Semuanya Akan Berubah


Tahun depan Umar akan mula bersekolah rendah dan aku pasti segala²nya akan berubah. Kena bangun awal, kena hantar ambik Umar dari sekolah. Dah kena start solat bebetul sebab 7 tahun. Pada asalnya aku rasa tak perlu nak pergi sekolah agama tapi aku dengar kalau ada Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) boleh bukak peluang pergi sekolah yang bagus masa sekolah menengah nanti.

Sekolah Rendah Umar nanti agak jauh dari rumah sebab sekolah baru dekat rumah ni belum siap lagi. Sekolah Agama ada satu sekolah swasta dekat kawasan rumah aku. Tapi fikir-fikir balik sebenarnya lagi seronok kalau ada Sekolah Integrasi. Sekolah satu tempat dari pagi sampai petang. Yang kerajaan punya ada satu dekat Bangi dan satu dekat Salak Tinggi kut, jauh dari rumah aku.

Ada satu sekolah Integrasi swasta dekat taman sebelah. Kalau yurannya ok, aku rasa tak kisah kut kalau dia belajar situ sebab lebih kurang je nanti kalau sekolah rendah, sekolah agama, duit minyak motor hantar ambik dia.

Tapi berapa yurannya? Aku takut aku ketawa malu je bila diaorang bagitau harga nya mahal gila. Hahaha. Takpelah aku usahalah mana yang boleh nanti.

Anak aku dah besar.

No comments: