Komuniti Berpagar

Hari tu aku rasa macam kena hina je bila ada brader kaya ni cakap.. "Nanti bila dapat duit BR1M bolehlah join komuniti berpagar ni" Perghh ayat. Ini apa aku cakap dalam hati.

"Saudara-saudari sekalian, saya antara orang yang pada asalnya bersetuju tapi akhirnya menolak idea komuniti bepagar ini. Sebenarnya bukanlah saya tidak memikirkan keselamatan kami sekeluarga tapi kami ada benda yang lebih penting lagi untuk difikirkan. Kami dalam process membesarkan anak-anak kecil kami yang mana pelajaran adalah tumpuan utama kami. Dengan kos yang semakin meningkat dari hari ke hari kami terpaksa berwaspada dan lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Mungkin saudari sekalian tidak merasa beban kerana anak-anak anda semua sudah ada yang bekerja pun.

Seandainya kami mampu menyediakan wang pendahuluan bagaimanakah pulak dengan bayaran bulanan? Bolehkah pihak tuan menjanjikan bahawa yuran bulanan itu akan kekal sehingga umur saya 60 tahun 70 tahun lagi tanpa apa-apa peningkatan? Dan bolehkah saudara-saudari sekalian meminumkan bayaran bulanan itu kepada tahap mampu untuk semua penduduk?

Percayalah, pagar ini tidaklah sepenting masjid atau tanah kubur. Secara jujurnya kami sudah menyumbang kepada dua-dua perkara tersebut kerana pada kami dua benda ini sangat penting kepada kehidupan bermasyarakat walaupun sumbangan kepada dua perkara ini adalah tanpa paksaan dan tanpa perlu mengisi borang. Ini adalah kes di mana benda yang lebih penting perlu diutamakan. Kami ikhlas, dan maaf kerana terpaksa "mention" pasal sumbangan ini kerana ini adalah contoh terbaik yang kami dapat berikan.

Ada juga diantara saudara-saudari sekalian yang menyebut kenapa kami mampu melanggan Astro tetapi tidak mampu membayar yuran pagar. Secara jujurnya kami bukanlah dari golongan yang mampu bersuka ria di setiap hujung minggu, pergi bercuti setiap bulan dan macam-macam lagi yang saudara-saudari boleh fikirkan. Kami hanya mahukan sedikit hiburan di rumah dan Astro satu-satunya punca hiburan yang kami ada dan tidak mungkin kami akan buang satu-satunya sumber hiburan kami. Dan tahukah anda Astro adalah salah satu punca utama untuk anak-anak saya belajar? Anak-anak saya faham English kerana kartun-kartun Astro kerana kami masih menggunakan Bahasa Melayu di rumah. 

Harap anda faham. Kami ada benda yang lebih penting untuk diberi keutamaan. Sekian terima kasih."

No comments: