Umar Dah Habis Tadika

Hari Sabtu hari tu macam terbusy pulak sebab paginya tadika Umar ada konvo dan petangnya company aku ada family day sampai ke Ahad.

Maknanya tahun depan anak aku dah darjah satu dan sekarang memang aku nervous dengan apa yang akan terjadi sebab kehidupan kitaorang memang akan berubah. Anyway ini ada video budak-budak ni buat persembahan. Dan to be honest aku rasa nak peluk je budak-budak ni sorang-sorang sebab aku seronok tengok diaorang happy dan bersemangat buat persembahan.


Aku bangga. Harapnya diaorang membesar jadi orang yang berguna.

Umar dapat anugerah Tokoh Kebersihan. Haha. Harapnya semua berjalan lancar tahun depan.

1 comment:

@ju said...

Tahniah Umar...tamat fasa pertama persekolahan...selamat menempuh fasa-fasa seterusnya..