Thursday, April 25, 2013

Astro On The Go - Tengok Bola Atas Katil

Aku suka teknologi video streaming. Dan yang terbaru dengan kelajuan internet yang padu kita boleh tengok video streaming secara wireless. Aku ada tulis pasal pengenalan hari tu dekat sini (LINK). Tapi sekarang aku dah praktikkan secara meluas.

Dengan Astro On The Go, kita akan linkkan account ke smartcard dia so channels yang kita ada pada smart card itu akan ada di Astro On The Go, tapi bukan semualah ye? Sesetengah. Walaupun sesetengah ianya relevan dengan kehidupan aku, sebabnya aku suka tengok bola dan dengan Astro On The Go ini aku tak payah berebut dengan wife yang nak tengok HBO. Sebab Astro Arena dan Astro ESPN HD ada di Astro On The Go. Aku boleh bukak laptop dan tengok di laptop dan duduk di ruang tamu. Berdekatan dengan anak isteri.

Dan bila ada game bola awal pagi dan kita taknak tengok bola sorang-sorang dekat bawah, kita boleh tengok bola atas katil sambil baring. Mari aku tunjuk rupanya.

Ini adalah view di computer. Boleh di full screenkan.

Ini adalah view di phone. Sambil baring, tengok bola atas katil. Boleh difullscreenkan jugak.
Sekian terima kasih. Sila gunakan teknologi dengan sepenuhnya ye kawan-kawan.

No comments: