Tekanan Atas Kesalahan Orang Lain

Aku manusia yang hidup ikut peraturan. Jadi aku akan marah dan tertekan kalau hidup aku yang diganggu dengan orang yang tak ikut peraturan dan jalankan tanggungjawab yang betul.

Setiap petang aku akan ambik anak-anak dan sebelum Maghrib tu kadang-kadang aku sangat tertekan.

Masa nak ambik anak banyak orang park kereta dekat luar rumah walaupun porch kosong, so aku kena mengelak² dan bila sampai rumah aku kena cepat-cepat sebab kereta jiran yang ada 6 bijik ni block jalan dekat rumah aku. Takut ada kereta nak lalu lepas tu semua pandang semacam pada aku padahal bukan kereta aku yang block jalan.

Lepas tu nak kena bukak gate aku yang dah rosak akibat aku terlanggar hari tu sebab radius nak turn kereta aku dah mengecil sebab ada kereta block jalan. Wife aku pun pernah terlanggar gate akibat masalah yang sama.

Park je kereta dalam rumah bau busuk sebab MPKJ tak angkat sampah dah sampai berulat-ulat. Aku rasa sekarang ni seminggu sekali je kut diaorang buat kerja. Every week memang berulat dan busuk.

Masuk rumah, air dah habis sebab water filter rosak dan filter gantinya tak dijual di semua cawangan pengeluar water filter tu. Dia cakap berapa haribulan baru nak datang. Dekat semua cawangan pengedar. Bodoh punya cara berniaga. Kenalah pergi isi botol air  dekat mesin air. Kenapa tak guna air paip? Air paip kuning! Semestinya bukan salah aku jugak.

Sementara nak pergi isi air, orang takde otak double park dekat jalan yang sempit. Lepas tu buat bodoh je tengok orang ramai nak mengelak² kereta dia. Fikir senang sendiri je.

Semua benda ni buat aku tertekan dan takde satu pun salah aku.

Siapa yang menunaikan Haji atau akan berada di Mekah tolonglah doa supaya dibukak kan hati manusia-manusia ni jangan pentingkan diri sendiri, lebih bertanggungjawab dan doa jugak peniaga-peniaga berniagalah dengan betul dan jangan menindas pengguna. Biarlah semua orang bahagia dan bebas tekanan.

2 comments:

Cik Kamoo said...

kadang manusia nie takde kesedaran sivik plus bangang melantun2....macam kat apartment sy lah ... boleh park kat atas siarkaki, kat depan lobi (mcm dok rumah banglo je), kat parking OKU, kat tepi jalan ... pastu laluan jadi sempit. dah ada sign no parking pun still parking jugak...erghhhh tekanan

Pizli Mat Wazip said...

Hahaha betul tu melantun-lantun.