Motivasi Tukar Kerja?

Apakah motivasi kalau kau nak tukar kerja?

  • Boss dan team leader yang best in the world?
  • Company yang ok? Ada kemudahan sukan, cover insurance, bonus, yearly increment?
  • Company dekat dengan rumah?
  • Kawan-kawan yang best?
  • Takde traffic jam dan tak perlu bayar tol untuk ke office?
  • Makanan yang sedap di pekan anda bekerja?
  • Dapat hantar ambik anak sendiri ke sekolah?
  • Gaji yang hebat?

Daripada semua benda yang aku listkan tadi cuma gaji yang hebat je aku tak dapat. Tapi bila HR satu company call dan aku dua tiga kali ternampak iklan kerja kosong yang sama aku rasa mungkin Allah tengah bagi petunjuk pada aku untuk mencuba apply, walaupun pada masa ini satu benda best yang pasti kalau aku dapat kerja itu adalah satu je, iaitu GAJI YANG HEBAT.

Sebenarnya aku tak pasti, aku perlukan ke gaji yang hebat dan hilang segala luxury yang aku ada sekarang ni? Mungkin tidak, kalau aku nak ada masa yang banyak dengan anak-anak dan family. Mungkin ya, dengan hidup zaman sekarang yang semua berpaksikan pada duit. Mungkin ya sebab nak tambah anak mana tahu ini rezeki baby.

Mungkin ya, sebab mana tau company ni sebenarnya better dari segala aspect dari company sekarang.

Aku pergi jelah interview Jumaat ini dan aku cakap NO kalau gaji dia kurang dari gaji hebat.

Cerita macam dah dapat je tapi macam itulah aku punya "berat" nak cari kerja lain sekarang ni.

Atau mungkin ini peluang untuk aku pakai superbike sebab naik kereta minyak mahal. Mungkin. Arghhhhhhhhhhhhh.

1 comment:

Anonymous said...

erm...susah nak buat keputusan. gaji byk tapi lepas subuh dah rushing nak keluar utk elak jem. tol lagi. balik pun for sure ngadap jem gak. sampai rumah dah letih dah lewat malam. nak layan anak bini pun mcm tak berapa sgt. fikir nak tido je rasa. kerja sekolah anak pun tak boleh nak tengok sangat.

mcm jiran sebelah rumah aku la. lepas subuh terus anak-beranak keluar dah. rasanya anak dia sekolah dekat dgn ofis diorg tapi jauh la dari rumah. malam plak kul 9-10 baru sampai rumah. aku tgk pun letih diorg yg rasa apetah lagi. kalau aku jadi anak pun kul 10 baru jejak rumah dah tak kuasa nak study dah. pun fikir nak tido je sbb letih sekolah letih dlm perjalanan.

buat istikharah la. biasanya bila kita dpt sesuatu kita akan kehilangan sesuatu juga. dua2 pilihan pun perlukan pengorbanan. dua2 ada baik buruk.