Elektronik Media Mengubah Cara Saya Mencari Berita Sukan


Sebelum ini bila habis perlawanan sukan yang membabitkan pasukan Malaysia aku akan cepat-cepat beli suratkhabar pada esok paginya tapi sekarang aku boleh dapat segala informasi di internet dan boleh dikatakan segala informasi, reaksi dan lain-lain aku boleh dapat instantly dan yang penting lebih accurate dan jelas daripada print media yang aku hanya akan dapat pada esok paginya.

Contoh macam perlawanan final Pestabola Merdeka yang baru habis. By pukul 12 malam tu aku dah dapat tengok highlights, interview pemain, reaksi peminat dan lain-lain lagilah. Selain gambar dan berita ringkas yang ditulis di Twitter aku jugak boleh dapat tengok video.

Sebelum ini mungkin di print media reporter akan edit apa yang seseorang pemain tu cakap dan akan edit supaya bahasanya manis tapi obviously kita yang baca rasa fake tapi dengan macam video kat atas ni yang mana players cakap dengan ikhlas dan lebih tulen kita dapat rasakan kegembiraan atau kesedihan diaorang.


Untuk suratkhabar diinternet tu sendiri pun dah tak bagi full news macam dulu walaupun diaorang boleh dapat income through internet advertisement macam dekat blog aku ni, sekarang diaorang suruh kita beli epaper diaorang. Mungkin income dari internet advertisement tak banyak kut, macam blog aku ni jugaklah sehari 20-30 sen je hahahahah. Aku pergi Facebook fan page je lah untuk dapat informasi percuma.

No comments: