Bangladesh Memancing

Dekat rumah aku ada tasik dan aku selalu nampak orang Bangladesh atau Indonesia akan memancing atau menjaring ikan. Aku rasa diaorang setakat memancing untuk buat lauk je lah kut, bukan untuk jual. Dapat dua tiga ekor balik. Masak nasik, masak ikan, makan. Esok pergi kerja.

Buat aku teringat yang masa kecik dulu arwah bapak aku pun buat macam tu, cuma dia akan jual jugak. Itu yang buat aku ingat walaupun dulu kitaorang susah tapi aku sentiasa cukup makan dan seingat aku semua ikan sungai yang mak aku masak tu sedap dan aku tak pernah jemu pun. In fact sekarang ni aku sangat merindui ikan sepat ronggeng goreng. Sebab kecik boleh makan seekor sekali ngap. Dan aku juga teringin nak makan cendawan busut.

Dua-dua benda ni dah takde dekat sini. Nasib baiklah aku lelaki dan tak boleh mengandung, kalau aku mengandung mengidam nak makan ikan sepat tu mana nak cari?

Balik pada Bangladesh tu tadi, dan mungkin orang "susah" yang kita nampak, mungkin kita nampak diaorang susah tapi sebenarnya diaorang happy je.

Kita semua dah kena tipu sebenarnya. Kita dipressure untuk belajar tinggi-tinggi, ada harta benda yang banyak tapi hidup stress. Hahahahahahahah.

No comments: