Sebab Apa Kenaikan Minyak Buat Saya Bengang?

Sebagai orang yang rasional kita akan faham yang pemberian subsidi akan menyusahkan negara. Dan dengan pengurangan pemberian subsidi, negara dapat mengurangkan defisit hutang. Kesian betul, bukan menambah duit tapi mengurangkan hutang. Apa-apa je lah.

Masalah kita ialah bila harga petrol mahal ni kita takde option lain. Kalau minyak mahal naik public transportion. Untuk korang maybe adalah, untuk aku takde. Dan kalau ada pun macam haram dia punya perkhidmatan. Tak efficient langsung. Itu yang buat aku hangin satu badan. Dulu wife aku pernah guna, itu pasal aku tau. Nak taknak kena lah drive, kenalah beli petrol.

Kalau benda semua ni bagus, tak kisahlah takde subsidi pun sebab kita dah tak perlukan sangat pun.

Lagi satu yang aku bengang ialah semua benda akan jadi mahal. Semua orang akan naikkan harga. Diesel mahal, nelayan mesti charge lebih harga ikan, peniaga kedai makan mesti naikkan harga sebab ikan dah mahal. Arghhh semua orang pun tau bab tu, tapi menteri-menteri yang cakap dekat paper macam orang tak berpelajaran je in denial.

No comments: