Review Tadika Celik Minda, Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota


Kita sentiasa ingin mendapatkan segala-galanya yang terbaik untuk anak-anak. Tapi kadang-kadang ada limitation kepada diri kita sendiri. Hari ini mari kita cerita pasal tadika. Ada tadika yang sangat bagus, tapi sangat mahal. Ada tadika yang bagus, berpatutan tapi jauh dari rumah. Ada tadika yang bagus, berpatutan, dekat dengan rumah tapi lebih tumpukan kepada sesuatu perkara sahaja, tidak menyeluruh.

Bagi aku Tadika Celik Minda ini walaupun bukan sebuah tadika yang glamour macam sesetengah tadika tapi apa yang diberi adalah good enough untuk anak aku. Sebab yang paling utama ialah semua pelajaran sama rata.


Anak aku boleh baca, boleh mengira, boleh menulis. Boleh baca surah, baca segala doa. Menulis dia slow dan buruk sebab salah dia sendiri hehehe.

Dan yang penting anak aku dah mengaji Al Quran Juzuk 2, dari Iqraq diaorang yang ajar.




Dia ada jugak hari sukan dan lawatan. Melawat Pusat Sainslah, Kilang Vitagenlah. Ada lah menari-nari semua. Yang aku rasa patut ada untuk budak kecik, untuk bagi diaorang happy. Bagi kehidupan diaorang balance.

Dan yang penting aku dan isteri mampu.

Tadika Celik Minda ( TCM )
Seksyen 6, Bdr Bukit Mahkota,
Selangor. (Tel: 013-2222871)

No comments: