tengok memang best betul ceritanya. Rasa nak tengok sekali lagi.
Enjoy makan popcorn.
Umar pun oklah, dia tak banyak tanya macam selalu. Maybe sebab ramai orang. Dan yang penting dia tak tidur. Biasanya bila masuk kereta (ada aircond) terus lelap. Ini memang excited je tengok cerita.

Kyoto Protocol


Aku suka music. Dan aku suka segala jenis music. Aku akan beli album original bila aku rasa ada Malaysian artis atau band yang aku rasa bagus.  Aku tak pasti usia orang-orang yang baca blog aku tapi pada usia 32 tahun aku masih lagi minat muzik.

Dan sekarang aku minat betul dengan band ni. Memang betul-betul best. Memperkenalkan Kyoto Protocol. Aku start kenal diaorang bila tengok channel FlyFm Stripped. Kat channel tu lagi ramai local artistes.



Kyoto Protocol is a Malaysian alternative rock band from Kuala Lumpur, Malaysia formed in 2008. The band consists of lead vocalist and guitarist Fuad Alhabshi, back-up vocalist cum keyboard player Gael Oliveres, guitarist Hairi Haneefa, back-up vocalist cum bassist Shakeil Bashir, and drummer Shanjeev Reddy. Kyoto Protocol received a nomination for 'Best New Artist' from Anugerah Industri Muzik (AIM) following the success of their EP which was cheekily entitled "An Album".

Album "An Album" out now: http://kyotoprotocol.spinshop.com

http://www.kyotoprotocolband.com
http://facebook.com/kyotoprotocol
http://www.twitter.com/KyotoBand

Melayu Orthodox

Aku kesian bila orang-orang yang rapat dengan aku atau sesiapa yang aku kenal tak kira real life atau online terpaksa berhadapan dengan Melayu Melayu orthodox. Especially di tempat kerja. Kesian diaorang. Politics and self centric di tempat kerja is so 90's la Melayu..

Pakcik

Aku selalu breakfast dekat kedai makcik Batu Tiga Semenyih ni. Kampung dan ramai orang tua. Sembang pagi-pagi menghabiskan masa tua. Ada seorang pakcik tu naik wheel chair yang ada engine tu. Dari rumah dia bawak wheel chair dia tu pergi kedai. Dan ada pakcik yang dari meja nak pergi basuh tangan pun ambik masa lama. Jalan slow gila, langkah kecik².

Pengajarannya di sini. Sementara sihat ni appreciate lah apa yang Allah bagi sebab kita bukan selamanya akan sihat dan cergas. Oh dan bersedialah sebab hari itu pasti akan datang pada kita.

"Ustaz" Di Youtube

Antara benda yang kelakar di dunia internet ni yang aku perasan ialah kemunculan "ustaz-ustaz" yang sibuk menasihatkan orang. Tapi cara nasihat memang salah habislah. "Pakailah tudung, ini muka dah lah tak lawa lepas tu terkinja-kinja macam monyet". Nak nasihat tapi macam tak nampak pun macam kau layak nak bagi nasihat.

Yang peliknya lagi, kau nasihat suruh orang pergi masjid semua tapi yang kau sendiri tengok Youtube tu pasal apa?? Kenapa kau duduk depan computer tengok Gwiyomi Nora Danish? Kau expect video Gwiyomi Nora Danish dalam tu dia pakai tudung ke? Jangan nak hipokritlah bai.

Astro On The Go - Tengok Bola Atas Katil

Aku suka teknologi video streaming. Dan yang terbaru dengan kelajuan internet yang padu kita boleh tengok video streaming secara wireless. Aku ada tulis pasal pengenalan hari tu dekat sini (LINK). Tapi sekarang aku dah praktikkan secara meluas.

Dengan Astro On The Go, kita akan linkkan account ke smartcard dia so channels yang kita ada pada smart card itu akan ada di Astro On The Go, tapi bukan semualah ye? Sesetengah. Walaupun sesetengah ianya relevan dengan kehidupan aku, sebabnya aku suka tengok bola dan dengan Astro On The Go ini aku tak payah berebut dengan wife yang nak tengok HBO. Sebab Astro Arena dan Astro ESPN HD ada di Astro On The Go. Aku boleh bukak laptop dan tengok di laptop dan duduk di ruang tamu. Berdekatan dengan anak isteri.

Dan bila ada game bola awal pagi dan kita taknak tengok bola sorang-sorang dekat bawah, kita boleh tengok bola atas katil sambil baring. Mari aku tunjuk rupanya.

Ini adalah view di computer. Boleh di full screenkan.

Ini adalah view di phone. Sambil baring, tengok bola atas katil. Boleh difullscreenkan jugak.
Sekian terima kasih. Sila gunakan teknologi dengan sepenuhnya ye kawan-kawan.

Masalah Penyokong Politik

Masalah penyokong parti politik yang banyak aku nampak ialah diaorang terlalu taksub. Pada aku sekuat mana pun kita sokong tapi kalau orang tu buat kerja tak elok kita kena lah tegur kritik.

Samalah macam menyokong team bolasepak. Bila kalah ada orang cakap "Tetap sokong", "Hidup matiku bersamamu". Betul, kita masih sokong, tapi benda yang tak betul kita bagitau. Bukan pejam mata.

Movies

Aku rasa nak pergi tengok cerita ni. Lainlah sikit kan ceritanya. Websitenya: http://www.kilmovie.com/



Sambil-sambil itu Umar nak tengok Ironman. Aku tak tau lah aku nak bawak ke dia pergi wayang. Fikir-fikir macam best jugak sebenarnya.

Rilek Brader


Aku tak sangka aku boleh suka sangat lagu ni. Rilek brader..

Bila Saya Insaf Pukul Anak

Anak aku si Umar tu masa kecik dulu aku selalu pukul. Maybe sebab aku tertekan dengan kehidupan, aku lepaskan dekat anak. Aku insaf bila ada sekali tu aku nak pukul dia aku ternampak muka dia. Muka dia memang takut sangat sampai buat aku macam tersedar apa yang aku buat salah. From then on aku stop tapi kalau betul salah ada jugak aku pukul sekali sekala, tapi tak teruk macam dulu lah. Setakat nak bagi peringatan, bukan belasah.

Sekarang ni setiap malam Umar tidur dengan aku dan Nawal tidur dengan Liza. Walaupun katil tu katil queen tapi Umar ni sibuk jugak nak menghimpit aku, kalau aku suruh pergi jauh sikit pun mesti tangan dia ada nak pegang aku lah sesikit. Kalau dia terjaga mamai-mamai tu dia peluk dan cium aku.

Harapnya dia dah lupakanlah aku selalu pukul-pukul dia dulu.

Sifat Baik

Ada orang yang dia bersifat baik sesama manusia, tapi tuntutan agama tak buat. Ada orang yang dia bersifat baik terhadap agama, tapi hubungan sesama manusia tak elok. Nak senyum dengan orang pun susah, atau dekat tempat kerja tidur tapi malam-malam beribadat.

Ada juga orang yang dia balance. Sifat baik dia samarata. Ibadat ok, kerja ok, dengan masyarakat ok, senyum selalu. Dan bila orang yang aku kenal sifat macam ni menang hadiah best dalam contest yang dia masuk aku cakap dalam hati memang dia deservelah hadiah tu.

Daftar Haji Ahli KWSP

Semalam aku pergi daftar pergi haji di Tabung Haji menggunakan KWSP. Ye aku tau dah terlambat. Aku paste syarat-syaratnya, ambik dari wesbsite KWSP:

Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Senang je, kita hanya bawak salinan KWSP kita dan dia akan daftarkan on the spot dekat kaunter dia tu. Tak payah isi borang ke apa ke. Masalahnya satu je lah. Giliran aku tahun 2060. Umur aku 79 masa tu! Maybe aku perlu migrate ke negara lain untuk dapat pergi haji masa usia muda sikit.

Tapi orang kaunter tu ada pesan, bila kita dah ready nak pergi kita boleh buat rayuan. Aku pulak doa Tabung Haji offer pergi masa muda sebab kadang-kadang memang diaorang ada offer macam tu kan?

Aku rasa bila anak-anak aku dah masuk umur 10 tahun aku nak daftarkan diaorang terus. Maybe dalam umur 40 diaorang dah boleh pergi.

Cuaca Extreme

Minggu lepas ramai orang marah hari hujan sampai KL banjir. Sekarang korang ambiklah panas terik bahang sampai rasa nak pengsan. Macamanalah generasi akan datang nak survive cuaca extreme macam ini.

Sila Baca Nasihat Ini

Happy Birthday Umar Zakwan


Happy 6th birthday Umar Zakwan, tahun depan nak masuk darjah satu dah. Semoga cita-cita nak jadi interior designer yang hebat tercapai. Ayah harap by now Umar dah anggap ayah adalah ayah yang the best in the world. Bukan ayah yang garang macam dulu. Semoga berjaya dalam hidup dan jadi manusia yang berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin.

Paksa dan Ibadah

KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dan dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah. 
HIDAYAH bukan untuk ditunggu. Ia mesti dicari. Ia seperti makanan, jika tidak disuap, ia tidak akan masuk ke mulut.
Ini adalah ayat dari ustaz yang betul-betul bagi kesan pada aku dan harapnya aku akan ingat sampai bila-bila.

Makanan Barat Yang Saya Suka



Aku tak sangka makanan kebaratan di dunia yang paling aku suka bukanlah steak ataupun ribs tetapi ianya adalah sandwich Subway. Sebagai orang kampung ulu aku nak order pun tak tau so aku memang bagi Liza je yang order dan MasyaAllah, memang sangat sedap rupanya Subway ni.

Kalaulah boleh buat dekat rumah, lepas tu ada sayur-sayur yang fresh, bawang yang fresh dan segala macam sos mesti hidup aku akan lebih bermakna.


Oh ada lagi satu aku suka makan. Fries. Fries cicah sos cili Heinz. Sabtu ni aku nak goreng sepinggan fries dan cicah dengan sos. Makan itu je.

Kita dan Indonesia

Bila aku tengok ada watak Susanti dalam cerita Upin Ipin aku nampak memang kita sebagai rakyat Malaysia ni memang dah menerima kehadiran rakyat Indonesia secara total di Malaysia. Mungkin jugak watak Susanti untuk buat cerita Upin Ipin boleh jual di Indonesia tapi sambil itu juga aku rasa dia boleh menarik rakyat Indonesia yang berada di negara ini untuk menonton sekali.

Orang Indonesia ada di mana-mana. Bekerja. Selagi diaorang tak buat salah aku rasa takde masalahlah langsung. Sebab orang Malaysia sendiri taknak buat kerja diaorang buat. Orang Indonesia kait sawit bapak aku pun dah bertahun dah. Puluhan tahun dah. Aku sebagai anak, mana pernah cuba pun nak kait sawit tu. Dan macam-macam lagilah pekerjaan lain.

Ada juga yang jahat. Mencuri dan sebagainya. Hari tu ada seorang kena belasah sampai mati sebab pecah rumah orang. Anak lelaki orang tu ada kat rumah tu bergelut. Mungkin beberapa percent je masalah compare dengan yang mencari rezeki dengan ikhlas. Orang Malaysia pun ramai jugak yang jahat.

Aku takde masalah sangatlah dengan diaorang cuma kenapa cleaner-cleaner Indonesia dekat office aku ni takde yang muka Luna Maya???

Mengundi

Pilihanraya kali ini ialah pilihanraya yang pertama yang aku akan mengundi. Baru daftar dua tahun lepas padahal umur dah masuk 32. Orang cakap kalau tak mengundi tak boleh bising kalau ada benda tak betul. Aku mengundi kawasan aku tinggal ni je lah sebab aku dah settle down dekat sini. So tak payahlah nak kena balik kampung mengundi.

Tua Dan Iman

Minggu lepas kecoh pasal orang yang berjawatan dalam parti politik kantoi ada video seks. Dengar cerita dia buat kerja dengan orang yang bukan wife dia. Dia dah tua dan perempuan tu masih muda dan hot. Orang tua ni jugak dah berkahwin.

Pasal politik tu kita ketepikan lah, entah betul ke tidak orang politik pun, yang aku tau orang tu orang tua. Aku cuma takut dah tua nanti aku dapat dugaan macam tu. Tetiba ada awek hot mengorat dan aku terjebak. Selain kalau ikut hukum hudud orang kahwin yang berzina hukumnya rejam sampai mati, aku sebenarnya lagi takut dah tua nak mati aku buat dosa macam tu. Harapnya dijauhkanlah segala dugaan macam tu. Kuatkanlah iman aku sampai bila-bila.

Kalau kahwin lain ceritalahkan? Halal.

Basikal

Dulu aku pernah cakap yang pandai bawak basikal tu tak penting, tapi kitaorang pressured by society. Hahaha. Tak, sebenarnya anak-anak yang nak, so semalam Liza belikan diaorang basikal. Nak main kena main kat tamanlah. Kawasan rumah bahaya.




Kesian jugak si Umar ni, dah 6 tahun baru nak belajar bawak basikal. Takpelah, better late than never.

Ok ok.

Ok, aku rasa aku ambiklah cabaran kerja baru ni. Lepas tu aku improvekan lagi English aku dan last sekali aku nak buat badan. Angkat berat dan ambik protein terus, sekarang aku exercise kosong je buat kardio. Badan tegap supaya nampak confident.

Malas aku nak kerja KL, hujan je banjir. Agak-agak rasa tak best jugak kerja tu, aku apply jadi fitness instructor.

Pelakon Wanita Tempatan Yang Saya Suka

Ambik dari Oh Bulan!
Memang takde idea nak tulis apa.

Reunion

Aku tau ramai orang yang suka jumpa kawan lama. Ada kawan baik masa kecik dan bersungguh-sungguh cari bila dah besar ni, nak berjumpa. Pada aku berjumpa tu ok tapi aku yakin maybe 80% kawan kita tu atau kita sendiri dah berubah. Dan perjumpaan itu akan jadi awkward.

Unless, walaupun korang berpisah tapi at the same time korang masih berhubung. Macam sekolah asrama, habis sekolah ada contact each other, masuk u pun sama walaupun jarak jauh dan masa cuti ada jumpa. Macam tu maybe akan ok sampai bila-bila lah pun.

Macam aku, aku takdelah look forward untuk reunion pun. Aku lagi selesa dengan kawan-kawan yang aku ada sekarang dan kawan yang tak pernah terputus hubungan.

Online Shop

Biasa kalau aku beli barang dari internet aku akan bagi alamat office sebab kalau kat rumah takde orang. Lately ni aku ada beli games. Ada dari Johor, dari Ipoh dan dari Singapore pun ada. Dan aku nampak modus operandi diaorang ni hebat dan sambil itu jugak aku percaya yang pos laju memang buat duit gila-gila. Orang jual tudung, ubat kurus dan lain-lain semua guna pos laju.

Kalau yang orang dari Johor ni hari ni order sebelum tengahari esoknya dah dapat. Dari Singapore tu dalam seminggu, sebabnya dia akan kumpul order dari orang Malaysia dan ambik satu hari dalam seminggu untuk pergi post office dekat Johor dan postkan barang. Lambat sebab dia nak kumpul order je lah. Once dia dah post tu sehari je dah sampai.

Cara aku ialah aku compare banyak-banyak kedai ini untuk cari game dan accesories yang murah. So far yang Singapore tu murah. Bukan murah seringgit dua, tapi kalau nasib baik sampai RM30-RM50 pun ada. Tapi ada jugak yang dekat Malaysia ni murah, so kena rajinlah.

Kalau korang nak beli games (PS3, XBOX, PC), aku ada a few kedai yang aku boleh rekemen. Aku dah naik malu dengan orang jaga surat kat office ni sebab muka aku je ambik barang dari dia. Aku beli asing-asing sebab nak cari yang paling murah so itu banyak kali sampai tu.

Kerja

Aku sekarang tengah runsing pasal kerja sebab nak berubah ke benda baru ni. Kerja tu sendiri aku takde hal langsung, cuma bab nak deal dengan orang-orang yang aku mungkin tak suka tu yang masalah. Andai kata aku tak suka dan decide nak berhenti secara tetiba tanpa dapat kerja baru agak-agaknya apa kerja yang aku boleh buat. Yang jauh dari IT.

Ok cop. Kes aku ni menunjukkan betapa mudahnya hidup kita nak ditwist. Sekelip mata je. Last week aku happy dengan kerja, this week aku dah risau. Ok balik semula.

JADI BLOGGER SEPENUH MASA

Untuk menjadi blogger sepenuh masa aku perlukan artikel yang kuat. Dan aku perlu letakkan banyak-banyak iklan. Dan topik yang menarik.

Masalahnya aku takde topik menarik. Tapi aku tau topik yang akan dapat banyak hit iaitu sex.

JADI VBLOGGER SEPENUH MASA

Ini pun lebih kuranglah. Aku rasa aku takde masalah nak bercerita depan camera tentang issue-issue yang best.

Masalahnya aku tak hensem je lah.

JUAL KEK

Aku nampak industri kek di Lembah Klang ni macam ada lah jugak marketnya. Semua benda orang nak buat kek.

Masalahnya aku takde skill dan industrial oven. Hehe.

JADI ONLINE CHEF

Ini yang aku angan-angan nak buat. Aku buat video masak-masak tapi letak kat Youtube. So instead of orang kena baca recipe, diaorang boleh tengok cara buat terus.

Masalahnya, takde masalah. Aku memang nak buat satu hari nanti.

Sementara itu doakan aku dapat harungi cabaran kerja baru ni atau dapat kerja baru yang bestlah senang.

Happy Birthday Nawal Zahrah


Happy third birthday anakku. Semoga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Nak jadi doktorkan? Ayah doakan Nawal berjaya jadi doktor. Amin.

Bangkang

Kalau korang masih ada ramai kawan lagi di Facebook aku percaya ramai yang post pasal politik. Macam aku senang, politik aku unfriend. Aman dunia.

Ada orang yang membangkang sebab dia ada hala tuju sendiri dan yakin dengan parti yang disokong. Sokong PAS sebab nak jadikan negara Islam. Dia berjuang bersama-sama. Selagi dia tak mencarut, memaki masa memperjuangkan tu dan dia punya peribadi sendiri terpuji aku suka tengok. Dia percaya.

Itu contoh jelah. Begitu juga dengan penyokong parti-parti lain yang ada kepercayaan sendiri.

Ada orang yang membangkang sebab hidup dia sejak lahir memang suka membangkang. Masa sekolah lawan cikgu, masa kat rumah lawan mak bapak, masa kerja lawan boss. Memang dia dilahirkan macam itu. Kalau pembangkang menang dia dah tak jadi pembangkang, so aku tak pasti dia akan jadi pembangkang bersama parti yang kalah ini tadi atau tidak.

Ada orang yang membangkang sebab dia nampak benda yang tak betul dengan yang sekarang. Rasuah ke, kronisme ke. Dia bengang, so itu tujuan dia bangkang. As long as dia terima dan tegur orang yang dia sokong buat benda salah yang dia nampak, aku pun suka jugak. Janganlah pulak bila geng sendiri buat terus jadi buta.

Ada orang macam aku. Takde kepentingan apa-apa. Sokong sana aku mcm ini, sokong sini aku macam ini. Yang salah semua aku kutuk. Hahaha. Golongan aku adalah golongan yang paling restless. Sebab depan mata aku ada Coke dan Pepsi. Lebih kurang sama je.

Tapi manifesto Najib hari tu ada cakap nak turunkan harga broadband. Ha kalau betul, boleh aku masuk duit yang kurang tu ke Tabung Haji. Tengok, broadband tu je lah pun yang akan aku directly dapat rasa. Yang lain korang perjuangkanlah yang mana korang rasa bagus untuk semua, bukan golongan tertentu sahaja. Tapi macam kawan aku cakap hari tu, kalau kita tak dapat apa-apa bantuan tu maksudnya hidup kita dah bagus dah. Dengan pemerintah sekarang. So buat apa nak tukar?

Oh last sekali, ada orang yang saja suka stability dan ada juga orang yang saja suka benda baru. Anyway, undi aku masih boleh dibeli, cepat bid!

Modern Warfare


Aku rasa ramai je jantan dekat dunia ni yang teringin nak berperang, pegang senapang, bertumbuk, belasah orang tapi takut mati. Takut cedera. Dan macam aku sendiri aku taknak kerja atau buat aktiviti berisiko ialah aku tak boleh afford nak patah jari satu pun buat masa ni. Nak jaga anak-anak. Kalau dah takdir memanglah, mati, cedera bebila masa je, tapi ini adalah sebahagian prevention. Kalau patah tangan takdelah orang cakap macam "Ha mainlah lagi basikal lompat² tu." Ingat aku berhenti hisap rokok yang sangat-sangat sedap dan best tu sebab diri sendiri ke? Tidak, sebab ada orang depends on me.

Fuh panjang gila intro.

So di sini lah video games pada tahun 2013 ni memainkan peranan yang sangat besar. Hari tu aku download demo Modern Warfare 3 ni. Aku memang suka benda tembak-tembak ni dan game ini memberikan kepuasan yang sebenar. Tekan je L1, terus focus pada target, tekan R1.. Bang bang bang.. (aku tak pasti bunyi AK47 & bunyi weapon lain macamana). Tembak musuh. Lagi best 1 peluru, satu musuh mati, head shot. Bunyi macam bestkan? Tidak, yang lagi best ialah kita punya controller vibrate macam kita betul-betul click picu senapang tu. Nikmat dunia.

Kau terasa dia punya tense berperang tu. Rasa macam real. Kalau ada wireless headset 7.1 surround sound mesti rasa dalam dunia sendiri. Dan yang penting kau selamat. Tak kena peluru bebetul. Dunia di luar sana, sangat bahaya dan penuh dengan kezaliman. Belum lagi bab rasuah lagi. So mainlah video games.

Aku rasa macam kena ambik cuti untuk main ni sebab kadang-kadang macam terasa aura wife aku tengah bengang tengok aku mengadap TV sementara dia sibuk memasak di dapur.

501®

501® 

Nak mintak tolong pergi link atas ni dan vote. Terima kasih in advance. Ye saya masih tidak serik masuk contest.

Pengurangan Kos dan Kualiti

Aku suka minum satu jenis kopi ni. 3 in 1. Tapi satu sachet kopi tu boleh bancuh 140ml je. Tak puas. Aku beranggapan yang dia buat 140ml sebab nak kurangkan kos untuk letak 30 sachet dalam sebungkus.

Pada aku takpelah mahal sikit asalkan puas dan berbaloi. Ada jugak aku jumpa barang atau perkhidmatan sebab nak bagi benda murah tapi hasil kerja atau barangnya tak bagus. Kalau hasil kerja bagus, barang bagus orang tak kisah sangat bayar lebih sikit.

Kalau harga murah kualiti hebat lagi lah bertambah bagus.

Semangat Baru

Aku dah lama jadi anti sosial dekat kawasan perumahan aku ni. Lepas Umar beranak dulu dan aku tinggal Keramat selama 6 bulan. Dulu aku join semua benda. Tapi bila dah lama tak join macam segan nak masuk balik.

Sabtu lepas aku pergi ada taklimat pasal nak pasang pagar area rumah aku ni dan adalah kawan-kawan lama. Dan Alhamdulillah diaorang ingat aku lagi. Siap ajak main bola. So InsyaAllah nak join balik tu tak susahlah sebab ada orang² yang kenal. Cuma aku takde boot bola je lah sekarang ni.

Hidup bermasyarakat ni penting, nak kenduri ke apa ke perlukan jiran-jiran jugak.

Manifesto Manifesto

Apa yang aku harap mana-mana parti yang akan menjadi Kerajaan nanti adalah manfaat-manfaat yang dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Tak kira billionaire atau fakir miskin. Bukan dapat pada sesetengah golongan sahaja.

Exercise Dalam Rumah (Playstation Move)

Aku rasa aku manusia yang beli PS3 dengan sebab yang berbeza. Selain untuk family aku beli PS3 ni untuk bersenam. Dan mungkin juga untuk main game best2 yang Wan Najib rekemen. Anyway, aku tak boleh nak jogging petang-petang sebab Liza sampai lambat dan aku tak bolehlah nak tinggalkan anak aku berdua kat rumah pulakkan? On weekends banyak hal sangat, beli lauklah apa lah. Run pun susah nak masuk sebab awal pagi sangat dan jauh. Kalau ada malam, maybe boleh consider. Tapi kalau Arin belikan aku Nike+ GPS Watch dengan bonus 12 bulan dia tu aku usahalah jugak kut at least seminggu sekali berlari lari bersungguh.

Matlamat aku dah lain. Aku tak perlu kurus. Walaupun elok kalau perut buncit aku ni hilang tapi dapat berpeluh pun kira oklah kut. Benda yang aku nak tunjuk ni ada di console yang lain macam Nintendo Wii dan XBox, tapi aku memang prefer PS3.

Aku nak tunjuk game guna PS Move dan main Grand Slam Tennis 2. Tengok video ini dululah kut. Abaikan rumah bersepah sebab dah dua weekends takde kat rumah. Weekend ni baru nak mengemas, tengok, bila masa aku nak keluar bersenam.

.

Aku kena guna dua controller. Satu Move Controller dan satu lagi sepatutnya Navigational Controller untuk movekan player aku. At the moment aku guna controller biasa je, susah sikitlah tapi masih boleh main. Move Controller tu untuk aku pukul bola tennis tu dan camera yang dipanggil Playstation Eye akan detect movementnya. So imagine aku main tennis, pukul sekuat hati. Tapi dalam video ni aku dah penat, takdelah sekuat hati pun.


Masalahnya benda ni aku just berdiri statik jelah, takde kena berlari ke sana ke mari. Tapi aku rasa effort aku nak berdiri setempat dan nak gerakkan tangan sekuat hati at the same time tu pun dah cukup gila. Memang basah baju dan memang good workout.

Ada lagi satu game yang dia jadi personal trainer tak perlukan controller² ni. Nanti aku buat review lain. Sorrylah, aku suka share benda yang best, especially technology tapi orang sekeliling aku takde yang minat so kena share kat blog je lah.

Harapnya dengan sikit exercise ni aku boleh tidur lena. Dah dekat 3 bulan aku tidur tak lena.

Tak Betul

Kalau minggu lepas aku sangat happy, hari ni aku paling miserable.

Cepat je benda kalau nak berubah.

Perubahan Kerja

Aku ada diploma dan degree dalam multimedia.
Sekarang ni aku buat multimedia dan e-learning.
Kakak elearning nak berhenti dan boss mintak aku replace dia, buat e-learning sepenuhnya dan tinggalkan multimedia.
Kerja multimedia akan ada orang take over.
Aku takde masalah dengan kerja e-learning tu sendiri cuma ada banyak meeting dan kena deal dengan orang ramai, mostly lecturers.

Aku tak suka meeting dan aku tak suka deal dengan orang. Mungkin ini ubatnya lah kut untuk aku. Kerja kat company lain yang aku harapkan tak dapat.

Selamat tinggal multimedia. Aku takde apa-apa perasaan dan tak tau nak fikir apa sekarang ni. Just go with the flow.

Kalau Gagal Cuba Lagi


Aku cakap pada Umar kalau benda tu susah, tak pandai nak buat kita kena cuba banyak kali nanti mesti akan berjaya jugak. Dia memang percaya benda tu 100%.


Ada benda-benda sebelum ni cuba macam lukis karekter kartun yang dia suka sampai jadi elok. Kalau tak pandai, belajar. Kalau tak boleh buat, cuba lagi.


Macam pagi tadi dia dapat no.1 main game kereta lepas cuba banyak kali. Siap cakap "Kalau tak boleh cuba banyak kali kan Ayah? Baru boleh." Aku harap benda lain macam hari sukan nanti, belajar English ke dia akan fikir macam tu jugak. Biar dia jadi hebat. Walaupun cita-cita dia nak pasang lantai papan rumah orang je.

Sihat


Aku menerima kenyataan yang aku gemuk dan susah nak kurus. So aku alihkan tumpuan aku untuk jadi SIHAT sahaja. Takpe gemuk tapi sihat.

Berapa Lamakah Kewangan Anda Akan Stabil Setelah Berkahwin

Ok post ini untuk orang kebanyakan macam aku lah. Kerja biasa-biasa je. Kahwin usia muda. Takde mak bapak yang boleh bantu. Tak berniaga. Bukan kerja bank yang bila buat loan interest murah dan dapat bonus 15 bulan.

Aku tak tau lah kenapa tapi sebenarnya bila dah start berkahwin kita akan lagi banyak belanja lagi daripada bujang, daripada hidup seorang. Aku rasa lebih kepada nak membina kehidupan baru lah kut. Nak ada rumah sendiri, dan bila ada rumah sendiri nak kena isi dengan barang-barang. Lepas tu ada anak. Tambah anak lagi.

Ada seorang kakak ni dulu cakap biasanya 5 tahun baru akan stabil. Aku kahwin dah 8 tahun dan rasanya tahun depan baru stabil. Sebabnya? Sebab tahun ni sepatutnya dah ok tapi barang-barang dalam rumah pulak nak kena ganti. Pintu terkopak kena airlah, katil patahlah, sofa dah buruklah sebab masa mula-mula beli dulu beli yang murah-murah je. Dan segala pintu ke apa dalam rumah tu memang developer pasang yang paling cikai sekali. So kena ganti benda-benda ni. Banyak belanja dah mengganggu stability.

Dan aku masih takde kitchen cabinet. Tapi sekarang kitchen cabinet dah bukan prioritylah kut. Kalau ada rezeki ada.

Dan mungkin anak-anak aku dah besar, Umar pun tahun depan dah nak masuk sekolah rendah yang mana belanjanya mungkin murah lah sikit dari duduk tadika swasta ni.

Mungkin orang lain, lainlah ceritanya kut.

Menghakimi Sesama Manusia - 4

Hari tu aku ada terbaca tweet seorang ni pasal ada seorang perempuan dalam surau yang aku assume mestilah masih bertelekung tengok telefon lepas sembahyang. Ada orang tegur.

"Dalam surau pun nak main telefon ke?"

Tau tak yang perempuan tadi bukan main telefon. Tapi baca Al-Quran/Surah dekat telefon dia. Adalah kut apps dia.

Peringatan kepada diri sendiri: Jangan menyibuk hal orang. Jangan judge orang.

Benda Yang Paling Penting Dalam Dunia

Benda yang paling penting dalam dunia ini bukan Manchester United. Bukan politik Malaysia, bukan ubat seks yang paling bagus.

Benda yang paling penting ialah DUIT. Dan hanya DUIT. Nak spam mailbox aku, spam pasal cara nak buat DUIT.

DUIT boleh bagi apa yang aku nak dan DUIT boleh bawak aku ke mana-mana aku nak pergi.

Gambar Cameron Trip

Aku tak tau nak tulis apa, tapi aku taulah anak-anak aku bergembira sakan. Alhamdulillah. Harap ada rezeki boleh pergi jalan-jalan lagi. Abaikan gigi-gigi yang buruk.








Liza tak bagi letak gambar dia. Bukan aku malu nak tunjuk gambar wife aku ye. Hahaha.