Perihal Mencari Kerja Baru Untuk Adik-Adik Bahagian 50

Biasanya bila dah masuk umur macam aku ni 30an kita macam dah dapat company yang sesuai atau dah dapat menyesuaikan diri dengan company tu. Katakan masa muda dulu, tak puas hati sikit cari kerja, tengok ada peluang lebih sikit pergi. Bila dah berkeluarga, dapat company yang "sesuai" kita cubalah kekal dan blend in dan lama-lama semua masalah-masalah kecik kita dapat tolak ke tepi. So kerja lama sebab selesa. Kawan-kawan yang boleh pakai pun dah jumpa. Ada yearly increment, ada bonus sesikit cukup. Anak-anak cukup makan, Alhamdulillah.

Jadi bila nak mencari kerja lain kita kena jadi lebih overly cautious. Perkara pertama ialah jenis kerja yang kita akan buat di company yang kita apply tu. Kerja tu mestilah lebih menarik dan mungkin sedikit mencabar. Kerja tu mesti buat kita belajar benda baru.

(Macam kerja yang aku apply hari tu memang ada semua benda ni dan aku akan sedikit depressed kalau tak dapat sebab projek yang diaorang nak buat memang sangat exciting and interesting.)

Perkara keduanya ialah gaji. Gaji mesti kena berbaloi. Kira segala benda berkait. Katakan nak gaji RM4000, jangan tengok RM4000 tu je. Tengok berapa tax dia, berapa Socso, berapa KWSP dan berapa yang kita akan bawak balik. Lepas tu, tolaklah hutang, duit minyak tol dan tengoklah berbaloi ke tidak. Kalau beza dengan gaji sekarang dalam RM100 je baik tak payah. Jadi tak boleh target RM4000, kenalah target RM5000 baru dapat beza dengan gaji sekarang dalam RM1100 atau lebih kurang lagi sebab tax lagi banyak untuk gaji yang lagi besar.

Dan kena tengok benefits di tempat baru, adakah lagi bagus daripada company sekarang ni.

Perkara ketiganya ialah kau nak kena start over semua benda lepas ni. Jalan nak pergi kerja dah lain. Tahap kesesakan jalan dah lain. Kena keluar rumah sejam awal ke. Kena cari kawan baru, kena cari kawan nak pergi makan sama-sama yang baru, nak kena sembahyang Jumaat dekat masjid yang baru. Katakan sebelum ni confirm ada parking tepi masjid tapi lepas ni kena berebut pulak, dah jadi beban lagi.

Perkara yang keempatnya ialah perubahan kepada entire familylah. Kalau sebelum ni boleh sengih-sengih hantar anak pergi tadika sekarang dah kena upah van, kena bayar transit ke apa ke. Sebelum ni boleh masak makan malam sekarang dah tak sempat ke contohnya. Dan macam-macam lagilah. Kalau sebelum ni tak boleh masak tapi dengan kerja baru boleh masak baguslah, itu maksudnya kerja baru ni membawa kebaikan dan kesenangan.

Jadinya kena cari yang paling berbaloi, dan bila cakap pasal baloi ni kenalah refer kepada perkara nombor dua iaitu GAJI. Sebab perkara utama kita kerja ni ialah nak dapat duit je. Kalau pasal kerja itu sendiri, tengok perkara pertama yang aku tulis kat atas. Pendek je.

Jadual PCB (Potongan Cukai Berjadual)

Ok ini ada link ke jadual PCB. Kira table dialah. Aku yakin ramai orang cari tapi tak jumpa. Ini link dia dan harap bermanfaat untuk anda semua:

http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Jadual_PCB2004bi.pdf

Ada Lagi Ke Combine Income RM900 Sebulan?


Bila aku tengok ni aku macam tertanya² ada lagi ke combine income satu couple RM900 sebulan pada zaman sekarang? Kalau katakan wife tak kerja mestilah dia jaga anak sendiri kut . Dan andaikata dua-dua kerja mungkin diaorang akan hantar taska kerajaan sebab bukan murah taska, tadika swasta ni. Entahlah, tapi RM250 tu nilainya memang tinggi dan dapat banyak membantu.

Saya Dan Call Of Duty


Aku bukan seorang gamer yang tegar. Aku main game untuk menghiburkan hati. Aku suka satu game Call of Duty ni sebab feel dia macam real. Dia game perang. Controller playstation ni ada vibration dan bila kau petik picu pistol atau senapang atau machine guns controller akan vibrate dan tangan kau akan rasa macam kau tengah tembak betul-betul. Kira setiap jenis pistol ni vibration dia lain-lain.

Sekarang aku macam dah obsess dengan game ni. Kalau ada apa² majlis macam dinner ke apa ke yang memerlukan aku pakai costume, aku memang teringin betul nak pakai macam dalam game ni.





Tapi macam biasa semua benda ni takde di jual di Malaysia.

Kenapa Naikkan Darah Sendiri?

Di Facebook aku ada macam-macam orang dan kadang-kadang macam-macam yang di share. Semalam aku nampak artikel pasal orang marah Neelofa upload gambar dia pakai seluar pendek dengan Instagram. Marah sangat diaorang artis tak tutup aurat. Mengamuk sakan.

Aku just terfikir yang korang follow instagram dia at the first place tu kenapa? Bukan ke lebih bagus kalau korang follow Instagram Sham Kamikaze ke sebab for sure dia takkan upload gambar perempuan seksi dan darah korang pun takdelah naik tinggi, dan hidup korang pun akan tenang tanpa kemarahan.

Itu pendapat aku lah.

Petrol Murah Tapi Kereta Mahal? Petrol Mahal Tapi Kereta Murah?

Sekarang zaman orang nak berjimat sebab kenaikan harga petrol semua. Sorry sorry, pengurangan subsidi bak kata PM yang tercinta. Ok, muncullah segala kereta Hybrid. Jimat minyak gila gila. Tapi aku tak pasti korang perasan ke tidak semua kereta Hybrid ni adalah kereta-kereta high end yang harganya mahal. Aku ambik contoh kereta yang famous.

Honda Jazz Hybrid - RM87,404.50
Honda CRZ Hybid - RM119,253.50

Kita mungkin jimat dari segi minyak tapi harga kereta itu sendiri dah mahal. Tapi memang dua kereta ni best gilalah dan pernah satu masa aku jatuh cinta dengan CRZ. Tapi andaikata kita nak jimat minyak. Ok kita sekadar nak berjimat dan ada kenderaan yang not bad untuk ke office lah misalnya. Katakan perjalanan korang dalam 40KM ke office, pergi balik 80KM macam sahabat saya sorang ni. Mungkin daripada beli kereta Hybrid kita beli je lah kereta tempatan macam:

Perodua Viva - RM25,324.30
Perodua MyVi - RM44,612.60

Kalau minyak mahal sikit pun tapi bila kita calculate semuanya dipengakhiran nanti mungkin kita lagi jimat dari pakai Hybrid car. Dan kereta tempatan ni ok je pun kalau setakat nak ada kereta pergi kerja. Dan aku tak rasa minyak dia mahal sangatlah pun. Tapi kalau mampu tak kisahlah. Sebab perbincang yang aku tulis ni ialah nak berjimat.

Umar Dah Habis Tadika

Hari Sabtu hari tu macam terbusy pulak sebab paginya tadika Umar ada konvo dan petangnya company aku ada family day sampai ke Ahad.

Maknanya tahun depan anak aku dah darjah satu dan sekarang memang aku nervous dengan apa yang akan terjadi sebab kehidupan kitaorang memang akan berubah. Anyway ini ada video budak-budak ni buat persembahan. Dan to be honest aku rasa nak peluk je budak-budak ni sorang-sorang sebab aku seronok tengok diaorang happy dan bersemangat buat persembahan.


Aku bangga. Harapnya diaorang membesar jadi orang yang berguna.

Umar dapat anugerah Tokoh Kebersihan. Haha. Harapnya semua berjalan lancar tahun depan.

Baju Kenegerian

Ambik dari Kukubesi Store
Aku lahir di Perak dan semangat kenegerian aku boleh dikatakan adalah jugak sedikit kut. Tapi aku dah tinggalkan Perak since aku form 1 so cuma darah Perak je yang merelatekan aku kepada negeri Perak sebab to be honest aku lebih tahu selok belok negeri Selangor dan Kuala Lumpur lebih lagi daripada jalan-jalan dan kawasan di negeri Perak itu sendiri. Not to mention aku dah tinggal di sini lebih lama dari aku tinggal di Perak.

Aku macam teringin jugak nak beli jersi Perak atau baju kenegerian yang lain tapi jiwa aku takde kearah tu sangat. Macam baju atas tu memang cun la designnya tapi aku tak rasa aku akan bangga memakainya. Untuk jersi bola pulak, jersi negeri Perak adalah yang paling buruk, dengan logo sebesar alam. Tak rela teman yeop!

Ambik dari www.bolastore.com
Sekarang yang tinggal untuk aku mungkin baju kenegaraan macam kat bawah ni. Design pun cantik, cuma susah pulak nak beli sebab macam exclusive sangat. Takde jual online etc dan limited quantity.

Dari Kukubesi

Jadinya aku takdelah baju kenegerian or ke kenegaraan. Tapi takdelah bawak masalah besar sangat pun.

Perihal Interview

Ok bukanlah macam interview sangat pun tapi lebih kepada bersembang. Mungkin ini style interview zaman sekarang. Aku tak tau sebab last aku pergi interview adalah 7 tahun lepas. Siap ada minum kopi lagi. Atau mungkin ini cara interview dengan orang yang dah ada 10 tahun working experience. Agaknyalah kut.

So everything went very well, boss-boss yang aku nak kerja tu macam ok je semua. Cuma for the part bila aku mintak gaji yang hebat, HR Manager pulak "marah". Expectedlah sebab gaji sekarang biasa-biasa tetiba nak naik banyak kan? Oh dan lagi satu benda tak best ialah ada seorang lagi candidate yang macam semua orang company tu yang lalu lalang macam kenal dia. Hahaha.

Apa-apa pun orang-orang yang interview aku end conversation dengan cakap "We'll let you know".

Kalau ada rezeki lebih adalah, kalau takde, aku happy gila je dengan company sekarang. Semuanya perfect je di sini macam aku cakap hari tu. Aku doa Allah bagi yang terbaik untuk aku walaupun yang terbaik tu bermaksud aku tak dapat gaji yang hebat sampai bila-bila.

Bongkak At The Highest Level


Ha korang semua ada apa? Apa pun takde hahahahaha. Samalah macam aku.

Dah jap lagi aku nak pergi interview. Salam.

Bajet?

Apa yang aku mahukan pada budget kali ini ialah aku taknak kena tax langsung. Aku ni golongan pertengahan so apa pun tak dapat tapi kena bayar tax, dan pembayaran tax tu mengacau kehidupan aku. Setiap sebulan dekat RM100 kena potong PCB.

Lagi satu yang BR1M tu naikkanlah kepada RM5000 ke, dan untuk pendapatan seorang. Bukan pendapatan bersama isteri. Barulah ramai yang merasa.

Hehe.

Disturbed

Aku rasa by now orang semua dah tau pasal ke bank officer kena tembak dekat muka dengan guard yang nak merompak. Macam nyawa kita semua ni takde nilai langsung. Perompak tu pulak kut ye pun nak ambik duit ambik je lah. Yang sampai nak tembak dekat kepala tu apa hal? Penjenayah macam ni aku rasa kalau dapat tangkap terus seksa je lah.

Aku rasa disturbed sebab orang tu ada husband, ada anak-anak. Kesian betul.

Kelakar Minggu Ini



216

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)

Masalah Makan

Aku bekerja di universiti yang ada masalah parking. Masa lunch tak boleh keluar sebab bila balik dari lunch tu nanti dah takde parking. So terpaksalah makan dekat kantin. Masalahnya makanan kat kantin tak sedap langsung. Kantin ni punya teruk sampai ada student ni mak bapak dia datang dari negara asal dia belikan kereta untuk anak dia supaya dia boleh keluar dari universiti ni cari makanan hahahah.

Imagine dia punya teruk.

Kalaulah aku dapat recipe ayam goreng dan kuah nasi kandar memang aku bawak van berniaga dekat luar pagar universiti ni. Confirm tak sampai sejam aku dah untuk seribu ringgit sehari.

Motivasi Tukar Kerja?

Apakah motivasi kalau kau nak tukar kerja?

  • Boss dan team leader yang best in the world?
  • Company yang ok? Ada kemudahan sukan, cover insurance, bonus, yearly increment?
  • Company dekat dengan rumah?
  • Kawan-kawan yang best?
  • Takde traffic jam dan tak perlu bayar tol untuk ke office?
  • Makanan yang sedap di pekan anda bekerja?
  • Dapat hantar ambik anak sendiri ke sekolah?
  • Gaji yang hebat?

Daripada semua benda yang aku listkan tadi cuma gaji yang hebat je aku tak dapat. Tapi bila HR satu company call dan aku dua tiga kali ternampak iklan kerja kosong yang sama aku rasa mungkin Allah tengah bagi petunjuk pada aku untuk mencuba apply, walaupun pada masa ini satu benda best yang pasti kalau aku dapat kerja itu adalah satu je, iaitu GAJI YANG HEBAT.

Sebenarnya aku tak pasti, aku perlukan ke gaji yang hebat dan hilang segala luxury yang aku ada sekarang ni? Mungkin tidak, kalau aku nak ada masa yang banyak dengan anak-anak dan family. Mungkin ya, dengan hidup zaman sekarang yang semua berpaksikan pada duit. Mungkin ya sebab nak tambah anak mana tahu ini rezeki baby.

Mungkin ya, sebab mana tau company ni sebenarnya better dari segala aspect dari company sekarang.

Aku pergi jelah interview Jumaat ini dan aku cakap NO kalau gaji dia kurang dari gaji hebat.

Cerita macam dah dapat je tapi macam itulah aku punya "berat" nak cari kerja lain sekarang ni.

Atau mungkin ini peluang untuk aku pakai superbike sebab naik kereta minyak mahal. Mungkin. Arghhhhhhhhhhhhh.

Kenapa Saya Tak Pakai Openbox/Dreambox/Skybox?

Sebenarnya ramai orang tanya aku kenapa tak guna Openbox/Dreambox/Skybox dan macam-macam lagi benda yang boleh curi siaran Astro asalkan kita ada internet connection. Bayar murah.

Sejujurnya, aku rasa macam aku mencuri sebab sah-sah itu content Astro, dan memandangkan aku ni bukanlah orang yang baik sangat baiklah aku tak payah menambah dosa. Ye aku tau Astro kejam. Tapi dialah satu-satunya sumber hiburan dan movies untuk aku sebab nak ke cinema susah sekarang ni. Dan dia juga antara sumber anak-anak aku belajar.

Astro kejam, itu antara dia dengan Tuhan.

Aku marah kepada orang yang menjual alat curi wifi dan pencuri wifi tu sendiri so kalau aku guna Openbox/Dreambox/Skybox tu aku rasa aku sama je macam pencuri wifi ni.

Pengajaran



Tak lama dulu, lebih kurang dua tiga bulan lepas aku ada baca dua kisah yang agak menyedihkan.

1) Seorang lelaki yang bawak awek dia yang hanya balut badan dia bendera Malaysia mati accident.
2) Dua orang rempit yang disuruh ingat tuhan cakap "Kita tengok siapa lagi kuat" mati kena lenyek lori sampai mayat dia nipis.

Dalam gambar or artikel yang aku baca tu diaorang cakap tuhan boleh balas benda secara instant dan lebih mengutuk diaorang. Pada aku pulak benda-benda ni kadang-kadang perlu jadi. Barulah kita yang masih hidup ni beringat.

Feel Good Songs


Hari tu aku secara tak sengaja menyanyi lagu ini di dalam kereta masa lagu ni ada di radio. Tetiba aku terfikir bagus jugaklah sebenarnya diaorang ni buat lagu yang buat kita rasa seronok. Aku ingat dulu ada zaman lagu semua depressed.


Budak-budak muda ni sekarang ni pun aku tengok banyak buat feel good songs ni.

Doa Template

Aku yakin setiap seorang daripada kita akan berdoa setiap masa. Dan mungkin lebih lagi dan focus selepas solat. Biasa kita ada doa yang kita biasa baca, tapi apakah doa yang paling kita harap the most? Yang bila kita berdoa kita betul-betul mean it. Yang betul-betul kita mahukan. Nak jadi kejap tu jugak dan untuk selama-lamanya. Ye lah sebab ada doa yang tak dimakbulkan serta merta, ada doa yang tak dimakbulkan langsung.

Aku yakin mak aku doa anak-anak dia senang. Aku tak tau apa ada dalam hati mak aku sekarang tapi aku harap doa-doa dia yang lain dimakbulkan. Dah lah tinggal seorang dekat kampung tu.

Untuk aku pulak, aku harap aku satu family tak ditimpa malapetaka. Aku malas nak explain kat sini, suka hati korang lah nak imagine apa maksud malapetaka tu.

Korang pulak macamana?

Komuniti Berpagar

Hari tu aku rasa macam kena hina je bila ada brader kaya ni cakap.. "Nanti bila dapat duit BR1M bolehlah join komuniti berpagar ni" Perghh ayat. Ini apa aku cakap dalam hati.

"Saudara-saudari sekalian, saya antara orang yang pada asalnya bersetuju tapi akhirnya menolak idea komuniti bepagar ini. Sebenarnya bukanlah saya tidak memikirkan keselamatan kami sekeluarga tapi kami ada benda yang lebih penting lagi untuk difikirkan. Kami dalam process membesarkan anak-anak kecil kami yang mana pelajaran adalah tumpuan utama kami. Dengan kos yang semakin meningkat dari hari ke hari kami terpaksa berwaspada dan lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Mungkin saudari sekalian tidak merasa beban kerana anak-anak anda semua sudah ada yang bekerja pun.

Seandainya kami mampu menyediakan wang pendahuluan bagaimanakah pulak dengan bayaran bulanan? Bolehkah pihak tuan menjanjikan bahawa yuran bulanan itu akan kekal sehingga umur saya 60 tahun 70 tahun lagi tanpa apa-apa peningkatan? Dan bolehkah saudara-saudari sekalian meminumkan bayaran bulanan itu kepada tahap mampu untuk semua penduduk?

Percayalah, pagar ini tidaklah sepenting masjid atau tanah kubur. Secara jujurnya kami sudah menyumbang kepada dua-dua perkara tersebut kerana pada kami dua benda ini sangat penting kepada kehidupan bermasyarakat walaupun sumbangan kepada dua perkara ini adalah tanpa paksaan dan tanpa perlu mengisi borang. Ini adalah kes di mana benda yang lebih penting perlu diutamakan. Kami ikhlas, dan maaf kerana terpaksa "mention" pasal sumbangan ini kerana ini adalah contoh terbaik yang kami dapat berikan.

Ada juga diantara saudara-saudari sekalian yang menyebut kenapa kami mampu melanggan Astro tetapi tidak mampu membayar yuran pagar. Secara jujurnya kami bukanlah dari golongan yang mampu bersuka ria di setiap hujung minggu, pergi bercuti setiap bulan dan macam-macam lagi yang saudara-saudari boleh fikirkan. Kami hanya mahukan sedikit hiburan di rumah dan Astro satu-satunya punca hiburan yang kami ada dan tidak mungkin kami akan buang satu-satunya sumber hiburan kami. Dan tahukah anda Astro adalah salah satu punca utama untuk anak-anak saya belajar? Anak-anak saya faham English kerana kartun-kartun Astro kerana kami masih menggunakan Bahasa Melayu di rumah. 

Harap anda faham. Kami ada benda yang lebih penting untuk diberi keutamaan. Sekian terima kasih."

Diharapkan Anak-anak Saya Menjadi Seperti Charlie

 “Then I’m not going. I wouldn’t give up my family for anything. Not for all the chocolate in the world.” – Charlie Bucket

Pendapatan Dari Blog


Aku tau kalau aku promote blog ni dan rajin tinggalkan link di blog orang lain mungkin pendapatan dari blog ini akan meningkat, tapi aku macam ada masalah nak promote sebab aku lebih suka orang datang sebab nak baca apa yang aku tulis daripada datang, tinggalkan komen tak ikhlas dan tolong click iklan. Tak seronok macam tu. Aku suka orang datang (dan kadang-kadang aku boleh detect) baca, dan sebagai balasan aku akan baca jugak blog diaorang dan lagi best end up jadi kawan.

Pendapatan blog aku maybelah dalam 40 sen - 50 sen sehari. Tak cukup. Kalau RM4.00 sehari best jugaklah kut dapat dalam RM100 sebulan pun ok. Tapi tengok keadaan 100 tahun lagi pun tak lepas kut haha.

Warna Warni AidilAdha


Durian masih kecik lagi. Nawal makan durian.


Umar tak makan durian, dia suka rambutan. Tapi kena tunggu lama lagilah.



Aiskrim Pakistan. Nasib baik hari raya dia tak datang menjual.



Mak aku nak masak lemang. Dia tak inform aku, kalau tak boleh beli glove yang tebal. Tapi aku usahakan jugaklah. Alhamdulillah ok lah jugak. Aku ada idea macam nak design tempat masak lemang ni.



Main tanah daun bersungguh-sungguh.



Ok ini lah lemangnya hehe.

Ok jugaklah raya ni. Kalau dekat sini memang takde usaha nak buat apa pun lah.

Celaka

Aku kerja yang melibatkan student. Bila student ada masalah seperti tak boleh nak access elearning portal diaorang ke, aku akan pastikan masalah itu diselesaikan secepat mungkin. Sebab aku tau kalau aku tak jalankan tanggungjawab aku dengan betul hidup student tu akan susah.

Aku kena kerja dengan bertanggungjawab sebab aku ada orang-orang yang nak dijaga. Aku taknak diblame.

Tapi dalam dunia ni ada ramai manusia yang tak jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Banjir contohnya, longkang tersumbat. Takde siapa peduli. Padahal benda boleh settle dalam satu hari je. Atau jalan berlubang. Bertahun berlubang, orang yang bertanggungjawab buat tak peduli.

Jadi bila jalan berlubang dan banjir aku yang semulajadi jarang bernasib baik ni pun termasukkanlah tayar kereta dalam lubang tadi, dan lebih malang tayar aku pecah tepi. Dan lebih malang lagi bila pecah tepi tak boleh nak tampal, dan lebih lebih lebih malang lagi kenalah ganti tayar. Tapi aku bukan seperti orang kaya yang anytime boleh bagi sumbangan nak buat Komuniti Berpagar, jadi terpaksalah aku mencari kedai yang jual tayar second hand. Nasib baiklah Allah simpati jugak pada aku sebab dengan izinnya ada kedai jual tayar second hand yang dah nak botak tu. Tapi masih lagi 50 ringgit harganya walaupun tayar tak elok. Takpelah sebab aku desperate esok nak balik kampung.

Tengoklah betapa celakanya bila orang tak jalankan tanggungjawab. Diaorang takde masalah. Diaorang tak rasa bersalah pun.

Aku jugak yang susah, aku jugak yang kena keluar duit.

Aku jugak yang menghadapi kecelakaan.

Makan

Hari tu balik dari Langkawi lauk basah dalam peti ais semua dah habis, memang takdelah nak membeli lauk waktu malam kan sebab dah tak fresh. So memang sepanjang minggu beli atau Liza masak bihun macam tu je lah. Simple².

Bila jadi macam ini aku sedar aku akan kurang makan. Maybelah aku akan makan nasi lemak paru tapi sebenarnya makanan tu takdelah banyak sangat compare kalau Liza masak nasi dengan lauk dengan sayur. Aku juga macam tersedar bila makan yang di masak bersungguh-sungguh ni memang makan sampai perut penuh nak meletup. Kira ada kebaikan jugak makan yang dibeli ni sebab macam makan secara berpada-pada dengan portion yang sedikit.

Cuma bila masak sikit rasa macam rugi, tak berbaloi memasak. Haha.

Minggu ni balik kampung dan aku pasti perut aku memang macam nak meletup sebab mak aku sekali masak memang penuh satu meja dengan lauk, belum lagi campur petai, sambal belacan dia lagi.

Saya, Bank Dan Astro

Siapa yang follow blog ini dari dulu mesti pernah tau yang aku pernahlah struggle untuk membayar hutang bank dan segala bil. Aku ingat lagi bertapa kejamnya diaorang dulu. Maybank dan yang paling kejam sekali ialah Bank Islam. Memang menyesal ada connection dengan diaorang.

Kalau Astro pulak lambat sikit diaorang terus potong. Nak sambung balik kena extra charge 10 ringgit.

Sekarang ni takdelah aku bebas hutang. Ada je loan aku dan aku ingat je segala hutang aku. Tapi untuk bank loan aku pastikan aku bayar on time dan kalau bil aku biasa bayar lebih. Katakan bil RM103 aki bayar RM110. Saje je lah sebab nak record cantik.

Aku ingatkan bila record cantik ni diaorang semua ni tak kacau aku lagi. Sama teruk sebenarnya!! Bank akan call untuk offer additional loan. Memang nak menjahanamkan betul. Yang Astro pulak offer macam-macam. PVR lah, second decoderlah. Saja nak bawak kita ke lembah kemusnahan dan pembaziran.

Mungkin lebih baik kalau tak ambik langsung service diaorang ni.

Saya Dan Kek

Aku suka makan kek, especially kek yang ada cheese dan coklat. Masa kecik dulu aku tau kek yang mak aku bakar dalam oven dia je lah. Itu pun dah seronok bila mak aku letak perisa coklat. Zaman sekarang ni kek dah lain macam sikit. Ada yang lembut, ada yang berlapis dan macam-macam jenis lagilah.

Gambar di ambil dari Nad Tokyosweets https://www.facebook.com/nad.tokyosweets?fref=ts

Zaman sekarang ni ramai orang berniaga ke ni. Bukan semata-mata kek lah, ada macam-macam jenis pastries dan desserts. Dan sedap jugaklah. Macam or lebih baik dari yang dijual di kedai. Macam kek harijadi anak-anak pun Liza order dari orang persendirian je. Gambar atas ni antara kek yang sedap aku pernah makan yang dijual dari rumah.

Aku doakan orang yang berniaga benda yang sedap dan ikhlas dimurahkan rezeki. Kita bantu perniagaan diaorang dan diaorang bantu selera aku.

Lagu

Aku suka lagu rap. Macam Eminem. Tapi at the same time aku suka jugak semua jenis lagu yang ada di muka bumi ini. Tak kira bahasa apa pun. Sekarang ada satu lagu Melayu yang aku suka. Hazama Relakan Jiwa, dan aku rasa taste aku ok lah kut sebab first time aku tengok takde orang kutuk dekat komen Youtube. Kalau video orang Malaysia yang lain sampai bergaduh pun ada kutuk-kutuk penyanyi.

Naikkan Harga Gula Untuk Kesejahteraan Rakyat Dan Mengelak Diabetes?

Mungkin korang perasan lately aku banyak komplen pasal negara ni. Secara jujurnya aku betul-betul affected dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang-barang lain yang menyusul dengan kenaikan minyak itu tadi.

Dan ini semua tak membantu dengan statement-statement bangang daripada menteri.

Nak naik harga untuk ekonomi aku faham sebab kerajaan dah membazir macam celaka dan sekarang kita kena tanggung. Nak naikkan harga gula untuk kesejahteraan rakyat dan untuk mengelak diabetes? Tak payahlah macam nak konon-kononnya concern taknak rakyat kena diabetes naik harga gula supaya orang tak makan gula banyak.

Diaorang tak tau ke bila petrol naik, gula naik semua benda lain akan naik harga. Memang banganglah kalau tak tau. Nak sejahtera macamana? Harga ayam naik jangan makan ayam, gula naik jangan makan gula. Senang kau bercakap.

SENANGNYA KAU BERCAKAP???

Siapa boleh offer aku gaji 7K sekarang please ambik aku kerja sekarang. Aku fast learner dan sangat komited dalam bekerja.

Independent Dan Kuat

Malam tadi masa baring-baring dengan anak aku Nawal aku cakap.. "Wanginya bau rambut Nawal, siapa mandikan?" Dia jawab "Nawal mandi sendirilah"

Kesian baru 3 tahun semua kena buat sendiri sebab duduk nursery. Harapnya anak-anak aku menjadi kuat dalam menempuhi hidup.

Umar Dan Cita-cita

Anak aku Umar nak jadi orang buat rumah. Aku cakap reka je lah jadi arkitek lepas tu suruhlah pekerja yang buat. Lepas tu dia macam faham term engineer. Dia suka mereka-reka benda dan memang semangat betullah dengan cita-cita dia.

Aku sendiri tak pernah ada cita-cita, so aku sokong je lah. Hari tu aku tanya taknak jadi pilot bawak kapal terbang? Dia taknak, semua taknak. Yang dia tau dia nak bina bangunan.

Siap pesan dekat Nawal, nanti ingatkan abang dah besar nanti buatkan Nawal bilik mandi ada bath tub. Haha.

Jealous

Semalam aku tengok TV ada ahli-ahli kumpulan nasyid tengah sembang-sembang di Madinah. Untung diaorang boleh pergi sana buat rancangan TV. Deep down aku jealouslah jugak tengok.



Aku harap one day aku dapat pergi sana masa bulan puasa, beribadat, melawat apa yang patut dan join diaorang buka puasa dekat Masjid Nabawi.

Saya, Langkawi Dan Instagram

Aku suka Instagram. Kalau lepas ni nak tukar phone aku akan pastikan camera dia paling bagus.


Naik MAS, booked dah lama dah untuk dapat tiket murah. Silap tarikh jugak sebenarnya sebab office masih busy.  Nak buat macamana kan? Panjang ceritanya tapi takpelah, lain kali.


Dari gambar ni nampaklah Umar dah buat attitude. Ingat dah besar sangatlah tu. Nawal happy as always.


Kereta sewa ni baru. Baru 10K mileagenya. Ni petang tu pergi isi minyak and cari lunch. Tak sedap langsung makan dekat Langkawi ni dan mahal nak mampus. Memang aku rasa ditindas. Restoran Haji Jelani tu silalah elakkan. Memang cekik darah melampau. Makan dekat Semenyih lagi sedap dan murah. Mungkin Haji Jelani tak tau aku blogger dan lepas ni kalau orang google makan di Langkawi orang takkan singgah kedai dia lepas baca ni. Aku tak peduli. Banyak kedai yang aku bagi review bagus dapat beribu hits dari blog ni jugak. Bagus aku cakap bagus, begitu juga sebaliknya. Ini first time aku mention nama kedai untuk bad review sebab aku geram sangat.

.
Ini view dari hotel. Resorts World. Dulu Awana kut namanya. Senang nak pergi dari airport.


Pantai Cenang. Camera phone aku dah rosak yang belakangnya. Itu aku guna front camera je.


Takde pergi mana-mana pun sebab tujuan utama nak berehat.


Ini Cuban Cigar, maybe yang low end tapi still mahal. Macam semua orang tau aku dah lama berhenti merokok tapi yang ini aku tak boleh resist. Eloklah aku beli cigar, kalau beli rokok mungkin aku dah start hisap rokok balik. Cigar ni layan jugak tapi tak habis-habis lagi. Nak buang sayang. Jangan risau, aku tak rasa aku nak hisap rokok balik pun. Kalau rokok elektronik rasa buah maybe. Aku ada beli beberapa batang untuk kawan-kawan cigar ni, satu nak layan dekat kampung sebab kawan-kawan aku sentiasa ingat aku, tapi aku je busy tak sempat jumpa diaorang. Raya haji ni aku nak usaha jumpalah kejap. Jangan family aku ingat aku buang tebiat sudah. Anyway, anak-anak aku marah betul bila tau aku hisap cigar ni.


Email kerja yang melambak. Menyesal jugak aku sync ke phone. Tak boleh buat sebab takde equipment.


Tetiba Jumaat malam Sabtu ada orang tunjuk dan pasang sound system kuat-kuat depan Cenang Mall. Siap ada budak-budak menari lagi.


Kompleks Haji Ismail Group. Beli kuali ajaib tu, senang aku nak bakar lamb lepas ni. Ada macam-macam kat sini. Aku ada beli tshirt buatan Thailand dan aku puas hati. Cotton tebal. Walaupun jenama orang tak tak tau tapi sedap. Adidas, Nike boleh blah hehe.


Back to reality. Cuaca tak elok sangat, bergoyang-goyang flight kali ni dan aku punya telinga pun teruk pressure kali ni, kepala rasa nak pecah je. Nasib baik anak-anak aku tak teruk sangat. Pelik betul. Kalau baby nanti nak merasa "naik plane" bolehlah aku cakap, eh adik dah naik hari tu masa dalam perut Mama. Haha.

Langkawi Trip

Khamis bertolak tengahari, dan Ahad pagi balik sini balik. Trip kali ini lebih kurang nak berehat je lah dan bagi anak-anak merasa naik kapal terbang. Dan diaorang bersungguh nak main pasir dekat pantai. Itu je lah, takde plan nak pergi tempat-tempat sejarah atau menarik pun. Dan beli coklat, bolehlah kawan-kawan office dan adik beradik merasa sikit-sikit. Kitaorang sewa kereta Mitsubishi Mirage tu.

Bila aku tengok life orang Langkawi macam relax je aku terfikir kenapa aku tak terfikir nak cari kerja dekat situ dulu? Haha, dan aku terfikir jugak kenapa aku tak bercita-cita nak jadi pramugara masa muda kurus dulu.

Bab makan-makan pulak aku rasa semua jenis makanan dari mana-mana negeri dekat Malaysia ni ada di KL. Dan lebih sedap dari negeri asal. Ye lah, laksa Kedah dekat Bangi tu lagi sedap dari laksa Kedah dekat Langkawi. Aku dengar nasi kandar dekat Jalan TAR lagi sedap daripada Penang punya.








End of this month company aku buat family day di PD. Lepas ni lambat lagi lah kut nak bercuti semua ni sebab bulan empat tahun depan dapat baby.

Di Langkawi

Semalam dalam flight steward tu bagi sepeket besar kacang dekat anak-anak aku. Tadi beli baju ada orang kedai tu bagi kek and kuih-kuih.

Aku tunggu esok kut ada orang bagi Ipad. Haha.

Anyway makan dekat Langkawi ni tak sedap dan mahal gila. Nanti aku cerita detail

Kita Di Suruh Berjimat. Sementara Itu...

Pundek!

Pengaruh Special Agent Oso


Khamis sampai Ahad ni aku bercuti di Langkawi. Tahun depan Umar dah sekolah so memang susahlah nak bercuti. Kira boleh pergi cuti sekolah je lah yang mana mesti semua tempat busy. Tadika ni boleh ponteng² sikit.

Bila anak-anak aku tau memang sibuk diaorang. Excited betul nak naik kapal terbang semua, dan yang paling aku tak boleh tahan ialah;

"Ayah, nanti kitaorang nak main sand castle"
"Masuk dalam bucket lepas tu terbalikkan"
"Lepas tu sapu lotion" (sun block)
"Lepas tu pakai spek"

Aku ketawa je sebab aku tak pernah ajar diaorang pun. Diaorang nampak semua ni dekat TV.


Aku rasa kartun Special Agent Oso ni kut.