Saya dan Gisele


Aku adalah manusia yang kuat berimaginasi. Kalau tengok anak-anak aku, taulah imaginasi diaorang tu datang dari mana. Everytime aku tengok movie aku suka imagine diri aku dalam satu-satu character dalam movie tu dan dalam cerita Fast and Furious mestilah aku anggap aku ni Han.

Dan dalam Fast Five dia start bercinta dengan Gisele. Ok kalau aku tak bayangkan aku ni Han aku memang suka character Gisele ni.


So bila Gisele mati dalam Fast Six aku sangat sedih. Aku tak boleh terima. Kematian Gisele adalah more depressing than kematian Agent Coulson dalam The Avengers. Sedih gila. Nak menitik air mata.

Mak 2

Aku sentiasa tengok mak aku perempuan yang sangat kuat. Bukan setakat kuat mental ye, kuat fizikal sebab mak aku orang kampung, kerja kebun semua. Buat kerja yang aku lelaki ni pun tak boleh buat.

Mungkin sebab dah buat kerja berat seumur hidup dia, kesan dari kerja berat dia tu dapat sekarang. Mak aku umur 54 tahun ni tapi kalau compare dengan perempuan lain yang kerja pejabat umur sama memang nampak mak aku lagi tualah. Dia cakap hari tu "Mak sakit kaki turun naik tangga. Mak dah tua dah". Bila dia cakap macam tu aku macam tersedar yang memang mak aku dah tua, dah tak kuat macam dulu dah.

Dan aku rasa kehilangan bapak aku membawa kesan jugaklah pada mental dia. Sedih. Bawak dia datang sini bukan buat dia gembira pun sebenarnya sebab dia taknak pun datang. Sekadar nak teman dia jelah. Dia isi masa lapang dia dengan mengemas rumah dan memasak je lah. Anak-anak aku teman tapi aku rasa lebih pada bising je lebihh. Kitaorang kerja. Petang baru balik, sembang sikit-sikit. Maybe aku anak lelaki kut takde benda yang nak disembangkan. Liza pun nak sembang topik apa pun. Yang bagusnya aku rasa kalau bawak dia datang sini seminggu dan aku pun cuti seminggu, baru best. Tapi susahlahkan.

Entahlah. Doakan mak aku sihat dan happy.

Saya Dan Tukang Gunting Rambut

Sebagai lelaki adalah normal untuk kita pergi gunting rambut kerap. Malangnya kedai gunting rambut lelaki biasanya ada seorang tukang gunting sahaja. Dan aku adalah manusia yang paling malas nak menunggu. Biasa aku akan singgah kalau kedai tu takde orang.

Lagi satu aku tak suka bersembang dengan stranger. Aku boleh bersembang dengan family dan kawan rapat sahaja. So itu pun jadi masalah jugak kalau tukang gunting terover friendly. Aku nak relax dia sibuk bersembang.

Last option ialah pergi ke unisex saloon yang mana tukang guntingnya adalah perempuan atau dalam kata singkatnya amoi. Saloon ramai tukang gunting, tak payah tunggu, tak perlu bersembang tapi kena bayar extra 2 ringgit. Hehehe.

Kerja - Suka, Tak Suka

Aku kerja dalam bidang yang nak deal dengan lecturer-lecturer. Aku suka betul bila lecturer yang baik, tak pushy dan CIVILIZED call mintak tolong.

Dan aku tak suka deal dengan lecturer yang ingat aku ni hamba dia. Hahaha.

Sekian terima kasih.

Gambar² Latest - Random

Makan nasi kukus ikan bakar, dan ayam goreng, dekat Hentian Awan Besar, sedap! Makan sebelum pergi Keramat. 
Nawal ada banyak aktiviti dekat nursery dia. Aku suka sebab takdelah duduk je takde buat apa-apa. 
Umar ni adalah budak yang paling creative dalam dunia dalam mencipta barang dari blocks, sayangnya blocks yang sikit. (wah puji anak sendiri nampak?)  Memang ligat je dia cipta apa-apa benda. Aku tak jumpa blocks tambahan yang sesuai nak dibeli lagi. (harga yang ok uhuk uhuk)
Perasan tak cekak tu? Ha bila dia rasa dia nak jadi princess dia pakai. Ni dia berlakon baca buku, mana pandai baca lagi.
Jumaat lepas kitaorang pergi tempah baju raya. 
Aku masih confuse daripada mana rama-rama ni datang sebab rumah aku bukan ada pokok bunga pun. Tiba-tiba ada masuk rumah pulak.
Ni gambar keluar makan malam tadi. Takdelah keluar makan hari-hari kut. Hari ni makan kat rumah je lah ye mak? Bukan sedap sangat pun makan kat luar haha. 
Oh hari tu aku masak maggie seafood. Sedap woo.

Buta

Semalam aku tengok bola kat TV. Ada insiden kad merah yang mana bila si Manaf Mamat ni kena foul dia over reacted dengan sepak pemain Kelantan sorang ni. Dan Mamat kena red card. So malam tu bila aku bukak Facebook ada ramai yang tak puas hati dengan pengadil. Aku tak pastilah kut memang pengadil tu berat sebelah ke apa tapi rasanya tidak sebab at one time Terengganu leading 4-0. Kes Manaf tu main bola dekat negara mana pun mesti kena kad merah punya.

Berbalik pada memihak kepada player diaorang tu tadi aku teringat banyak kes jugaklah bila orang yang kita suka, buat salah, tapi kita somehow macam buta sekejap. Especially bila bab-bab family ni lah.

Harapnya anak-anak aku tak buat salah supaya aku tak perlu nak bela orang salah yang aku suka.

Jujur

Aku rasa aku dah ada azam tahun baru. Oklah baik aku buat jadi azam seumur hidup.

Aku berazam nak jadi orang yang paling jujur walaupun aku ada peluang untuk menjadi jutawan kalau aku tak jujur.

Keselamatan

Semalam aku ganti beberapa pintu dalam rumah dan yang paling crucial ialah pintu belakang. Dekat pintu tu ada tombol kunci biasa, ada yang dead bolt tu. Disamping itu ada grill yang boleh lock dan ada mangga. Maksudnya ada 4 jenis kunci untuk pintu belakang tu sahaja.

Masalahnya sebelah pintu tu ada tingkap yang mana kalau orang pecahkan tingkap tu diaorang boleh bukak dari dalam. So untuk keselamatan aku letak kayu panjang tahan pintu tu dengan dinding. Maksudnya kalau orang tolak dari luar pintu tak bergeraklah sebab ada kayu tu tadi halang. Setiap malam aku kena buat ni, dan kena angkat kayu tu bila nak bukak pintu.


Aku tak perlu menyusahkan diri buat semua tu kalau takde orang jahat, pencuri dan perompak. Semua orang jahat, pencuri dan perompak boleh pergi mampos!

Biadap

Aku rasa sebagai manusia adalah common sense untuk kita hormat orang yang lebih tua, orang yang lebih berpangkat. Bukan lah sampai ke tahap menyembah tapi kenalah ada sedikit sense of respect.

Contohnya kalau di Bangi hari tu ada dua calon, seorang dari BN dan seorang dari PAS. Andaikata kalau kita terjumpa diaorang berkempen walaupun kita tak sokong salah satu kita kenalah melayan diaorang equally. Out of respect sebab diaorang nak jadi wakil rakyat. Samalah macam kalau aku terjumpa Najib atau Anwar aku rasa aku hormat je dua-dua.

So bila aku tengok ada orang biadap terhadap wakil rakyat yang bukan dari parti yang dia suka, aku akan judge seluruh keturunan dia jugak biadap macam dia. Ye aku pun salah bila bab judge² orang macam ni, tapi aku betul tak boleh terima.

Mak


Hari ni (Ahad) aku bawak mak aku datang rumah. Aku tak rasalah mak aku jadi bertambah happy pun, tapi at least adalah kitaorang depan mata dia dan anak-anak aku kut boleh menghiburkan hati dia. Yang aku perasan mak aku dah kuruslah since bapak aku meninggal. Hilang teman hidupkan? Mestilah sedih. Aku tau mak aku kuat tapi aku rasa kali ni memang jiwa dia sakit jugaklah, anak-anak takde pulak kat kampung, semua dah berhijrah. Dia pun yang suruh kitaorang belajar dan pergi jauh dari kampung sebab taknak anak-anak dia kerja susah macam dia.

Apapun, dekat sini aku puji lah anak-anak aku sebab diaorang takde opah/nenek favourite, dua-dua diaorang layan equally.

Esok (Isnin) aku ambik cuti. Siang nak bawak makan nasi kandar, malam nak tapaukan mee ketam. Aku bukan jenis jalan-jalan so makan je lah kut dekat-dekat sini. Maybe nak belikan dia sepasang baju kurung untuk raya nanti ke. Selasa kerja so esok nak beli jugaklah lauk pauk untuk dia masak makan tengahari. Umar dan Nawal tak payahlah pergi sekolah sementara cuti sekolah ni. Teman Opah lagi baik, lagipun diaorang dah besar, InsyaAllah tak menyusahkan opah diaorang sangat.

Imitation Dan Saya

Aku takde masalah langsung dengan barang imitation. Aku hanya marah dengan penjual barang imitation yang menipu dengan cakap barang dia original. Atau dia meniaga secara yakin macam barang imitation dia tu original, tanpa rasa bersalah.

Masalah aku ialah aku selalu cari the best deal on the internet. Masalah penipu ni ialah harga diaorang murah sikit dari harga original, jadi nampak benda tu macam legit lah. Aku pernah kena tipu dua kali, jeans dan perfume. Yang perfume tu kalau beli kat pasar malam dalam RM30 je kut. 

Dua tiga hari ni aku cari spek mata, frame dia lah. Aku berkenan dengan satu brand ni. Ada kedai online ni jual frame tu dalam RM330 - RM350. Kira memang murah dari harga asal tapi still mahallahkan? Aku hantar message dan dia cakap "Hi there, the oakley prescription frames are Original frames by Oakley, whereas the sunglasses are all mostly OEM made. Thanks!" dan buat aku macam yakin. Tapi aku pergi jugak kedai dekat Nilai untuk saja-saja survey dan dari sini baru aku agak dia menipu.

Oh sebelum tu aku ada jumpa dekat forum orang tanya dia: "Received ur items long time ago..i have question..the lens cloth inside metal box has word "OKEY" in gold color instead of pouch bag..please clarify"

Untuk frame yang harga dalam RM700 - RM800 di kedai dia jual harga RM330. Dan untuk frame yang berharga RM1000++ di kedai dia jual harga RM350. Tak logik sangatlah kan? Aku email satu kedai dekat Subang ni cakap pun recommended price ialah RM698.

Kalau dia betul aku lah yang bodoh dan rugi. Tapi aku punya instinct cakap dia tipu. Macam tak logik benda yang beza 300-400 di kedai dia beza 20 ringgit je. 


Aku nak spec yang tahan dalam 10 tahun. Or kalau nak ganti, setakat ganti lense je tak payah ganti frame. Dan biarlah spec tu kalau dipakai masa dah tua macam coach Borussia Dortmund ni masih nampak cool. Susah nak membeli kalau kita bukan orang kaya arab, harap duit terpijak je lah kalau ada. Hahahahah.

Penjual Barang Imitation Tapi Mengaku Original

Kepada Penjual Barang Imitation Tapi Mengaku Original aku harap korang mati dalam keadaan yang paling seksa sekali. Dan seluruh keturunan korang hidup dalam kesusahan yang paling hina.

Dan kepada mangsa penipuan aku doakan korang semua mendapat kebahagian hakiki seluruh keturunan korang. Amin.

Bukan ke best kalau aku kat US sekarang ni, senang sikit nak beli barang.

Setiap Anak Ada Rezeki Oleh NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK


Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh ALLAH SWT. Dengan itu, ibu bapa secara langsung turut sama menumpang rezeki anak.

Ada juga kes insan tidak mensyukuri kurniaan ALLAH ini dengan tindakan kejam seperti membuang anak mereka di merata tempat sehingga menyebabkan kematian. Ini bermakna dia juga membuang rezeki bersama anak tersebut.

Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah Kulup Hamzah berkata, anak adalah hadiah daripada ALLAH. Setiap anak juga memang ada rezekinya yang perlu dicari oleh ibu bapanya.

Menurutnya, masyarakat jangan salah faham apabila mengatakan setiap anak ada rezekinya. Maknanya, setiap rezeki yang ada pada anak tersebut harus diusahakan oleh ibu bapanya untuk mencari.

“Bukan hanya menunggu rezeki itu datang bergolek bersama anak selepas dilahirkan. Mungkin ada yang memakan masa lama atau sekejap sahaja selepas bayi dilahirkan. Itu semua ketentuan ALLAH.

“Memang ALLAH telah tentukan setiap anak ada rezekinya. Tetapi jika tidak diusahakan ibu bapa yang menjaganya, maka rezeki itu tidak ditemui,” katanya kepada penulis.

Robiah berkata, rezeki yang dimaksudkan bukanlah berbentuk harta semata-mata, tetapi boleh datang dalam pelbagai bentuk misalnya rezeki kebahagiaan, keharmonian dan ketakwaan kepada ALLAH.

“Misalnya, selepas melahirkan anak. Jawatan ibu atau bapa di tempat kerja dinaikkan. Maka itu adalah antara rezeki yang perlu dikongsi bersama anak.

“Jangan anggap rezeki tersebut atas usaha sendiri sahaja atau secara kebetulan, tetapi semuanya diaturkan ALLAH kepada umat yang mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya,” katanya.


Jangan sombong

Justeru, kata Robiah, ibu bapa juga jangan sombong dengan rezeki diperoleh. Seolah-olah rezeki tersebut adalah hak sepenuhnya ke atasnya.

“Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.

“Kadang-kadang kedengaran ibu bapa menegah anaknya daripada mengambil duitnya disebabkan segala harta itu diperoleh daripada usaha kerasnya bekerja siang malam. Padahal dia lupa bahawa semua rezeki itu mungkin daripada anak yang perlu dikongsi,” katanya.

Tambah Robiah lagi, mungkin tidak ramai sedar bahawa kehadiran anak adalah pemberi motivasi kepada ibu bapa untuk bekerja bersungguh-sungguh dalam membesarkan anak mereka sesempurna diingini.

“Jika betul acuannya, maka anak ini akan memberi banyak kebaikan kepada ibu bapanya. Ibu bapa berperanan mencorak mereka sejak daripada kecil hingga dewasa sama ada menjadi insan berguna atau sebaliknya.

“Anak jugalah yang akan membela ibu bapanya pabila usia emas kelak. Jika tiada mereka, siapa yang akan menjaga ketika mereka terlantar sakit,” katanya.

Maka katanya, jagalah anak selayaknya agar mereka boleh berbakti kepada ibu bapanya kelak dan terus menyayangi, di samping sentiasa bersyukur kehadiran mereka di dalam keluarga.

“Doa anak soleh juga penting kepada ibu bapa apabila meninggal dunia, agar dilepaskan daripada azab seksa neraka.

“Segalanya bergantung kepada didikan ibu bapa terhadap anak (termasuk didikan agama) dan sentiasa menjaga amanah diberikan ALLAH kepada mereka dengan sebaiknya atau sebaliknya” katanya.

Apa yang penting kata Robiah, ibu bapa perlu jaga hubungan dengan anak dan ALLAH. Berilah didikan seperti mana dianjurkan oleh agama dan sunahnya.

“Sekiranya salah didikan maka hancurlah anak tersebut tidak dapat mendoakan sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia.

“Selain itu ibu bapa jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki,” katanya.


Salah niat boleh syirik

Robiah berkata, anak juga penyambung kepada amalan ibu bapa. Mereka akan mewarisi apa yang dilakukan ibu bapa. Jika amalan ibu bapa baik, maka baiklah akan diikuti anak. Begitu juga dengan sebaliknya.

“Nama baik keluarga akan terus terjaga sekiranya anak membesar dengan sempurna dan perwatakan baik seperti ibu bapanya.

“Tambahan, penyambung zuriat ini juga pengerat hubungan keluarga, mereka juga boleh menghuru-harakan keluarga. Justeru ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak agar memperoleh kebahagiaan keluarga,” katanya.

Apa yang menyedihkan katanya, ada beranggapan anak menjadi beban kepada ibu bapa. Disebabkan itu, ada segelintir ibu bapa tidak mahu menambah anak kerana memikirkan beban bakal dihadapi.

“Tanggapan tersebut, boleh jatuh menjadi syirik kerana menolak rezeki daripada ALLAH. Ia juga terjadi apabila ibu bapa tidak ikhlas menerima anak di dunia ini.

“Jika tidak ikhlas maka rezeki tidak berkat dan kosong semula rezeki anak itu yang tertulis oleh ALLAH,” katanya.

Ditanya kebanyakan ibu kini mengambil kaedah perancang keluarga katanya, perlu lihat pada niat ibu tersebut menggunakannya dan kaedah digunakannya sama ada mengikut cara dibenarkan oleh Islam atau tidak.

Kesimpulannya, apa yang penting betulkan niat apabila mahu melahirkan ataupun mempunyai anak. Ini kerana setiap daripada mereka ada rezekinya dan ibu bapa perlu faham semua ketentuan ini.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kalian membunuh anak kalian kerana takut miskin Kami adalah memberi rezeki mereka dan kepada kalian sungguh membunuh mereka adalah dosa besar.” (Surah Al-Isra’: 31)

Tikam


Masa kecik dulu aku adalah orang yang selalu, eh bukan selalu, setiap masa bernasib baik. Sampai dah habis dah kut nasib baik aku sebab dah tua-tua ni macam tak selalu dapat nasib baik. Hahahaha.

Aku rasa masa kecik dulu aku takkan dapat apa yang aku nak, so Allah bagilah aku happy dengan cara menang tikam. Sekarang aku dah ada segala yang aku perlukan, so kalau yang kehendak tu susahlah nak dapat.

Anyway, dulu masa kecik bila main tikam ni aku mesti menang benda best. Duit seringgit, mercun bunga api besar tu, dan macam-macam lah lagi sampai budak-budak lain jealous. :D

PM. PM.

Secara ikhlas saya nak menasihatkan kepada kawan-kawan yang berniaga di internet hentikanlah perangai suruh PM kalau nak tau harga.

Kan senang kalau terus tulis harga dekat benda yang kau nak jual tu. Leceh tau tak? Daripada berminat nak beli terus jadi malas.

Makan

Semua orang tau aku suka makan. Malaysia ni memang banyak makanan dan semuanya sedap-sedap. So rugilah kalau tak makan. Masalah banyak makan ni ialah boleh jadi gemuk, dapat macam-macam penyakit.

Tapi dekat Malaysia ni memang semua benda boleh diassociatekan dengan makan. Birthday celebrate makan, setiap minggu kena makan sekali lamb kalau tak rasa tak sedap badan. Mak nak datang sini, nak bawak makan siakap 3 rasa kat kedai. Kenduri? Makan. Kawan nak berhenti kerja? Makan. Tak sihat, tak boleh bersenam, tapi masih boleh? Makan.

Macamanalah nak kurus?

Cubalah kalau hari ni birthday kau, instead of makan-makan kau ajak semua kawan-kawan celebrate dengan berlari 10km.

Father's Day

Sebagai orang kampung ulu aku takde lah celebrate² hari-hari bapa ke ibu ke. Even birthday pun aku takde celebrate. Tapi disebabkan penghijrahan dan perubahan budaya aku nampaklah benda-benda ini disambut. Dan aku rasa macam bagus jugak untuk seronok-seronok.

Aku tak tau pun father's day tu bila, tapi kalau sesiapa nak bagi hadiah pakej massage sebagai hadiah best jugak kut.

"I can see you're sad, even when you smile, even when you laugh. I can see it in your eyes, deep inside you wanna cry."

Aku tak suka langsung kerja aku. Sikit pun tak. Setiap hari sebelum pergi kerja jiwa aku akan memberontak. Lepas Subuh memang aku baring balik atas katil atau lagi senang aku terus baring je atas sejadah tu. Bila tengok anak aku dah siap baru aku berusaha untuk bangun dan mandi.

Aku benci!

Tapi tau tak, company ini adalah company yang paling perfect untuk aku dari segi lokasi, jarak dari rumah, tahap kesesakan jalan. Aku tau memang takde company lain yang lebih bagus daripada sini.

Nak sedapkan hati aku cakap je lah pada diri sendiri.. "Kita tak boleh dapat semua benda yang kita nak". Dan harapnya sakit jiwa dan sakit mental aku ni dapatlah menghapuskan dosa-dosa kecil.


Sekarang korang taulah kan sebab apa aku suka upload gambar makanan dekat Instagram?

Student Oversea, Kahwin Masa Belajar

Adik ipar aku dah habis belajar dekat New Jersey dan akan balik next month. Sembang-sembang dengan mak mentua aku hari tu memang ada kes student-student ni dah kahwin masa belajar.

Aku teringat memang aku pernah dengar kes-kes macam ini dan ini buat aku takut sebab adik aku nak pergi sana jugak nanti. Ada jugak kes diaorang kahwin kat sana lepas balik sini buat-buat kahwin sekali lagi sebab masa kahwin kat sana takde family tahu.

Aku rasa aku fahamlah reasonnya kenapa diaorang kahwin. Hidup jauh dari keluarga, sunyi, tetiba ada boyfriend, banyak spend time sama-sama lepas tu kahwin.

Walaubagaimanapun aku tak setuju. Sebab muda lagi kut. Kan?

Tidak Sihat

Aku dah dekat tiga minggu tak dalam keadaan kesihatan yang perfect. Start dengan macam nak demam lepas tu sampai sekarang batuk non-stop. Bila tak sihat ni kita jadi down. Nak buat apa benda pun tak semangat. Bersenam apatah lagi. Memang tinggal segala.

Doakan aku kembali sihat.

Rezeki 2

Dalam kehidupan sekarang yang suami isteri sesama bekerja mencari pendapatan ada keadaan dan situasi di mana pendapatan diantara pasangan ini ada yang lebih tinggi.

Bila cakap pasal rezeki dan perhubungan keluarga, tak mustahil rezeki yang lebih tinggi itu sebenarnya datang untuk keluarga secara keseluruhan. Bukan untuk seorang diri. Keluarga yang bawak rezeki dan tuah.

Kalau ternampak ada isteri atau suami yang ego mungkin boleh nasihatkan apa yang aku tulis ni.

Rezeki

Hari tu aku ada terfikir, kalau dengan rezeki sekarang tapi aku masih bujang maybe aku macam mewah sikitlah sebab belanja untuk sorang diri je.

Tapi kalau aku tak kahwin lagi, takde anak, adakah aku akan dapat rezeki yang sama macam sekarang???

Maybe I'm A Different Breed


Maybe I should cry for help
Maybe I should kill myself (myself)
Blame it on my A.D.D. baby

Maybe I'm a different breed
Maybe I'm not listening
So blame it on my A.D.D. baby

Kasut


Last month aku beli kasut kerja sebab dah dekat setahun pakai kasut sukan pergi office. Kasut tu takdelah cantik sangat (sebab kasut cantik mahal) tapi ianya adalah kasut yang paling sedap dalam sejarah kehidupan aku membeli kasut. Aku tak pasti apa teknologi yang dia guna, tapi memang selesa pada tahap paling tinggi.

Ini membuatkan aku terfikir yang kasut sedap dipakai boleh memberi impact yang sangat positif kepada kehidupan. Selesa nak ke mana-mana dan someway somehow buat kita rasa happy.

Penerbangan Tambang Murah

Bercuti ke KK baru-baru ni bukak mata aku pasal tiket² murah dari syarikat penerbangan. Ada yang diaorang buat promotion, beli pada tarikh² ini dan pergi bercuti pada hari-hari ini.

Tapi yang aku perasan sebenarnya kita hanya perlu beli tiket untuk beberapa bulan yang akan datang. Ada kebaikan dan keburukannya. Keburukannya kita tak tau pada tarikh katakan 6 bulan yang akan datang tu kita ada hal ke, anak exam ke, kita tengah demam ke.

Tapi dari segi kebaikannya ialah kita dapat tiket tu murah, kita boleh start kumpul duit untuk bercuti dan kita boleh bayar balik harga tiket tu kalau kita guna credit card. Dan kita ada banyak masa untuk merancang.

Hari tu aku book return ticket MAS pergi Langkawi bulan 10 ni untuk kitaorang berempat pada harga RM584 sahaja. Tadi aku check harga tiket kalau aku nak pergi hari ini ialah RM1596. Kalau aku nak pergi next month ialah RM1156. Banyak bezakan? Duit beza tu boleh kita guna untuk hotel dan belanja nanti.

So booklah awal ye kawan-kawan. Eh aku rasa korang semua dah tau, aku je yang baru tau kut hahahahah.

Luck Sikit²


Sebenarnya aku masih cuba-cuba masuk contest lagi walaupun tak pernah menang. Alhamdulillah semalam aku dapat email menang voucher ni. Walaupun jumlahnya sikit aku bersyukur ada jugak luck kecil-kecilan macam ni. Manalah tau tahun depan menang hadiah 50 ribu pulakkan? Hahaha.

BFM 89.9


Aku rasa aku ni dah menghidap midlife crisis lah. Walaupun umur baru 32.

Aku tak tau kenapa sekarang ni aku dah tak boleh nak dengar radio yang merepek-merepek di waktu pagi. Walaupun sepatutnya rancangan yang merepek-merepek tu sepatutnya boleh bagi kita ceria. Tak taulah kenapa. Radio Melayu yang terima panggilan pendengar memang aku dah lama banned. Memang menyampah, cerita masalah dekat radio kenapa?? Blog kan ada!!

Radio English yang prank orang dah tak best, radio English yang ada DJ ketawa non-stop pun aku dah stop dengar.

So sekarang aku dengar BFM 89.9. Serious. Cakap pasal macam-macam. Business, politik, perkara am berkaitan negara dan latest news. Somehow aku boleh terima sebab radio ini tak merepek dan aku akan terima segala fakta yang aku tau tepat ke dalam kepala otak aku.

Dan yang penting, takde orang call bagitau masalah rumahtangga.

Masalah Tiada Kemahiran

Dalam 7 tahun lepas aku pernah pergi tampal gigi dekat Seri Kembangan. Dan masa tu doktor tu ada guna peralatan apa benda ntah macam untuk renggangkan gigi aku dan dia ikat untuk senang kut dia buat kerja. Masalahnya sampai sekarang geraham aku macam permanently terenggang.

Gigi geraham, maksudnya gigi untuk kunyah makanan. So everytime aku makan gigi mesti akan ada makanan terselit dan setiap kali lepas makan jugak aku kena floss gigi aku tu sebab tak selesa. Seksa tau tak, especially kalau makan kat luar lepas tu nak pergi tengok wayang ke, beli barang ke. Terpaksa masuk toilet floss gigi dulu.

Aku harap sekarang ni doktor tu dah mahirlah untuk handle gigi pesakit. Biarlah aku orang last yang terseksa.

Usia dan Bolasepak


Aku suka kan bolasepak. Dulu jenis game pukul 3 pagi hari kerja pun aku tengok. Lepas tu kalau hujung minggu game dari lepas Maghrib sampai ke pukul 4 pagi aku tengok. Kalau team yang disokong kalah, seminggu kecewa, siap cakap dalam hati "Kalaulah dia sepak straight, kalaulah dia pass dekat.." Macam-macam difikirkan.

Tapi sekarang tidak. Terlepas game pun aku tak peduli, game tengah malam memang usah harap lah aku nak tengok walaupun team aku yang main. Aku rasa ini sebab usia lah kut.


Sesuailah dengan persaraan Sir Alex Ferguson, aku rasa aku pun dah tak boleh follow sangat bolasepak ni. Unless anak aku tetiba wakil negara ke apa ke. Kalau aku update kat Facebook tu memang semata-mata aku nak kasi panas penyokong team lain je lah kut.


Anyway, thank you Sir Alex. Sebab kau aku terhibur.

Makan-makan di Kota Kinabalu 3

Aku kena repeat pergi sana lagi. Kali ini aku kena bawak duit banyak sikit dan kena ambik luggage. Baru boleh beli barang untuk mak, mak mentua dan adik beradik. Ini setakat untuk aku sorang je lah. Mizul naik MAS so dia dapat luggage 30kg, so aku tumpanglah beli lauk basah dekat dia. Dia siap bawak box polisterin tu awal², dah beli lauk letak ais dan wrap. Alhamdulillah aku baru ambik tadi elok je lauk²nya. (Tadi as in 12hb May pukul 8 malam. Aku schedule kan post ni.)

Apa-apa pun aku rasa ok jugak sekali sekala jalan dengan kawan-kawan ni sebab belanja untuk sorang macam murah sikit kalau nak belanja untuk satu family. Lagipun kita semua need a break jugakkan? Hehehe.

Hari Ahad pagi kitaorang pergi pasar basah pukul 6 pagi. Tapi pukul 6 sana dah terang benderanglah.
Pilih-pilih.
Dengan simpati daripada Mizul untuk tumpang luggage. aku beli udang besar RM55 per kg, aku beli sekilo. Biasa sini RM80.
Sotong besar tengah tu RM15 sekilo. Aku beli sekilo jugak. Kat sini sotong kecik kadang-kadang boleh jadi RM16 sekilo , yang ini sotong kecik kanan tu RM9 je sekilo
Aku beli kerapu seekor. RM16 je haha. Tak sampai sekilo.
Ini box dia, sebelum dipunggah letak ais etc. Aku dah taulah strategynya kalau nak datang sini lain kali. Memang aku beli lauk banyak-banyak. Murah tu satu hal. Satu hal lagi ialah ianya fresh! Itu yang penting. Habis ni balik hotel dan check out.
Lepas tu singgah Stesen Keretapi saja².
Buat perangai budak-budak.

Lepas tu kitaorang pergi sarapan. Ini namanya nasi lalap. Sedap jugak, makan dengan sambal dia tu. Habis ni pergi  hantar Mizul pergi airport, dia naik flight lain bersama misi membawa lauk basah. Habis tu kitaorang lepak rumah adik Amir dan petang tu balik.
Sampai rumah, aku terus pergi rumah Mizul ambik lauk basah tu tadi. Inilah yang menanti isteri aku. Hahaha, ni sikit je untuk di masak. Banyak lagi sebab sekilo.
Ha ini kerapu 16 ringgit.
Ini favourite aku ni. Sotong besar. Aku memang suka sotong. 

Memang boleh dapat semua ni dekat semenanjung. Tapi alang-alang boleh berjalan dan dapat benda yang fresh memang patut kita repeat lagi. Sepatutnya minggu aku pergi ni mak aku nak buat kenduri arwah bapak aku meninggal yang ke seratus hari. Tapi abang aku suruh cancel biar semua ada. Tiket flight dah beli lama dah sebelum mak aku plan lagi so aku takdelah rasa bersalah sangat.

Link sebelum ni:
http://besout.blogspot.com/2013/05/makan-makan-di-kota-kinabalu-1.html
http://besout.blogspot.com/2013/05/makan-makan-di-kota-kinabalu-2.html

Mencari Ramli 2


WHAT IS Mencari Ramli

Mencari Ramli is a search for the country's most promising football talent, in an effort to elevate the standard of Malaysian football, fueled by the passion and enthusiasm of football fans across Malaysia.

The first season of Mencari Ramli in 2012 saw 30 young footballers scouted from the Bukit Jalil Sport School to showcase their footballing talent, where two winners were drafted into the Harimau Muda Under-21 team and another finalist landing a stint as a striker in the U.S. Arezzo football club Under-17 team in Italy.


Mencari Ramli Musim 2 is a follow-up to the first season's programme, this time extended to a nationwide search for talent via a series of events at 12 locations across Malaysia. A group of top 30 talents will be selected for the finals, where two winners will be chosen by the judges and one through public voting, to win the trip to the Manchester United Soccer School and also visit Old Trafford and a three year scholarship to attend Frenz United Football Academy.

– Nationwide auditions from February to May (Highlight remaining auditions and briefly mention past auditions)




Concept:
A docu-reality series that is looking for Malaysia’s Best Footballer under 16, that will be sent to the Manchester United Soccer School to be trained and groomed to become “Ramli”, the next Malaysian football talent.

Objective: 
- Provide a platform for young footballers to realize their football dreams
- Help to raise the standards of local young football talents
- Get parents to see the potential in their own children and provide a solid support system.
- To encourage the Team Malaysia spirit through this reality show.

Who is Ramli:
- A Malaysian boy below the age of 16 and is extremely skilled and talented at playing football. A team player and inspiring leader with a great attitude and passion for football.

Ramli could be..
- He could be the best goal keeper.
- He could be the best defender.
- He could be the best midfielder.
- He could be the best striker
- But what we are searching for is the most talented player.

Selected from the thousands of aspiring and talented young football players in Malaysia, the winner will receive a placement in the Manchester United Soccer School.




FULL AUDITIONS DETAILS

State
Venue
Date
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka    
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak         
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May

Makan-makan di Kota Kinabalu 2

Ok sambung, lepas makan tu, kitaorang pergi rumah Epi adik Amir, rehat solat semua. Kitaorang dah sewa kereta dan memandangkan kawan kitaorang berdua tu tak pergi jadi kami pulangkan kereta tu awal. Dan kebetulan diaorang berdua tu photographer. Tinggallah kami ambik gambar guna camera phone sahaja, aku tak bawak camera besar sebab beg kecik. Haha.

Seterusnya adik Amir, Epi bawak kami ke Tanjung Aru.
Perumahan atas air. Sorrylah, tapi aku tengok kotor. Banyak sampah, bila air surut.
Ni rupa rumah-rumahnya.
Penghujung perumahan tu.
Cantiklah, tapi masa ni gelap dah nak hujan. Sorry kualiti gambar teruk.
Diaorang duduk atas air bukan sebab susah aku rasa, maybe sebab culture, keturunan?? Tengok ada Astro Beyond tu.
Selepas itu kami pulangkan kereta yang disewakan oleh ahli bomba yang ada banyak gila kereta sewa. Pandai buat duit. Oh lepas pulangkan kereta, kitaorang naik kereta Epi tu je lah.
Selepas itu kami pergi ke the famous Pasar Filipina untuk late lunch.
Ikan bakar, dan ada boleh pilih ikan fresh untuk masak apa-apa kalau tak silap aku.
Ikan, sotong dan udang bakar.
Aku kurang berkenan air asam dia, or kicap asam dia. Aku adalah orang yang paling mahir buat pencicah dalam dunia ini jadi bila takde bahan yang sesuai aku frust. All you need hanyalah kicap kipas udang, limau nipis dan cili tapi dia bagi kicap apa benda ntah. Tapi makan habislah jugak hehe. Lepas tu kitaorang pergi beli barang kering. Aku beli ikan bilis, ikan masin. Mizul, kawan aku beli rumpai laut.  Tak tau kenapa aku tak ambik gambar. Oh, bateri phone dah habis.
Dekat KK ni ada pasar malam setiap malam. Aku kesian jugak tengok anak-anak peniaga ni sebab terpaksa ikut mak bapak diaorang dan main-main je dekat situ. Takpelah, cari rezeki. Barang yang dijual sama je lah kut. Dekat sini banyak jual souvenier lah.
Jadi sakai kejap.
Malam sikit kitaorang pergi makan lagi, misi nak makan ketam dan sotong sahaja. Perasan tak belakang aku tu bot? Ha aku duduk dekat benteng laut. Sebab sebelah laut, tukang masak pun senang buat kerja, semua buang ke laut. Hishhh..
Air jagung yang kawan-kawan aku suka.
Ketam yang aku tak sure masak apa.
Sotong goreng tepung dan kailan.
Ketam sambal.
Licin hahaha.
Happy kome ye??
Memang makan, makan, makan dan makan. Maybe dah naik 3kg time ni.

Link sebelum ni: http://besout.blogspot.com/2013/05/makan-makan-di-kota-kinabalu-1.html

Dan ini link selepas: http://besout.blogspot.com/2013/05/makan-makan-di-kota-kinabalu-3.html