Mencari Agen Insuran Yang Sangat Hebat Dan Berdedikasi? (Prudential BSN)


Ye, ramai orang nak jadi insurance agent tapi berapa ramai yang tidak bagus, dah ambik dengan dia lepas tu buat tak tau, nak claim banyak masalah dan lain-lain lagi. Jadi kalau anda mencari agent yang hebat dan bagus anda sudah sampai ke tempat yang betul.

Saya bukan agent, tapi saya boleh kenalkan agent yang hebat kepada anda. Hebat dan berdedikasi. Perlu anda fahami yang berdedikasi ini sangat penting. Sila emailkan nama dan no telefon anda kepada saya di pizli_mw2003@yahoo.com dan agent ini akan menelefon anda.

Senangkan?

Mungkin saya sedikit bias sebab agen insuran ini kawan saya, tapi saya recommend sebab dah banyak kes yang saya tengok dia handle dengan penuh komitmen.

(kalau tak bagus tak hingin aku nak rekemen hahaha)

Perkahwinan Belasan Juta

Aku nampak ramai orang rage pada Rozita Che Wan sebab belanja belas-belas juta untuk majlis perkahwinan.

Pada pemahaman aku, bukan Rm13 juta yang dikeluarkan untuk belanja kahwin tu. Tapi pada perkakas dan segala macam benda tu bila dijumlahkan berharga 13 juta in total? Contoh, ada satu rantai harga 5 juta, ada harga pelamin 1 juta, lepas tu orang yang sponsor bagi pengantin ni pakai untuk majlis kahwin.

Betulkan pemahaman aku?

Rage Pada Size Baju


Aku suka beli barang online. Dan kadang-kadang beli pakaian jugak. Risiko yang aku bakal hadapi ialah size baju aku kecil atau besar daripada size biasa. Size baju aku L. Aku pun tak pasti size L aku ni size Malaysia ke, UK ke, Asia ke, US ke. Kalau size seluar senang, universal.

Kenapa size baju ni lain-lain?? Kalau jersi Man Utd size L memang perfect kat badan aku tapi kenapa size baju Puma kena pakai XL? Kenapa dalam dunia ni tak standardize size bajunya. Tak kisahlah aku perlu pakai size S asalkan size S aku tu muat untuk aku pakai dan aku boleh beli dari mana-mana kawasan dalam dunia ni.

Kenapa tak standardize??? Adakah bila aku cakap aku pakai size L tetiba Luna Maya nak dekat aku? Adakah bila aku cakap aku size S tetiba orang pandang rendah pada aku? Kalau zaman IRC dulu awek terus taknak chat dengan aku.

Kenduri Kahwin

Aku dapat beberapa jemputan kahwin dalam sebulan mendatang ni. Dulu macam ada beberapa tahun gap untuk benda ni berlaku hehe. Tapi ok lagi sebab sehari satu jemputan je.

Mak aku kat kampung tu boleh sampai 3 jemputan sehari. Imagine. Haha.

Apa Yang Buat Anda Gembira?

Semalam kawan aku cakap dia diet dan spontaneously aku jawab buat apa susah payah diet?

Kau kurus ke, gemuk ke, bujang ke, kahwin ke, miskin ke, kaya ke hidup kau akan miserable jugak. Kau akan rasa tak happy jugak. Dulu masa zaman kurus aku tak ingat pun aku happy gila. Aku rasa aku sentiasa susah hati macam masa zaman gemuk ni jugak. Macam-macam fikir. Sentiasa ada masalah. Tak naik pangkat hidup miserable, dah naik pangkat pun aku rasa miserable jugak.

Aku hanya akan happy bila aku makan sedap. So jom makan kek.

Oh aku akan happy bila bersukan jugak, tapi aku takde kawan nak main sukan. Depress lagi. Sekarang aku fikir hidup aku akan lebih baik kalau gaji aku RM8000 sebulan, tapi andaikata tahun depan aku dapat gaji 8000 mesti aku akan wish dapat gaji RM15000 pulak. Hahahaha.

Ok dah dah, jom cari Secret Recipe makan kek coklat apa ntah yang adik aku beli untuk mak aku hari tu.

Kroni Sampah - Rage Pada MPKJ!

Sebenarnya tak salah kalau kita bagi job pada kroni atau individu yang akan bolot macam dia akan hidup selamanya tapi dia deliver job tu dengan bagus, cekap, amanah, jitu dan sangat memuaskan daripada kau pass dekat sesiapa sebab taknak bagi pada so called "kroni" tu tadi sebab terasa ethically wrong.

Ceritanya macam ini, aku duduk rumah aku sekarang since 2006. Dahulu kala hidup aku aman damai dengan tukang angkat sampah akan angkat sampah 3 kali seminggu. Selepas itu bila kerajaan negeri bertukar, aku dengar yang diaorang taknak bagi job angkat sampah ni pada "kroni" yang biasa. So bukak tender dan bagi pada malaun mana ntah. Nak menjaga ethic bapak dia kononnya.

Kalau buat kerja aku takde masalah. Ini kalau nasib baik sampah rumah aku akan dikutip 2 kali seminggu. Kalau nasib baik! Kalau nasib tak baik seminggu sekali!! Masalah aku ialah kitaorang kat rumah selalu memasak so banyak sampah basah. Kalau masak maggie sekalipun akan ada sampah basah sebab maggie aku direncahkan dengan sotong atau udang. Jadi bila dah masak almost everyday mestilah sampah pun dibuang everyday. Dan bila lambat kutip, sampah aku dah berulat² dan busuk. Bayangkan perut sotong, lemak ayam, perut ikan.

Masalah besarnya yang buat aku rage pagi-pagi ialah aku bayar cukai pada MPKJ! Dan cukainya bukan sikit.

Maharaja Lawak Mega 2013


Maharaja Lawak 2013. Bila ada rancangan orang buat lawak ni bolehlah dikatakan mungkin 30% je yang betul-betul lawak. Tapi untuk menghiburkan hati bila dah 5 hari bekerja aku tengok jugaklah. Nak ketawa terbahak-bahak tu takdelah, tapi kalau nak buat tersenyum tu ada la jugak dua tiga group.

Ini video Nabil last week. Ok video ini tahap kelakar jugaklah, boleh ketawa. Mungkin aku bias sebab Luna Maya yang cute balas-balas cakap dengan Nabil. Haha. Mungkin Malaysia akan jadi lebih indah kalau cleaner-cleaner dan maid-maid dari Indonesia ni muka macam Luna Maya. 

Kalau korang dapat awek Indonesia jangan suruh diaorang ubah cakap macam Melayu, pada aku bahasa Indonesia tu indah. (Indah? Sorry aku tak tau perkataan yang sesuai). Aku sanggup kut bersembang dua tiga jam dengar diaorang cakap macam tu. Kalau muka macam Luna Maya ni lah. (aku jujur.) Eh tajuk ni pasal maharajalawak, apa pasal cerita Luna Maya yang banyak ni.

Mencari Populariti Dengan Cara Yang Hina


Dekat Facebook sekarang kita boleh nampak apa aktiviti yang kawan kita buat dan antara benda yang aku nampak dan paling menyampah ialah bila Admin sesetengah page ni post something macam gambar atas ni. Post benda-benda yang orang suka and hoping ramai orang suka dan harap kau jadi popular. Lepas tu letak gambar USA dan Gambar Mekah, siapa nak pergi Mekah comment, siapa nak pergi Amerika Like.

Kau lahir tahun bila perangai macam ni?

Buah Dari Kampung

Semalam adik aku bawak buah-buahan dari kampung yang mak aku kirim. Aku suka je, tapi masalahnya mak aku bagi macam dalam rumah aku ni ada 20 orang. Durian dekat 10 biji, rambutan separuh guni baja. Hahahahah.



Durian, rambutan, maggis, mangga and cempedak. Nanti aku bagilah kawan-kawan sorang sikit.

Tanah Pusaka

Aku kadang-kadang kelakar bila dengar cerita orang berebut pasal tanah pusaka pada zaman sekarang. Kelakar sebab orang-orang ni dah berhijrah ke mana-mana tapi hadap sangat tanah pusaka yang dekat ceruk mana.

Dan lagi kelakar ialah bila orang tua cakap tanah pusaka patut dikekalkan sampai hari kiamat.

Mungkin aku ni dah lupa asal usul tapi pada aku apa gunanya ada tanah kalau lokasinya entah dekat mana-mana lepas tu tak tau nak uruskan macamana. Nak tanam sawit ke nak tanam getah ke, nanti pening fikir siapa nak uruskan tanaman.

Pada aku senang cerita jual, pusaka tak pusaka. Jual, duit tu beli rumah-rumah yang ada potensi untuk disewa dengan harga mahal. Apalah sangat yang nak dimaintain rumah sewa kalau dicompare dengan tanah atau tanaman getah atau mungkin terbiar terus tanpa hasil. Duit sewa pun terus masuk account, wired transfer dekat waris-waris. Senang.

Habib Syech - Yaa Robbi Makkah

Saya Dan Speedmart

Aku selalu nampak dekat Facebook orang promote boikot peniaga Cina tapi mintak maaflah, aku tak mampu. 90% of perkhidmatan Cina yang aku ambik sangat memuaskan.

Bila Speedmart bukak dekat rumah aku memang aku terang-terang sedar tokei dia Cina, tapi memang barang-barang dia murah. Kopi aku murah lebih seringgit kalau compare dengan pasaraya besar. So aku memang beli barang dekat situ je.

Aku tak boleh nak sokong bangsa aku, aku sokong siapa yang bagi aku perkhidmatan yang terbaik. Lagipun di zaman penuh penindasan ni kita mestilah nak cari kemudahan.

Semua Orang Akan Menghadapi Saat Ini Sekali Seumur Hidup

Awal pagi kelmarin masa aku tengah baring-baring dan Liza tengah siapkan anak-anak aku teringat yang nasi malam tadi ada sedikit lagi. So dengan bersemangatnya aku berlari ke dapur, keluarkan bawang segala dan telur dua biji. Mengingatkan recipe mak aku kali ni aku bebas nak masukkan cili api sebab kalau makan satu family anak-anak tak makan pedas.

Bersungguh-sungguhlah aku menumbuk bahan-bahan bawang tu tadi dengan cili dan ikan bilis dengan bersemangat. Semuanya tersusun rapi, pantas tapi sangat sistematik. Bila dah siap, aku nak goreng telur mata. Aku nyalakan api sekuat mungkin sebab nak bagi masak telur putihnya dan telur kuning masak sikit-sikit je. Favourite aku tu, dan aku goreng telur dulu sebab kalau goreng nasi nanti nak kena basuh kuali pulak sebelum goreng telur. Satu telur buat lauk, satu telur campur dalam nasi. Mewah.

Tak cukup dengan itu sementara telur digoreng aku ambik cendawan sikit basuh, potong² nak masuk dalam nasi tu tadi. Lengkap semua ada, tersusun je bahan-bahan. Hebat breakfast aku.

Bila aku pergi tengok telur goreng aku dengan perlahan-lahan api terpadam. Rupa²nya gas habis. Tak guna!!

Aku teruskan jugak memasak dalam rice cooker. Dalam keadaan penuh kesedihan.. Dan kekecewaan.

Astro Rage!

Aku memang menggunakan segala perkhidmatan di internet secara maksima. Bills semua sampai dekat email, takde sampai dalam post box lagi. Dan macam-macam lagilah benda aku buat online. Aku suka bila kita in control of semua benda. Kita tau Astro menindas pengguna tapi kita takde pilihan lain untuk hiburan setaraf dengan diaorang, jadi kita terima segalanya.

Aku sangat happy bila Astro promote self service yang kita boleh gunakan di website. Portal untuk kita sendiri. Dan kalau di TV kita sendiri, kita boleh pergi ke channel 200 untuk subscribe pakej yang kita berkenan.


Kepala hotak diaorang! Kita hanya boleh subscribe, boleh melanggan! Kalau nak unsubscribe masih kena call jugak. Kepala hotak mak bapak diaorang. Baik tak payah. Again, penindasan. Dan aku masih guna sebab takde pilihan lain yang setaraf. Pundek!

Masalah Pekerjaan Yang Paling ******** 2

Kebanyakan company bagi bonus dan increment mengikut performance. Ini bagus, takde nak argue apa.

Tapi ada juga company yang bagi sama banyak. Atau kalau ada lebih bosses akan rotate supaya semua orang akan merasa dapat lebih. Benda ni baik kalau semua orang bekerja dengan bagus.

Masalah besar ialah bila ada sesetengah orang yang slack melampau masih dapat bonus dan increment yang sama. Untuk setahun dua tahun pertama kau akan cool sebab bukan dia ambik bahagian kau pun pun tapi lama-lama kau akan sedar kalau ikut performance kau deserve dapat lebih dan orang yang problematic dapat sikit, maknanya bahagian kau ada pada dia.

Aku pernah dapat increment 2 kali above average. Setelah disiasat aku tau aku lebih 1% daripada orang lain sebab masa appraisal boss aku tak boleh argue nak kurangkan markah aku. Dan bila boss aku cakap pasal rotate² ni tadi aku malas nak argue tahun ni. Aku takdelah marah boss aku sebab aku tau niat dia baik, dia nak semua merasa dan 95% staff bawah dia semua bagus-bagus belaka.

Masalah Pekerjaan Yang Paling ******** 1

Aku tau ada manusia yang bekerja ni dia kerja untuk kejar credits dan recognition. Taknak bekerja sama langsung. Walaupun ada dalam satu team, instead of nak bekerjasama tapi ada sesetengah orang bekerja sendiri. Taknak share kerja satu, taknak share informasi satu. Email dapat diam-diam.

Benda ni memang ******lah. Mungkin di sesetengah company pembahagian bonus dan increment tak sama. So seorang yang tamak akan mengejar benda ni, dan jugak credits. Dan mungkin jugak mengejar pangkat. Aku tak salahkan sangatlah sebab manusia ni memang dilahirkan tamak.

Ntah, kalau macam aku kalau ada benda aku akan CC kan dalam email dengan team mate aku supaya senanglah di kemudian hari kalau ada apa-apahal. Mungkin orang yang nak senang sendiri dah bersedia kalau dia susah nanti dia susah sendiri. Jangan time susah cari teammate lain sudah.

Company aku yang first dulu ada seorang perangai macam ni. Zaman sekarang ni bila dia call aku aku maki terus, lepas tu letak telefon. Memang aku benci. Kalah aku benci Rafa Benitez.

Bersambung..

Menangis Hantar Mak Ayah Pergi Haji

Aku perasan ramai orang yang pelik tengok orang menangis-nangis hantar mak bapak pergi Haji. Bukankah kita seharusnya gembira untuk orang yang pergi tu? Lagipun zaman sekarang bukannya zaman pergi haji naik kapal laut.

Biar aku jelaskan kenapa dan harapnya korang tak pelik lagi selepas ini.

Sebab pertama mungkin anak-anak ni dah biasa dengan mak bapak, tak pernah berpisah. Duduk asrama tak pernah, dah bekerja pun masih tinggal dengan mak bapak lagi. Tetiba masa pergi haji kena berpisah 40 hari. So jadi sedih.

Sebab yang kedua yang mungkin lagi logik ialah mak bapak ni dah tua. Macam aku daftar haji hari tu, umur aku boleh pergi haji adalah pada umur 79 tahun. Tak payah 79 tahun, bila pergi pada umur 65 tahun pun kita dah nampak mak bapak kita, maybe 90% orang umur macam ni dah tak larat. Ada penyakit, orang ramai. Manalah tau diaorang meninggal di sana macam arwah ayah kawan aku. So ada possibility yang masa dekat Kompleks Tabung Haji tu lah saat terakhir korang dapat peluk mak bapak korang.

Itu je kut. Apa-apa pun doakan aku dapat pergi masa umur muda dan aku pergi sebab aku mampu bukan disponsor. Amin.

Mobile Gaming - Sony Playstation Vita


Maaf, aku takde idea lain. Sementara hype PS4 tak habis lagi, aku tulis. Habis ni nanti aku tulis recipe ke apa ke. Maybe aku ada OCD.

Selain permainan konsol yang membuatkan kita berada di depan TV semasa bermain anda juga ada option untuk menggunakan Sony Playstation Vita. Mudah, masuk kad game dia, dan mainlah di mana-mana anda berada.


Gen X Dan Permainan Konsol

Sorry masih pasal game. Musim kan? Hehe.

Jumaat lepas aku dan kawan-kawan bersembang pasal teknologilah dan masuklah bab game console ni. Aku bila bab yang aku suka memang suka sangat bercerita sebab susah nak cari orang yang share the same interest or willing to dengar apa yang aku nak cerita. Itu pasal aku tulis dekat sini.

Anyway, kawan aku cakap dia fikir bila dah munculnya tablet dan touch screen based punya gadget orang dah tak prefer main game dekat console lagi. Pada aku main dekat phone tak puas, maybe sebab aku Gen-X. Untuk budak-budak Gen-Y mungkin diaorang prefer main dekat tablet tu semua. Maksudnya di sini game console macam Playstation 4 ni mungkin untuk orang-orang tua je lah yang ramai. Hahaha.

Tapi aku yakin masih ada lah jugak kut Gen Y yang suka console ni, macam anak aku tu. Sekarang tengok iklan ni, banyak game yang sesuai untuk orang dewasa je.

Takwim Sekolah 2014

Since anak aku start sekolah tahun depan aku rasa Takwim Persekolahan 2014 ni agak berguna jugaklah sebenarnya. Mungkin berguna jugak untuk korang.

PENGGAL
MULA
PERSEKOLAHAN
AKHIR
PERSEKOLAHAN
JUMLAH
HARI
JUMLAH
MINGGU









1

02.01.2014
01.02.2014
01.03.2014

31.01.2014
28.02.2014
21.03.2014

22
20
15



12
JUMLAH HARI
57
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
1
22.03.2014
30.03.2014
9



01.04.2014
01.05.2014

31.03.2014
30.04.2014
27.05.2014

1
22
19



8
JUMLAH HARI
42
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
2
28.05.2014
15.06.2014
19










2

16.06.2014
01.07.2014
01.08.2014
01.09.2014

30.06.2014
31.07.2014
31.08.2014
12.09.2014

11
23
21
10



13
JUMLAH HARI
65
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
1
13.09.2014
21.09.2014
9

22.09.2014
01.10.2014
01.11.2014

30.09.2014
31.10.2014
21.11.2014

7
23
15



9
JUMLAH HARI
45
CUTI AKHIR TAHUN
6
22.11.2014
04.01.2015
44

290
52

Baby due date early April, tapi kalau keluar masa abang dia cuti penggal 1 bulan 3 tu pun menarik jugak sebenarnya. Takpelah tak lahir April, dapat sama dengan mama dia on the 28th pun ok jugak. Dan takdelah masalah bergegas ke hospital dan kena ambik anak di sekolah.

Sony Playstation 4 Malaysia

Sony Playstation 4 Malaysia akan mula dijual pada 20hb December. Tapi ramai Malaysian gamers yang bising sebab harganya mahal. Sebab harga di US dan Singapore kalau diconvert kepada MYR memang tak sampai harga Malaysia ni. Maybe tax atau apa-apa je lah alasan diaorang. Gambar ini di ambil dari Facebook Gamer's Hideout dan korang boleh beli dari diaorang jugak lah.


Apa yang menariknya mengenai PS4 ini ialah warranty boleh di cover di South East Asia Country. Maksudnya kalau korang beli set Singapore dan tetiba ada masalah korang boleh claim warranty dekat Sony Malaysia. Benda ini bagus sebab ramai je dulu orang beli PS3 Singapore set tapi bila ada masalah kena hantar ke sana lah. Ramai dealer yang ambik set sana dulu. Untuk PS4 ni aku assume akan jadi macam itu jugaklah sebab kalau SGD di convert ke MYR harganya lebih murah dari harga Malaysia ni.

Apa-apa pun pendapat aku sendiri harga ni memang mahal dan aku tak nampak aku akan beli dalam masa terdekat. Lagipun PS3 masih relevant. Anyway, dengan harga macam ini, aku rasa Sony perlu buat iklan di TV untuk console bagi menarik dan meluaskan lagi pengguna Playstation sebab seingat aku takde lagi promotion secara terbuka. Tapi mungkin sebab diaorang tau produk diaorang sentiasa laku so tak payah nak advertise.

Untuk maklumat lanjut yang lain boleh pergi sini:

http://asia.playstation.com/my/en/ps4

Kalau korang berminat sangat dan memang nekad nak beli, korang boleh pre-order:

http://asia.playstation.com/my/en/newsdetail?id=1420

Perkerjaan Yang Mungkin Menarik

Kalau korang biasa dengar radio ada satu iklan pasal Workshop On Wheels. Ending iklan tu macam kelakar dan sentiasa buat aku tersenyum. Ok sekarang tengok iklan ini:


Menarikkan?

Pada aku mungkin kerja memikirkan idea nak buat iklan ni satu kerja yang menarik. Mungkin stress, kena balik lambat semua untuk memikirkan idea tapi kalau dapat buat memang best. Tapi aku tak pasti industri iklan di Malaysia ni banyak peluang ke tidak. Semenjak zaman internet dan ada iklan di Youtube sekarang ni mungkin cabang dia dah besar sikit kut.

Kepada adik-adik yang creative bolehlah mencuba.

Obsess


Musim Ultraman dah nak habis, sekarang musim IronMan pulak dah.

Bencana


Selain dibuang kerja, jatuh sakit, kemalangan, ada lagi benda yang boleh menyebabkan kita dalam kesusahan, iaitu bencana. Harapnya negara kita selamatlah hendaknya dan harapnya kita takdelah kena bencana macam dekat Filipina baru-baru ni. Amin.

Tahun Yang Menyedihkan

Awal tahun hari tu, bulan January, arwah bapak aku meninggal, banyak air mata aku hilang. Akhir tahun ni kerja yang aku nak dah diconfirmkan tak dapat. Takde air mata, air mata dah habis. Cewah.

Macam aku cakap hari tu maybe di sini lah yang terbaik untuk aku. Mungkin terbaik untuk aku ialah bila aku tak dapat gaji yang lumayan. Aku nak tulis kenapa aku nak gaji lumayan tapi takpelah, aku simpan je lah dalam hati.

Dan aku tak nampak pun tahun depan akan jadi lebih baik.

Aku datang dengan package yang hebat, itu pasal aku mintak gaji lumayan sikit. At least tanyalah team leader aku macamana aku buat kerja. Rugi korang tak ambik aku. Cewah.

Jatuh Cinta - Habib Syekh bin Abdul Qadir Assegaf

Sebagai peminat lagu Eminem tegar aku takkan pernah pretend yang aku suka lagu-lagu keagamaan. Pada aku, nak dengar biarlah ikhlas, bukan buat-buat suka supaya rasa diri dekat dengan Allah. Tapi dont get me wrong pulak, takdelah sampai takde langsung lagu-lagu Qasidah yang aku suka, banyak jugak. Mawi pun ada satu lagu Qasidah dia yang aku suka. Tapi dengar bila terjumpa, macam Hafiz Hamidun semua. Aku kenallah jugak diaorang semua ni, tapi mungkin tak sampai ke hati bila dengar hehe.


Tapi lain betul dengan Qasidah Habib Syekh bin Abdul Qadir Assegaf. Bila aku dengar macam terus ke hati walaupun aku bukannya faham bahasa Arab. Dia rasa macam sayu dan addicted. Orang cakap biarlah kita tak faham maksud AlQuran asalkan kita baca tapi adakah kita betul-betul tak faham?? Sebab bila baca Al Quran dan in this case bila dengan lagu-lagu dia ni macam sebenarnya deep down kita faham. Susahlah aku nak explain.

Ok merepek aside, aku jumpa MP3 Habib Syekh ni. Ni link ke MP3 dia: https://archive.org/details/Sholawat_Habib_Syech_Abdul_Qadir_Assegaf

Jalan Kecik

Kalau korang perasan developer perumahan zaman sekarang buat jalan antara rumah sangat kecik. Maksudnya kalau ada kereta lebih memang akan terus block jalan, dan ada yang sampai park belakang rumah. So nak buat kenduri kahwin dekat rumah memang dah tak relevant sebab jalan akan jadi sesak gila.

Tapi kalau kenduri kahwin kita bolehlah suruh sewa dewan, masalahnya sekarang kalau kita buat open house, or setakat ajak family datang pun dah menyusahkan.

Sony Playstation


Sekarang aku dengan anak aku Umar tengah gila main game. Sebab dia dah nak cuti sekolah dan tahun depan nak masuk darjah 1. Kira pulunlah sehabisnya nanti sibuk nak belajar. Kalau mak aku nak datang dia boleh duduk rumah main game tak payah duduk nursery. Kalau mak aku taknak datang maybe boleh ajak mak mentua or kitaorang duduk rumah mak mentua aku teruslah kut seminggu sebab sana adik ipar aku ada PS3.

Bolehlah dikatakan Sony Playstation satu peripheral yang kosnya agak tinggi. Game dia pun sama. Tapi somehow ianya sangat berbaloi. Untuk anak-anak aku sendiri game-game ni mengajar untuk terus mencuba, mengajar untuk belajar (Tengok tutorial di internet), mengajar bahasa Inggeris, membantu memantapkan hand eye coordination dan macam-macam lagilah. Tapi kalau aku main game perang tembak kepala orang tu tak baiklah kalau diaorang tengok. Tapi untuk aku baik sebab release tension hehe.

Playstation 4 dah nak keluar, so kalau berminat aku galakkan beli. Jangan tengok video games ni satu benda yang membuang masa atau melalaikan. Banyak jugak kebaikannya. Apa-apa pun PS3 masih relevant lagi sebab developer akan jual game PS4 dan PS3 serentak (kecuali special title untuk PS4 lah). So maybe tahan 3-4 tahun lagi.

Saya Dan BolaSepak Tahun 2013


Aku dah jarang tengok bola yang startnya tengah malam. Tapi bila ada game yang boleh buat aku sakitkan hati ramai orang di social media aku akan cuba berjaga jugaklah. Selalunya aku akan lagi suka kalau team yang aku benci kalah daripada team aku menang. Agak psiko sikit lah.

Kucing Saya Alex


Aku ada bela seekor kucing untuk menambah saham. Aku suka kucing ni sebab dia kucing yang bijak dan kadang-kadang aku rasa dia confuse yang dia tu manusia. Tapi aku hanya anggap dia binatang peliharaan, cuma anak-anak aku anggap dia macam family, adik beradik.

Conversation 1

"Kalau dapat baby boy, kita ada tiga oranglah Umar."
"Kalau dapat baby boy, ada empat boylah Ayah. Abang, ayah, baby and Alex" (Alex kucing jantan)

Conversation 2

"Ayah dengan abang nak naik atas main game tau"
"Nawal nak ikut tengok"
"Eh tak payahlah kesian mama kat bawah takde teman"
"Alex kan ada boleh teman Mama"

Sixth Sense

Aku ada sixth sense yang mana aku boleh sense bila aku nak dapat benda yang boleh buat aku gembira. Kadang-kadang benda ni baguslah, tapi most of the time benda ni tak best sangat sebab benda best yang aku akan dapat tu ialah benda yang aku memang expect pun.

Katakan bila aku ada perasaan nak dapat benda best ni aku imagine aku menang hadiah sebuah kereta dalam contest yang aku masuk bulan lepas tapi sebenarnya aku hanya dapat sepeket Milo yang aku tau orang Milo tu memang dah post pada aku.

So sixth sense aku ni takdelah best sangat. Sekarang aku ada rasa macam nak dapat benda best, tapi mungkin video games yang aku beli awal minggu hari tu, bukan benda best macam ada orang nak bagi aku Ipad Mini ke apa ke.

Makanan Busuk

Semalam kawan aku Mizul bawak pekasam masa lunch dan kitaorang share lah ramai-ramai. Bila fikir balik pasal pekasam, tempoyak, belacan dan macam-macam lagi memang semua makanan ini busuk pada asalnya tapi endup jadi sedap.

Aku rasa orang dulu-dulu tak suka membazir. Lepas tu agaknya makanan susah nak dapat. Tahan bubu tangkap ikan sekali ikan mati lemas. Nak goreng tak sedap diaorang jadikanlah pekasam or ikan kering. Durian rosak sikit dijadikan tempoyak.

Or maybe sebab dulu takde peti ais. Ikan banyak, tak boleh nak sejuk bekukan so kenalah jadikan pekasam supaya tahan lama sikit. Maybe.

Minyak Ketior


Kalau rajin korang tengoklah video tu. Seingat aku minyak ketior ni dimakan dengan nasi panas. Dulu orang jual dalam botol. Ini lagi special dari cendawan busut. Minyak ni dapat dari buah ketior tu tadi. Biasanya bila musim dia tiba ada "somebody" akan hantar buah ketior ni ke rumah orang kampung. Lepas tu orang kampung pun pergilah kutip dan jadikan minyak. Takpelah, aku tak tau sangat so baik aku stop cerita pasal minyak ni. Baik dengar Pak Meor tu cakap.

Kenapa Obsess Dengan Cendawan Busut?


Kenapa aku obsess dengan cendawan busut ni? Tahap obsess aku, aku rasa kalau ada orang jual tepi jalan aku akan cakap, shut up and take my money.

Cendawan ni memanglah sedap tapi itu bukanlah perkara utama sangat. Cendawan ni bukan boleh ditanam sesuka hati. Ianya hanya akan tumbuh sekali sekala. Aku rasa dia ada berkaitan dengan anai-anai sebab kalau ada kelkatu dan musim hujan InsyaAllah dia ada tumbuh. Kelkatu macam sign. So cendawan ini rare.

Lagi satu cendawan ni tak tahan lama. Kira max 3 hari lah kut jangka hayat hidup dia yang sedap untuk dimakan. So kau kena kutip dia dalam keadaan perfect. Topi dia tak kembang lagi tu memang perfectlah. So dia rare, dan special.

Yang selebihnya hanyalah lebih kepada nostalgia. Aku dulu orang susah hidup dikelilingi kelapa sawit. Selain daripada ikan sungai, cendawan ini antara makanan special. Excited bila dapat kutip sama-sama arwah bapak aku. Tak sabar nak makan sup cendawan, goreng cendawan. Itu je lah. Nostalgic.

Semalam kawan aku cakap dekat Semenyih ni dulu ada, tapi since kawasan estet dijadikan kawasan perumahan memang takdelah tumbuh lagi. So aku tak terkejut kalau benda ni satu hari nanti pupus. Macam minyak ketior, aku rasa dah pupus kut. Minyak ketior ni lagi special, bersambung...

Kecewa Dengan Pencuri Durian


Aku menahan diri dekat dua tiga minggu nak beli durian sebab aku tau adik aku nak balik weekend ni tadi. Everytime aku tengok orang jual durian aku ignore je. Aku mengharap adik aku akan bawak balik durian dari kampung. Sebab memang tengah hebatlah durian tu luruh. Sekali adik aku cakap durian takde sebab orang Indon yang tengah kerja buat longkang dekat kampung aku tu ambik.

Terpaksalah aku beli durian Tesco. Sedih betul aku. Itu bukan durian bapak kaulah, itu durian bapak aku punya.

Suka Hati

Aku selalu cerita pasal cendawan busut. Cendawan yang rare, bukan boleh dapat setiap hari. Dan semenjak aku dah berhijrah ke sini memang agaknya 5 tahun sekali baru aku dapat makan. Sekarang ramai aku jumpa kawan di facebook dan mereka yang duduk di kampung tu ada lah upload gambar dan aku akan jealous bila diaorang jumpa cendawan ini.

Nasib aku baik sebab adik aku balik cuti baru-baru ni dan ada orang jual cendawan ni kat pasar. Mak aku masakkan dan bagi adik aku bawak balik untuk dikongsi bersama aku. So semalam aku travel dalam 40km sehala ke rumah adik aku untuk makan. By the way ada jugak mak aku bekalkan cendawan yang belum dimasak. Malam ni aku nak goreng jelah kut.


Masak lemak, favourite aku, buat sup pun sedap jugak sebenarnya.


Tapi yang paling sedap goreng macam ni je lah. Ini adalah sayur yang paling sedap dalam dunia ini.


Makan macam orang gila. Aku dah cakap awal-awal dekat adik ipar aku, sorry menyibuk datang rumah dia makan haha.

Syukur dengan rezeki dari Allah, aku risau cendawan ni pupus satu hari nanti.