Khairat Kematian


Aku beruntung kawasan perumahan aku ni persatuan penduduk dan ahli jawatankuasanya bagus-bagus belaka. Macam-macam diaorang usahakan dan ada sahaja aktiviti yang diaorang buat.

Hari ni aku nak cerita pasal khairat kematian surau rumah aku.

Khairat kematian surau rumah aku disediakan oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd, atas nama suraulah. Bayaran dia setahun setahun dan akan cover orang yang apply, pasangan dan maksimum tiga orang anak. Bayaran pampasan dia pulak ada 3 jumlah amount (kalau tak silap aku) based on berapa yang kita contribute. Katakan kita bayar RM14, dia cover RM1000. Bayar RM28 dia cover RM2000, Bayar RM50 dia cover RM4000. Ini contoh sahaja ye. Tapi lebih kurang itulah jumlahnya plus minus. Kira boleh sangatlah.

Yang paling aku suka bila berlaku kematian, surau rumah aku akan cover semua benda (kecuali kes yang nak kebumikan di tempat lainlah). Kira kita tak payahlah pening nak keluarkan duit masa ada kematian tu. So bila dah selesai, pihak surau akan submit claim dekat takaful dan pihak takaful akan bagi cek atas nama surau. So bila kita ada ambik khairat kematian ni, duit claim kita tu akan bayar balik perbelanjaan kita yang dah disediakan pihak surau tadi. Kalau ada lebih akan dipulangkan pada waris.

Benda ini bagus sebab bila ada kematian takdelah kita pening nak pergi bank keluar duit ke apa ke. Dan trust me belanja mati memang banyak. Ok saja je lah aku nak cerita sebab benda ini memang bagus. Dekat kampung aku lain sikit rasanya tapi adalah sistem yang diaorang buat.

Tahun Yang Menyedihkan

Bila fikir balik tahun 2013 ni agak menyedihkan jugaklah pada aku. Awal tahun hari tu arwah bapak aku meninggal. Tengah tahun ni pulak kakak office yang aku consider sebagai mentor pulak berhenti kerja. Dua-dua benda ni memang life changing eventslah. Itu yang aku sedih sangat tu. Macam part kakak ni aku ada cerita hari tu yang job scope aku terus berubah dan tinggalkan multimedia altogether lah lepas ni.

Aku prepare jelah mental akan ada benda sedih hujung tahun ni. Oh aku dah tau benda sedih apa, nak bayar insurance kereta dan saman AES pundek tu. Tapi itu bukan life changing punya bendalah.

Give Me Love


Bila takde idea, saya share lagu ye.

Kenapa Saya Tak Masuk Run Lagi

Dulu aku cadang nak masuk apa-apa larian atau walk setiap bulan. Tapi sekarang aku stop. Sebab utamanya ialah kena belanja besar. Yuran run tu sendiri yang kadang-kadang aku rasa ridiculous, belanja nak ke tempat larian tu sendiri yang biasanya dalam 40-50 KM (sehala) dari rumah aku. Minyak dan tol.

Sebab kedua awal pagi sangat. Andai kata nak jimat masa dan sampai awal aku bertolak dari Keramat sebab dekat nak ke Padang Merbok ke contohnya tapi still aku nak kena pergi Keramat tu dulu. (belanja)

Aku suka Putrajaya International 12 Hour Walk tu sebab aku rasa puas. Dia memang mencabar mental. Ada Arin dan Najib, dekat Putrajaya dan buat malam. Tapi yurannya pulak mahal nak mampos. RM100++. Tengoklah macamana nanti.

Perompak Peragut Celaka

Ada satu hari Ahad tu aku bosan dan aku duduk depan computer tengok video dekat Youtube. Video peragut, perompak kena tangkap, dan most of it video diaorang kena belasah dengan orang awam.

Ada orang komen kesian dengan perompak tu. To be honest aku pun ada sedikit rasa kesian bila tengok kepala orang kena sepak.

Tapi bila korang tengok video yang mana diaorang terlepas masa diaorang buat jenayah tu memang korang rasa nak lanyak sampai tinggal suku nyawa. Ok tengok ni dululah;




Orang yang kena ragut, rompak tu cedera. Kerugian dan mesti trauma sampai bila-bila. Kesian woi. Dan yang paling celakanya punyalah ramai orang jahat sekarang ni. Kawasan rumah aku kumpul seorang RM700 nak buat pagar keliling kawasan. Manalah aku nak cari duit banyak tu. Sebab apa? Sebab perompak² ni lah.

Salah satu impian aku ialah bila aku nampak peragut, aku sepak sampai diaorang terjatuh. Lepas tu aku bukak baju dan tutup muka dengan baju tu, ambik parang dia, aku potong tangan dia lepas tu aku lari.  Orang tak cam aku.

Anyway, kalau ada Facebook aku suggest korang follow page ni: https://www.facebook.com/Malcrime?ref=stream&hc_location=stream

Bersatu

Selain waktu temasya sukan, aku tengok rakyat Malaysia bersatu waktu ditimpa musibah. Macam jerebu sekarang ni. Alhamdulillah.

Yang bergaduh dan biadap pada orang tua dalam social media bila masuk bab politik je.

Habitat Di Musnah

Ahad lepas on the way nak ke Giant kitaorang nyaris nak langgar biawak besar gila. Hari Jumaat minggu lepas pulak kitaorang nampak skunk atau tupai sebesar skunk nak melintas jalan. Dan pagi Ahad hari tu aku nampak tupai makan makanan kucing yang aku letak kat luar.


Kesian binatang-binatang ni, habitat asal orang dah musnahkan nak jadikan kawasan perumahan. Masa nak musnahkan hutan tu sekejap je, ntah berapa banyak yang mati. Ular-ular tu mana sempat nak lari kut kalau tetiba je datang machine-machine besar.

Yang terselamat kena migrate, dan macam tupai kena cari makan dekat kawasan perumahan. Kesian.

Main Ping Pong Tanpa Meja Dalam Rumah


Dulu masa lepas SPM aku ada kerja kerani sementara dekat satu company ni. Setiap hari aku akan main ping pong dari pukul 5.30 petang sampai pukul 10 malam. Ada sebabnya tapi aku malas nak cerita. Apa pun pada zaman itu aku memang hebatlah. Segala jenis spin aku pandai silap-silap kalau masuk tournament boleh menang. Sebab main pingpong jugak bahu aku sampai dislocated. Nak main volleyball pun dah takut sebab dua tiga kali pernah sakit bahu macam terpusing. Abaikan.

Lebih kurang 14 tahun selepas itu aku nak kembali bersukan, nak jadi sportsman macam zaman muda. Masalah besarnya ialah aku takde kawan, takde tempat dan takde masa. Ada, tapi macam susah nak sesuaikan dengan kehidupan beranak pinak ni. So aku kena gunakan segala kemudahan yang ada.


Terima kasih kepada Playsation Move, selain bermain tennis, sekarang aku boleh main ping pong dengan game Sports Champion di dalam rumah, di family area aku yang kecik itu. Yang lagi bestnya main ni ialah, aku boleh bergerak macam main ping pong betul². Kalau tennis tu kena guna controller untuk move player, ping pong ni aku gerak badan sendiri. Seronoknya aku Ya Allah. Memang sampai bengkak-bengkak tangan aku. Sore gila.

Meh aku demo sikit, macamana rupa game itu. Tengok video ini.


Ok, aku gunakan controller move aku untuk movekan bat ping pong tu. Quite accurate jugak bila kau dah ikut rhythm dia.

Dan ini macamana aku main. Harapnya kalori terbakarlah.


Sorry video frame tak elok sangat, sebab aku pakai seluar pendek so ambik bahagian yang sesuai je lah. Apa-apa pun tengok pergerakan aku. Macam main betul-betulkan? Ha itu yang best tu. Yang tak bestnya TV aku macam dekat bawah, kalau samarata dengan pandangan mata maybe lagi best kut. Kalau korang suka dan nak tau benda-benda ini email aku ye? Aku tak jual, aku boleh bagi idea je.

Dan ingat ye kawan-kawan, dunia di luar sana sangat bahaya terutama musim jerebu ni. Kihkihkih.

Jerebu Jeribi

Ini gambar² jerebu yang saya sempat rakamkan sepanjang beberapa hari jerebu ni.

Pagi Khamis, lokasi MRR2.
Tengahari Jumaat, lokasi AU2A Taman Keramat.
Pagi Ahad, lokasi Bandar Bukit Mahkota.
Pagi Isnin, lokasi Bandar Bukit Mahkota.
Tengahari Isnin, Nottingham University Semenyih.

Bau dalam rumah dan dalam office aku pun dah bau asap. Itu yang buat benda jadi worst. And the saddest part of all? Jerebu ni buatan manusia.

Peluh Bukan Bermaksud Bakar Lemak


Bila aku exercise, aku suka bila aku berpeluh gila. Sebab I feel sexy when I'm sweaty. Ok tak kelakar, sebab aku imagine yang lemak aku banyak terbakar. Kalau dalam rumah, aku sengaja tak bukak kipas nak bagi peluh lagi banyak.

Sebenarnya berpeluh ni adalah reaksi badan kita kepada kepanasan. Bila muscles kita heat up badan kita nak adjust balik kepada suhu yang bersesuaian so dia keluarkan peluh. Kalau kita timbang badan sebelum dan selepas kalau ada kurang tu maksudnya water weight kita berkurangan.

So maksudnya di sini kalau kita exercise dengan betul, lemak akan terbakar walaupun kita duduk dalam aircond. Sorrylah kalau korang semua dah tahu dan aku sorang je yang tak tau lagi.

Oh cakap pasal water weight, perut aku buncit yang sangat hebat sebab aku banyak minum air. So bila berpeluh ni kira perut aku kuranglah kembungnya. Masalah besar aku hanyalah macamana nak mencari kerajinan untuk konsisten bersenam dan berpeluh.

Persediaan Sakit Dan Insurance

Alhamdulilah Umar dah sihat. Allah je yang tahu betapa happynya aku sebab aku memang sikit lagi nak bawak dia ke hospital. Pagi semalam badan dia masih panas so aku dengan Liza terus ambik EL kut nak bawak ke klinik atau ke hospital. Tapi lepas bagi ubat semua menjelang tengahari panas berkurang dan badan dia bertambah baik menjelang petang. Pagi ni memang dah sihat terus.

Macam Azlina selalu cerita memang insurance tu penting. Kami satu family ada insurance Prudential. Tapi kami juga ada insurance company cumanya insurance company leceh sikit. Company aku punya cara - pergi klinik panel, ambik referral letter, lepas tu tunjuk kat HR dan HR akan issue Guarantee Letter dan baru bawak pergi hospital, kalau confirm kena masuk wad, hospital akan contact HR dan berurusan.

Company Liza ada kad, process dia sama tapi boleh terus pergi ke hospital dengan bawak referral letter dari mana-mana klinik, cumanya sakit time weekedays sahaja dan sebelum 10 malam. Dan ada penyakit-penyakit tertentu sahaja. Aku rasa part weekdays sebab nak berurusan dengan syarikat insurance dan company kut. Leceh jugak.

Prudential macam Azlina cerita boleh terus pergi hospital dan cakap nak admit. Lebih mudahlah.

Tapi seboleh-bolehnya aku rasa eloklah guna insurance company dan insurance sendiri ni sebagai backup. Itu untuk aku lah. Biar macam ada good recordlah, kut ada dapat bonus ke apa ke. Ada ke pun aku tak pasti tapi entah kenapa aku macam sayang betul nak guna insurance sendiri ni.

Tapi aku lebih berharap biarlah sihat sentiasa dan takde sakit yang perlu ke hospital.

KLCC Jerebu

Spare Cuti

Bila anak tak sihat ni memang terasa sangatlah keperluan cuti. Kena ada spare cuti beberapa hari untuk kes emergency.

Anak Demam


Anak aku si Umar dah demam since Isnin hari tu, kalau esok tak elok jugak aku cadang nak bawak pergi hospital terus. Sebelum tu korang ada apa tips² yang aku boleh buat malam ni? Bagi ubat macam tak jalan je.

Busy

Semalam aku busy betul kat office. Tapi aku lagi suka busy daripada free sebab masa cepat sikit berjalan. Sedar-sedar dah 5.30.

Saya dan Nasi Lemak Emak Saya


Last week masa aku balik kampung ada hal tu mak aku tanya nak breakfast ke, aku cakap nak dan aku expect mak aku masak nasi lemak.

Bila aku sampai memang mak aku masak nasi lemak, ada sambal dia yang sangat sedap tu dan ikan sepat masin, timun sikit. Seriously aku tak taulah nasi lemak dan sambal mak aku ni memang sedap atau ianya sedap sebab mak aku yang masak. Tapi pada aku memang itulah nasi lemak yang paling sedap dalam dunia ini.

Kalau balik kampung masa bulan puasa mesti aku mintak mak aku buatkan nasi lemak untuk sahur. Dan macam aku balik hari tu, aku makan nasi lemak tu macam makan tengahari. Mesti mak aku terharu tengok anak dia bersungguh-sungguh makan.

Dan tanpa belas kasihan aku tapau semua nasi lemak dan sambal yang tinggal tu bawak balik sini untuk makan malam. Itulah tahap aku suka. I love you mak.

Cleaner Di Dalam Surau

Aku perasan cleaner (lelaki) dalam surau akan solat sorang-sorang or jauh² and andaikata kalau aku tengah solat diaorang tak tepuk bahu aku sampai ada yang buat-buat tengah buat benda dan tak solat sampailah aku habis.

Ini buat aku terfikir yang macam orang lain cakap, time mati, time dekat Padang Mahsyar nanti taraf kita sama je. Buat aku terfikir jugak sebenarnya dalam masjid tempat ibadah benda ni pun sama jugaklah konsepnya. Tak perlulah sebab aku staff dan dia cleaner tak boleh solat bersama. Segan kut.

Next time kalau aku tengok diaorang tengah solat, aku memang nak jadi makmum. Biar diaorang sedar yang dalam beribadat kita sama je taraf.

Rumah Mampu Dimiliki


RM350,000 adalah rumah mampu milik. Hahahahahahaha.
Dan ianya adalah apartment. Double hahahahahahaha.

Aku tak dapat bayangkan zaman anak-anak aku nanti. Rumah sekarang ni bolehlah aku turunkan pada anak seorang, tapi anak aku ada dua orang. Ada sesiapa ada anak lelaki yang korang  nak bagi dia rumah bila dia dah besar nanti tak? Meh kahwinkan dengan anak aku.

Anyway, bila di war-warkan rumah mampu milik aku expect harga dia bawah RM150000 dan aku harap besar jugaklah untuk manusia tinggal.

Masalah Menjadi Pengikut

Masalah, masalah lagi?? Masalah follow facebook page kedai makan atau kedai apa apa pun ialah kita akan rasa teringin nak rasa, teringin nak membeli.

Sekarang aku teringin sangat nak makan ni di TGI Fridays.


Sebab aku ada terbaca yang burger² special diaorang buat ni macam akan stop hujung bulan 6 ni. So kalau nak rasa, kena makan secepat mungkin. Ada sesiapa nak belanja aku? Mestilah takde kan??? Siapa nak aku belanja call telefon rumah aku, kita set date. (kalau korang boleh cari no telefon rumah aku lah)

Aku Yang Membuang Masa

Aku kadang-kadang masuk contest just for the sake of nak menang, padahal hadiahnya bukan best sangat pun. Banyak buang masa. Menangnya pun tidak.

Aku tak perlukan wireless headphone atau water bottle. Aku hanya perlukan menang duit RM100, 000.

Hari Sukan Umar


Sabtu hari tu Sukan Tadika Umar. Alhamdulillah tahun ni Umar bagus. Mungkin dia dah faham konsep bertanding dan perlu menang. Tapi ada teammate dia pulak tak perform haha. Tapi adalah dapat satu gold. Mungkin jugak Umar jadi laju sebab aku pesan dekat 1000 kali supaya buat semua benda dengan cepat.


Apa pun bukan sukan yang menarik perhatian aku. Yang menarik perhatian aku ialah sebelum sukan ni start dia main bola dan aku nampak dia ada bakat. Taulah nak pass ke apa ke. Kawan aku ada bukak kelab bolasepak dekat kawasan rumah ni tapi aku rasa dia tak ready lagi kut nak training-training ni. Tunggu dah sekolah nanti je lah kut, kalau dia betul ada bakat mesti cikgu dia nampak.


Gambar Umar main sukan takde sangat sebab aku sibuk bagi semangat kat tepi. Oh aku suka jugak Umar buat aerobic ni, kira dia bolehlah mengikut arahan dan mengingat steps.



Lepas tu ada acara untuk ibu bapa. Aku masuklah acara tarik orang atas guni. Kawan aku ni kurus so aku tarik dia kitaorang leadlah, bila patah balik dia kena tarik aku memang tak laratlah sebab aku gemuk. Kalah terus hahaha.


Habislah sudah sukan tadika. Next year takde sebab Nawal belum masuk tadika lagi. Skip setahun. Umar pun tahun depan masuk sekolah kebangsaan.


Kita jumpa tahun depan di sekolah kebangsaan ye semua? Aku suka betul gambar bawah ni. Umar yang snap.

Wedgess Eyeglass Retainer

Kepada mereka-mereka yang memakai cermin mata dan berpeluh, besar kemungkinan cermin mata kita akan slip ke depan sebab licin. Kalau kau nak berlari atau bersukan dah jadi satu masalah. Kita boleh pakai sports band yang tali ikat tu tapi dia takkan membantu selama-lamanya.


Jadi di sini aku ingin memperkenalkan satu produk yang bernama Wedgess. Benda ni di pasang di kita punya temple arms dan kita boleh gerakkan dia untuk stop di mana kita rasa selesa. Material dia macam kain campur baldu sikit kut aku tak pasti tapi takdelah rasa tak selesa. Takde rasa apa pun. Yang penting orang tak nampak pun benda tu.

Pasang dia macam ini.

Tak nampakkan?

Apa yang lagi penting spec kita takkan slip ke depan lagi. Dan kau boleh goyang-goyangkan kepala, berlari dan macam-macam lagi aktivitilah.

Kalau berminat bolehlah ke websitenya: http://www.wedgees.com/. Company ni dekat US, so kalau order dalam 2 minggu baru sampai Malaysia. Harga dia tak mahal, campur shipping dalam RM20 macam tu je kut. Tak kisahlah, yang penting masalah kita selesai. Aku rasa spec slip ke depan ni common problem kut, kalau tidak takkanlah orang terfikir nak cipta benda macam ni.

Spam Email dan Kanak-Kanak

Aku rasa normal kut semua orang dapat spam email. Setiap hari. Dan sekarang banyak spam pasal ubat-ubat seks ni. Bagi tahan lamalah, bagi konek panjanglah. Sampai produk perempuan pun ada. Ini semua orang Malaysia punya kerjalah.

Email ni di hantar secara pukal dan takde target market. Bayangkan kalau yang dapat tu budak-budak. Tak ke macam mendedahkan diaorang dengan benda yang tak elok dan buat diaorang curious dengan benda-benda ni.


Korang nak berniaga pun agak-agaklah.

Ada Urusan di Kampung

Balik hari je.

Pentingnya Bahasa Inggeris 2


Kalau English aku bagus dah lama aku apply masuk The Apprentice Asia ni. Aku dengan yakinnya cakap, semua task yang diberi pada diaorang dalam show so far aku boleh buat dengan lebih baik dari yang diaorang buat.

Mungkin aku patut serious dalam menghebatkan English aku, mana tau banyak benda bagus lain yang aku boleh dapat.

Kopi

Adalah menjadi kebiasaan di setiap rumah ada bahan-bahan untuk membuat minuman panas yang biasa diminum sewaktu sarapan pagi atau minum petang. When it comes to tea, ianya senang sebab aku prefer teh o sahaja. Tapi bila kopi ada conflict sikit. Aku memang tak boleh minum kopi serbuk yang bancuh sendiri, even Nescafe pun. Sebabnya banyak minuman 3-in-1 yang lebih sedap daripada kopi serbuk. Even kopi Luwak taik musang from Indonesia tu pun aku rasa macam tak best je.

Masalahnya kopi 3-in-1 diprocess untuk jadi sedap mesti menggunakan bahan dan gula yang banyak.


Dan untuk anak dara aku nanti senanglah kerja dia, bila aku mintak tolong bancuhkan kopi dia just potong peket kopi dan bancuh dengan air je dan ayah dia dah puas hati.

Saya Dan Social Media


Kalau beberapa tahun lepas aku sangat excited dengan Facebook dan bergembira dengan segala friend request dari orang yang aku pernah kenal sekarang hari-hari aku akan remove orang. Kadang-kadang bukan sebab aku tak suka orang tapi lebih kepada aku takut orang tak suka aku. Yelah, orang-orang lain semua share pasal benda-benda baik je aku ni kadang-kadang banyak merepek.

So sekarang di Facebook ni aku lebih kepada join groups. Itu memang banyak memberi manfaat. Group kereta, group kawasan perumahan, group orang nak sihat, group Oakley. Banyak maklumat yang aku dapat dan most of the time maklumat penting. So instead of nampak update dari kawan² sekarang aku nampak updates dari group-group tu, sebab ramai kawan takde.

Di Twitter pulak aku follow orang. Kalau ada yang follow aku pun biasanya kawan-kawan sahaja. Kalau orang tak kenal follow aku, aku akan block sebab aku segan. Again, sebab aku tak tweet benda ilmiah. Aku banyak merepek, yang aku rasa kalau boleh relate pun hanyalah kawan-kawan aku. Aku follow orang untuk benefitslah. Macam orang tu banyak bagi tips nak sihat ke apa ke, aku follow, so bila dia follow aku balik macam merepeklah sebab aku buat benda yang betul-betul opposite dari dia.

Di Instagram ialah di mana aku simpan kawan-kawan rapat aku. Bukanlah rapat sangat tapi aku rasa diaorang boleh terima aku. Kalau ada yang aku rasa tak boleh relate dengan apa yang aku akan update dekat Instagram tu aku tak terimalah friend request dia. Dan aku tak kisah pun kalau diaorang nak remove aku kalau rasa tak suka. Sebab I'm at that point where I don't even care if people like me anymore. If you like me, cool. If you don't, okay, fine, takde aku nak meratap hiba ke apa ke.

Di Google + pulak akaun aku tu special untuk tengok apa yang Arin update, sebab dia sorang je dalam dunia ni guna Google+ secara maksima. Hahaha.

Ikan Goreng

Aku suka makan ikan goreng yang garing, fresh dan sedap. Ikan goreng yang aku describe tadi hanya boleh didapati di rumah mak aku dan di rumah mak mentua aku sahaja. Bila kitaorang goreng sendiri biasanya memang fail.

Masa mak aku duduk sini hari tu ada mak aku goreng ikan dan rasanya tak hebat macam dekat rumah mak aku. So ada kemungkinan ikan yang kitaorang beli tak fresh, atau bahan yang digunakan berbeza, minyak masak lain ke apa ke. Sebab cara menggoreng mesti sama sebab orang yang sama gorengnya.


Untuk mengubat hati nasib baiklah di Giant ada jual ikan rebus yang elok di pack. Jadi kalau nak makan ikan goreng yang sempurna aku beli je lah ikan rebus sebab sedap dan garing.

Movies-movies

Memandangkan aku suka filem, aku bercadang setiap bulan aku akan letak movie-movie yang seronok untuk di tonton di tab sebelah kanan blog aku. All you have to do adalah dengan click gambar-gambar itu dan anda akan dapat segala informasi yang diperlukan.

Contoh macam di sebelah. Aku rasa 3 movies cukuplah kut at satu masa.

Teknologi Dan Jarak

Adik ipar aku yang study dekat New Jersey hari tu dah habis belajar dan dah balik. Tapi dengan teknologi yang ada bila jumpa semalam macam biasa je lah, takde lah macam dah 2,3 tahun tak jumpa. Ye lah, di social media kitaorang nampak je dia, kalau bertambah kurus ke, bertambah gemuk ke memang nampak. Lepas tu ada sembang² online. Mak mentua aku pulak siap boleh berskype dengan dia. So jarak tu dah tak jadi masalah.

Kalau nak cari kebaikan social media, ini salah satunyalah.

Julia Roberts


Aku baru lepas tengok cerita Notting Hill dan seperti biasa bila aku tengok cerita Julia Roberts berlakon aku rasa macam tengah bercinta. Cerita dia slow tapi somehow aku macam boleh ikut sampai habis. Ini juga mengingatkan aku kepada filem America's Sweethearts yang betul-betul minat aku pada Julia Roberts pada tahap maksimum.

Sebenarnya aku tengah terfikir yang pelakon zaman Julia Roberts ni tak perlu berpakaian seksi dan menonggeng-nonggeng untuk jadikan cerita itu best dan melariskan filem. Cukup dengan lakonan yang hebat. Bila aku fikir-fikir balik zaman 2000 ke atas ni macam takde je pelakon perempuan hebat macam Julia Roberts yang Hollywood keluarkan. Betul tak?


Bila fikir pelakon zaman sekarang aku terfikir Megan Fox je, tak tau lah kenapa. Tapi yang aku tau yang dia ni tak classy langsung.

Atau mungkin ada pelakon macam Rachel McAdams dan Anne Hathaway yang boleh tandingi Julia Roberts tapi cerita yang sesuai takde.

Lawak Antarabangsa

Hari tu aku cadang nak beli ipad mini dan kebetulan ada jual cover dia dekat Groupons dan sebab murah aku belilah dulu. Tapi sekali duit backdated increment yang aku dapat hari tu tak cukup pun nak beli ipadnya.

So sekarang aku hanya ada ipad mini cover je. Hahahahah.

Ingat pesan orang putih ye adik-adik, don't count your chickens before they are hatched. Tapi berangan sikit-sikit macam abang takpe.

Masih Tak Cukup


Alhamdulillah company aku kerja ni walaupun tak semewah company lain ada memberi increment setiap tahun. Jadilah 5% - 7% ikut performance. Aku ada dengar company yang bagi dalam RM20 - RM30 je setahun, so aku sangat bersyukur dengan apa yang company aku bagi.

Walaubagaimanapun kenaikan tahun ni aku masih tak boleh beli Superbike yang aku idam-idamkan. Bila fikir-fikir dan tengok calculation maybe dalam umur 40 tahun baru boleh beli kut. Beli di sini maksudnya ada duit donwpayment, mampu bayar bulan-bulan dan mampu nak maintain. Bukan setakat ada downpayment lepas tu nak bayar bulan-bulan pun struggle. Sekarang umur 32. Ada lagi 8 tahun. Kalau panjang umur. Beli masa birthday.

Lagipun orang putih cakap life begins at 40 kan?

Tahap Kaya Dunia Yang Saya Impikan

Aku suka berangan-angan. Sebagai manusia normal adalah lumrah untuk orang berangan-angan jadi kaya. Tapi kaya tahap macamana? Ada orang yang nak kaya boleh beli rumah kereta sesuka hati. Ada orang nak kaya boleh pergi melancong bila-bila masa dan macam - macam lagilah.

Aku? Aku prefer kalau aku nak something aku mampu beli tanpa perlu rasa sayang duit. Haha. Kira kalau aku suka apa² aku terus order.


Macam jersi baru Man Utd ni. Aku suka, tapi mahal so tak boleh beli. Aku taknak macam tu.

Taktik Sembahyang Jumaat

Ini cerita orang lelaki. Selalu masa orang khutbah akan ada orang-orang dari luar yang masuk ke dalam masjid sambil mintak dua orang yang mungkin duduk bersebelahan ada gap sebanyak 15cm ke tepi sedikit untuk bagi dia sembahyang sunat apa ntah aku pun tak tau. Dan mengganggu orang yang tengah kusyuk mendengar khutbah tu tadi sambil terpaksa menyempit.

Sorrylah brader, kalau lu nak duduk dalam masjid, bawah kipas, duduk selesa lu datanglah masjid awal. Lepas tu bolehlah lu nak sembahyang segala jenis sembahyang sunat yang lu nak.

Sebab apa aku tau diaorang tak ikhlas, (or at least orang-orang yang aku nampak lah)? Sebab diaorang pilih bawah kipas. Kalau betul ikhlas nak sembahyang sunat sembahyang je lah dekat luar masjid yang banyak ruang tu tak ganggu orang lain. Sembahyang sunat dari start sampai habis khutbah pun boleh.

Taktik Beratur Panjang Sudah Tidak Relevan

Banyak kedai makan yang buat sistem yang tak produktif semata-mata nak bagi orang beratur panjang dan menampakkan ramai nak makan dekat kedai itu. Kalau korang tak tau sebelum ni sekarang korang dah tau.

Itu taktik bodoh di tahun 2013. Pelanggan nak cepat. Especially lunch time. Nanti orang give up sampai kedai kau tak laku baru kau tau. Sebenarnya kalau masakan kau sedap ada je orang datang makan, tak payahlah buat taktik macam tu lagi.

Kalau sistem di kedai kau bagus, semua urusan berjalan dengan cepat InsyaAllah orang lagi suka. Sedap, kerja bagus, cepat. Takdelah orang cakap lembab pergi mampos!

KLIPS


What is klips?

Can’t decide what to watch?
There’s an answer for that with KLIPS.

KLIPS is Malaysia’s movie community where users connect to rate, review, watch trailers and earn free movie tickets to the latest movies. We want to bring Malaysian moviegoers together to one place where they can get the best of the latest local and international movies.

Seen those kind of sites before. What makes you different?

We pay for your movie tickets! No one else does that.

What can I do on KLIPS?

Now that’s a superb question. You may..

(1) Rate and review movies
(2) Add and curate links, posters, and trailers to movie pages
(3) Share movies you l ike on your social networks
(4) Win free movie tickets!

Ohh nice!
How can I get these free tickets?

First, look for movies with the golden “FREE PASSES!” ribbon. They are located all over the site.

Alternatively, you can follow us on Twitter (@klipsmalaysia) or Facebook (KLIPS) and be notified whenever we have new movie tickets to give away.

There are two ways to score tickets:
(1) Express your interest in a particular movie by sharing the movie on your social networks. You earn one chance for every unique visit.

(2) Answer a super quick and easy poll and earn ten chances on the spot.

Winners are chosen based on lucky draw until all tickets have been given out. Meaning, it’s a fair game, the more chances you have in the pool, the higher your chances of winning.

How can I help?

Aww, you’re really sweet. We are happy enough just to have you on board with us but if you insist, you could contribute by telling and inviting everyone you know to join the KLIPS community in every way humanly possible.

What if I want premiere screenings instead?

Lucky for you, we recently rolled out KLIPS+. Request  an invite to join KLIPS+ and you’ll be given invitations to premiere screenings, media-only screenings, private parties, and more.

This is great.
Now tell me how to get on board!

Get started by typing or copying www.klips.my onto your browser, log in, and you are good to roll!


CONTACT

We are more than happy to answer any questions, do an interview, provide more information, or engage in a general chit chat over anything related to KLIPS.

Please contact hello@klips.my, Serene Gan at serene@says.com or Terence Ooi at terence@says.com
+6 03 7731 7583

MORE INFO

KLIPS About & FAQ http://klips.my/about

KLIPS+ for premiere and media movie screenings https://bit.ly/KLIPSplus



SAYS
Learn more about SAYS http://about.says.com/

Penat Lelah Masuk Contest, Alhamdulillah Jadilah..


It is really sad to think that you will never be in the background anymore.


Cenderamata

Aku suka fridge magnet dan semua orang tau. So bila orang pergi bercuti diaorang bagi souvenier fridge magnet inilah. Terima kasihlah adik dan kawan-kawan. Tak lama lagi kena beli peti ais 4 pintu tu. Haha.

Adik aku pergi Bali, cuti sendiri-sendirilah.

Team leader aku pergi Hong Kong.

Adik aku pergi Tioman pulak company trip.

Kawan office si Ira pergi Singapore.

Yang bestnya semua cantik-cantik.

Kepanasan Tahap Maksima

Kepanasan di area rumah aku sudah up to another level. Banyak kawasan di Bangi dan Nilai sedang dibangunkan untuk kawasan perumahan. Pokok habis semua ditebang. Memang takde kesian punyalah. Kesannya kawasan berhampiran dapatlah tahap kepanasan yang paling tinggi di muka bumi.

Kalau aku tidur tu aku rasa boleh cakap panas tahap ke tulang punya panas. Kipas tu membantu sedikit je lah. Aircond pulak mahal kalau nak yang elok. Bil api lagi kalau nak pasang.

Fikir-fikir balik macamanalah keadaannya di masa depan.

Mencari Ramli 2 - Voting Contest (For Public)



Mencari Ramli 2 will be broadcasted weekly on TV3 every Friday from 7.30PM-8.00PM from 19 April onwards with 12 episodes in total. Bloggers are encouraged to watch the show and provide constructive comments, views and maintain conversations with blog readers in this spirit.

Voting Contest (For Public)
24 May (6th episode) until 28 June (11th episode)
There’ll be a voting contest for the public to vote for your favourite Ramli (30 Finalists featured in the show)
- Grand Prize (For Mencari Ramli 2 Voting Contest ONLY)  - All expenses paid trip to watch Manchester United play a match at one of these locations (Bangkok, Sydney/Yokohama/Osaka/Hong Kong).
- Weekly prizes to be won (MU Merchandise)
*Please do not be confused between the prizes for Blogging Contest & Voting Contest.






Instructions on How to Vote:
SMS VOTE[NUMBER OF VOTES : 5/10][SPACE]RAMLI[2 DIGIT NUMBER : 01-30] to 26268

eg: VOTE5 RAMLI05 – Submit 5 votes for Mencari Ramli 2 Participant Number 05.

VOTE RAMLI07 – Submit 1 vote for Mencari Ramli 2 Participant Number 07

***Voting contest period : 24 May - 28 June 2013
**Free of charge on the first time you submit your vote(s) (Regardless of the number of votes)
*Cost – 1 Vote = RM0.50, 5 Votes = RM2.00, 10 Votes = RM3.50

Top 3 rankings of RAMLI 1-30 will be revealed :
Once every week on Mencari Ramli 2 show
Twice every week on Mencari Ramli 2 website (http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2/)
_________________________________________________________________________________
After watching a few episodes of Mencari Ramli 2, I personally would really love to see Anwarul Iqmal Zaidi to be selected as our next Ramli. I see him as a complete striker in the show and I believe he has the edge above other players. He also has the attributes of several different types of striker and can perform several roles.

Whatever it is, I believe this type of program is really good for Malaysian football, especially for the youngsters. They finally have something to aim for in order to get a career in football outside Malaysia. If they take their chances seriously who knows maybe we will have a Malaysian player playing for Manchester United.

I wish all the contestants "Good Luck".