Voucher Raya Tesco

Macam korang semua tau aku suka masuk contest. Aku rasa aku dah ketagih kut sebab aku masuk contest walaupun hadiahnya aku takdelah suka pun.

Tapi hari ini aku nak share contest oleh Tesco untuk menang voucher Tesco sebanyak RM50 setiap minggu. Aku tak pasti sampai bila, tapi minggu ini dan minggu depan masih ada untuk korang cuba. Apa yang korang perlukan ialah Clubcard Tesco dan akaun Facebook. Followlah facebook account Tesco Malaysia ye. Ini link dia: https://www.facebook.com/TescoMY

Aku tau orang-orang kaya cakap benda ni lame, tapi aku dan Liza dah kumpul RM150 untuk dua minggu ni. Lepaslah kut belanja di Tesco sekali. Belanja nak buat open house kecil-kecilan pun boleh kut. Beras basmathi sikit, lamb sikit, ayam sikit. Hehe. Ok stop bebel. Ini cara-caranya. Follow Tesco punya page tu dulu.

Korang click dekat button Tawaran Berganda tu. Game dia ialah korang kena teka nama juadah based on gambar bahan². Sehari dia bagi 3 gambar dan korang kena betul 5 gambar. Clear? Maknanya korang kena berusaha sikitlah buat hari-hari. Dan contest ini open dari pukul 12pm - 7pm sahaja. Ye bukan senang nak menang RM50 free. Hahaha. Oh dan dalam seminggu hanya 200 vouchers sahaja yang boleh dimenangi. Minggu lepas Liza terlambat.

So lepas click dia akan bawak kau ke page ini dan clicklah button Menangi Duit Raya tu. Masa ni Liza dah dapat 30 points dan dia perlu dapat lagi 20 points. Satu maksudnya satu tekaan yang betul akan dapat 10 points.

Ha tekalah sekarang.

So dia akan bagi gambar dan suruh kau isi tempat kosong. Seriously yang ni aku pun tak tau apa bendanya. Kalau tak tau korang bolehlah tekan share untuk dia bagi clue.

Ha tengok. Ini dia tulis bila dah dapat 10 points, maksudnya dah betul 1. Dan kalau korang perasan dekat atas tu ada tulis Anda berjaya mengumpul 50 poin Raya. Klik di sini untuk menebus baucar anda! Sebab dah cukup teka 5.

Nanti korang kena isi form. Dia nak nombor kad. Lepas tu dia tulislah macam atas ni. Dia akan hantar voucher through post.
Kalau korang rajin dan ada masa, cubalah.

Cakap Pasal Berniaga

Cakap pasal berniaga semalam teringat bermacam-macam jenis perniagaan yang orang buat secara part-time.  Yang aku ingat selain Ephyra adik aku. Sila dapatkan di sini: https://www.facebook.com/Ephyra

Tupperware
Shaklee
Herbalife
Rempah Masak Itam
Tepung buat biskut
Kek

Tudung semua tu usah cakaplah. Macam-macam. Ada orang dulu jual cake part time sekarang dah buat full time sampai nak beli kereta mewah pun ada. Dah berjaya. Masa aku balik rumah hari tu mak aku bagi makan ikan masin yang dah digoreng dengan bawang cili semua yang kakak ipar aku bagi. Sedap gila woi. Kawan kakak ipar aku jual kat office. Hahaha, macam-macam.

Aku macam nak order tapi segan pulak tak pernah call ke apa tetiba nak pesan ikan masin.

Berniaga

Aku tengok ramai orang berniaga part time sekarang ni dan antara sorangnya adik aku lah. Mesti diaorang semua ni happy sebab at least adalah duit lebih setiap bulan.

Masalah aku, aku takde talent, kalau ada talent nak jugak berniaga.

Harapan Lemang Terakhir


Tahun ini beraya di KL rumah mentua dan lemang bukan makanan utama di rumah mentua aku. Aku tak boleh raya tanpa lemang. Sebab sejak kecik aku makan lemang masa raya. Aku boleh beli lemang Amir yang aku yakin sedap tapi macam susah nak beli sebab di Kg Abu Bakar Baginda dan aku nak balik Keramat awal. Nak beli dekat area rumah aku tu kecik, tak sedap, tak masak dan as far as I can remember semua lemang yang aku beli dekat sini mana pernah ok pun hahahahahah.

So since memang takde choice dan confirm tak sedap baik aku beli je lemang Nona ni mintak Liza rebuskan awal-awal. Rendang mentua aku pun hebat so makan je lah. Balik kampung raya ke tiga nanti aku belasah lemang kakak aku sebab mak aku tak buat tahun ni.

Tahun depan aku bakar sendiri. InsyaAllah.

Homework RAGE!!!


Aku tak faham kenapa sekolah mesti nak bagi homework pada budak-budak. Kira kalau ada homework tu macam nak bagi budak belajarlah kut kan? Seingat aku, aku dan kawan-kawan menyampah gila dengan homework. Kita dah belajar banyak jam dekat sekolah, lepas tu sibuk balik rumah pening buat homework. Dan most of the time bukan buat dengan ikhlas pun. Buat dengan terpaksa. Tak membantu untuk exam pun sebab buat dalam keadaan rage. Kalau nak exam, kita ulangkajilah pelajaran. Bukan buat kerja rumah.

Homework ni dah jadi macam kewajipan sekolah. Kalau tak buat, mati. Masa hadapan rakyat Malaysia hancur lebur. Semua orang hisap dadah, jadi perompak kalau tak buat homework. Macam itulah aku nampak cara orang pentingkan homework ni.

Homework: Because 7 hours of school wasn't enough.

Aku marah sangat ni sebab anak aku yang 3 tahun pun ada homework. Apa yang korang nak rushkan sangat?? 3 tahun beb. Mengajar tu perlu. Tapi janganlah sampai menyeksa budak yang masa keciknya patut bermain² dibagi beban homework yang bukan sikit. Sekali homework sampai 5 muka surat. Nak nangis anak aku. Aku bukanlah nak bela anak sangat. Sebab benda belajar ni bolehlah kut buat dekat sekolah spend sejam dua ajar. Sebab nursery je pun. Nanti masuk tadika belajarlah extreme sikit. Ke nursery anak aku saja bagi aku sakit hati suruh aku cari nursery lain sebab dah malas nak jaga anak aku? Sebab kalau benda ni berterusan aku rasa memang aku nak cari nursery lain je. Aku malas nak komplen direct takut diaorang taknak layan anak aku pulak lepas ni. Kalau aku complaint nanti diaorang suruh anak aku duduk tepi tak belajar langsung susah pulak kena pulau. Masalah aku pasal homework je, kerja kreatif dekat nursery aku suka je dia buat.

Aku takut anak aku phobia nak belajar sebab sekarang ni macam menyeksa dia je. Puasa nak rush, belajar nak rush. Korang nak kejar apa?

3 Hari 2 Malam Di Kampung

Aku pun tak pasti siapa baca blog aku. Update ni lebih kepada update personallah. Bukan aku punya daily rage. Jumaat hari tu Nuzul Al-Quran, aku mintak Liza ambik cuti dan kitaorang pun baliklah ke kampung. Siapa yang tak tau, mak aku tinggal sorang-sorang je lepas arwah bapak aku meninggal.

Sampai-sampai je nampak ini. Durian first yang jatuh musim ini. Menyambut kepulangan hehe.

Rumah mak aku takde Astro dan takde internet, so hari tu aku pesan dekat adik ipar yang nak balik dari US tu beli Lego set ni.  Kenapa tak beli kat Malaysia? Malaysia takde Lego punya online shop yang boleh post. Aku kan pemalas. Memang benda ni nak digunakan dalam kes macam ini untuk buat anak-anak aku occupied.

Tapi sebenarnya aku pun ralit main sama-sama. 

Petang tu mak aku potong tebu. Lepas tu kitaorang pergi pasar malam mintak orang jual air tebu tu mesinkan. Dapatlah dua jag besar. Satu jag bagi makcik Siti.

Berbuka ada macam-macam lauk. Tapi ini special. Kuah kacang pecal makcik Siti adalah yang paling sedap di dunia. Kalau ada market memang aku nak jual.

Malam sikit makan bubur kacang durian yang aku request. Mak aku beli durian pagi tu, sebab masa pagi tu yang kat pokok tak luruh lagi.

Esok paginya bersahur nasi lemak. Ini pun paling sedap di dunia. Nampak simple kan? Tapi nasi lemak itu sendiri dah sedap. Sambal nya apa tah lagi. Oh ada ikan sepat masin lagi tu. Aku taknak Liza belajar dan aku sendiri pun taknak belajar buat nasi lemak ni sebab nanti jadi tak speciallah kan sebab dah tau buat. So biar mak aku je lah yang buat. Aku tak pasti adik-adik aku buat sama macam ini ke tidak.

Siangnya lawat kubur arwah bapak aku. Ini kali pertama puasa tanpa dia. Semoga dia tenang di sana. Setenang dia menghembus nafas terakhir dia.

Ha memang semua bangun lambat. Mandi pun dah tengahari.

Takde apa yang menarik sangat. Cuma makan je lah kut. Siakap panggangnya lah, kerang masak lemak cili apinyalah. hari kedua ni. Malam tu makan durian lagi.

Sahur pagi nak balik mak aku buat lempeng. Kitaorang panggil tepek tepung. Cicah masak lemak kerang masa berbuka tu. Nawal bangun. Habis sekeping.

Petangnya balik. Mak aku bekalkan sup tulang, ikan pari masak asam. Hati ayam. Mak aku masak special untuk Liza hati ayam tu sebab petang sebelum tu dia ingat Makcik Siti bagi hati ayam, rupa²nya daging. Mana nak dapat mak mentua macam tu? Keh keh keh. Oh siap ada sambal lagi.

Aku tau aku bukan anak yang bagus sangat dan aku takkan terbalas kebaikan mak aku. Aku ada tenaga je lah nak bantu dia apa-apa. Dan harapnya nanti wife aku layan anak-anak aku macamana mak aku layan kitaorang. Dan harapnya mak aku sihat.

Kopi

Aku suka minum kopi 3-in-1 jenama Ali Cafe ni. Dan aku tak boleh terima kopi lain dah. Especially kopi yang dibancuh sendiri. Pada pendapat aku cara minum kopi yang paling nikmat ialah dengan bancuh kopi tu dengan air yang menggelegak dan di hirup pelan-pelan.

Ok aku nak balik kampung. Byeeee..

Ye, Aku Jiwang - About Time


Aku suka British movie and Romantic Comedy movie. Since this is a combination of both aku akan pergi tengok walaupun pergi sorang². Oh sebab aku suka Rachel McAdams jugak.

Ye aku jiwang.

From Richard Curtis, writer of Four Weddings, Notting Hill and Love Actually. Woooohooo.

Miss Malaysia World Haram Untuk Muslim???

Aku perasan dua tiga hari ni ada banyak berita pasal beberapa orang Islam diarahkan stop masuk Miss Malaysia World. Aku faham dan aku rasa korang semua pun faham sebab apa. Masalah aku di sini ialah, Miss Malaysia World ni bukan satu-satunya beauty pageant dekat Malaysia ni. Ada 2,3 lagi contest macam beauty pageant yang dibuat dalam smaller scale oleh magazine² wanita dalam Malaysia ni. Takdela kecik sangat sebab pencariannya satu Malaysia.

Soalan aku, kenapa yang besar ni haram, yang kecik ni boleh selamba je dibiarkan? Sebab takde bikini?? Sebab tak masuk TV? Sebab less glamour? Walaupun takde bikini, ingat diaorang bertanding guna jubah ke pakcik² sekalian?

Kalau nak buat kerja, buatlah betul-betul. Semua sekali pukul rata. Janganlah benda yang glamour korang sibuk macam takde hari esok nak buat fatwa tapi benda yang kecik ni korang tutup mata. Ustaz aku cakap dosa pahala takde beza taraf hidup orang.

Samalah macam rokok. Aku perasan dekat sesetengah masjid, bukan semua, ada sign cakap merokok itu haram. Setakat itu je. Takde pun kempen atau announcement secara besar-besaran macam sisha yang orang hisap secara rekreasi hari tu. Kalau rokok tu haram kena bagi kesedaran bukan pada penghisap rokok sahaja, penjual rokok pun sama tanggung beb, benda haram. Ini cakap haram tapi semua kedai ada jual. Sebab apa tak kecoh? Sebab rokok sumber tax?

Bubur Kacang Durian

Sebab kempunan nak makan bubur kacang campur durian aku dah mintak mak aku masakkan hari Jumaat ni. Aku nak balik kampung dan harapnya ada orang jual durian atau durian kat rumah tu luruh menyambut aku pulang. Aku nak itu dan nasi lemak untuk sahur. Berbuka punya lauk pauk biar adik aku je lah yang request sebab aku takdelah teringin apa sangat. Kecuali pecal kut.

Kalau ada sedara mara yang tak rapat tetiba datang nak bukak puasa rumah mak aku weekend ni memang aku buat muka. JANGAN KACAU aku adik beradik anak beranak nak makan sedap! Hahahaha.

Dugaan Berpuasa?

Seingat aku dugaan berpuasa yang paling aku rasa mestilah masa kecik-kecik dulu. Mungkin tak biasa. Pergi pasar malam dengan mak aku tengok asam-asam pun boleh terliur. Lama-lama biasa. Cuma bila dah besar sikit aku kena tolong bapak aku dekat kebun sawit. Masa darjah 5 macam tu angkat sawit naik kereta sorang tapi berpuasa. Itu memang hebatlah dugaan. Tapi aku masih berpuasa.

Bila dah bekerja ni aku takde langsung dugaan. Kecuali tak sihatlah. Kalau sihat ni memang takde. Kerja dalam aircond, duduk depan computer. Dugaan di tempat kerja ni berbeza, sebab takde dugaan lapar dan dahaga. Dugaan nak mengelak tengok amoi pakai short skirt or nak mengelak tengok cleavage Tulisa masa tengok Youtube X Factor di masa lapang dekat office. Itu je lah pun.

Kalau dahaga pun sebab aku gatal seksa diri bersenam petang-petang tapi bukan dugaan sangat pun. Lagi satu sehari sebelum raya kalau dekat rumah mak aku, masak lemang. Memang penat dan dahaga. Tapi sehari itu je lah. Ni arwah bapak dah takde aku tak pasti mak aku semangat tak nak masak lemang lepas ni. Tahun depan aku raya rumah mak aku, aku semangat je nak masak. Walaupun aku tau dah lain sebab takde nasihat dan rungutan dari bapak aku.

Publisiti Murahan

Aku mintak maaflah, tapi bila aku baca pasal orang nak buat rekod itu ini pada aku itu semua diorang nak kan attention. Bernazar nak berjalan 600KM bila calon parti yang disukai menang??? Jalanlah sejauh mana kau nak berjalan pun tapi jangan bagitau orang. Buat diam-diam, or kalau nak bercerita sangat tulis kat Twitter, tulis kat blog.

Ini bagitau newspaper semua apa yang kau nak sebenarnya? Kau nak bernazar ke kau nak apa-apa benda lain?

Sudahlah Malaysia, banyak lagi benda berfaedah.

Reward Untuk Anak Berpuasa

Sahur makan ais krim atau makan Tam Tam.

Bila anak berpuasa biasa ada orang bagi duit atau apa-apa upah yang bersesuaianlah. Aku tak bagi duit atau apa² hadiah lain sebab aku tak kisah pun kalau anak aku tak puasa. Tapi bila dia dah puasa aku takkan bagi dia nak bukak puasa, especially kalau dia mintak bukak puasa pukul 5 petang. Memang aku akan marah sebab rugi je dah seharian puasa tiba-tiba nak berbuka. So far Umar dah berpuasa 8 hari, umur 6 tahun. Compare dengan aku umur 7 tahun baru puasa seminggu. Hahaha.

Hadiah berpuasa untuk Umar dan aku takdelah declare itu hadiah ialah bila di pasar Ramadhan aku bagi dia pilih air yang dia suka. Kelakarlah sebenarnya bila aku tengok. Especially time bukak puasa memang tak menyabar nak berbuka, lepas tu minum air bebanyak. Semalam dia siap request nasi beriani lagi.

Etika Sudu, Garpu dan Pisau Semasa Dan Sesudah Makan


How do you usually put your fork and spoon after your meal? Next time kita boleh ikut ethique macam ini ye. Dulu aku tau kalau sudah makan je. Lepas ni especially dekat majlis² taulah kut pelayan tu bila tengok kita buat macam ini.

Bila buat ni aku terfikir baik aku buat satu blog yang bagi tips and petua yang aku dapat dari internet. So ini blog dia, sila lah follow dan linkkan di blog masing-masing ye? Terima kasih dan InsyaAllah aku akan update hari-hari. Tolong promote pun bagus jugak sebab aku mana pernah promote blog sendiri kan sebelum ni. Hehe.

http://tipsandpetua.blogspot.com/

Solat Dan Puasa

Gambar ambik dari http://hasnulhadiahmad.com/tip-konsisten-solat-subuh/solat-itu-tiang-agama/

Aku perasan bulan puasa ni buat orang jadi lebih beriman. Yang kalau bulan biasa time solat Jumaat lepak kedai makan or tengok wayang secara tiba-tiba di bulan puasa diaorang pergi jugaklah masjid. Dan aku perasan orang memang mengutamakan puasa dari ibadah yang lain seperti tiang agama kita iaitu SOLAT. To be honest aku tak layak nak tulis pasal amal ibadah ni tapi aku tulis ni dari observation aku and sorry banyak-banyak kalau ada antara korang yang offended.

Aku yakin kalau aku tak puasa satu dunia akan tegur aku walaupun depan orang ramai macam ada budak ni kawan dia tegur dekat pasar Ramadhan. "Woi, tak puasa!"

Tapi cuba kalau aku tak solat, ada ke orang peduli? Kecuali mak aku, aku rasa takde. Hahaha.

Coke Zero


Kepada sesiapa yang minum air cola atau lebih tepatnya Coke yang tak banyak calories macam air Coke yang lain bolehlah cuba Coke Zero ni. Rasa cola dan manisnya kurang sikit dari Coca Cola biasa tapi mana tahu sebenarnya anda lebih prefer yang rasa macam ini kan? Sihat pun sihat.

Press Conference Mencari Ramli 2 - Thanks TM and Nuffnang


Post ini lebih kepada nak cerita hadiah yang aku dapat tapi baik aku ringkaskan pasal Mencari Ramli 2 ini. Rancangan ini boleh dikatakan mencari talent bolasepak yang baru di taja oleh TM. Pendek cerita dua orang dipilih oleh panel dan seorang lagi dipilih oleh penonton. Hadiahnya?? Diaorang akan tengok match between Man Utd and Wigan, 2 Minggu Training Di Manchester United Soccer Schools dan yang paling best, Biasiswa Belajar Dan Training di Frenz United Football Academy. For now sila ke link ini untuk maklumat lebih lanjut, nanti ada masa aku akan tulis pasal Frenz United alone. Ni link dia: http://www.frenzunited.com.my/about.php


Aku sampai awal di One World Hotel, sebab takdelah jam sangat nak ke Bandar Utama tu. Dia ada bagi goodies bag, dalam dia ada tshirt, cap, lanyard TM dan kurma. To be honest untuk hadiah aku tu, I was hoping for a football jersey. Acaranya bermula dengan ucapan dan selepas itu penyampaian hadiah je lah. Ada pemenang di rancangan TV jugak. 

Untuk pemenang undi di TV ada yang dapat pergi Sydney tengok Man Utd main, ada yang dapat bola Peter Schmeichel autograph, ada dapat Biography Man Utd yang di autograph oleh 11 main player dan ada yang dapat jersi  Rafael Da Silva sign autograph. Oh ada seorang tu menang Ipad Mini sebab twitpic gambar pengacara.


Untuk blogger pulak main prize dia pergi tengok Man Utd vs Chelsea semua tanggunglah, dan kitaorang tiga orang lagi dapat mystery bag.


Ada 3 benda dalam mystery bag tu. Laptop bag, Ipod Shuffle dan Parker Pen yang ada Man Utd punya crest. Not badlah sebab aku masuk contest ni tak keluar duit pun. Anyway, dear TM, if you read this, please bring me to Old Trafford as well. Hahahaha, eh dapat jersey pun ok. Desperate betul aku ni.

Takpe, sebenarnya aku sangat perlukan pen yang bagus. Dan pen ini dah cukup buat aku happy. Alhamdulillah dan semoga aku menang contest yang lain pulak hendaknya.

Kalau Saya Nak Nikah Lagi Satu Di Thailand

Kalau aku nak nikah lari satu lagi di Thailand aku akan pilih perempuan yang at least 5 tahun muda dari aku, sexy bergetah, pandai, independent dan cakap British accent sebijik macam Lucy Spraggan ni.



Bukan dengan perempuan muka macam bibik.

If you know what I mean.

Berbuka Puasa. Oh Dan Bersahur

Rasanya aku belum bercerita lagi pasal berbuka puasa. Kitaorang beli lauk dan masak nasi atau Liza masak lauk. Kuih masih beli lah, takde kerja la kut nak buat kuih yang complicated tu. Kalau dari segi harga aku rasa mana-mana pun sama. Harga dah naik. Sayur dah tak boleh beli 2 ringgit. Mesti 3 ringgit at least. Bersukat-sukat peniaga ni nak isi lauk.

Tapi nasib kitaorang baik pasar² Ramadhan area rumah kitaorang Alhamdulillah semua sedap belaka lauk-lauk dan kuihnya. Hari tu beli patin Temerloh masak tempoyak. Harga dia 11 ringgit separuh tapi sedap dan banyak. Berbaloilah pada aku.

Di Taman Semarak Nilai pulak memang heaven, segala macam ada. Tapi sebab jauh sikit dari rumah jarang pergi. Weekend hari tu beli nasi beriani tapi simpan untuk sahur, best. Mee goreng dia pun best. Mamaklah yang masak ni. Umar pun semangat bersahur makan nasi beriani.

Cakap pasal bersahur ni awal puasa hari tu kononnya nak bersahur makanan sihat sekali tak jugak. Aku tak terlawan. Sardine roll lah, burger kambinglah, roti canai makan dengan sambal keranglah. Tapi bagus makan berat sahur ni ada lah tenaga sampai petang.

Belanja

Masa anak kecik kita banyak belanja untuk peralatan bayi semua itulah. Susu, diapers dan lain-lain. Bila anak dah membesar ni baru aku perasan aku dah banyak belanja bab makan pulak.

Macam kalau nak beli something dekat pasar Ramadhan ke contohnya kena fikir diaorang jugak. Aku tak terfikir pasal benda ni until recently. Macam tetiba sedar eh anak-anak aku dah besar. Banyak makan hahaha.

Lawak Beli Kuih Paling Lawak

Discount Voucher 15% Zalora, Segala Maklumat Mengenai Zalora Dan Zalora Review Dari Saya

Sebagai pembaca blog ini anda layak untuk mendapat discount dari Zalora Malaysia sebanyak 15%. Anda boleh menggunakan voucher code ini pada bila-bila masa, takde expiry date: ZBAPKPt (key-in masa checkout)

Di bawah ini ada maklumat penuh mengenai Zalora in English. Oh kalau korang nak special invite dan dapat discount RM25 (valid selama 7 hari lepas registration) dan peluang untuk memenangi Ipad bolehlah email saya di: pizlimw@gmail.com 

Offer ini sepanjang masa. 















Review 1 (Please Click)
Review 2 (Please Click)

15% Discount Shopping Di Zalora



Sorry aku takde masa nak tulis panjang² tapi kalau korang nak discount 15% masa shopping di Zalora korang bolehlah letak voucher code ini masa checkout: ZBAPKPt 

Benda baik aku share. 15% tu masih discountkan? Macam-macam brand ada. Raya nak dekat bolehlah shopping online. Hehe.

Ada masa aku letak presentation Zalora.

Air Terapi Al-Khodafi


Gambar ambik dari forum Cari. Korang judgelah sendiri. Air sarang anai-anai makan 22 Juzuk Al-Quran? Hmmm...

Wow, Just Wow!

Dan ini bukan pertama kali aku tengok orang guna ayat-ayat macam ni nak jual barang.

Rezeki

Boleh dikatakan setiap hari aku doa untuk murah rezeki. Kadang-kadang rezeki yang aku dapat kecil je tapi ianya masih rezeki. Sabtu hari tu makan Nandos dengan voucher yang aku menang, rezeki jugak voucher tu walaupun jumlahnya bukan bersaiz mega. Ada satu hari tu aku ada peluang untuk dapat rezeki yang banyak sikit tapi atas dasar kemalasan aku tolak.

Tadi aku terfikir, aku bersungguh-sungguh berdoa untuk dapat rezeki tapi bila ada peluang aku tolak, apa yang aku nak sebenarnya??

Dengan ini aku berazam mulai saat ini apa juga rezeki yang datang, tak kira sekecil zarah pun aku akan terima dan takkan tolak InsyaAllah, sebab aku jugak yang mintak in the first place kan?

Makanan Yang Sikit Akan Jadi Extra Sedap Bahagian 10

Hari tu lepas solat aku terbau bau durian dekat surau. Rupa-rupanya ada bubur kacang campur durian dalam bekas kecik. Orang sedekah untuk moreh kut. Aku dah lah kempunan durian tak sempat makan sebelum bulan puasa. Bayangkan perasaan aku masa tu. Ya Allah bersyukurnya.

Tapi bekas kecik dan sebagai orang yang sensible aku ambiklah tiga empat sudu plastik kecik sebab sudu je yang ada, takde sudip ke apa. Orang pun ramai masa tu. MasyaAllah sedapnyalah bubur kacang durian tu.

Dan itulah 4 sudu bubur kacang durian yang paling sedap pernah aku rasa. Kalau aku jumpa durian lepas ni memang aku paksa wife aku masak.

Bawa Anak Ke Masjid Surau

Aku nampak semalam issue bawa anak ke masjid ni banyak dibincangkan. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju.

Pada aku sendiri kalau anak-anak tu tak kacau orang tak jadi masalah. Biasanya yang tak kacau orang ni bila dah besar sikitlah. Andaikata ada anak yang kita rasa kita tak boleh nak control baik kita solat dibelakang sikit bersama diaorang daripada bawak dia ke depan dan nanti dia jalan-jalan depan jemaah dan macam kes hari tu sampai pijak spek aku sampai rosak sebab normal orang letak spek atau kunci dekat depan.

Ada kes yang mana budak-budak ni dah besar sangat pulak bila sampai surau diaorang bukan solat tapi bersembang dengan kawan-kawan. Dan main-main. Ini pulak tengok kita sebagai mak bapak la pulak nak kena pesan dari awal. Dah memang sifat anak-anak.

Apa apa pun aku pastilah yang mak bapak awak anak niat diaorang baik, nak memperkenalkan surau kepada anak-anak dari kecik.

Aku Masih Belum Hit The Jackpot.



Salah satu impian aku ialah pergi tengok bola dekat Old Trafford dan itu sebab aku masuk contest ni, tapi sekali aku missed pulak, dapat bag hadiah misteri je. Worth RM350. Mesti yang menang hadiah pergi Old Trafford tu tak boleh tidur sebab hadiah worth RM30000!! Naik flight, pergi luar negara buat benda best.

Doa next time aku dapat main prize pulak ye? Terima kasih.