Masalah Keluarga Bertandang Di Kenduri Kahwin


Aku baru balik kenduri menghantar adik ipar aku dan macam beberapa kes-kes yang aku tengok sebelum ini ialah bila sampai kitaorang dibiarkan macam cakap "Buatlah macam rumah sendiri" dan dengan segan-segan duduk dekat meja makan takde orang peduli. Anak buah aku hari tu kawin pun jadi macam itu dan banyak kali jugaklah aku tengok kes yang mana orang yang sepatutnya dilayan tak dilayan atau ramai sangat orang yang nak dilayan sampai ramai orang lain yang patut dilayan, tak dilayan.

Hari ini mari kita fokuskan kepada melayan keluarga pihak belah sana, untuk bagi orang happy dan senang hati. Ini apa yang family aku (mak dan family aku) buat dan aku rasa orang happy:

1) Make sure ada seorang in charge melayan. Bukan fokus pada pengantin sahaja sebab ada kes yang pihak belah sana datang satu bas.
2) Diaorang jugak adalah VIP, bukan boss-boss kita sahaja.
3) Lepas bersanding terus pergi makan, bukan ambik gambar lama-lama sebab biasanya orang datang kelaparan dan imagine kalau datang jauh 3 jam perjalanan. Lepas makan ambilah gambar sampai lebam.
4) Di meja makan beradap tu biar semua keluarga belah sana yang duduk, family kita tak perlu menyibuk.
5) Special gift untuk diaorang, bukan bagi benda yang sama macam tetamu lain datang. Baru rasa appreciated sikit.
6) Bungkuskan lauk sikit, macam mak mentua aku buat, dia masuk dalam mangkuk tingkat. Kan manis macam tu.

Itu je lah kut yang aku ingat. Kalau tak mampu ada seorang yang in charge melayan pun dah cukup. Ini guides untuk buat rasa best sikit.

Oh aku nak pesan pada semua orang jugak, andai kata kawan kita kahwin dan tak jemput kita tak payahlah kita nak confront orang tu, lagi-lagi dekat Facebook ke apa. Dia tak jemput mungkin dia lupa kita, mungkin budget dia limited. Relax dah lah tak payahlah nak salahkan orang tu pulak.

2 comments:

Anonymous said...

hmmm...ada kes camni punya kecik hati sampai skrg dah 20 tahun kawen pun hubungan tu tak berapa baik. bukan nak layan cam raja pun. cuma tunjuk hormat. tu je. skrg ni sesama besan pun dingin. mertua dgn menantu yg family tak reti melayan pun dingin.

Pizli Mat Wazip said...

Betul, at least layanlah sikit.