Komuniti Berpagar

Kawasan rumah aku nak buat komuniti berpagar. One off payment RM700 dan nanti monthly kena beberapa puluh ringgit lagi. Sekarang ada conflict yang mana pakcik-pakcik kaya dan mungkin dah pencen berkeras nakkan benda ni, ada sesetengah jiran yang ikut dan ada sesetengah yang membantah.

Aku rasa yang berkeras nakkan benda ni sebab pada diaorang RM700 tu sikit dan diaorang tak banyak belanja harian so nak bayar RM80 sebulan pun takde masalah.

Sorrylah kalau cara aku tulis ni nampak macam aku ni miskin. Sebenarnya aku tak miskin tapi aku rasa ramai je orang yang macam aku.

Kita nak start kehidupan, kita nak membesarkan anak-anak dan macam-macam lagilah. Loan rumah nak kena bayar sementara orang-orang pencen ni tadi dah habis bayar dah kut rumah masing-masing ke beli cash? Kereta pun tak bergerak sangat. Compare dengan kita yang sentiasa bergerak ke sana kemari atas dasar keperluan yang bermaksud banyak belanja yang keluar. Kita ada benda yang lebih perlu dan at the same time kita kena tolak benda yang kurang perlu. Bukanlah kita taknak kan kawasan perumahan yang lebih selamat tapi itu bukan keperluan yang utama. Insurance dan saving untuk anak-anak lagi penting. Sementara aku cubalah sedaya upaya buat kunci rumah aku sendal dengan kayu ke apa untuk bagi lebih selamat walaupun dalam rumah aku takde barang berharga pun sebenarnya.

Orang-orang kaya raya ni dia tak fikir susah orang lain, dia fikir senang dia je dan lepas tu mendesak dan kadang-kadang aku tengok dah tahap menghina pun ada.

Aku boleh join benda ni. Yang 700 tu aku bayar ansuran 10 ringgit sebulan, lepas tu monthly aku bayar 2 ringgit. Macam tu aku join.

4 comments:

nur marina said...

sebelum tidur, amalkan baca ayat kursi dan hembus ke pintu umah..buat pagar umah..seeloknye buat 4 penjuru rumah dan sentiasa berdoa agar berada dalam lindunganNYa...tapi make sure lah rumah berkunci and grill...usaha dan doa jangan dipisahkan...buat semampu poket kita..sebab bulan2 kita dan anak2 kita yang akan ikat perut kalu duit habis...:)

Pizli Mat Wazip said...

:-)

sero said...

tabung persatuan penduduk... keluar duit dulu n collect bulanan?.

Pizli Mat Wazip said...

sero - Eh tak cukup, sebab in total nak kena collect beratus ribu :D