Bersedih Hati

Dah seminggu lebih aku pergi interview dan masih tiada jawapan. Selama aku kerja sini ada dua kerja yang aku apply. Satu tu sebab benefits yang hebat tapi aku tak tau sangat nak buat kerjanya. Tapi yang aku pergi baru-baru ni walaupun benefitsnya takdelah hebat sangat tapi aku memang ada experience dalam kerja tu dan project diaorang memang aku excited nak join. Tapi itulah, masalah besarnya ialah gaji yang aku mintak. Kalau aku mintak lebih kurang dengan gaji sini sure takde masalah untuk diaorang tapi ada masalah untuk aku sebab nak kena travel jauh.

Sekarang aku cuba mengumpul semangat untuk memberi komitmen 100% untuk meneruskan kerja di sini. Kerja di sini bermaksud aku ada masa untuk family dan tak payah travel jauh.

Mungkin itu yang terbaik untuk aku.

No comments: