Kalau Membeli Barang Kebanyakan Orang Mahu Tahukan Harga

Unless korang kaya raya, korang tak peduli pasal harga. Macam aku everytime aku nak beli barang atau perkhidmatan perkara pertama aku tengok adalah kualiti, harga dan service yang diberikan. Jadi, jika anda menjual barang pastikan anda melayan pelanggan dengan baik, bagi kualiti barang yang terbaik dan bagi maklumat yang penting pasal barang atau perkhidmatan tersebut kepada customer. Salah satu maklumat yang paling penting ini ialah harga, dan mungkin jugak beberapa perkara lain depends on apa barang atau perkhidmatan yang dijual.

Benda paling aku pantang dalam perniagaan internet ialah kalau nak tau harga suruh PM. Maaf itu semua buang masa dan masa aku adalah sangat mahal. Bila aku tengok perkataan PM aku terus tutup browser sebab pada aku PM itu bermaksud Pergi Mampos!

Begitu juga kalau anda buat sekolah intergrasi swasta. Eloklah kalau struktur yuran di letak dalam website, senanglah penjaga nak merancang. Kalau tak boleh nak letak dalam website bila orang call angkatlah. Ini phone office tak angkat, handphone tak angkat. Email tak reply. Kau nak berniaga ke apa?

Oh mungkin diaorang cari parents yang kaya raya, yang tak peduli langsung pasal harga. Datang, Daftar, Bayar, Balik.

1 comment:

Lord Voldemort said...

yep. sapa suruh PM tu alamatnya nak meniaga dengan orang desperate jelah kot.