Makan-makan di Kota Kinabalu 1


Macam aku cakap hari itu, trip ke Kota Kinabalu ni hanyalah untuk makan. Aku tak ambik luggage pun. Harap kawan-kawan yang nak pesan tu faham bila nampak aku upload gambar kat Instagram. Asalnya nak pergi satu office, lepas tu ntah macamana susah sangat nak plan kitaorang terplan pergi berlima. Malangnya dua orang miss flight dan tak pergi terus, so tinggal kitaorang bertiga. Dan adik kawan aku memang duduk KK bawak kitaorang jalan-jalan. Jalan tu sambilan je. Yang penting ialah MAKAN.

Flight kitaorang pukul 8.20pm.
Muka excited sebab satu row kosong.
Batak sikit. Ye, entry ni banyak gambar.
Sampai-sampai je terus pergi makan, dan ini yang sambut kitaorang.
Mewah-mewah, kitaorang sampai dah lewat so banyak kedai dah tutup.
Ha udang ni Liza suka sangatlah. Nanti boleh pergi dengan family.
Masak stim apa ntah aku lupa nama dia, ikan kerapu.
Udang goreng butter, sampai kulit dia pun boleh makan sekali. Habis tu terus pergi bilik.
Esok pagi bangun-bangun makan mee goreng daging ni. Memang sedap ya amat.
Lepas tu pergi masjid bandaraya, singgah je lah tengok. Pagi lagi ni.
Sebelah dia ada air, laut kut. Ke tasik.
Dan dia buat taman rekreasi sekali sebelah masjid tu, dan selepas itu kitaorang pergi ke....
Rumah terbalik. Nak masuk rumah ni 10 ringgit seorang, kalau setakat nak duduk luar ambik gambar 5 ringgit.
Since ini trip makan dan bukan trip melancong kitaorang ambik gambar kat luar je lah.
Selepas itu kitaorang pergi ke Sulaman untuk makan lokan bakar, di gerai tepi paya. Banyaklah gerainya ni.
Kita boleh pilih ikut size.
Ha gerai macam ini je lah.
Ada jelly kelapa.
Ada kelapa bakar. Aku tak rekemen lah, hahahaha. Ambik kelapa biasa je lah, tak payah bakar.
Ha belakang gerainya paya, ada monyet.
Ha inilah lokannya, makan dengan sambal yang dia sediakan. Rasa macam oysterlah. Sedap jugak.

Ok nanti bersambung, tengahari nanti.

Ni link sambungan:

http://besout.blogspot.com/2013/05/makan-makan-di-kota-kinabalu-2.html
http://besout.blogspot.com/2013/05/makan-makan-di-kota-kinabalu-3.html

4 comments:

Love Razila said...

Wow...lamanya x tutun KK.
Boleh bagi anggaran jarak jauh x Sulaman dari bandar KK, terasa pula tekak ni nak merasa lokan bakar...

Rindunya seafood KK and seafood di Sandakan...
Nak tau juga lokasi rumah terbalik tu...TQ

Pizli Mat Wazip said...

Love Razila - Maybe dalam 15-20KM kut, saya pun tak pasti sebab memang blur pasal jalan. Rumah terbalik tu dekat Tamparuli.

cracKing said...

Muka excited tu! patut kau bawak aku, jadi kau punya photographer. boleh ambik gambar kau banyak2 haha

Pizli Mat Wazip said...

Bawak kau bayar semua sendiri bolehlah. Haha.