Jatuh Cinta - Habib Syekh bin Abdul Qadir Assegaf

Sebagai peminat lagu Eminem tegar aku takkan pernah pretend yang aku suka lagu-lagu keagamaan. Pada aku, nak dengar biarlah ikhlas, bukan buat-buat suka supaya rasa diri dekat dengan Allah. Tapi dont get me wrong pulak, takdelah sampai takde langsung lagu-lagu Qasidah yang aku suka, banyak jugak. Mawi pun ada satu lagu Qasidah dia yang aku suka. Tapi dengar bila terjumpa, macam Hafiz Hamidun semua. Aku kenallah jugak diaorang semua ni, tapi mungkin tak sampai ke hati bila dengar hehe.


Tapi lain betul dengan Qasidah Habib Syekh bin Abdul Qadir Assegaf. Bila aku dengar macam terus ke hati walaupun aku bukannya faham bahasa Arab. Dia rasa macam sayu dan addicted. Orang cakap biarlah kita tak faham maksud AlQuran asalkan kita baca tapi adakah kita betul-betul tak faham?? Sebab bila baca Al Quran dan in this case bila dengan lagu-lagu dia ni macam sebenarnya deep down kita faham. Susahlah aku nak explain.

Ok merepek aside, aku jumpa MP3 Habib Syekh ni. Ni link ke MP3 dia: https://archive.org/details/Sholawat_Habib_Syech_Abdul_Qadir_Assegaf

No comments: