"You humans are so petty, and tiny!"

Begitulah kata Thor kepada Tony Stark dan Captain America masa bergaduh dalam lab Nick Fury.

Dan everytime aku tengok orang Melayu di bergaduh di Forum, di komen Youtube dan social media aku akan ingat ayat ini dan secara tiba-tiba aku tukar "You Malaysian are so petty".

Benda-benda kecik pun nak gaduh. Tapi aku tak salahkan diaorang jugaklah. Aku salahkan keadaan kita sekarang ni. Nak keluar-keluar bahaya banyak orang jahat. Nak keluar jumpa kawan banyak belanja. Nak berjimat tapi masih nak bersosial duduk dalam bilik depan komputer.

Dah bosan dia up to another level pulak. Bergaduh. Dan puas bergaduh, dia membuli. Lepas tu troll orang.

No comments: