Saya Dan Contest Lagi

Macam dah selalu cerita aku memang suka masuk contest dan sekarang ni kerap jugaklah aku menang hadiah kecik-kecik. Sekarang ni je aku tunggu 4 hadiah kecik-kecik ni. Kira kecik bermaksud value dia dalam RM30 lah max. Haha. Yang sebenar²nya aku target hadiah besar. Macam Ipad Mini ke. So bila aku dapat email dari pihak yang buat contest hadiahnya Ipad Mini aku sangatlah gembira. Lebih-lebih lagi bila ayat² dia macam bawah ini.

Dear Mat Wazip Pizli,

CONGRATULATIONS!

We are excited to recognize you as the lucky winner of our XX XXXXX XXX XXXX 2013 Giveaway Contest. Thank you for your participation in this contest and support for this the XXXX XXXX.

You may collect your precious prize at registration counter, any time of any day during XX XXXXX XXX XXXX 2013 which will be on XXth-XXth September at XXXXX XXX XXXXX, XXXX. 

Aku punyalah berdebar bila aku baca ayat-ayat di atas lebih-lebih lagi precious prize tu dan macam nak meletup dada aku excited nak bagitau anak sebab bolehlah diaorang tengok Youtube dekat screen besar sikit lepas ni dan takdelah merosakkan phone aku. Tapi sekali aku baca ayat bawah ni.

Please bring a printed copy of this email with you in order to claim your prize - movie voucher.

Aku terus stop baca ayat² yang lain dan aku menangis sepanjang malam.

Dan aku faham kalau korang menangis bersama-sama aku lepas baca post ini.

No comments: