Rasa Bersalah Melahirkan Anak Ke Muka Bumi

Sabtu hari tu mak mentua aku tanya-tanya harga rumah yang dekat area rumah aku ni, sebab nak suruh adik ipar aku yang nak kahwin ni beli. So aku pun google dan jumpa harganya dekat RM800K untuk rumah Semi-D. RM LAPAN RATUS RIBU. RM LAPAN RATUS RIBU. Dan area ni bukan lah dekat KL pun.

Aku terbayang masa hadapan yang sangat kelam untuk anak-anak aku sebab macamana zaman diaorang tu nanti.

Dan malam ni minyak petrol pulak naik. Anak aku nak sekolah tahun depan dan aku kena hantar ambik dia yang bermaksud aku kena guna banyak minyak. Untuk berkorban aku belilah motor kut kalau nak jimat. Takdelah aku nak selesa-selesa lagi naik kereta beraircond ke tempat kerja. Aku boleh upah van tapi mesti mahal dan gaya pemanduan macam celaka aku tengok setiap petang.

Ini masalah zaman sekarang, zaman anak-anak kita nanti macamana? Aku tak rasa yang tangga gaji akan meningkat mendadak sebagaimana keperluan asas naik menggila sekarang ni. Kesian anak-anak aku. 

No comments: