Review Tadika Celik Minda, Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota


Kita sentiasa ingin mendapatkan segala-galanya yang terbaik untuk anak-anak. Tapi kadang-kadang ada limitation kepada diri kita sendiri. Hari ini mari kita cerita pasal tadika. Ada tadika yang sangat bagus, tapi sangat mahal. Ada tadika yang bagus, berpatutan tapi jauh dari rumah. Ada tadika yang bagus, berpatutan, dekat dengan rumah tapi lebih tumpukan kepada sesuatu perkara sahaja, tidak menyeluruh.

Bagi aku Tadika Celik Minda ini walaupun bukan sebuah tadika yang glamour macam sesetengah tadika tapi apa yang diberi adalah good enough untuk anak aku. Sebab yang paling utama ialah semua pelajaran sama rata.


Anak aku boleh baca, boleh mengira, boleh menulis. Boleh baca surah, baca segala doa. Menulis dia slow dan buruk sebab salah dia sendiri hehehe.

Dan yang penting anak aku dah mengaji Al Quran Juzuk 2, dari Iqraq diaorang yang ajar.




Dia ada jugak hari sukan dan lawatan. Melawat Pusat Sainslah, Kilang Vitagenlah. Ada lah menari-nari semua. Yang aku rasa patut ada untuk budak kecik, untuk bagi diaorang happy. Bagi kehidupan diaorang balance.

Dan yang penting aku dan isteri mampu.

Tadika Celik Minda ( TCM )
Seksyen 6, Bdr Bukit Mahkota,
Selangor. (Tel: 013-2222871)

Pemandu Malaysia Hipokrit

Masa akus ervis kereta hari tu ada seorang pakcik bersembang dengan aku. Macam-macam yang disembangkan dan antara satu tajuk yang menarik ialah bab pemandu Malaysia. Mungkin sebab depan service centre tu ada jalan dan beberapa kali jugak bunyi hon macam nak bergaduh.

Daripada cerita dia, aku tau pakcik tu dah 60s jugaklah kut dan orang kaya. Dia cakap dekat Indonesia walaupun sesaknya lebih dari Malaysia tapi masing-masing faham. Dan takdelah macam nak bergaduh bila di jalanraya. Di Malaysia ni pulak konsepnya ialah:

"Kalau kau buat silap, kau salah besar. Kalau aku buat silap, relaxlah brader, sikit je"

Macam bab bab di jalan raya ni pulak biasa benda sikit je, kalau kita bertolak ansur semuanya akan happy, tak perlulah nak marah-marah nak bunyikan hon. Sebab kalau accident banyak masa yang akan dibuang nak settlekan masalah.

Menunggu

Aku tak suka menunggu. Tapi ada satu benda yang aku mesti kena tunggu jugak. Servis kereta. Kena tunggu lama sampai siap. Dan makan masa 2, 3 jam.

Nasib Malang Hari Ni

Pagi-pagi dah kena kerja. Lapar tak makan. Nak pergi makan kereta pulak kena langgar dengan van. Nasib baik bumper retak sikit je. Sekali sampai kedai dekat masjid tutup pulak kedainya. Kebuluran cari kedai makanan tak sedap.

Damn!!

Minyak Nak Naik Lagi?

Semalam aku baca minyak naik naik lagi. Oh bukan minyak naik, subsidi akan dikurangkan, kepala hotak mak dia. Antara alasan sebab minyak banyak diseludup ke luar. Memandangkan kau bangang tak boleh nak kawal penyeludupan kau naikkan harga minyak. Kau tak pandai buat kerja kau bagi beban pada rakyat.

Adalah beberapa sebab lain lagi.

Tapi andaikata lepas ni ada apa² demo aku akan join kut. Diaorang membazir takpe, rakyat disuruh ikat perut.

Harga gula nak naik sebab nak kurangkan diabetes???

Pundek bapak lu!

Saya Dan Contest Lagi

Macam dah selalu cerita aku memang suka masuk contest dan sekarang ni kerap jugaklah aku menang hadiah kecik-kecik. Sekarang ni je aku tunggu 4 hadiah kecik-kecik ni. Kira kecik bermaksud value dia dalam RM30 lah max. Haha. Yang sebenar²nya aku target hadiah besar. Macam Ipad Mini ke. So bila aku dapat email dari pihak yang buat contest hadiahnya Ipad Mini aku sangatlah gembira. Lebih-lebih lagi bila ayat² dia macam bawah ini.

Dear Mat Wazip Pizli,

CONGRATULATIONS!

We are excited to recognize you as the lucky winner of our XX XXXXX XXX XXXX 2013 Giveaway Contest. Thank you for your participation in this contest and support for this the XXXX XXXX.

You may collect your precious prize at registration counter, any time of any day during XX XXXXX XXX XXXX 2013 which will be on XXth-XXth September at XXXXX XXX XXXXX, XXXX. 

Aku punyalah berdebar bila aku baca ayat-ayat di atas lebih-lebih lagi precious prize tu dan macam nak meletup dada aku excited nak bagitau anak sebab bolehlah diaorang tengok Youtube dekat screen besar sikit lepas ni dan takdelah merosakkan phone aku. Tapi sekali aku baca ayat bawah ni.

Please bring a printed copy of this email with you in order to claim your prize - movie voucher.

Aku terus stop baca ayat² yang lain dan aku menangis sepanjang malam.

Dan aku faham kalau korang menangis bersama-sama aku lepas baca post ini.

Mama

Untungnya jadi ibu ialah anak-anak akan sentiasa sayangkan anda dan anak-anak takkan "cari gaduh" dengan anda. Dan kalau anda marah pun anak-anak akan pujuk. Kalau ayah yang marah ayah yang kena pujuk anak-anak balik.

Dalam kes anak-anak aku diaorang back up mama diaorang dengan hebat jugak.

Katakan kalau aku main-main cakap tangan aku sakit sebab mama buat, mesti diaorang defend mama diaorang gila-gila cakap bukan mama yang buat.

Katakan kalau mama diaorang cakap ayah yang buat mesti ayah kena sound terus.

Untung.

Multitasking

Aku perasan sekarang banyak kerja yang diadvertise perlukan kita multitask. Multitask yang gila babi sampai aku pun malas nak apply. Itu takpe lagi. Gaji sikit.

Suruh jadi cameraman, edit video, jaga studio, buat elearning lepas tu bayar gaji RM1500.

Mungkin sebagai typical orang Malaysia aku menyampah tengok iklan macam tu. Mungkin kalau aku orang Nepal yang cari kerja di Malaysia anggap itu kerja yang best dan gaji macam tu banyak dan berpatutan dengan kerja yang dibuat. Mungkin.

Semua Penyokong Manchester United Patut Tengok Ni


Kalau korang tak faham apa joke dia, sila baca bawah ni.

"He starts the speech by telling how difficult it has been because he lost someone who influenced his life (I think everyone thought he's maybe talking about his father or someone as close) and then he raises the glass for Sir Alex Ferguson (he left Manchester United)"

Busy

Sekarang musim student baru masuk. Dan aku busy gila. Takpe, masa cepat berjalan.

KELUARGA

Hari Sabtu lepas kenduri kahwin adik ipar aku. Kepada kawan-kawan rapat sorrylah aku tak dapat jemput sebab bukan majlis aku, takut mak mertua aku ada jemputan tertentu. Yang pastinya dalam jemputan tu ada mak mertua aku sediakan untuk family aku jugak. Dan family biras-biras aku yang lain.

Aku seronok sebab adik beradik aku datang, abang, kakak, adik. Adik beradik biras aku pun datang. Mak aku dari Perak pun datang. Kira sedara sesangatlah rasanya. Masa adik aku kahwin hari tu pun mertua dan adik-adik ipar aku datang.

Aku happy sebab macam ikatan dan ambil berat itu kuat. Majlisnya malam, adik ipar aku sewa satu banglo ni buat majlis tu, anak-anak dan sepupu diaorang bebaslah berlari kawasan luas, takde gangguan. So aku tak perlu risau. Dan bila tak perlu risau, aku biarkan je dan ambik gambar dengan isteri dan adik-adik. Bukan selalu.




Harap ikatan persaudaraan yang baik ini berkekalan. 

Antara Lawak-Lawak Yang Aku Suka

Tapi tak ramai orang lain suka so aku takde orang nak share



Korang boleh ketawa dengar diaorang?

Saya Dan Bau Perfume

Tak tau kenapa aku lagi senang "terpikat" dengan bau daripada paras rupa. Seriously, carilah perfume yang bau sedap dan aku percaya ianya akan menjadi plus point kepada anda. Masa mula bercinta dulu aku suka bau perfume wife aku.

Hari tu masa aku layan sorang student ni aku suka betul bau perfume dia tapi aku risau pulak nak tanya takut dia rasa apahal mamat ni tanya² macam tu.

Sekadar Pesanan: Pemilihan Jubah

Seriously aku bukanlah orang yang layak tegur-tegur orang ni, tapi aku macam ada masalah dengan orang yang pakai jubah tapi jubah tu macam lekat dekat badan, atau apa lagi term lain yang korang gunakan. Dan sampai boleh nampak panty line. "Yang kau tengok belakang orang tu kenapa?", korang mesti fikir macam tu kan? Orang tu jalan depan aku dan aku tak sengaja tengok. Kalau awek Iran aku tengok sengaja.

Oh sebab apa aku tulis ni? Sebab aku kesian. Sebab aku tau korang pakai jubah tu sebab nak betul-betul menutup aurat unlike awek Iran atau amoi yang sengaja pakai sexy dan tak kisah orang tengok. Kira tak seronoklah kan korang bersungguh-sungguh beli jubah sekali jadi macam itu pulak.

Jadi pilih kain yang sesuai ye? Dan kepada peniaga, juallah yang betul-betul.

Botol Cencalok Perlukan Inovasi

Gambar ambil dari sini: http://www.noormalashahar.com.my
Sebagai Melayu kampung kadang-kadang tekak aku nak makan cencalok atau tempoyak masa makan nasi. Tapi masalah bila nak makan cencalok ini ialah cencalok tu sendiri susah nak keluar dari botol tu sebab dia macam stuck dan end up aku kena korek dengan sudu. Lubangnya kecil.

Aku tak tau apa scientific explanationnya tapi tak boleh ke letak dalam botol kaca bulat besar tu? Bukan ke lagi mudah kalau kita boleh ambik je sesudu dan tutup balik daripada nak menonggengkan botol.

Sorry ye, tapi please explain kalau botol ini sahaja yang paling sesuai untuk cencalok.

"You humans are so petty, and tiny!"

Begitulah kata Thor kepada Tony Stark dan Captain America masa bergaduh dalam lab Nick Fury.

Dan everytime aku tengok orang Melayu di bergaduh di Forum, di komen Youtube dan social media aku akan ingat ayat ini dan secara tiba-tiba aku tukar "You Malaysian are so petty".

Benda-benda kecik pun nak gaduh. Tapi aku tak salahkan diaorang jugaklah. Aku salahkan keadaan kita sekarang ni. Nak keluar-keluar bahaya banyak orang jahat. Nak keluar jumpa kawan banyak belanja. Nak berjimat tapi masih nak bersosial duduk dalam bilik depan komputer.

Dah bosan dia up to another level pulak. Bergaduh. Dan puas bergaduh, dia membuli. Lepas tu troll orang.

Gila Nampak Duit



PETALING JAYA: A former minister’s political secretary is being investigated for alleged misappropriation of funds from the 1Azam welfare programme for the poor.

1Azam welfare programme for the poor.

Aku dengar mamat ni beli 10 bijik kereta mewah. Dan gambar atas tu adalah sebahagian daripadanya. Aku tau manusia boleh jadi gila sebab duit. Tapi aku tak boleh terima bila duit tu sebenarnya duit welfare programme untuk orang miskin.

Semoga benda ni tak betul.

Bila Bersedih Hati

Bila anak aku Nawal sedih dia akan mengadu. Dan aku rasa aku bersedia jadi tempat dia mengadu sampai bila-bila. Tapi mengikut observation aku, mengadu pada mak bapak ni ada limit dia. Maksud aku sampai masa kau dah tak boleh lagi nak mengadu pada mak bapak, or bila kau mengadu pun mak bapak kau buat tak tau je.

Dan dari segi cara aku membesar, masa aku untuk stop mengadu sampai awal. Takde siapa peduli pun kalau aku sedih. Takde siapa peduli pun yang aku susah hati. Yang aku tau, yang aku diajar ialah aku kena kuat, yang aku tau semua tu ujian. Yang aku dibagitau benda akan jadi lebih baik nanti.

Dan aku yakin kebanyakan orang pun macam aku jugak.

"Every man has his secret sorrows which the world knows not; and often times we call a man cold when he is only sad."

Berbaloi Tak?

Aku berhenti merokok, padahal merokok itu adalah benda yang paling nikmat di dunia ini.

Lupakan bab aku berhenti merokok, sekarang kita cerita pasal benda yang berbaloi. Anyway, masih lagi pasal rokok. Katakan kau kena lung cancer pada umur 90 tahun macam Chin Peng dan up to that point kau merokok, benda paling nikmat dalam dunia itu tadi, mesti kau akan rasa berbaloi. Walaupun kau ada lung cancer tapi kau dapat hidup sampai macam itu dan kau dapat menikmati rokok selama kau hidup.

Banyak lagi situasi lain. Contoh, berbaloi tak kau hidup bawah jambatan tapi kau dapat kasih sayang yang sangat tinggi daripada suami. Berbaloi tak hidup bawah jambatan itu. Banyak lagilah situasi lain.

Sekarang bahu aku sakit dan aku rasa ada beberapa tulang di tangan dan kaki aku maybe retaklah kut. (takde masa aku nak pergi check lagi). Tapi pada aku semua itu berbaloi, masa minggu bahu aku dislocated hari tu adalah minggu yang paling seronok dalam hidup aku dalam 10-15 tahun ni. Dan maybe tumit aku ni retak sikit sebab main badminton Sabtu lepas, salah landing. Walaupun sakit tapi bersukan buat aku SANGAT-SANGAT HAPPY.

Aku perlukan cuti yang panjang untuk check semua ni. Takpelah, aku bukan atlet Malaysia nak kena 100 percent.

Soalannya di sini, ada tak apa-apa kejadian yang anda rasa berbaloi walaupun sakit, susah?

Aku tanya-tanya ni macamlah ada orang nak jawab pun hahaha.

Sedia Untuk Mati?

Aku ingat arwah bapak aku bertahun-tahun cakap yang hari raya tahun ini macam hari raya last dia dan mungkin tahun depan dia dah meninggal. Maybe berbelas tahun kut dia cakap macam tu, sejak umur dia 60an ke since 50 an. Masa dia pergi buat haji masa umur 65 tahun dia tak kisah pun kalau dia meninggal dekat Mekah. Dipendekkan cerita macam dia cakap; I AM READY TO DIE!

Tapi bila abang aku bagitau dia ada cancer nampaklah dia sedih dan cakap kawan dia sihat je lagi walaupun lebih tua daripada dia. Dan masa itu umur dia 73. Point aku di sini, sebanyak mana pun amal ibadat kita, selama mana pun kita hidup, kita takkan pernah ready untuk mati.

Tapi arwah bapak aku terimalah penyakit dia, aku tak pastilah dalam hati dia macamana kan. Tapi dua tiga hari sebelum meninggal tu dia cakap kat mak aku.. "Perut aku dah keras", dia tau dia tinggal beberapa hari lagi. Dan dua minggu sebelum tu badan dia bengkak-bengkak, biasanya lung cancer memang lepas bengkak-bengkak tu surut memang dah tak lamalah nak meninggal. Dia tak tau masa tu, tapi aku tau.

Soalannya di sini; ARE YOU, READY TO DIE???

Ayat "Biar Berlebih Daripada Tak Cukup" Sudah Tidak Lagi Relevan

Dulu aku selalu pesan kat Liza kalau nak masak tu takpe lebih sikit daripada tak cukup. Tapi dalam dunia yang zalim sekarang ni aku rasa takpelah kut kalau masak tak cukup daripada masak lebih, lepas tu tak habis dan jadi membazir.

Kalau tak cukup barang kita masih ada lagi tak digunakan. Maybe ayam masih ada seketul dua, nasi dua tiga suap daripada  nasi sesuap dua dibuang sebab nak simpan pun tak boleh. Kalau macam lauk tu takpe jugaklah kut sebab boleh bawak bekal pergi office.

Tapi ini untuk makan anak beranak je lah, kalau tetamu datang eloklah masak lebih-lebih sikit, nanti orang tak cukup makan pulak. Haha.

Elektronik Media Mengubah Cara Saya Mencari Berita Sukan


Sebelum ini bila habis perlawanan sukan yang membabitkan pasukan Malaysia aku akan cepat-cepat beli suratkhabar pada esok paginya tapi sekarang aku boleh dapat segala informasi di internet dan boleh dikatakan segala informasi, reaksi dan lain-lain aku boleh dapat instantly dan yang penting lebih accurate dan jelas daripada print media yang aku hanya akan dapat pada esok paginya.

Contoh macam perlawanan final Pestabola Merdeka yang baru habis. By pukul 12 malam tu aku dah dapat tengok highlights, interview pemain, reaksi peminat dan lain-lain lagilah. Selain gambar dan berita ringkas yang ditulis di Twitter aku jugak boleh dapat tengok video.

Sebelum ini mungkin di print media reporter akan edit apa yang seseorang pemain tu cakap dan akan edit supaya bahasanya manis tapi obviously kita yang baca rasa fake tapi dengan macam video kat atas ni yang mana players cakap dengan ikhlas dan lebih tulen kita dapat rasakan kegembiraan atau kesedihan diaorang.


Untuk suratkhabar diinternet tu sendiri pun dah tak bagi full news macam dulu walaupun diaorang boleh dapat income through internet advertisement macam dekat blog aku ni, sekarang diaorang suruh kita beli epaper diaorang. Mungkin income dari internet advertisement tak banyak kut, macam blog aku ni jugaklah sehari 20-30 sen je hahahahah. Aku pergi Facebook fan page je lah untuk dapat informasi percuma.

Nak 2 Tiket GSC Movie About Time Tak?


Ini adalah cerita yang aku tunggu-tunggu. Aku suka British movie, aku suka Rachel McAdams, aku suka Bill Nighy dan aku suka jugak filem jiwang. Aku kan hopeless romantic. Haha. Aku menang 2 tiket ni tapi masalahnya aku tak boleh pergi sebab hari Selasa, malam dan jauh di One Utama. Kalau aku ni bujang bolehlah. Kalau korang nak dan boleh pergi sila email aku ye, jangan malu-malu!

DATE: 17 September 2013 (Tuesday)
TIME: 9.30pm
VENUE: GSC, 1 Utama

Email aku: pizlimw @ gmail.com

Bangladesh Memancing

Dekat rumah aku ada tasik dan aku selalu nampak orang Bangladesh atau Indonesia akan memancing atau menjaring ikan. Aku rasa diaorang setakat memancing untuk buat lauk je lah kut, bukan untuk jual. Dapat dua tiga ekor balik. Masak nasik, masak ikan, makan. Esok pergi kerja.

Buat aku teringat yang masa kecik dulu arwah bapak aku pun buat macam tu, cuma dia akan jual jugak. Itu yang buat aku ingat walaupun dulu kitaorang susah tapi aku sentiasa cukup makan dan seingat aku semua ikan sungai yang mak aku masak tu sedap dan aku tak pernah jemu pun. In fact sekarang ni aku sangat merindui ikan sepat ronggeng goreng. Sebab kecik boleh makan seekor sekali ngap. Dan aku juga teringin nak makan cendawan busut.

Dua-dua benda ni dah takde dekat sini. Nasib baiklah aku lelaki dan tak boleh mengandung, kalau aku mengandung mengidam nak makan ikan sepat tu mana nak cari?

Balik pada Bangladesh tu tadi, dan mungkin orang "susah" yang kita nampak, mungkin kita nampak diaorang susah tapi sebenarnya diaorang happy je.

Kita semua dah kena tipu sebenarnya. Kita dipressure untuk belajar tinggi-tinggi, ada harta benda yang banyak tapi hidup stress. Hahahahahahahah.

Quote From Twitter

@GoogleFact: The loneliest people are the kindest. The saddest people smile the brightest. The most damaged people are the wisest."

Masalah Pelupa

Aku ada masalah pelupa untuk dua perkara. Aku selalu lupa nak tutup switch ubat nyamuk. Aku selalu lupa jugak tutup api dapur bila memasak. Semalam habis berasap satu rumah, baru tersedar. Dan dua-dua ini sangat berbahaya.

Harapnya lepas tulis masalah aku ni buat aku sentiasa ingatlah.

Phobia of Water Heater

Japanese couple found dead in apartment unit bathroom

KUALA LUMPUR: An apartment block in Mont Kiara, which was the scene of two gruesome incidents, made headlines again when a Japanese couple were found dead in their bathroom.

Foul play has been ruled out as the couple were believed to have been electrocuted.

Ini adalah sebab kenapa aku berkeras taknak pasang water heater di rumah. Dan aku sangat fobia kepada water heater.

Kalau Membeli Barang Kebanyakan Orang Mahu Tahukan Harga

Unless korang kaya raya, korang tak peduli pasal harga. Macam aku everytime aku nak beli barang atau perkhidmatan perkara pertama aku tengok adalah kualiti, harga dan service yang diberikan. Jadi, jika anda menjual barang pastikan anda melayan pelanggan dengan baik, bagi kualiti barang yang terbaik dan bagi maklumat yang penting pasal barang atau perkhidmatan tersebut kepada customer. Salah satu maklumat yang paling penting ini ialah harga, dan mungkin jugak beberapa perkara lain depends on apa barang atau perkhidmatan yang dijual.

Benda paling aku pantang dalam perniagaan internet ialah kalau nak tau harga suruh PM. Maaf itu semua buang masa dan masa aku adalah sangat mahal. Bila aku tengok perkataan PM aku terus tutup browser sebab pada aku PM itu bermaksud Pergi Mampos!

Begitu juga kalau anda buat sekolah intergrasi swasta. Eloklah kalau struktur yuran di letak dalam website, senanglah penjaga nak merancang. Kalau tak boleh nak letak dalam website bila orang call angkatlah. Ini phone office tak angkat, handphone tak angkat. Email tak reply. Kau nak berniaga ke apa?

Oh mungkin diaorang cari parents yang kaya raya, yang tak peduli langsung pasal harga. Datang, Daftar, Bayar, Balik.

Semuanya Akan Berubah


Tahun depan Umar akan mula bersekolah rendah dan aku pasti segala²nya akan berubah. Kena bangun awal, kena hantar ambik Umar dari sekolah. Dah kena start solat bebetul sebab 7 tahun. Pada asalnya aku rasa tak perlu nak pergi sekolah agama tapi aku dengar kalau ada Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) boleh bukak peluang pergi sekolah yang bagus masa sekolah menengah nanti.

Sekolah Rendah Umar nanti agak jauh dari rumah sebab sekolah baru dekat rumah ni belum siap lagi. Sekolah Agama ada satu sekolah swasta dekat kawasan rumah aku. Tapi fikir-fikir balik sebenarnya lagi seronok kalau ada Sekolah Integrasi. Sekolah satu tempat dari pagi sampai petang. Yang kerajaan punya ada satu dekat Bangi dan satu dekat Salak Tinggi kut, jauh dari rumah aku.

Ada satu sekolah Integrasi swasta dekat taman sebelah. Kalau yurannya ok, aku rasa tak kisah kut kalau dia belajar situ sebab lebih kurang je nanti kalau sekolah rendah, sekolah agama, duit minyak motor hantar ambik dia.

Tapi berapa yurannya? Aku takut aku ketawa malu je bila diaorang bagitau harga nya mahal gila. Hahaha. Takpelah aku usahalah mana yang boleh nanti.

Anak aku dah besar.

Teh Tarik Session Dan Reunion

Bila aku join kelab kereta hari tu aku suka sebab boleh dapat banyak informasi dan maklumat yang sangat berguna. Dan boleh jugak mintak tolong dan tanya-tanya kalau nak beli barang ke apa ke.

Tapi aku macam pelik pulak tengok asyik nak berkumpul je. Aku faham sekali sekala tu baguslah untuk merapatkan silaturrahim tapi kalau sampai every weekend dapat invite aku tertanya-tanya jugak korang ni takde life ke? Hahaha.

Mengingatkan jugak kepada reunion. Eh takpelah lain kalilah cerita pasal reunion.

Vouchers

Saat harga minyak naik ni memang seronok dapat hadiah vouchers macam ini. RM100 voucher TESCO contest hari raya hari tu, dan RM30 hasil buat online survey.

Untuk aku banyak ni dah cukup buat aku happy. Alhamdulillah, harap banyak lagi hadiah aku dapat.

Al Fatihah Untuk Mamapooh Barney

Aku baru tau seorang auntie yang baca blog aku telah meninggal dunia semalam. Unexpected at all. Dia pernah belanja aku satu family nasi ayam penyet Wong Solo dan dia pernah ajak aku datang rumah dia tapi aku takde buat effort langsung pun nak pergi. Benda-benda macam ni kecik tapi bila orang tu dah takde baru tersedar. Dan tak guna lah nak menyesal.

Takpelah, please sedekah Al Fatihah untuk dia dan doakan dia damai di sana. Amin.

Oh dia adalah antara orang tua yang paling techie yang aku pernah tau dan Mamapooh Barney tu sebenarnya nama email dia hehe.

Masalah Keluarga Bertandang Di Kenduri Kahwin


Aku baru balik kenduri menghantar adik ipar aku dan macam beberapa kes-kes yang aku tengok sebelum ini ialah bila sampai kitaorang dibiarkan macam cakap "Buatlah macam rumah sendiri" dan dengan segan-segan duduk dekat meja makan takde orang peduli. Anak buah aku hari tu kawin pun jadi macam itu dan banyak kali jugaklah aku tengok kes yang mana orang yang sepatutnya dilayan tak dilayan atau ramai sangat orang yang nak dilayan sampai ramai orang lain yang patut dilayan, tak dilayan.

Hari ini mari kita fokuskan kepada melayan keluarga pihak belah sana, untuk bagi orang happy dan senang hati. Ini apa yang family aku (mak dan family aku) buat dan aku rasa orang happy:

1) Make sure ada seorang in charge melayan. Bukan fokus pada pengantin sahaja sebab ada kes yang pihak belah sana datang satu bas.
2) Diaorang jugak adalah VIP, bukan boss-boss kita sahaja.
3) Lepas bersanding terus pergi makan, bukan ambik gambar lama-lama sebab biasanya orang datang kelaparan dan imagine kalau datang jauh 3 jam perjalanan. Lepas makan ambilah gambar sampai lebam.
4) Di meja makan beradap tu biar semua keluarga belah sana yang duduk, family kita tak perlu menyibuk.
5) Special gift untuk diaorang, bukan bagi benda yang sama macam tetamu lain datang. Baru rasa appreciated sikit.
6) Bungkuskan lauk sikit, macam mak mentua aku buat, dia masuk dalam mangkuk tingkat. Kan manis macam tu.

Itu je lah kut yang aku ingat. Kalau tak mampu ada seorang yang in charge melayan pun dah cukup. Ini guides untuk buat rasa best sikit.

Oh aku nak pesan pada semua orang jugak, andai kata kawan kita kahwin dan tak jemput kita tak payahlah kita nak confront orang tu, lagi-lagi dekat Facebook ke apa. Dia tak jemput mungkin dia lupa kita, mungkin budget dia limited. Relax dah lah tak payahlah nak salahkan orang tu pulak.

Sebab Apa Kenaikan Minyak Buat Saya Bengang?

Sebagai orang yang rasional kita akan faham yang pemberian subsidi akan menyusahkan negara. Dan dengan pengurangan pemberian subsidi, negara dapat mengurangkan defisit hutang. Kesian betul, bukan menambah duit tapi mengurangkan hutang. Apa-apa je lah.

Masalah kita ialah bila harga petrol mahal ni kita takde option lain. Kalau minyak mahal naik public transportion. Untuk korang maybe adalah, untuk aku takde. Dan kalau ada pun macam haram dia punya perkhidmatan. Tak efficient langsung. Itu yang buat aku hangin satu badan. Dulu wife aku pernah guna, itu pasal aku tau. Nak taknak kena lah drive, kenalah beli petrol.

Kalau benda semua ni bagus, tak kisahlah takde subsidi pun sebab kita dah tak perlukan sangat pun.

Lagi satu yang aku bengang ialah semua benda akan jadi mahal. Semua orang akan naikkan harga. Diesel mahal, nelayan mesti charge lebih harga ikan, peniaga kedai makan mesti naikkan harga sebab ikan dah mahal. Arghhh semua orang pun tau bab tu, tapi menteri-menteri yang cakap dekat paper macam orang tak berpelajaran je in denial.

Extra RM8.60 Untuk Isi Minyak

Pagi tadi first time aku isi minyak lepas harga naik. Kena bayar extra RM8.40-RM8.60 lebih dari biasalah. Kira dalam seminggu kalau aku taknak merasa perubahan dari zaman sebelum harga minyak naik bolehlah kut aku puasa sehari.

Skip breakfast dan skip lunch sekali seminggu takdelah beza macam harga petrol lama. Haha. Kerajaan kan suruh rakyat berjimat?? Diaorang tu hutang banyak pandai berjimat ke tidak??

Comfortable


Bila korang dah kerja satu tempat dengan orang yang sama untuk masa yang lama korang jadi selesa. Dan nak ubah untuk ke kerja lain dengan orang yang tak kenal, susah rasanya. Malas nak start over.

Tekanan Atas Kesalahan Orang Lain

Aku manusia yang hidup ikut peraturan. Jadi aku akan marah dan tertekan kalau hidup aku yang diganggu dengan orang yang tak ikut peraturan dan jalankan tanggungjawab yang betul.

Setiap petang aku akan ambik anak-anak dan sebelum Maghrib tu kadang-kadang aku sangat tertekan.

Masa nak ambik anak banyak orang park kereta dekat luar rumah walaupun porch kosong, so aku kena mengelak² dan bila sampai rumah aku kena cepat-cepat sebab kereta jiran yang ada 6 bijik ni block jalan dekat rumah aku. Takut ada kereta nak lalu lepas tu semua pandang semacam pada aku padahal bukan kereta aku yang block jalan.

Lepas tu nak kena bukak gate aku yang dah rosak akibat aku terlanggar hari tu sebab radius nak turn kereta aku dah mengecil sebab ada kereta block jalan. Wife aku pun pernah terlanggar gate akibat masalah yang sama.

Park je kereta dalam rumah bau busuk sebab MPKJ tak angkat sampah dah sampai berulat-ulat. Aku rasa sekarang ni seminggu sekali je kut diaorang buat kerja. Every week memang berulat dan busuk.

Masuk rumah, air dah habis sebab water filter rosak dan filter gantinya tak dijual di semua cawangan pengeluar water filter tu. Dia cakap berapa haribulan baru nak datang. Dekat semua cawangan pengedar. Bodoh punya cara berniaga. Kenalah pergi isi botol air  dekat mesin air. Kenapa tak guna air paip? Air paip kuning! Semestinya bukan salah aku jugak.

Sementara nak pergi isi air, orang takde otak double park dekat jalan yang sempit. Lepas tu buat bodoh je tengok orang ramai nak mengelak² kereta dia. Fikir senang sendiri je.

Semua benda ni buat aku tertekan dan takde satu pun salah aku.

Siapa yang menunaikan Haji atau akan berada di Mekah tolonglah doa supaya dibukak kan hati manusia-manusia ni jangan pentingkan diri sendiri, lebih bertanggungjawab dan doa jugak peniaga-peniaga berniagalah dengan betul dan jangan menindas pengguna. Biarlah semua orang bahagia dan bebas tekanan.

Family Gathering

Sabtu dan Ahad hari tu aku jamu family makan-makan. Sabtu family Liza dan Ahad family aku. Kebetulan pulak Sabtu hari tu KL takde air so family Liza terus tidur rumah kitaorang.

Tak tau kenapa tapi aku memang suka bila orang datang rumah aku. Kitaorang suka masak sendiri so biasanya bilangan jemputannya sedikitlah. Tapi memang rasa puas.

Memandangkan sebulan ada 4 minggu aku rasa setahun seorang daripada adik beradik je buat makan-makan ni. Kira selang-selanglah. Asalkan ada satu hari berkumpul.

Lagipun kan harga minyak dah naik?? Benda lain pun nak naik jugakkan?? Kenalah duduk rumah.

Kualiti Gambar

Aku ada ramai kawan yang pandai ambik gambar. So mata aku dan taste aku dalam photography adalah sangat tinggi. Apa yang penting sekali dalam mengambil gambar ni selain shot pada masa yang tepat, angle yang menarik adalah pengcahyaan ataupun lighting.

Sejujurnya aku tak pandai ambik gambar. Jadi aku takdelah pergi ambik gambar.

Contoh dibawah adalah perbezaan antara dua keping gambar yang diambil di tempat yang sama, waktu yang lebih kurang sama, dan bawah lampu yang sama tapi kualiti yang berbeza.



Bila gambar kelam dia jadi tak menarik.

Komuniti Berpagar

Kawasan rumah aku nak buat komuniti berpagar. One off payment RM700 dan nanti monthly kena beberapa puluh ringgit lagi. Sekarang ada conflict yang mana pakcik-pakcik kaya dan mungkin dah pencen berkeras nakkan benda ni, ada sesetengah jiran yang ikut dan ada sesetengah yang membantah.

Aku rasa yang berkeras nakkan benda ni sebab pada diaorang RM700 tu sikit dan diaorang tak banyak belanja harian so nak bayar RM80 sebulan pun takde masalah.

Sorrylah kalau cara aku tulis ni nampak macam aku ni miskin. Sebenarnya aku tak miskin tapi aku rasa ramai je orang yang macam aku.

Kita nak start kehidupan, kita nak membesarkan anak-anak dan macam-macam lagilah. Loan rumah nak kena bayar sementara orang-orang pencen ni tadi dah habis bayar dah kut rumah masing-masing ke beli cash? Kereta pun tak bergerak sangat. Compare dengan kita yang sentiasa bergerak ke sana kemari atas dasar keperluan yang bermaksud banyak belanja yang keluar. Kita ada benda yang lebih perlu dan at the same time kita kena tolak benda yang kurang perlu. Bukanlah kita taknak kan kawasan perumahan yang lebih selamat tapi itu bukan keperluan yang utama. Insurance dan saving untuk anak-anak lagi penting. Sementara aku cubalah sedaya upaya buat kunci rumah aku sendal dengan kayu ke apa untuk bagi lebih selamat walaupun dalam rumah aku takde barang berharga pun sebenarnya.

Orang-orang kaya raya ni dia tak fikir susah orang lain, dia fikir senang dia je dan lepas tu mendesak dan kadang-kadang aku tengok dah tahap menghina pun ada.

Aku boleh join benda ni. Yang 700 tu aku bayar ansuran 10 ringgit sebulan, lepas tu monthly aku bayar 2 ringgit. Macam tu aku join.

Golongan Pertengahan

Bila benda macam barang naik ni biasanya golongan pertengahan yang akan terasa sangat.

Golongan bawahan tak terasa mungkin sebab diaorang tak guna sangat, katakan dalam kes ini kereta. Kerja kampung ke contohnya, naik motor takde tol.

Golongan atasan tak terasa sebab diaorang dah semulajadi kaya.

Golongan pertengahan ni ha. Dia tak susah sangat dan tak senang sangat. Dia tak dapat bantuan apa-apa. Bila apa-apa barang naik dia kena pandai-pandai adjust.

Eh cakap banyak pun tak guna. Memang tak guna betul! Takde ke orang nak demo?

Rasa Bersalah Melahirkan Anak Ke Muka Bumi

Sabtu hari tu mak mentua aku tanya-tanya harga rumah yang dekat area rumah aku ni, sebab nak suruh adik ipar aku yang nak kahwin ni beli. So aku pun google dan jumpa harganya dekat RM800K untuk rumah Semi-D. RM LAPAN RATUS RIBU. RM LAPAN RATUS RIBU. Dan area ni bukan lah dekat KL pun.

Aku terbayang masa hadapan yang sangat kelam untuk anak-anak aku sebab macamana zaman diaorang tu nanti.

Dan malam ni minyak petrol pulak naik. Anak aku nak sekolah tahun depan dan aku kena hantar ambik dia yang bermaksud aku kena guna banyak minyak. Untuk berkorban aku belilah motor kut kalau nak jimat. Takdelah aku nak selesa-selesa lagi naik kereta beraircond ke tempat kerja. Aku boleh upah van tapi mesti mahal dan gaya pemanduan macam celaka aku tengok setiap petang.

Ini masalah zaman sekarang, zaman anak-anak kita nanti macamana? Aku tak rasa yang tangga gaji akan meningkat mendadak sebagaimana keperluan asas naik menggila sekarang ni. Kesian anak-anak aku. 

Gambar Kenangan

Harap dapat aktif macam ni sekali seminggu pun ok. Eh dua kali, sekali dekat office, sekali dengan jiran-jiran. InsyaAllah hidup bahagia.








Kita Tidak Pernah Tahu Keupayaan Kita Selagi Kita Tak Mencuba


Last week hari sukan company aku. Aku masuk ping pong, dodgeball and futsal. Bila bahu aku problem masa main dodgeball aku sedaya upaya nak escape main futsal sebab aku tau aku tak boleh nak compete dengan bebudak muda tu. Tapi nak taknak aku kena main jugak sebab takde orang ganti. Position aku memang striker sejak lahir tapi aku decided to jadi keeper sebab team aku ada seorang goal poacher. Dan memang 99% gol dia yang score untuk team aku.

First game dan first minute of the game tu gol aku kena serang bertubi-tubi dan tak disangka-sangka aku banyak save. Tapi akhirnya bolos satu gol. Kira try tepat 15 kali dan gol 1 je. Dan secara tiba-tiba ramai orang sokong aku dan aku rasa aku jadi famous. Aku dengar orang bersorak dan tepuk tangan. Game tu seri 1-1. Ada sekali tu orang ramai kat luar sorak nama aku. "Pizli! Pizli!". Hahahaha. Aku ada jugak main striker 3 game. Tapi tak boleh sangatlah kut, takde stamina. Main league tapi team aku tak dapat medal pun sebab boleh cakap team kitaorang memang underdoglah. Dan second day tu striker kitaorang injured.


Everytime lepas habis game bila aku dekat luar padang ramai orang puji-puji cakap aku hebat jadi keeper. Aku pun tak pasti macamana aku boleh buat macam tetiba ada roh R. Arumugam dalam badan aku. Aku punya confident masa tu rasa nak pergi trial mana-mana club. Itulah selama ni aku tak pernah cuba, so aku tak tau aku boleh. Last jadi keeper masa form 3. Atmosphere dia memang sangat hebatlah, dengan adrenalin 50 orang players macam-macam nationality pada tahap paling tinggi di sekeliling court.

Apa-apa pun tournament kali ni adalah tournament yang aku paling puas dalam sejarah hidup aku. Dan memang sukan ni menyatukan semua orang. Happy je dengan kawan-kawan.

Tahun depan tak tau lagi sebab Umar dah sekolah, takut tak boleh join kalau nak kena ambik dia petang-petang. Bahu aku ni pun tak tau nak repair kat mana, kalau hospital mesti banyak habis masa. Tengoklah nanti macamana.