Kita Tidak Pernah Tahu Keupayaan Kita Selagi Kita Tak Mencuba


Last week hari sukan company aku. Aku masuk ping pong, dodgeball and futsal. Bila bahu aku problem masa main dodgeball aku sedaya upaya nak escape main futsal sebab aku tau aku tak boleh nak compete dengan bebudak muda tu. Tapi nak taknak aku kena main jugak sebab takde orang ganti. Position aku memang striker sejak lahir tapi aku decided to jadi keeper sebab team aku ada seorang goal poacher. Dan memang 99% gol dia yang score untuk team aku.

First game dan first minute of the game tu gol aku kena serang bertubi-tubi dan tak disangka-sangka aku banyak save. Tapi akhirnya bolos satu gol. Kira try tepat 15 kali dan gol 1 je. Dan secara tiba-tiba ramai orang sokong aku dan aku rasa aku jadi famous. Aku dengar orang bersorak dan tepuk tangan. Game tu seri 1-1. Ada sekali tu orang ramai kat luar sorak nama aku. "Pizli! Pizli!". Hahahaha. Aku ada jugak main striker 3 game. Tapi tak boleh sangatlah kut, takde stamina. Main league tapi team aku tak dapat medal pun sebab boleh cakap team kitaorang memang underdoglah. Dan second day tu striker kitaorang injured.


Everytime lepas habis game bila aku dekat luar padang ramai orang puji-puji cakap aku hebat jadi keeper. Aku pun tak pasti macamana aku boleh buat macam tetiba ada roh R. Arumugam dalam badan aku. Aku punya confident masa tu rasa nak pergi trial mana-mana club. Itulah selama ni aku tak pernah cuba, so aku tak tau aku boleh. Last jadi keeper masa form 3. Atmosphere dia memang sangat hebatlah, dengan adrenalin 50 orang players macam-macam nationality pada tahap paling tinggi di sekeliling court.

Apa-apa pun tournament kali ni adalah tournament yang aku paling puas dalam sejarah hidup aku. Dan memang sukan ni menyatukan semua orang. Happy je dengan kawan-kawan.

Tahun depan tak tau lagi sebab Umar dah sekolah, takut tak boleh join kalau nak kena ambik dia petang-petang. Bahu aku ni pun tak tau nak repair kat mana, kalau hospital mesti banyak habis masa. Tengoklah nanti macamana.

2 comments:

Voldemort said...

Aku first main bola pun jadi keeper. Maybe sebab aku tinggi. Siap training as backup keeper sekolah.

Tapi lepas tu aku rasa Kanchelskis lagi cool. So aku tukar diri jadi winger.

Pizli Mat Wazip said...

Hahahah masa aku sekolah rendah pun cikgu suruh jadi keeper. Tapi aku naluri pemusnah. Aku dah siap cakap kat Umar kalau cikgu suruh jadi keeper cakap: "Ayah saya dah train saya dari umur setahun jadi striker."