Ayat "Biar Berlebih Daripada Tak Cukup" Sudah Tidak Lagi Relevan

Dulu aku selalu pesan kat Liza kalau nak masak tu takpe lebih sikit daripada tak cukup. Tapi dalam dunia yang zalim sekarang ni aku rasa takpelah kut kalau masak tak cukup daripada masak lebih, lepas tu tak habis dan jadi membazir.

Kalau tak cukup barang kita masih ada lagi tak digunakan. Maybe ayam masih ada seketul dua, nasi dua tiga suap daripada  nasi sesuap dua dibuang sebab nak simpan pun tak boleh. Kalau macam lauk tu takpe jugaklah kut sebab boleh bawak bekal pergi office.

Tapi ini untuk makan anak beranak je lah, kalau tetamu datang eloklah masak lebih-lebih sikit, nanti orang tak cukup makan pulak. Haha.

No comments: