Survival

My latest pumped up song.


♫ This is survival of the fittest.. This is do or die.. This is the winner takes it all.. So take it all ♫

Feeling Useless

Semalam aku main dodgeball replace orang. Sekali bahu aku dislocated pulak. Benda ni dah lama, ingatkan dah ok, sekali sakit lagi. Tak boleh main, dan takde pemain simpanan. Aku guna tangan kiri tapi mestilah tak boleh.

Aku sedih sebab tak menyumbang apa-apa. Kalau dapat sumbang 1 point pun aku happy. Down gila.

Bahu ni aku tak pasti lah nak pergi berubat ke apa sebab macam malaslah pulak nak go through the process. 

Membeli Setem Di Pejabat Pos Dan Daftar Darjah Satu


Aku rasa pejabat pos patut buat satu counter untuk jual beli sahaja. Nak beli setem kena ambik nombor di kaunter pelbagai yang satu urusan boleh sampai 10 minit adalah plain ridiculous. Pagi-pagi dah hangin. Belum masuk bab pekerja buat kerja lembab lagi tu.

Aku beli 20 keping setem terus buat stock walaupun aku hanya perlukan satu keping untuk dilekatkan pada sampul surat beralamat sendiri untuk dibagi pada sekolah yang aku registerkan anak aku, yang pada aku merepek jugak. Dah suruh register online, dah bagitau dapat kenapa tak boleh bagi informasi dekat page tu je. Kenapa mesti nak pos. Yang guna online tu tadi macam doublekan process je bukan untuk menyenangkan.

Hari Sukan

Aku kalah pingpong. Begitu juga semua kawan-kawan dari department aku. Hahaha. Mungkin nasiblah kut sebab game sekarang 11 points dan kitaorang main best of 3 je. Kawan-kawan aku hebat je.

Tak kisahlah, janji aku dah kenal lawan aku nama Adam. Itu lagi penting. Asyik terperap dalam office orang department lain pun tak kenal.

Full Time Housewives (Rage Lagi)

Aku tau ada orang perempuan yang beruntung jadi full time housewives. Boleh jaga anak-anak sendiri, ambik hantar anak sekolah sendiri dan maybe hidup takde tekanan. Dan bila takde tekanan diaorang mungkin ada masa untuk dibazirkan. Dan bila ada masa untuk dibazirkan diaorang main facebook. Dan bila ada masa main facebook sibuk komen dekat status perempuan yang stress dengan kerja di pejabat. Sibuk ajak orang jadi full time housewives macam dia jugak.

Ada orang yang bila start berkahwin memang lifestyle dia memerlukan dua orang bekerja. Katakan dua orang bekerja boleh beli rumah teres 60 x 100 dan boleh pakai kereta import . Anak nak minum makan apa semua boleh dan macam-macam lagi sebab dua orang bekerja. Tapi bila seorang bekerja kau kena ubah lifestyle kau. Kau ingat senang-senang nak berhenti kerja? Kalau kerja ada EPF, ada insurance, medical boleh claim dan lain-lain. Kalau berhenti ada macam tu?

Kau suggest orang berniaga? Apa produk yang boleh laku dan untung gila hanya duduk di rumah sambil buat kerja full time housewives? Mesti kena kerja keras jugakkan? Nak beli insurance etc.

Memang banyak advantage untuk anak-anak dan family kalau wife tak kerja tapi ianya tak semudah yang kau fikir. Kau dah dapat husband yang kaya raya bersyukurlah. Enjoylah. Tak payahlah susah hati tengok kawan-kawan kau stress kerja. Tak payahlah nak hasut orang berhenti kerja. Maybe diaorang tak boleh jaga anak full time tapi diaorang ada kawan-kawan untuk bersembang. Ada dua kehidupan. Di rumah dan di pejabat.

Eh ke sebenarnya kau jealous kau stuck dalam rumah 24 jam. Tak macam kawan-kawan yang lain???

Main Bola

Alhamdulillah aku dapat join team bola kawasan rumah aku main friendly hari tu. Main 3 half, 20 minit. First half tu aku main 5 minit je kut sebab aku main wing, tak larat aku lepas tu tapak kasut aku tercabut. Aku keluar terus. Aku main pakai kasut futsal je sebab takde boot.


Lepas tu aku main full masa half ke tiga tu. Ada abang ni bagi pinjam boot dia. Jadi striker. Hehehe. Adalah pass dua tiga kali, shoot dua kali. Dan ada peluang yang boleh gol aku tersepak tinggi pulak. Kalau tidak, boleh buat kenangan. Menyesal sampai sekarang. 

Tapi itu tak penting langsung. Yang penting aku dah join dan lepas ni boleh join training every week dan kenal ramai orang lagi. Main friendly jadi sub 10 minit pun tak kisah. 

Oh aku saja ajak kawan sebelah rumah yang pandai ambik gambar mintak tolong ambik gambar untuk di postkan ke facebook Komuniti sebab sejak FB Page tu wujud banyak benda yang serious je. Ini adalah post yang happy-happy sikit.

Kami Tidak Mahu Konfrontasi Dan Dendam

Semalam masa kami tengah lunch tetiba ada seorang brader ni datang cakap. "Bang, boleh bagi 2 ringgit, nak repair motor". Tanpa tanya² Amir hulur 2 ringgit pada dia. Buat aku teringat dulu ada budak ni mintak aku berapa ringgit ntah dekat parking Jusco AU2 sebab tayar motor pancit.

Untuk kes semalam, kitaorang boleh je kalau taknak bagi. Atau tanya-tanya soalan atau worst kes bertumbuk sebab tengok gaya memang macam drug addict je pun mamat tu. Masalah besarnya ialah kitaorang nak kerja sini lama. Takut dia dendam kalau tak bagi, cari geng dan kalau terjumpa salah seorang daripada kitaorang dia tikam ke apa pulak.

Macam kes "tayar motor pancit" tu pulak aku takut dia calarkan kereta aku ke apa ke kalau aku tak bagi.

Inilah masalahnya bila kita hidup dikelilingi orang jahat dan sampah masyarakat ni. Susah. Aku rasa kalau tetiba di kawasan kejiranan aku dapat tangkap perompak pun aku tengok je kut, tak berani aku nak sepak-sepak macam dalam Youtube tu, sebab sekali dia ingat muka kita habis satu family kita dia boleh kacau atas motif dendam di masa depan.

Aku makan nasi kandar malam-malam dekat Jalan TAR tu pun kena bagi mat pet "jaga parking". Bersabar je.

Sukan Sentiasa Buat Saya Happy


Office aku ada buat hari sukan untuk staff. Frist time rasanya yang melibatkan banyak jenis sukan. Menariklah sebenarnya sebab dapat bonding dengan semua orang. Equipments dan facilities dekat office aku ni memang bertahap international (sebab university) tapi salah aku jugaklah sebenarnya sebab tak guna. Habis waktu kerja terus balik padahal kalau nak berenang ke main gym ke ada je. Oh baru ingat, kalau lambat ambik anak nanti kena bayar overtime haha. Aku cadang lepas ni at least seminggu sekali pergilah kut.

Jiran-jiran aku ada nak lawan bola esok, aku macam nak join tapi segan sebab tak pernah join selama ni. Aku tengah cuba kuatkan semangat cakap nak join. Bolehla kenal-kenal ramai orang sikit.

Adikku Sayang, Tidak Semua Orang Perlu Like Sesuatu Post Di Facebook Untuk Menunjukkan Sokongan

Aku kesian bila orang beranggap kalau kita tidak berbincang pasal sesuatu issue secara terbuka bermakna kita tidak peduli. Tak semua orang selesa untuk berbincang dan tak semua orang suka berdebat. Mungkin orang suka buat kajian sendiri, observe sendiri dan kalau sokong atau membantah dalam diam.

Paling aku tak boleh terima sekarang orang pandai-pandai tulis kalau Like sesuatu Post di Facebook tu satu doa. Pandai-pandai kau je.



Hari ini aku jumpa ini pulak ada sorang mamat ni tengok post satu ni takde Like, cakap orang Islam tak sokong. Pemikiran apa apa kau ni??

Valued Opinions - Buat Survey Dapat Duit

Dapat voucher sebenarnya, boleh pilih nak voucher Jusco or Pizza Hut. Kita register dekat sini http://www.valuedopinions.com.my dan nanti survey akan sampai pada kita melalui email. Setiap survey ada bayarannya. Kalau survey yang panjang dan complicated mahallah sikit. Survey yang pendek murah. Bila cukup RM30 boleh claim. Perlu diingatkan bila siap sesuatu survey korang takkan dapat amount tu instantly, ada yang kena tunggu lama. Macam aku baru claim RM30 tapi ada lagi RM28 masih belum dicreditkan ke account aku.

Maksudnya di sini kalau korang ada masa terluang dan ada computer dan internet connection bolehlah buat. RM30 lepaslah beli coklat dan ice cream dekat Jusco.


Kalau berminat bolehlah pergi link, buat sambil². Aku promote free je ni.

Bahaya Dengki

Aku dah beberapa tahun hidup dalam kegembiraan dan relax sebab aku dah block perasaan dengki. Not until recently bila jiran sebelah dan belakang rumah aku renovate rumah diaorang dan tetiba rumah diaorang jadi hebat dan aku jealous.

Lepas tu aku pergi rumah baru abang aku dan aku nampak dia extend belakang rumah dia yang aku boleh buat juga pada rumah aku sebab memang smart gila dia buat kitchen cabinet straight dekat belakang rumah dia tu. Aku dengki sebab aku tak mampu lagi. Aku muda lagi, so memang tak boleh nak catch up dengan semua orang ni.

Tapi aku masih dengki.

Dan bila dengki merasuk diri, hati aku marah-marah sebab tak boleh buat. Terbayang-bayang apa yang aku boleh buat dekat rumah aku. Aku nak mengamuk sebab aku tak boleh buat macam diaorang. Aku stress. Aku depress.

Sebenarnya bahaya perasaan dengki ni. Harap aku insaf sebelum terlambat.

Toilet Ethics Rage

Aku tak faham macamana orang boleh tak flush lepas berak dan biar je. Kalau dekat public toilet tu selalu. Dekat office aku ni pun ada rupa-rupanya. Macamana diaorang ni menjalankan hidup seharian dengan perangai macam ni? Benda basic dalam kehidupan je ni.

Aku juga faham ada orang yang tak pandai gunakan tandas duduk walaupun dah masuk tahun 2013 so diaorang mencangkung atas tandas duduk. Fine, maybe ada medical reason jugak yang memaksa mereka untuk mencangkung. Tapi bodoh biar je tapak kasut atas mangkuk tandas tu. Takde usaha pun nak bersihkan. Bila aku nak guna nampak ada tapak kasut. Kenalah aku cuci bersih-bersih lap dengan tisu bagi selesa.

Lagi satu hal, toilet duduk tu kecik je, apahal sampai basah satu cubicle? Korang mandi ke dalam tau? Bodoh!

8th Anniversary


Dah 8 tahun aku kahwin. Alhamdulillah aku bahagia jugaklah.

Apa yang aku harapkan sekarang ialah anak-anak aku berjaya dalam hidup. Aku nak anak-anak aku pandai. Tak bergaya, tak cantik takpe, yang penting pandai dan baik budi pekerti. Itu lagi penting. Tengok dulu, aku segak je, kurus, sekarang dah macam gajah tua, gemuk dan rambut gugur kepala botak tengah.

Kurus dan segak tak kekal. Cewah.

Eh apa cerita pasal anak-anak pulak ni? Ini anniversary aku.

Penjelasan Krisis Mesir Secara Ringkas

To be honest aku tak macam orang lain yang ada masa untuk fikir pasal masalah orang lain sebab aku sendiri banyak benda nak difikirkan. Jadi aku kagum bila tengok orang-orang di Facebook yang sentiasa peka pasal masalah orang-orang di negara lain dan menyeru rakan-rakan berdoa. Mengenai krisis Mesir ni pun aku taktau sangat. Yang aku ingat dulu diaorang protest di Dataran Tahrir nak tukar government pimpinan Hosni Mubarak kalau aku tak silap (tolong betulkan aku kalau aku silap ye)  dan sekarang ni pulak tetiba aku dengar ramai orang kena bunuh sampai ada gambar orang mati syahid sambil tersenyum yang dipostkan di Facebook jugak.. Alhamdulillah semalam aku jumpa gambar ini yang terus bagi aku faham apa masalahnya yang sebenar.


Semoga gambar ini membantu orang-orang yang tak tau macam aku. Oh semalam aku terbaca yang Hosni Mobarak tu dah dibebaskan dari penjara pulak.

Kenapa Mesti Nak Main Mercun?

PUCHONG – Kegembiraan tiga kanak-kanak bersaudara bermain mercun ketupat bertukar tragedi malam kelmarin apabila bungkusan besar mengandungi bahan berbahaya itu meletup dengan kuat setelah disambar api lilin yang terjatuh ke lantai.

Peristiwa malang yang berlaku di sebuah rumah teres di Jalan PU/7B, Taman Tasik Prima Puchong di sini itu menyebabkan salah seorang mangsa, Aliea Alisyah Abd. Rahim, 8, buta mata kanannya. Keadaannya dilaporkan kritikal.

Dua lagi saudaranya iaitu Nasha Nurkistina Zalmi, 13, dan Mohd. Fadzli Mohd. Yacob, 14, melecur pada muka dan badan.

Aku tak taulah apa yang seronok sangat main mercun. Bising, bahaya. Aku memang takutkan anak-anak aku sebab taknak langsung bagi diaorang main. Tapi macam biasa ramai je orang yang suka bunyi bising ni. Kalau dekat kampung aku tu non-stop. Apa yang seronoknya pun aku tak tau. Dan dalam kes ni kan dah susah?

Aku suka bunga api sebab bunga api cantik dan kurang bahaya. Kalau ada banyak sangat duit belilah bunga api yang cantik-cantik tu. Kan lagi seronok. Orang lain yang tengok pun suka. Kesian budak-budak ni.

Kenapa Nak Robohkan Surau?

Berkaitan kes penganut Buddha guna surau baru-baru ni aku terbaca pasal diaorang nak robohkan surau tu? Aku rasa orang Melayu Malaysia takkan ready untuk multi faith prayer room so baik aku abaikan bab itu. Tapi bila fikir pasal harga nak bina surau mesti puluh-puluh ribu adakah baiknya kalau surau yang tak betul kiblatnya tu di letak carpet yang menghala ke arah kiblat macam kebanyakan bangunan lain di Malaysia ni? Kan lagi senang.

Rugi betul aku rasa.

Benda Yang Paling Best Pasal Raya

Benda yang paling best masa hari raya ialah bila orang datang rumah aku beraya. Especially kawan-kawan lah. Kawan-kawan di sini yang bermaksud kawan aku comfortable with dan tak kisah lah masa datang tu kena duduk atas lantai ke apa ke.

Ada kawan-kawan office nak datang. Aku memang suka masak sendiri. Ada dua menu dan boleh bagi diaorang pilih:

1) Nasi arab, kambing dan ayam bakar dan salad.
2) Nasi putih, ikan bakar, pecal.

Terbayang dah aku nak beli beberapa jenis ikan. Lepas tu tambahlah apa² kuih.

Tapi tak taulah bilanya sebab minggu ni busy, minggu merdeka nanti pun busy. Atau mungkin kalau orang nak datang, datang je lah tak kira hari raya ke tidak. Hehe.

Perihal Mencari Kerja Baru

Aku memang berharap dapat offer kerja baru. Tapi at the same time memang aku selesa je dekat sini. Adalah ups and downs nya. Bila bab kerja baru ni aku memang takkan ambik kerja yang aku tak boleh buat, unless memang diaorang nak train aku dan bagi aku masa untuk belajar. Dan aku takkan ambik kerja yang aku tak confident buat.

Kalau panggil interview aku rasa kalau aku tau aku tak boleh buat aku akan cakap terus terang je dan mintak mengundurkan diri. Ini bukan zaman nak berjanji dan bagi harapan pada majikan lagi rasanya. Macam zaman desperate cari kerja pertama dulu. :D

Whatever You Are Getting Now, I Can Give You More

Semalam aku dapat request dari satu company dekat Jobstreet untuk tengok resume aku. Aku tengok kerja tu tak sesuai dengan aku sebab dia macam 80% back end. Kena jadi system administrator yang hardcore padahal aku dekat sini jaga front end je. Back end tak mahir langsung.

Tadi seorang Encik ni call dan tanya lagi. Aku tercakap aku tak apply sebab family commitment pulak (sebenarnya aku tak apply sebab aku tak boleh buat tapi aku lupa sebab macam cemas orang call). And the saddest partnya Encik tu cakap gaji in US Dollar, I can give you a lot of money dan whatever you are getting now I can give you more. Hahahaha.

Kenapalah takde orang yang offer aku dan cakap macam tu dekat bidang yang aku betul-betul mahir? Kenapalah bidang sipi-sipi yang aku tak knowledgeable ni pulak yang di offer?? Aku tau Encik tu nak orang yang macamana, dia nak orang macam vendor aku sendiri yang dekat Hong Kong tu hehe.

Damn!

Gambar Raya Kami

Sehari sebelum raya Nawal muntah². Terpaksa pergi klinik.

Nasib baik pagi raya dah ok.

Tahun ni raya Keramat.

Antara adik-adik ipar lelaki.

Ha tak cukup dua orang.

2nd raya pergi Pontian, rumah atuk Liza. Jalan jammed teruk.

Stop dekat rest area yang nak masuk toilet pun kena beratur.

Ni dah keluar exit Simpang Renggam, macam-macam parit ada kat sini. Antaranya Parit Wagiman dan Parit Sikom.

Ini rumahnya.

Ada sepupu so diaorang buat macam rumah sendiri rumah monyang diaorang ni.

Raya ke tiga balik Besout. 

Abang, kakak aku dah takde dah. Dah balik rumah mentua diaorang. Tinggal adik-adik aku je lah.

Durian dah berbunga balik. Tak tau la bila buahnya nak luruh.
Sekian. Lemang yang aku beli semua sedap dan ok lah jugak harganya. RM12 paling mahal. Puas makan.

Panic Attack

Every time aku fikir pasal masa hadapan aku diserang panik. Tak boleh bernafas. Especially bila fikir pasal masa depan anak-anak aku.

Raya Dan Negativity

Aku perasan dalam twitter dan social media orang bising pasal pakcik makcik sedara mara yang menyibuk tanya pasal bila nak kahwinlah, kenapa takde anaklah. Aku faham diaorang rimas dan aku rasa kena tunggu beberapa puluh tahun jugaklah sebelum generasi yang sibuk bertanya ni akan lenyap dari muka bumi. Kita generasi yang baru ni janganlah amalkan benda yang menyakitkan hati orang ni.

Aku juga tau ada jugak orang yang bila datang rumah sibuk tengok keadaan rumah orang lain. Tengok pinggan mangkuklah apa lah. As for aku, aku setakat nak rumah nampak kemas je lah. Aku takdelah nak impresskan orang dengan nak bagi pinggan mangkuk berkilatlah apalah. Dan aku percaya most of orang zaman sekarang ni pun berfikiran macam aku.

Kita generasi relax. Kita generasi yang ikhlas dan tak menunjuk-nunjuk.

Dan masa beraya ni jugak aku jumpalah orang-orang yang akan buat aku berdosa bila aku nak mengutuk diaorang sebab tak kena dengan aku. Jumpa orang yang full of themselves lah apa lah. Jadi raya tak seronok. Kalau nak bercerita dan taknak dengar cerita orang lain kau tulis blog je lah. Kalau normal conversation kenalah ada berbalas-balas percakapan. Ha kan dah aku buat dosa. Tapi takpe aku sebenarnya bila di luar aku banyak diam, dan kalau aku tak suka lagilah aku diam terus haha.

Pasal iklan raya pulak ramai budak zaman baru ni pertikaikan iklan raya yang sedih-sedih. Aku ada pendapat aku tapi nantilah aku cerita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua yang baca blog ini. Aku kadang-kadang tulis tak fikir apa orang rasa. Mana tau ada terasa hati.

Tahun ni raya rumah mentua dekat KL je so takdelah nak ambik cuti awal. Raya ke-2 maybe ikut family wife aku pergi Pontian, kampung arwah pak mentua aku dan raya ketiga baru balik Besout.

Ini raya first tanpa arwah bapak aku. Sedih jugaklah sebenarnya sebab dah takde orang sediakan buluh lemang, takde orang yang beli tulang lembu nak buat sup. Entahlah, aku nampak orang jual daging fresh pun aku dah sebak dah hehe.

Ok ye, Selamat Hari Raya dan jadilah pemandu yang bijak di jalanraya sebab kalau tak bijak most probably korang akan menyusahkan orang lain.

Terima Kasih 4 & 5

Terima kasih yang terakhir sekali aku ucapkan kepada Tesco sebab buat contest menang voucher RM50 ringgit tu. Biasanya masa raya memang banyak belanja, so dengan menang voucher sebanyak RM150 memang akan sedikit sebanyak akan membantulah lepas raya nanti. Pada aku memang contest tu benda yang bijak dan membantu.

Terima kasih Tesco.

Dan tidak lupa juga kepada Sports Planet yang membuat off season warehouse sale di Warta. Kerana anda kami dapat membeli tshirt, kasut dengan potongan 50% ke atas. Anak-anak kami sangat gembira.

Dan dengan ini aku merasakan aku ni bijak jugaklah dalam mencari peluang untuk mendapat keuntungan. Hahaha.

Terima Kasih 3

Terima kasih yang ke 3 aku ucapakan kepada Tat Nasi Ayam. Bukanlah diaorang belanja aku pun, dan sepanjang bulan puasa ni aku makan dua kali je untuk berbuka tapi Tat Nasi Ayam ni memberikan aku nikmat nasi ayam Melayu yang paling maksima. Bila berbuka tu rasa bersyukur sangat dapat makan sesedap itu.

Terima kasih Tat Nasi Ayam Bangi.

Terima Kasih 2

Terima kasih yang kedua aku tujukan kepada company yang takde dress code. Ini sangat memudahkan aku bila bulan puasa. Aku just sarung apa yang ada. Aku cakap kat wife tak perlu lah peduli sangat pasal aku, uruskan je lah anak-anak. Kang semua dia buat bengang pulak dengan aku hahaha. Biasanya aku pakai jeans dengan tshirt. Biasa lepas sahur aku tidur balik, ha nak bangun pergi kerja tu yang masalah sikit tu.

So terima kasihlah kepada company dan bagi balik pukul 4.30 tu memang membantu jugak.

Terima Kasih 1

Since minda aku nak bercuti aku takde benda nak cerita. Nak cerita benda berat nanti orang menyampah pulak. So aku nak dedicate 3-4 post terima kasih sebelum kita bercuti. Terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu saya dalam bulan Ramadhan ini.

Terima kasih yang pertama aku tujukan kepada isteri. Sebab tak pernah miss kejut aku sahur. To be honest aku takde make apa-apa effort untuk bangun sahur dan aku memang 100% depends on dia. Hahaha. Ada satu masa tu dia kejut dan aku terpinga-pinga macam apahal nak kena bangun ni?

So terima kasih.

Summer Tips

Tapi untuk Malaysia yang sentiasa panas tips² ini menarik jugak.

Zakat


Aku dah lama dengar pasal kes zakat tak diagih dengan betul. Tapi ramai je yang berzakat dan redha, as in "aku dah lepas tanggungjawab aku, harapnya orang ni uruskanlah dengan betul". Tapi ada juga orang-orang yang berzakat dengan menghulurkan zakat kepada orang yang memerlukan secara sendiri.

Macam ada restoran dekat Teluk Intan ni, setiap tahun dia akan berzakat dengan bagi barang-barang termasuk beras dan invite orang yang layak untuk ambik. Sorry aku tak pasti kes ini untuk semua jenis zakat atau setakat zakat fitrah.

Oh cakap pasal zakat fitrah, ada jugak orang yang cari orang sendiri jugak untuk bagi. Alasan dia sebab pusat zakat eh baik aku quote apa dia cakap: "I stopped giving zakat via state for some years now because they don't make their accounts/distribution public"

Hmmmm. Entahlah.

Juadah Berbuka

Semalam kitaorang rajin.

Nasi arab, lamb bakar, salad sedap sebab olive oil tu dah memang mixed dengan lemon.
Coconut shake recipe Abu Yazzid. Banyak belanja, mahal rupanya sebijik kelapa. Hahahaha.

Sementara sihat dan ada selera ni kita makanlah ye.

Sex Education: Untuk Married Couple Dan Untuk Adik-adik Yang Rasa Inferior Dengan Porn Star (25SX). The Differences Between Porn Sex vs Real Sex.

Kepada adik-adik dan orang² Melayu yang sibuk sangat nak ubat tahan lama dan bagi konek besar dan panjang dan mungkin juga anda yang pernah menonton porn dan rasa takut sebab tak boleh perform macam porn star, silalah tonton video ini. Anda akan rasa lebih yakin dan confident. Dan yang lebih penting anda akan rasa NORMAL. Dan mungkin untuk sesetengah pihak, anda akan rasa hebat, beruntung dan special jugaklah kut sebab korang above average. Video ini dia explain dengan makanan, boleh je tengok dekat office, tak lucah pun.


Beza sex filem lucah dan sex sebenar orang kebanyakan. Ingat adik-adik, Melayu² Malaysia, anda normal. Tak payah beli ubat. Semua tu penipu je, anda sudah sedia hebat.