Berbaloi Tak?

Aku berhenti merokok, padahal merokok itu adalah benda yang paling nikmat di dunia ini.

Lupakan bab aku berhenti merokok, sekarang kita cerita pasal benda yang berbaloi. Anyway, masih lagi pasal rokok. Katakan kau kena lung cancer pada umur 90 tahun macam Chin Peng dan up to that point kau merokok, benda paling nikmat dalam dunia itu tadi, mesti kau akan rasa berbaloi. Walaupun kau ada lung cancer tapi kau dapat hidup sampai macam itu dan kau dapat menikmati rokok selama kau hidup.

Banyak lagi situasi lain. Contoh, berbaloi tak kau hidup bawah jambatan tapi kau dapat kasih sayang yang sangat tinggi daripada suami. Berbaloi tak hidup bawah jambatan itu. Banyak lagilah situasi lain.

Sekarang bahu aku sakit dan aku rasa ada beberapa tulang di tangan dan kaki aku maybe retaklah kut. (takde masa aku nak pergi check lagi). Tapi pada aku semua itu berbaloi, masa minggu bahu aku dislocated hari tu adalah minggu yang paling seronok dalam hidup aku dalam 10-15 tahun ni. Dan maybe tumit aku ni retak sikit sebab main badminton Sabtu lepas, salah landing. Walaupun sakit tapi bersukan buat aku SANGAT-SANGAT HAPPY.

Aku perlukan cuti yang panjang untuk check semua ni. Takpelah, aku bukan atlet Malaysia nak kena 100 percent.

Soalannya di sini, ada tak apa-apa kejadian yang anda rasa berbaloi walaupun sakit, susah?

Aku tanya-tanya ni macamlah ada orang nak jawab pun hahaha.

1 comment:

Aziela said...

Hidup berjauhan dengan suami dan anak sebab kerja, duit habis dek minyak dan tol, kalau diperhalusi, akak rasa berbaloi. Pengorbanan yang sangat besar, tapi untuk long term achievement. Or maybe sekadar memujuk hati agar terus bertahan.