Pemandu Malaysia Hipokrit

Masa akus ervis kereta hari tu ada seorang pakcik bersembang dengan aku. Macam-macam yang disembangkan dan antara satu tajuk yang menarik ialah bab pemandu Malaysia. Mungkin sebab depan service centre tu ada jalan dan beberapa kali jugak bunyi hon macam nak bergaduh.

Daripada cerita dia, aku tau pakcik tu dah 60s jugaklah kut dan orang kaya. Dia cakap dekat Indonesia walaupun sesaknya lebih dari Malaysia tapi masing-masing faham. Dan takdelah macam nak bergaduh bila di jalanraya. Di Malaysia ni pulak konsepnya ialah:

"Kalau kau buat silap, kau salah besar. Kalau aku buat silap, relaxlah brader, sikit je"

Macam bab bab di jalan raya ni pulak biasa benda sikit je, kalau kita bertolak ansur semuanya akan happy, tak perlulah nak marah-marah nak bunyikan hon. Sebab kalau accident banyak masa yang akan dibuang nak settlekan masalah.

No comments: