Family Gathering

Sabtu dan Ahad hari tu aku jamu family makan-makan. Sabtu family Liza dan Ahad family aku. Kebetulan pulak Sabtu hari tu KL takde air so family Liza terus tidur rumah kitaorang.

Tak tau kenapa tapi aku memang suka bila orang datang rumah aku. Kitaorang suka masak sendiri so biasanya bilangan jemputannya sedikitlah. Tapi memang rasa puas.

Memandangkan sebulan ada 4 minggu aku rasa setahun seorang daripada adik beradik je buat makan-makan ni. Kira selang-selanglah. Asalkan ada satu hari berkumpul.

Lagipun kan harga minyak dah naik?? Benda lain pun nak naik jugakkan?? Kenalah duduk rumah.

3 comments:

@ju said...

Masak untuk tetamu adalah satu kegembiraan kan...nak-nak kalau tetamu makan dengan berselera....bangga sih...

pB said...

salam

selamat hari raya
maaf kot kot ada komen komen yang pernah ditinggalkan diruangan ini pernah mengguris perasaan awak

Pizli Mat Wazip said...

@ju - Betul, wife saya pun happy bercerita dengan mak dia lauk dia masak habis.

pB - Samalah-samalah kita. (takde terguris kut hehe)