KELUARGA

Hari Sabtu lepas kenduri kahwin adik ipar aku. Kepada kawan-kawan rapat sorrylah aku tak dapat jemput sebab bukan majlis aku, takut mak mertua aku ada jemputan tertentu. Yang pastinya dalam jemputan tu ada mak mertua aku sediakan untuk family aku jugak. Dan family biras-biras aku yang lain.

Aku seronok sebab adik beradik aku datang, abang, kakak, adik. Adik beradik biras aku pun datang. Mak aku dari Perak pun datang. Kira sedara sesangatlah rasanya. Masa adik aku kahwin hari tu pun mertua dan adik-adik ipar aku datang.

Aku happy sebab macam ikatan dan ambil berat itu kuat. Majlisnya malam, adik ipar aku sewa satu banglo ni buat majlis tu, anak-anak dan sepupu diaorang bebaslah berlari kawasan luas, takde gangguan. So aku tak perlu risau. Dan bila tak perlu risau, aku biarkan je dan ambik gambar dengan isteri dan adik-adik. Bukan selalu.




Harap ikatan persaudaraan yang baik ini berkekalan. 

1 comment:

Voldemort said...

okay bang!